You are on page 1of 39

PERLEMBAGAAN DAN

MASYARAKAT
MALAYSIA

MPU 3323
Perlembagaan
Malaysia:Sejarah dan
Latar Belakang
PENGENALAN
 Sejarah Perlembagaan Persekutuan-
dikatakan semenjak Tanah Melayu
berlindung di bawah kerajaan British – abad
ke 19.

 Kerajaan British bertapak di Negeri-Negeri


Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura)
– abad ke-19, British mula menunjuk minat
terhadap Semenanjung Tanah Melayu.
PENGENALAN
 Keadaan Tanah Melayu yang sering
berhadapan dengan perang saudara,
menyebabkan pihak British memainkan
peranannya untuk mendapatkan Tanah
Melayu.

 Perjanjian yang ditandatangani oleh raja-raja


Melayu untuk menerima naungan kerajaan
British telah membuka jalan kepada British
untuk terus bertapak kukuh di Tanah
Melayu.
PENGENALAN
 Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,
Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu adalah negeri yang menerima
Residen British secara sukarela atau pun
secara paksa.

 Hasil kesungguhan pihak British untuk


menguasai Tanah Melayu telah
membuahkan hasil.
NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU
 NNMB ditubuhkan pada 1895 – Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan.

 Persekutuan ditubuhkan mengikut perjanjian


tahun 1895 antara raja-raja Melayu dengan
British.

 Kedaulatan raja-raja diakui tetapi baginda


hendaklah menerima nasihat daripada penasihat
British dalam hal-ehwal pemerintahan negeri,
kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam
NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU
 Kuasa yang tertinggi ada pada raja dalam
mesyuarat. Rakyat raja Melayu mempunyai
taraf sebagai orang di bawah naungan
British.

 Walaupun 1895 telah mewujudkan


Persekutuan, namun tidak wujud sistem
pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri serta tidak wujud
satu badan perundangan pusat.
NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU
 1905, sebuah badan perundangan pusat ditubuhkan
yang dinamakan Majlis Mesyuarat Persekutuan.

 Namun ia juga tidak menjelaskan apa jenis undang-


undang yang boleh dibuat oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan.

 Akan tetapi undang-undang yang dibuat oleh mana-


mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak
bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh
Majlis Mesyuarat Persekutuan, jika tidak sesuai atau
bertentangan, automatik ia akan terbatal undang-
undang negeri itu.
NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU
 Majlis Mesyuarat Persekutuan boleh membuat
undang-undang lain, kecuali hal-ehwal agama
Islam dan kedudukan raja-raja Melayu.

