You are on page 1of 11

GCI 1022

Disediakan oleh :DHARSHAN KUMAR A/L KANAN SEEN


SIVANESAN A/L VELAVAN
 Konflik wujud antara kumpulan yang tidak setara
berasaskan nilai budaya yang menyebabkan satu
yang berkuasa meminggirkan satu yang lain
secara sosial dan organisasi.
 Mereka tidak dapat bertolak ansur, atau satu
komuniti mempunyai darjah autonomi yang
melebihi kumpulan lain.
 6 April 1992, berlaku tragedi di bekas Republik
Yugoslavia. Seorang gadis etnik Bosniak telah
dibunuh oleh penembak curi Serbia di tengah
bandar Sarajevo, Bosnia, menjadikannya mangsa
pertama keganasan kaum Serb.
 Dalam kejadian itu, Suada bersama 100,000 orang
penduduk Bosnia dari pelbagai agama dan etnik
telah berarak secara aman meraikan kemerdekaan
Bosnia-Herzegovina dari Yugoslavia bagi
menyatakan protes mereka terhadap tindakan
Tentera Rakyat Yugoslav (JNA) pimpinan Serb
Bosnia yang mengepung Sarajevo bagi memulakan
perang terhadap etnik Bosniak dan Croat.
 Sebelum itu Croatia, Macedonia dan Slovenia
mencapai kemerdekaannya dari Yugoslavia. Ini
menyebabkan Presiden Republik Srpska, Rodovan
Karadzic dan Presiden Serbia, Slobodan Milosevic
memutuskan untuk memerangi dua etnik itu
 Ketika itulah, tunjuk perasaan besar-besaran
berlaku di Sarajevo dan Suada terkorban.
 Perang Bosnia merebak hingga lebih 200,000 orang
terbunuh. Dianggarkan 65 % mangsa perang ialah
etnik Bosniak Islam, etnik Serb (25 %) manakala
selebihnya Croat dan lain-lain bangsa.
 Pemimpin yang pentingkan kekuasaan. Selepas
kejatuhan fahaman Sosialis, muncul pemimpin radikal
Serbia, Slobodan Miloshevich yang melaung-laungkan
agenda “nartional question“(bercita-cita untuk
menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah
negara yang bebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer,
1993)).
 Kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih
tinggi. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam
soal pembahagian kawasan perumahan, peluang
pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan.
o Ramai pasukan pengaman dari Belanda terbunuh
dan ditawan oleh tentera Serbia.
o Tentera Serbia yang terlalu ramai menyebabkan
ramai tentera pengaman Belanda terpaksa
menyelamatkan diri di sempadan Bosnia.
o 11 Julai, tentera Serbia Bosnia berjaya menawan
kem pelarian Islam Bosnia dan mengasingkan
kaum lelaki berusia 12 hingga 77 tahun untuk
dihapuskan Kanak-kanak, wanita tua dan wanita
diasingkan dalam khemah. Ramai wanita dirogol
oleh puak militan Serbia Bosnia dan ada juga
dibunuh kerana menentang mereka.
 13 Julai, 8,000 lelaki dibunuh beramai-ramai di
luar sebuah gudang di Kravica.
 Tidak terkecuali dari tentangan pihak Serbia,
kedudukan geografi turut menyebabkan Bosnia
turut terheret dalam pertempuran sejarah
penubuhan republik Yugoslavia.
 Kaum minoriti Albania di wilayah Kosovo diusir
dari bumi Serbia.
 Melalui kempen “pembersihan etnik” (ethnic
cleansing), kaum peribumi Bosnia telah dibunuh,
dirompak, diusir dari kampung halaman, wanita-
wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula
ditahan serta diseksa di kem-kem tahanan oleh
tentera Serbia yang zalim.
 Wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-
ekonomi. Miloshevich berusaha untuk
memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi
pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan politik
di seluruh Yugoslavia.
 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke tangan
Kristian Ortodoks Serbia. Sehingga Perang
Dunia II, umat Islam Bosnia telah teraniaya
apabila pihak yang berkuasa ke atas Bosnia
dengan dicuri harta-benda mereka dan diawasi
dengan begitu teliti sekali diibaratkan mereka
ini penduduk asing di tanah air sendiri.
Kehidupan Etnik di Bosnea Gambaran melalui seni lukisan

Kesan Runtuhan Bangunan


 Kesimpulannya ialah konflik etnik dan ras adalah masalah yang
kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat
dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial
masyarakat.
 Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan
majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan
ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah ras atau
perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga
boleh merumitkan lagi masalah ras.
 Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-
masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu,
perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk
mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan
ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan
masyarakat itu sendiri.
 Oleh itu faktor-faktor yang memupuk perasaan perkauman itu
mestilah dihapuskan dan dikawal demi menjamin keamanan
sesebuah negara itu.
SEKIAN
TERIMA
KASIH 

You might also like