You are on page 1of 4

ASAS KEPEMIMPINAN

DAN PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME
GURU

NORSHAHIRAH BINTI MOHD ZIN


Memahami
Peraturan-peraturan
Tatakelakuan dan
Tatatertib
Peraturan 4 (2) (i)
 Guru faham bahawa Peraturan ini menyatakan tidak boleh
ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang
boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
 Guru tidak seharusnya membantah atau melawan pegawai
atasan berkenaan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
 Guru perlu berfikiran terbuka bahawa setiap arahan atau
pekeliling yang dikeluarkan ialah usaha untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan demi kemajuan secara umum.
 Arahan-arahan daripada ketua jabatan ialah rantaian
komunikasi bagi melicinkan tatacara kerja untuk mencapai
matlamat sesuatu dasar.
- Enggan mematuhi arahan lisan/bertulis dari pegawai kanan
- Melawan ketuanya
- Tidak mematuhi peraturan pej.
Peraturan 18
 Perkongsian ilmiah amat digalakkan dalam kalangan guru,
tetapi Peraturan ini berkaitan dengan penerbitan buku,
dan sebagainya menjelaskan bahawa guru tidak boleh
menerbitkan atau menulis apa-apa buku, makalah atau
karya lain yang berasaskan maklumat rsmi berperingkat.
 Sebagai contoh, terdapat sebilangan guru terlibat dengan
tugas rasmi sebagai pemeriksa kertas jawapan peperiksaan
seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka guru tersebut
tidak boleh menerbitkan skema jawapan sebagai buku
ulang kaji.
 Penulisan yang menggalakkan seperti novel, teks rujukan
dan karya siri rujukan ulang kaji mata pelajaran akademik
boleh dihasilkan dengan kebenaran daripada pihak
berwajib.

You might also like