 Undang-undang yang diluluskan oleh Majlis


Mesyuarat mesti disiarkan dalam Warta
Kerajaan selewat-lewatnya satu bulan sebelum
dibawa ke mesyuarat, tetapi undang-undang
yang hendak diluluskan dengan segera
hendaklah diluluskan dengan segera.
NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU
 Tahun 1927, raja-raja Melayu tidak lagi
mengambil bahagian dalam perbincangan dan
mesyuarat Majlis Mesyuarat Persekutuan.
 Akibatnya kuasa kerajaan pusat menjadi
kuat, dan sebaliknya kuasa kerajaan negeri
semakin lemah.
 Kedudukan Dewan Negeri telah diperkuatkan
dan beberapa kuasa yang dahulunya
dibawah kuasa pegawai British yang digelar
sebagai Ketua Setiausaha telah diserahkan
kepada Dewan Negeri.
NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU
 Ketua Setiausaha diubah kepada Setiausaha
Persekutuan.
 Walaupun setengah-setengah kuasa telah
dipindahkan kepada Dewan Negeri, tetapi
kerajaan pusat masih lagi mempunyai kuasa
membentuk polisi negeri dan kewangan.
 Anggota-anggota Dewan Negeri dilantik oleh
raja negeri masing-masing, dewan sebagai
penasihat raja dalam membuat undang-
undang dan pentadbiran negeri
NEGERI-NEGERI MELAYU
TIDAK BERSEKUTU
 Perjanjian Bangkok 1909 – menjadikan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan kepada
British. 1885, Johor pula menerima naungan
British. 1914, Johor menerima pegawai penasihat
British.
 Kuasa memerintah terletak ditangan sultan
masing-masing, tetapi yang menjalankan
pemerintahan negeri adalah seorang pegawai
Melayu dengan gelaran Menteri Besar.
 Menteri Besar perlu menerima nasihat pegawai
penasihat British dalam hal-ehwal pentadbiran
kecuali adat resam dan agama Islam.
NEGERI-NEGERI SELAT
 1826, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
disatukan sebagai Negeri-Negeri Selat.
 Terletak dibawah pentadbiran kerajaan
Benggala di India. Pada awalnya ibu negeri
NNS terletak di George Town, kemudian
dipindahkan ke Singapura pada tahun 1832.
1967, pemerintahan NNS dari Benggala
dipindahkan ke Jabatan Tanah Jajahan British
di London.
 NNS diperintah oleh British, mempunyai
Gabenor dan Setiausaha Tanah Jajahan.
MALAYAN UNION 1946
 Malayan Union ditubuhkan selepas
perjumpaan Suruhanjaya Sir Harold Mac
Michael wakil Raja Inggeris dengan raja-raja
Melayu.
 Apabila MU ditubuhkan, NNS dimansuhkan
dan Singapura dijadikan tanah jajahan
British yang berasingan.
 Pulau Pinang, Melaka bercantum dengan 9
buah negeri Melayu yang lain. Ini bermakna
NNMB dan NNMTB telah dimansuhkan.
MALAYAN UNION 1946
 Tujuan MU ditubuhkan adalah untuk
menyenangkan pentadbiran British sahaja.
 Kuasa pentadbiran terletak ditangan Gabenor
MU. Gabenor boleh membatalkan segala
keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan .
 Raja-Raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-
ehwal agama Islam dan ada resam orang Melayu
sahaja.
 Majlis Perundangan Negeri ditubuhkan disetiap
negeri tetapi hanya membuat undang-undang
tempatan sahaja.
MALAYAN UNION 1946
 MU mendapat bantahan dan mendapat
tentangan hebat dari orang Melayu.
 1948 Malayan Union dimansuhkan. 2
Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu
ditubuhkan.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948
 Persekutuan ditubuhkan menurut perjanjian
yang telah ditandatangani oleh raja-raja
Melayu dan King George VI.
 Setiap negeri mempunyai kuasa yang tertentu
tetapi kuasa ini luas dan dianggap mustahak
untuk menubuhkan sebuah kerajaan pusat
yang kuat.
 Ketua bagi Persekutuan ialah Pesuruhjaya
Tinggi. Sebagai wakil Raja Inggeris, ia
mempunyai kuasa dalam membuat undang-
undang dan menjalankan pentadbiran negara.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948
 Majlis Perundangan Persekutuan terdiri
daripada:
a) Pesuruhnjaya Tinggi - Pengerusi
b) 3 orang pegawai tetap
c) Peguam Negara
d) Ketua Setiausaha dan Setiausaha
Kewangan (11 orang)
e) 34 orang bukan pegawai.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948
 Majlis Perundangan Persekutuan
mempunyai kuasa membuat undang-
undang.
 Pesuruhjaya Tinggi membuat kuasa
pembatal (veto) untuk menghalang mana-
mana rang undang-undang yang diluluskan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
 Dengan kata lain Pesuruhjaya Tinggi
menjalankan pentadbiran negara tanpa
memenuhi kehendak Majlis Perundangan
Persekutuan.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948
 PTM 1948 juga menubuhkan Majlis Raja-
Raja. MRR berhak mengetahui dasar-dasar
yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan. MRR
bersetuju menerima nasihat daripada
Pesuruhjaya Tinggi tentang pemerintahan
negeri masing-masing.
 Untuk melaksanakan dasar penjajahan
British, seorang pegawai British telah
dilantik sebagai penasihat untuk memberi
nasihat kepada raja-raja Melayu dalam
pemerintahan kecuali agama Islam dan adat
istiadat.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948
 Setiap Negeri Melayu mempunyai
perlembagaan negeri masing-masing . Johor
(1895) dan Terengganu (1911) mempunyai
perlembagaan sendiri, namun diubah suai
mengikut Perjanjian Persekutuan 1948.
 1948, Pulau Pinang dan Melaka masih
menjadi tanah jajahan British. Kedua-dua
negeri Melayu ini bercantum dengan dengan
9 buah negeri Melayu dan menjadi
kepunyaan raja-raja Melayu.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948
 Majlis Perundangan kedua-dua negeri ini
dikenali sebagai Majlis Penempatan,
manakala Majlis Mesyuarat Kerajaan
dinamakan Majlis.
 Ketua bagi kerajaan negeri Pulau Pinang
dan Melaka digelar Pesuruhjaya Tempatan
dan menjadi wakil Pesuruhjaya Tinggi.
 Kuasa penuh ada ditangan Pesuruhjaya
Tinggi. Tidak boleh membantah pendapat
Majlis Perundangan Negeri dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
 Pihak kerajaan Pusat memperkenalkan Sistem
Ahli.

