You are on page 1of 30

BAB 1 : JADUAL DAN GRAF

Disediakan oleh : Puan Nurfaizah binti


Mohd Yusoff
 1.1.1 Menerangkan ciri serta kegunaan jadual
dan graf.

 1.1.2 Menjelaskan dengan contoh graf bar


mudah, graf garisan mudah dan graf
gabungan.

 1.1.3 Membina jadual berdasarkan maklumat


yang diperoleh.
 Jadualadalah cara untuk mempersembahkan
sesuatu data atau maklumat dengan lebih
tersusun.
 Data dan maklumat dalam bentuk jadual

mudah dibaca, difahami dan ditafsir.


APA CIRI YANG PERLU
ADA BAGI SESEBUAH
JADUAL??
Ciri – ciri bagi sebuah jadual adalah seperti
berikut :

a) Tajuk
b) Data/ maklumat
c) Sumber
 Data dan maklumat boleh digunakan untuk
menghasilkan graf

 Melihat perubahan atau pertalian antara


maklumat

 Dapat menarik perhatian orang yang melihat


 Pemerhatian – mencatat perkara yang dilihat
 Temu bual – sesi dialog dengan individu lain
 Banci – berkaitan jumlah yang dihitung dari soal
selidik
 Soal selidik – mengedarkan borang soal selidik
 Rujukan – merujuk sumber tertentu seperti buku
dan internet
 Data dalam jadual boleh dipersembahkan ke
dalam bentuk graf

 Graf yang akan dipelajari ialah graf bar


mudah, graf garisan mudah dan graf
gabungan
Apa yang perlu ada bagi graf bar mudah?
 Bar pada graf ini boleh dilukis secara
menegak atau mendatar

 Ketinggian bar akan mewakili kuantiti sesuatu


komponen
 Mempersembahkan data yang boleh dikira
seperti orang, kereta, rumah dan lain-lain

 Graf digunakan untuk menunjukkan


perbezaan antara komponen yang di kaji
Apa yang perlu ada bagi graf garisan mudah?
 Graf dilukis secara garisan panjang

 Garisan curam : Terdapat perubahan


mendadak

 Garisan landai : Perubahan yang kecil antara


komponen

 Garisan mendatar : Tiada perubahan dari segi


bilangan
 Mempersembahkan data yang sering atau
kerap berubah-ubah seperti suhu, jumlah
jualan barangan, pengeluaran hasil tanaman
dan lain-lain.

 Data yang terkandung dalam graf garisan


adalah data/maklumat yang berubah secara
berterusan.
Apa yang perlu ada bagi graf gabungan ?
 Merupakan graf yang menggabungkan graf
bar dan garisan dalam satu paparan graf.

 Melalui graf ini, 2 maklumat yang berlainan


dapat dipaparkan dalam 1 graf sahaja.
 Menunjukkan perbezaan atau perbezaan
antara 2 perkara yang saling berkait

 Sesuai digunakan bagi data dan maklumat


seperti betikut:
- suhu dan hujan
- harga jualan dan pengeluaran
1. Data yang diperoleh perlu disusun dalam
bentuk jadual supaya lebih mudah dibaca
dan difahami.
Bil. Nama Pekerjaan Bil. Nama Pekerjaan

1. Johan Pengurus 11. Sarveen Polis

2. Devakrishnan Polis 12. Kannan Guru

3. Norfadzilah Guru 13. Praba Guru

4. Aznil Ahli perniagaan 14. Hui Wen Polis

5. Farid Pegawai bank 15. Shi Man Ahli perniagaan

6. Yusof Ahli perniagaan 16. Nadine Guru

7. Hashim Guru 17. Rosnah Guru

8. Chee hong Pegawai bank 18. Radzi Pegawai bank

9. Michelle Pengurus 19. Delia Polis

10. Wing Yie Ahli perniagaan 20. Jaslin Pegawai bank


2. Bina jadual kekerapan berdasarkan
maklumat yang diperoleh
Jenis pekerjaan penduduk di Taman Mayang pada tahun 2020.

Jenis pekerjaan kekerapan Bilangan penduduk (orang)


Guru IIIII 6
Polis IIII 4
Pegawai bank IIII 4
Ahli perniagaan IIII 4
Pengurus II 2
3. Bina jadual berdasarkan jadual kekerapan
yang telah dibina
Jenis pekerjaan penduduk di Taman Mayang pada tahun 2020.
Jenis pekerjaan Bilangan penduduk (orang)
Guru 6
Polis 4
Pegawai bank 4
Ahli perniagaan 4
Pengurus 2
JUMLAH 20
Kerja rumah.

1. Sila guna buku panjang


2. Salin soalan ke dalam buku tulis
3. Pastikan tarikh dan hari ditulis
4. Sila PM sy gambar latihan yang telah siap
Syamil dan Harish telah mengumpulkan maklumat tentang cara murid
Tingkatan 3 Kekwa datang ke SMK Seri Murni pada tahun 2017
menggunakan kaedah temu bual.

Berdasarkan kajian mereka, cara utama murid datang ke sekolah ialah


dengan menaiki bas sekolah. Cara ini melibatkan paling banyak
murid iaitu 12 orang. Hal ini diikuti oleh bilangan murid yang
menaiki kereta yang melibatkan8 orang murid, menaiki bas awam
sebanyak 4 orang murid serta menaiki basikal dan berjalan kaki
sebanyak tiga orang murid masing-masing.

Kesimpulan kajian mereka ialah murid Tingkatan 3 Kekwa


menggunakan pelbagai cara untuk datang ke SMK Seri Murni.
Menaiki bas merupakan cara utama.
1. Bina jadual kekerapan berdasarkan cara
murid tingkatan 3 Kekwa datang ke SMK
Seri Murni, 2017

2. Setelah itu, bina jadual berdasarkan


maklumat dalam jadual kekerapan tersebut.

*Sila pastikan anda menulis tajuk bagi kedua-


dua jadual tersebut

You might also like