You are on page 1of 9

GGGE6533

PENGAJARAN
STRATEGI
PEMBELAJARAN
PROF. DATO’ DR. AMIN EMBI
AINUN BADARIAH BINTI MOHD
BAHASA
ISA
(P83732)
5 FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI STRATEGI
PEMBELAJARAN BAHASA
1.
• MOTIVASI
Ellis (1994) secara amnya mentakrifkan motivasi sebagai usaha yang dilakukan
oleh para pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua hasil daripada keperluan
dan keinginan untuk mempelajarinya.
• Gardner (1985) menyatakan bahawa motivasi sebagai tahap seseorang berusaha
dalam mempelajari bahasa kedua. Terdapat tiga komponen utama iaitu tumpuan
usaha, keinginan untuk belajar dan kepuasan dengan tugasan yang merupakan
unsur-unsur penting dalam menilai tahap dan kekuatan motivasi pembelajaran
bahasa. Selain itu, motivasi dianggap sebagai kunci kejayaan dalam
pembelajaran bahasa.
• Gardner dan Lambert (1972) membahagikan motivasi kepada dua jenis iaitu:
-motivasi integratif – (sikap positif para pelajar terhadap elemen-elemen yang
terdapat dalam bahasa sasaran
-motivasi instrumental – bertujuan untuk mencapai matlamat selain
matlamat integrasi, seperti lulus peperiksaan, peningkatan dalam bidang
kerjaya
2.
JANTINA
• Jantina turut mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa.
• Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa jantina perempuan
lebih banyak dan kerap dalam menggunakan strategi
pembelajaran bahasa (Ehrman & Oxford 1989).
• Chou (2002) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar
perempuan lebih banyak menggunakan strategi di dalam kelas,
luar kelas dan juga untuk peperiksaan berbanding pelajar lelaki.
• Perempuan lebih berjaya daripada lelaki kerana mereka sering
menggunakan pelbagai kaedah dalam mempelajari bahasa kedua.
Hal ini kerana, kemahiran lisan perempuan bermula dari zaman
kanak-kanak dan menjadi semakin matang dengan cepat.
3. STATUS
SOSIOEKONOMI
• Kedua ibu bapa merupakan tunjang utama dalam mendidik anak-anak mereka
dan kemudian diikuti oleh guru. Ianya dibuktikan oleh hujah yang
dikemukakan oleh (Ballantine 1993; Musgrave 1974; Trusty 1998) iaitu ibu bapa
mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi proses pembelajaran anak
mereka.
• The National Child Development Study (1972) dalam Azizi et. Al. 2005 melaporkan
bahawa status sosioekonomi ibu bapa adalah salah satu pemboleh ubah yang
mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Keluarga yang mempunyai
status sosioekonomi rendah berkemungkinan tidak dapat menyediakan
kemudahan yang mencukupi kepada anak-anak mereka seperti bahan
pembacaan, kemudahan infrastruktur, dan juga bilik belajar yang kondusif.
• Oleh itu, ia turut memberi kesan kepada pembelajaran bahasa kedua
khusunya kepada para pelajar yang berada dalam keluarga yang serba
kekurangan.
• Walau bagaimanapun, sekiranya kanak-kanak itu berada dalam keluarga yang
berjaya, maka mereka akan lebih menguasai bahasa kedua jauh lebih
mudah kerana mempunyai kemudahan yang mencukupi.
4. ETNIK DAN
BUDAYA
• Para pelajar yang berlainan etnik dan juga budaya, serta
kewarganegaraan mempunyai cara belajar yang tidak sama (Pennycook
1997; Pierson 1996).
• Selain itu, perbezaan latar belakang budaya dan sistem pendidikan
menghasilkan kekuatan dan kelemahan yang berbeza dalam diri
pelajar (Surtridge 1997).
• McGroaty (dalam Philips 1990) mendapati pelajar Hispanik dalam
pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua lebih gemar
menggunakan strategi interaktif berbanding pelajar China dan juga
Jepun.
• Reid (1987) mendapati bahawa para pelajar yang datang dari pelbagai
negara yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Keadaan tersebut
jelas menunjukkan bahawa ianya mempunyai hubung kait dalam
pemilihan strategi pembelajaran bahasa seseorang individu.
5.
UMUR
• Umur seseorang pelajar boleh mempengaruhi proses
pembelajaran bahasa.
• Hubungan antara umur pelajar dengan potensi mencapai kejayaan
dalam pembelajaran bahasa kedua merupakan perkara yang sering
diperbahaskan (Lightbown & Spada 2003).
• Sekiranya faktor umur makin bertambah maka penguasaan kosa katanya
adalah lebih jika dibandingkan dengan seorang kanak-kanak. Ianya
dibuktikan dengan hujah yang dikemukakan oleh Scarcella dan Oxford
(1992) setelah menjalankan kajian ke atas 40 buah institute ESL di
Amerika Syarikat yang menunjukkan terdapatnya perkaitan antara
kejayaan pembelajaran bahasa dengan penggunaan strategi
pembelajaran bahasa.
• Kesimpulannya, faktor umur seseorang individu seharusnya
bergerak seiring dengan perkembangan minda mereka.
RUJUKAN
• Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. 2005.
Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing.
• Ballantine, J.H. 1993. The sociology of education: a systematic analysis.
Englewood Cliffs, NJ Prentice Hall.
• Ellis, R. 1994. The study of second language acquisition. Oxford University Press.
• Gardner, R.C. 1985. Social psychology aspects of language learning: the role of
attitudes and motivation. London: Edward Arnold.
• Gardner, R.C & Lambert, W.E.1972. Attitudes and motivation in
second language learning. Rowley, MA: Newberry House.
• Lightbown, P.M & Spada, N. 2003. How languages are learned. Oxford:
Oxford
University Press.
• McGroarty, M & Oxford, R.L. 1990. Second language learning strategies:
Overview and two related studies. Newbury Park, CA: Sage.
• Pennycook, A. 1997. Cultural alternatives and autonomy. London &
New York: Longman.
• Surtridge, G. 1997. Teaching and language learning in self-access centres:
changing
roles? London & New York: Longman.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like