Idea penubuhan sistem ahli dicetuskan oleh Dato


Onn dan sistem ini telah diperkenalkan pada
1951.

Tujuan penubuhan sistem ini adalah bertujuan


untuk memberi peluang kepada rakyat tempatan
untuk mendapat latihan dalam urusan
pentadbiran.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
Ahli-ahlinya pula akan dilantik
oleh Pesuruhjaya Tinggi British
tetapi perlu mendapat
perkenan Majlis Raja-Raja
Melayu dengan nisbah lima
rakyat tempatan dan empat
pegawai kanan tinggi British.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
 Ahli-ahli
sistem ini juga akan diberi portfolio dan
bidang kuasanya terletak di bawah kuasa
persuruhjaya tinggi. Sebagai contoh, antara rakyat
tempatan yang terlibat dalam sistem ini ialah
a) Dato Onn (Hal Ehwal Dalam Negeri),

b) Eec Thuraisingan (Pelajaran),

c) Tunku Yaakob (Pertanian Dan Perhutanan),

d) Lee Thiang Keng (Kesihatan) dan

e) Dato Mahmud Mat (Tanah,perlombongan, dan


Perhubungan).
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
PILIHAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN 1951-1952

Pilihanraya Majis Perbandaran ini diadakan bertujuan


untuk memberi peluang kepada rakyat memilih
pemimpin mereka di peringkat tempatan .

langkah
 ini juga turut dijadikan sebagai salah satu
latihan demokrasi parlimen di Tanah Melayu.
Pilihanraya Majlis Perbandaran yang pertama telah
diadakan di Pulau Pinang pada 1951 dan parti radikal
telah memenangi 6/9 kerusi yang dipertandingkan.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
PILIHAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN 1951-
1952

Pilihanraya yang kedua pula diadakan di kuala


lumpur pada 1952. Pilihanraya yang kedua ini
pula telah dimenangi oleh pakatan UMNO-MCA
sebanyak 9/12.

 Oleh itu, dengan adanya pilihanraya ini rakyat


telah diberi peluang menjalankan tanggungjawab
mereka ke arah berkerajaan sendiri.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN 1955

Pada
 1954, jawatankuasa pilihan raya persekutuan telah
ditubuhkan oleh pihak British.

Melalui
 pertubuhan ini, sebanyak 52 kerusi Majlis
Perundangan Persekutuan yang  dipertandingkan melalui
pilihan raya. Antara parti yang bertanding dalam pilihan raya
ini ialah parti Perikatan, Parti Buruh, Parti Negara, PAS dan
Parti Prifesif Perak.

