You are on page 1of 49

TRANSAKSIONAL ANALISIS

PENDEKATAN TA
 Teori Analisis Transaksional (AT) telah
diperkenalkan oleh Dr. Eric Lennard Berne pada
awal tahun 1950-an. Dr. Berne dilahirkan di
Montreal, Kanada pada tahun 1910 dan beliau
telah meninggal dunia pada tahun 1970. Pada
tahun 1935, Dr. Berne telah menerima ijazah Md.
Dari Mc Gill University dan bertugas sebagai
pakar ahli jiwa di Yale University dari tahun 1936
hingga 1941. Beliau melanjutkan kerjayanya di
Mt. Zion Hospital, New York.
 Dua tahun kemudian beliau cuba berjinak-
jinak dengan terapi kelompok dan membina
pendekatannya sendiri. Melalui
pengalaman terapinya, beliau dapat
memerhati tingkah laku kliennya dan juga
bagaimana proses terapi itu berfungsi dan
keadaan ini serta desakan telah
menggerakkan beliau mendapat ilham
mengolah teori Analisis Transaksional ini.
 Pada tahun 1946 , beliau telah menamatkan
perkhidmatannya di New York dan kemudian
beliau menetap di Carmel, California. Sekali
lagi beliau kembali belajar tentang
Psikoanalisis dengan Eric Erikson di San
Francisco Psychoanalytic Institute. Di antara
guru-guru beliau yang lain dalam bidang ini
ialah Eugen Khan dan Wilder Penfield.
Dalam tahun 1947, beliau telah menulis buku
pertamanya iaitu The Mind In Action.
 Dalam tahun 1957, ideanya telah
diperkenalkan dalam satu majlis ucapan
anjuran The American Group
Psychotherapy Association yang
bertajuk, Transaksional Analysis : A
New and Effecive Method of Group
Treatment. Teks ucapan ini kemudian
telah disiarkan dalam Ameican Journal
of Psychotherapy pada tahun 1958
 Analisis Transaksional adalah merupakan satu teori
personaliti yang praktikal. Di dalam teori Analisis
Transaksional, Dr. Berne telah merumuskan
bahawa dalam diri individu itu terdapat tiga
personaliti / individu kecil dan setiap personaliti
kecil ini mempunyai pola-pola perlakuan yang bitara
(unique). Personaliti kecil ini mengawal
keseluruhan personaliti individu dan ia dikenali
sebagai ego stat (Ego States) serta ia menjadi asas
utama dalam teori ini. Tiga ego stat yang ada di
dalam diri individu ialah ego stat Ibu Bapa (Parent).
Dewasa (Adult) dan kanak-kanak (Child).
 Beliau telah menulis tujuh buah buku
mengenai teori ini sebelum beliau meninggal
dunia pada tahun 1970 dan buku pertamanya
mengenai teori ini telah dihasilkan pada tahun
1960. Teori-teori beliau disebarkan melalui
seminar dan ceramah. Hasil daripada
perkembangan teori ini maka wujudlah satu
institusi yang menyediakan program, latihan
berkaitan dengan teori ini iaitu The
International Transacsional Analysis
Association.
TAHAP PERKEMBANGAN TEORI

 a.                   Tahap I (1955-1962)


 Dalam tahap pertama ini Dr. Berne melihat
perkembangan konsep ego stat. Idea ini
dipengaruhi oleh hasil-hasil tingkah laku
kliennya semasa berlaku sesi terapi yang
dijalankan oleh beliau seperti kanak-kanak,
dewasa dan ibu bapa.
 a.                   Tahap II (1962-1966)
 Dalam tahap ini, beliau menumpukan kepada
pengurusan dan permainan-permainan.
Dalam peringkat ini juga beliau telah
mewujudkan The International Transacsional
Analysis Association dan beliau menerbitkan
bukunya yang bertajuk " Games People
Play".
  
 a.                   Tahap III (1966-1970)
 Dalam tahap ketiga ini, beliau menekankan tentang
sebab-sebab individu memilih sesuatu permainan
dalam kehidupan atau analisis skrip.
  
 b.                  Tahap IV (1970- )
 Dalam tahap keempat ini penekanan dan tindakan
serta kuasa sumbangan ditekankan dan penggunaan
teknik-teknik baru digunakan dalam terapi Analisis
Transaksional.
 1.         Manusia boleh memahami keputusan-
keputusan masa lampaunya dan mampu membuat
keputusan masa kini.
 2.                  Individu sanggup untuk tampil di luar
pola-pola kebiasaan dan memilih tujuan dan tingkah
laku baru.
 3.                  Manusia yang dipengaruhi oleh tuntutan
dan keputusan orang lain pada masa lampau sangat
bergantung kepada orang itu tapi keputusan itu boleh
diubah.
  
