You are on page 1of 12

DTE 3553

Programmable Logic Controller


(PLC)

BAB 3 : Pengenalan Pengawal Logic


Boleh Atur Cara
3.1 : Definisi PLC
PLC di definisikan oleh National Electrical Manufacturers
Association of Amerika ( NEMA ) sebagai :

“ Satu sistem elektronik beroperasi digital yang digunakan di dalam


persekitaran industri, yang mana menggunakan ingatan yang boleh
diaturcara untuk simpanan dalaman ke atas arahan-arahan untuk
melaksanakan fungsi tertentu seperti logik, turutan, pemasaan,
pembilang dan pengiraan matematik untuk mengawal berbagai
mesin atau proses melalui modul masukan dan keluaran digital
ataupun analog. ”
3.2 : Latarbelakang PLC

Di antara faktor awal yang mengujudkan rekaan dan pembangunan sistem


kawalan yang boleh di aturcarakan adalah seperti berikut :

Keperluan kos yang rendah


Penggunaan secara pintar
Pengawal yang mudah dikawal
PLC yang pertama telah direka oleh sekumpulan jurutera di Syarikat General
Motor (GM), Amerika Syarikat dalam tahun 1968 bila syarikat tersebut mencari
kaedah lain untuk menggantikan sistem kawalan geganti yang rumit.

Mereka telah menetapkan bahawa spesifikasi sistem kawalan yang baru ini
mestilah memenuhi keperluan berikut :

Mudah diaturcarakan
Tidak perlu pendawaian semula keatas sistem kawalan jika berlaku perubahan
keatas aturcara
Lebih kecil, murah dan keboleharapan yang tinggi.
Binaannya ringkas dan penyelenggaraanya murah.
Kos yang kompetitif.
3.3 Fungsi dan Jenis Binaan PLC
FUNGSI PLC
PLC boleh melakukan pelbagai fungsi, diantaranya adalah seperti berikut:

JENIS KAWALAN FUNGSI

Kawalan Jujukan
 Pengganti Geganti Kawalan Logik
Konventional
 Pemasa / Pembilang
 Pengganti Kad Kawalan Papan Litar
Bercetak
 Pengawal Mesin dan Proses bagi
Kawalan Automatik, Separuh
Automatik dan Manual
 
JENIS KAWALAN FUNGSI
Kawalan Canggih  Menyelesaikan Operasi Matematik ( +, , , x )
 Menguruskan Maklumat
 Kawalan Analog ( suhu, tekanan dll. )
 Kawalan Motor Servo
 Kawalan Motor Pelangkah
 Kawalan P.I.D ( Propotional – Integral -
Derivation )

Kawalan Seliaan
 Proses Paparan dan Penggera
 Diagnosis dan Paparan Kerosakan
 Antaramuka dengan Komputer (RS 232C/ RS 422 )
 Antaramuka Pencetak / ASCII
 Rangkaian Automasi Kilang
 Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)
 Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)
 Automasi Kilang (FA), Sistem Pengilangan
Bolehlentur (FMS), Pengilangan Bersepadu
Komputer (CIM) dll.
Jenis-jenis Binaan PLC
3.4 Kelebihan PLC
Kelebihan-kelebihan PLC adalah seperti berikut :  

Tempoh perlaksanaan sesuatu projek kawalan yang pendek.


 
Mudah dibuat pengubahsuiaan aturcaranya.
 
Pengiraan kos projek yang tepat.
 
Memerlukan masa latihan yang pendek.
 
Rekabentuk sistem kawalan mudah diubah dengan menggunakan perisian.
 
Aplikasi kawalan yang meluas.
 
Penyelenggaraannya mudah.
 
Kebolehharapannya tinggi.
 
Perkakasan pengawal yang piawai.
 
Ketahanan kepada masalah persekitaran proses( suhu, lembapan, ketidakstabilan voltan dan
hingar ) yang baik.
3.5 Unit Pemprosesan Pusat

Unit yang terpenting di dalam binaan sesebuah PLC.

Satu cip litar terkamil iaitu cip mikropemproses yang mengawal keseluruhan
proses operasi kawalan PLC.

Mikropemproses mengandungi unit arithmatik , unit kawalan dan beberapa


bilangan unit ingatan yang dikenali sebagai pendaftar.
3.5.1 Unit Ingatan
Mempunyai 2 jenis ingatan didalam rekabentuk dalaman PLC, iaitu:

1. RAM (Random Access Memory)


 Ingatan jenis baca / tulis dan mudah diaturcarakan dan diperbaiki.
 Semua aturcara pengguna disimpan di dalam ingatan ini.
 Aturcara ini pula akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan kepadanya.

2. ROM (Read Only Memory)


 Ingatan jenis baca sahaja.
 Aturcara sistem disimpan di dalam ingatan ini.
 Aturcara ini tidak akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan
kepadanya.
 Peralatan khas digunakan untuk memadam aturcara yang terdapat di
dalamnya.
3.5.2 Unit Input dan Output
Unit input dan unit output adalah merupakan unit yang terdapat di dalam rekabentuk
dalaman PLC.

Unit Input adalah unit dimana peranti masukan (suis,penderia) disambungkan


kepadanya.

Manakala Unit Output pula adalah merupakan unit untuk peranti keluaran ( lampu,
motor) disambungkan kepadanya.

3.5.3 Unit Paparan dan Petunjuk


Unit paparan dan penunjuk merujuk kepada paparan status geganti dalaman
PLC.

Ini dapat dilihat pada Konsol Pengaturcaraan jika pengguna menggunakan


kaedah pengaturcaraan kod mnemonik, Skrin Komputer atau kaedah
pengaturcaraan perisian.
3.5.4 UNIT HOUSING
Unit ini memberikan perlindungan kepada litar dan komponen – komponen dalaman PLC.
 
3.5.5 UNIT PENGATURCARAAN
 Unit pengaturcaraan sesuatu PLC terdiri daripada dua peranti iaitu : 
 Konsol Pengaturcaraan.
 Komputer.  

3.5.6 UNIT STORAN SEKUNDER


Unit ini berhubungkait dengan Unit Pemprosesan Pusat di mana semua aturcara dan maklumat
disimpan.  

3.5.7 UNIT VDU ( Video Display Unit )  


Unit yang memproses maklumat operasi dan status sistem yang akan di paparkan oleh PLC.

3.5.8 UNIT BEKALAN KUASA 


Unit ini membekalkan kuasa kepada Unit Pemprosesan Pusat, Unit Input dan Unit Output.
 
3.5.9 UNIT PENCETAK
Unit ini digunakan untuk mencetak aturcara sesuatu sistem kawalan yang dikawal oleh PLC
samada secara grafik ataupun teks.
 

You might also like