Melalui
 pilihan raya yang telah diadakan pada 1955, Parti
Perikatan telah memenangi 51/52 kerusi dan 1 kerusi
dimenangi oleh PAS.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN 1955
Kemenangan
 besar parti perikatan ini berlaku
kerana adanya kerjasama dari pelbagai kaum
disamping faktor kepimpinan dan manifesto yang
menarik.

Antara
 isi kandungan manifesto yang dijanjikan
pemimpin Parti Perikatan kepada rakyat ialah
merdeka dalam jangka 4 tahun, tamatkan darurat
secepat mungkin, melindungi insitutsi raja-raja
Melayu dan lain-lain lagi.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN 1955

Oleh
 itu, melalui kemenangan ini,
parti perikatan telah diberi mandat
untuk membentuk kerajaan baru
dan seterusnya memulakan
rundingan dengan pihak British
tentang kemerdekaan Tanah Melayu .
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
Rombongan kemerdekaan telah dihantar ke London pada 2
Januari 1956 untuk mengadakan rundingan kemerdekaan
dengan pihak British.

Rombongan ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman


dan terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan beberapa
ahli Parti Perikatan.

Melaluirundingan kemerdekaan ini beberapa persetujuan


telah dicapai, antaranya ialah kemerdekaan pada 31 0gos
1957, menjalankan pemerintahan secara demokrasi,
sebuah badan khas ditubuhkan untuk menggubal
perlembagaan Tanah Melayu dan lain-lain lagi.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
RUNDINGAN KEMERDEKAAN

 Kepulangan rombongan kemerdekaan ini


telah disambut secara meriah di padang
Bandar Hilir Melaka oleh rakyat tempatan.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada 1955 dan


dipegerusikan oleh seorang pegawai British iaitu Lord
Reid.

Antara anggota lain yang menganggotai suruhanjaya ini


ialah:

a) Sir Ivor Jennings,


b) Sir William Mckell,
c) B.Malik Dan
d) Tuan Abdul Hamid.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya ini telah bersidang sebanyak


118 kali dan menerima 131 memorandum
daripada pertubuhan dan individu.

Memorandum Majlis Raja-raja Melayu dan


Parti Perikatan telah mendapat pertimbangan
utama kerana bersifat tuntutan bersama
semua kaum yang terdapat di Tanah Melayu.
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
SURUHANJAYA REID

Pindaanini berkaitan dengan isu


agama,bahasa, kedudukan raja-raja Melayu,
kedudukan istimewa orang-orang Melayu
dan kerakyatan jus soli.

Rangperlembagaan yang dibentuk telah


ditandatangani oleh raja-raja melayu dan
pesuruhjaya tinggi pada 5 ogos 1957 .
MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN
KESIMPULAN

 Pengisytiharankemerdekaan telah diadakan di


stadium merdeka pada 31 Ogos 1957 .
kemerdekaan Tanah Melayu berjaya dicapai
melalui rundingan dan kemerdekaan ini dicapai
secara aman.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
 Tunku Abdul Rahman membuat cadangan
untuk menggabungkan Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura selepas 6 tahun
merdeka.
 Ada pro dan kontra tentang idea
penggabungan tersebut.
 Jawatankuasa ditubuhkan untuk
memastikan penubuhan Malaysia mendapat
ini mendapat sokongan dan maklumat yang
tepat.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
 Walaupun mendapat tentangan yang hebat
dari Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan juga
Filipina, ia tidak menghalang niat murni
proses penyatuan ini.

 Akhirnya gabungan ini dapat dilaksana.


Hanya Malaya, Sabah, Sarawak dan
Singapura sahaja yang menandatangani
perjanjian tersebut. Brunei menarik diri
pada saat akhir.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
 Lord Landsdowne bertanggungjawab
merangka perlembagaan.
 Perlembagaan dirangka berdasarkan:
a) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
b) Suruhanjaya Cobbold
c) Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Akhirnya Malaysia di bentuk pada 16 Sept


1963.

You might also like