You are on page 1of 15

KEDUDUKAN

AGAMA
ISLAM DAN
KEBEBASAN
BERAGAMA
NOR AIN NADIA BINTI MAT NASIR

NURUL HANIS BINTI SUBAKTI

ZATTY ZULAIKHA BINTI MOHAMAD MINAI @


OTHMAN
Sejauhmanakah kedudukan
agama Islam yang termaktub
dalam perlembagaan dapat
menjamin hak semua agama
untuk menganut dan
mengamalkan agamanya?
KEDUDUKAN AGAMA ISLAM
SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan


(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan
setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk
kepada Perlembagaa itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang
dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat;
tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya
Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut
diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai
Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
KEDUDUKAN AGAMA ISLAM
SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak


hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong
kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam
Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang
membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi
menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
PERKARA 3
Agama Islam sebagai
agama Persekutuan

Raja-raja Melayu sebagai


ketua agama Islam

Agama lain masih bebas


diamalkan dan dianuti
AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA
PERSEKUTUAN

– Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan.


– Agama Islam bukan agama rasmi.
– Mendefinisikan Islam sebagai “agama rasmi” negara adalah tidak tepat kerana
perkataan “rasmi” itu tidak pernah disebut dalam Perkara 3.
– Frasa “agama rasmi” juga akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan
menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual serta upacara rasmi dan
keagamaan semata-mata.
RAJA-RAJA MELAYU SEBAGAI
KETUA AGAMA ISLAM

– Kuasa Raja-raja Melayu adalah sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di
negeri-negeri.
– Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan
Majlis Raja-Raja.
– Ketua agama Islam bagi negeri yang tidak mempunyai Raja seperti Melaka,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ialah Yang Di-pertuan
Agong.
KEBEBASAN BERAGAMA

– Penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan


mengamalkan agama mereka.
– Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa : “Tiap-tiap orang
adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada
Fasal (4), mengembangkan agamanya.”
– Perkara ini memberikan hak kepada penganut agama-agama ini termasuk
agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan
menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat,
memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya
mengikut undang-undang.
KEBEBASAN BERAGAMA

– Kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan


Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam.
– Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam
Negara.
– Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan
persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat
penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau
kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
KEBEBASAN BERAGAMA

– Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan


mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-
undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama
Islam.”
– Perkara 11 (5) menyatakan kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan
agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa
perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah
kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain.
ISU-ISU BERKAITAN KEDUDUKAN AGAMA
ISLAM DAN KEBEBASAN BERAGAMA
UNDANG-
ISU BIBLE DALAM BAHASA MELAYU UNDANG
SYARIAH

MURTAD LGBT RUMAH IBADAT


KESIMPULAN

– Kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan tidak sepatutnya


dipertikaikan demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara
kita.
– Hal ini kerana pengamalan agama lain tidak disekat sama sekali namun tidak
boleh disebarkan kepada orang Islam.
– Sehubungan dengan itu, isu-isu yang berkaitan agama perlulah ditangani
dengan sebaik mungkin agar tidak menyinggung pihak lain.
SEKIAN
TERIMA KASIH

TUGASAN SJH1044 :
PEMBINAAN NEGARA BANGSA

You might also like