You are on page 1of 22

PENATARAN FORMAT

INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI


PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH
RENDAH (UPSR)
MULAI TAHUN 2016

MENGGARAP KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN
KOD: 011/021/031
JENIS INSTRUMEN

Terbahagi kepada dua:

1. Objektif
2. Subjektif
JENIS ITEM
TERBAHAGI KEPADA TIGA:
1. Objektif Aneka Pilihan (MCQ)
2. Objektif Pelbagai Bentuk
3. Respons Terhad (Struktur)
OBJEKTIF ANEKA PILIHAN
(MCQ)
- PILIHAN JAWAPAN A, B, C, D.
- PILIH JAWAPAN YANG PALING
SESUAI .
Objektif Pelbagai Bentuk
ANTARA JENIS ITEM

- Item isi tempat kosong


- Item betul / salah, ya / tidak,
- Item padanan
- Item lengkapkan ayat
- Item bulatkan /lorek / garisi jawapan
dan lain-lain
BAHAGIAN/BILANGAN SOALAN

Bahagian A :20 soalan(20 markah)


Bahagian B :5 soalan (30 markah)
Jumlah :25 soalan(50 markah)
TEMPOH UJIAN

1 jam 15 minit
CONTOH
SOALAN
BAHAGIAN A : Objektif (Aneka Pilihan)

1. Bumbung kereta itu ___________ akibat ditimpa


oleh sebiji buah kelapa.

A kecut
B ranap
C hancur
D kemik
BAHAGIAN A : Objektif (Aneka Pilihan)

2. Yang di-Pertuan Agong telah


berkenan________untuk meraikan anak-
anak yatim yang diadakan di Kuala
Lumpur.
A merafak sembah
B mencemar duli
C bersemayam
D memperkenankan
BAHAGIAN A : Objektif (Aneka Pilihan)

3. Lelaki itu sedang mencari _______


untuk memancing ikan.

A. umpun-umpun
B. undur-undur
C. angkut-angkut
D. epok-epok
BAHAGIAN A : Objektif (Aneka Pilihan Kompleks)
12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.
I Dia menyelam sampai asal sungai untuk mencari
tiram.
II Dia berjaya dalam pelajaran asal usahanya yang gigih.
III Kami tidak tahu dari mana asal budak itu.
IV Bentuk asal masjid itu tetap dikekalkan.

A I dan II
B II dan II
C I dan IV
D III dan IV
BAHAGIAN A : Objektif (Aneka Pilihan Petikan)

Kemudian, Puteri Li Po datang ke Melaka bersama-sama


500 orang pengiring perempuan. Selepas memeluk Islam,
Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansor Syah. Sultan
Mansor Syah telah membina sebuah istana untuk Puteri Li
Po manakala pengiring-pengiringnya diberikan tempat
tinggal yang tetap di Bukit Cina.

17 Siapakah yang bersama-sama Puteri Li Po ke Melaka?

A Maharaja Yongle
B PadukaTun Mamat
C Pengiring-pengiringnya
D Pegawai-pegawai Sultan
BAHAGIAN B : Objektif Pelbagai Bentuk

ANTARA JENIS ITEM

- Item betul / salah, ya / tidak,


- Item padanan
- Item isi tempat kosong
- Item lengkapkan ayat
- Item bulatkan / lorek / garisi jawapan
dan lain-lain
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Isi tempat kosong)

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong
dalam petikan yang diberi.

dan di atau untuk

yang tetapi pada kerana

Semua murid dikehendaki supaya melibatkan diri dalam aktiviti


kokurikulum. Satu daripada aktiviti kokurikulum yang mesti disertai
ialah sukan dan permainan. Terdapat pelbagai jenis sukan
____________ boleh dipilih oleh murid. Antaranya, mereka boleh
memilih sama ada hendak menyertai sukan hoki, bola sepak, bola
jaring _____________ badminton. Aktiviti kokurikulum penting
_____________ dapat membantu perkembangan mental, fizikal
____________ sahsiah murid-murid.
[4 markah]
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai
Bentuk (Garis jawapan)
Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para


pemenang.

2. Angkasawan itu mendarat di bulan dengan


selamatnya.

[2 markah]
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai
Bentuk (Salah /betul)

Tandakan (  ) atau (  ) pada ayat yang betul.

1. Pereka busana muslim itulah yang paling terkenal


di rantau ini. ( )

2. Hulu keris yang diperbuat daripada gading gajah


merupakan artifak yang paling unik sekali dalam
pameran itu. ( )
[2 markah]
BAHAGIAN B: Respons Terhad (Pengetahuan)
Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Kepada sahabatku yang berada di Kota Kinabalu.
Apa khabar? Semoga saudari sekeluarga sihat
sejahtera. Bersama-sama ini saya sertakan
maklumat tentang pantang larang masyarakat
Melayu untuk dijadikan bahan buku skrap Bahasa
Melayu seperti yang kehendaki oleh guru saudari.

a. Perkataan masyarakat dalam petikan boleh juga


BAHAGIAN B: Respons Terhad (Menaakul)
Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Untuk pengetahuan saudari, generasi dahulu lebih suka
menggunakan kiasan daripada berterus terang kerana mereka tidak
mahu golongan muda dan anak-anak ini berkecil hati. Tujuannya adalah
untuk mendidik mereka agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Perkara yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi kita
perlu memahami mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang
yang telah diturunkan secara lisan oleh nenek moyang kita.

b. Mengapakah orang-orang tua dahulu lebih suka menegur anak-anak


muda dengan menggunakan bahasa kiasan
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
BAHAGIAN B : Respons Terhad
(Menganalisis)
Soalan 24

Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab


soalan-soalan yang berikutnya.

d. Adakah anda percaya akan pantang larang


tersebut? Mengapa?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
[3 markah]

You might also like