Pandangan Terhdp T/L Manusia
 Berkisar pd. alam sebenar dlm interaksi ind.
Dan antara individu dgn kelompoknya
 Corak analisis hubungan yg menentukan
rasa kepuasan diri :
a. Keinginan di terima
b. Keinginan berstruktur – penggunaan masa
c. Keinginan memeriahkan diri (Cetris paribus)
Semua perkara tetap sama – Mencari
masa untuk menggembirakan diri.
 Keinginan Pengiktirafan- Walaupun sekadar
dorongan minima atau tanda-tanda mengiyakan.
 Keinginan kepemimpinan – berkaita dengan
penstrukturan diri dan membawa halatuju diri ke
tempat yg sewajarnya.
Masalahnya!!!!!!!!
Wujudlah patologi antara berjaya dan dan gagal:

I’m ok…………….
Proses kaunseling
 Kaunselor hendaklah diagnos :
a. Kuasa bertindak – Lihat kepada corak
pendirian ego berkaitan dengan tingkah
laku.
b. Penyesuaian – bagaimana ingin
menyesuaikan diri dengan corak-corak
ego yang wujud
 Biologikal – Kewujudan ego hasil dari
pertumbuhan semulajadi dan juga
pengalaman lampau.
 Kesan mental – fenomena pengalaman
mental individu.
Diagnosis Seiringan
 a. Diagnosis t/laku – Penumpuan kepada kata-
kata, gerak geri serta ciri pendirian ego.
 b. Diagnosis operasional – penumpuan kpd cara
g/bls suasana persekitaran sosial
 c. Diagnosis sejarah – Penumpuan pengaruh dan
pengalaman daripada ibu bapa.
 d. Diagnosis fenomenologikal – penumpuan scr
keseluruhan ttg asimilasi pglaman, serta
mengambil kira nilai prejudis dan pengaruh
pengasuhan ibu bapa.

Matlamat kaunseling
 Memerlukan kaunselor bergerak scr aktif
 Masalah timbul apabila ada :
 A. Pencemaran Ego
P Subset kepada A
A Subset kepada D
Masing-masing bertindan antara satu sama
lain.
 Pengasingan – konsisten dengan ego yg ada
nak tak nak mengubahnya.
Analisa Diri Klien
 Egogram – menunjukkan ego dengan
menggunakan carta bar – CP, NP, A, FC, LP dan
AC.
 Mengubah semula kata Putus – Kaunselor
memipin klien unt mengubah penempatan
pendirian ego. Caranya dengan meminta klien
mengimbas kembali tentang penempatan egonya
yg lama dgn harapan agar klien dpt menyesuaikan
diri dan mencari ego yg sihat unt dirinya.

 Kaedah Posisi Hidup –
– Saya OK, Anda OK.
– Saya Tidak OK, Anda OK.
– Saya OK, Anda Tidak OK.
– Saya Tidak OK, Anda Tidak OK
PERMAINAN HIDUP
 Permainan hidup ini wujud berdasarkan tafsiran-
tafsiran yang dibuat mengenai mesej-mesej yang
diterima sejak kecil serta keputusan-keputusan
yang diambil berdasarkan tafsiran tersebut.
Tafsiran yang dibuat itu kemudiannya dimasukkan
ke dalam skrip hidup seseorang dan digunakan
berulangkali dalam hubungan interaksi. Ini kerana
mereka yang memainkan permainan hidup in
merasa dirinya terselamat.
 Antara sebab seseorang itu suka menggunakan
permainan hidup ketika berinteraksi ialah untuk
mendapatkan strok, menguatkan posisi hidup
psikologikalnya dan mengelakkan kemesraan atau
kerapatan dengan orang lain. Antara jenis
permainan hidup yang sering digunakan ialah
"Kalau tidak kerana dia….", "tengok apa awak
suruh saya buat…..", "saya cuma ingin
menolong…", "cari salah…", "asak", "rapport",
"tendang saya", "bodoh", "kasihan saya",
"sibuk".
 Untuk mengenalpasti permainan hidup, rajah Tiga
Segi Karpman boleh digunakan. Model ini
menggunakan konsep Mangsa, Penyelamat dan
Penghukum.
 Mangsa ialah individu yang sengaja
membangkitkan kemarahan orang lain dengan
memperkecil-kecilkannya atau individu yang suka
memberi mesej bahawa dia seorang yang tidak
berkeupayaan atau individu yang mengmabil
kesempatan sengaja lupa atau sering keliru.
 Manakala Penghukum pula adalah individu
yang suka membuat peraturan yang tidak
munasabah atau individu yang sengaja
mencari kesalahan orang yang lebih lemah
atau yang tidak setaraf dengannya.
Penyelamat pula ialah individu yang
memberi pertolongan tetapi tidak bersikap
jujur. Ketika memainkan permainan hidup
ini, individu berkenaan akan bertukar-tukar
peranan ketika berinteraksi dengan orang
lain.
RAKET
 Raket ialah perasaan yang tidak selesa yang
dirasai selepas sesebuah permainan hidup
tamat. Konsep ini merupakan sebahagian
asas daripada skrip hidup seseorang.
Perasaan ini telah wujud sejak kecil di
zaman kanak-kanak lagi dan disimpan dan
ditambah hinggalah dewasa.
 Seseorang itu mempunyai raket Marah, Rasa
bersalah, Depresi dan lain-lain lagi. Contohnya
raket Rasa bersalah, perasaan ini diperolehi sejak
kecil lagi apabila seseorang itu tidak memperolehi
apa yang dikehendakinya. Apabila individu itu
meningkat dewasa, peristiwa-peristiwa lain yang
membawa kemarahan yang sama kepadanya telah
menguatkan lagi kedudukan raket individu
tersebut.
MENGUMPUL STEM
 Konsep ini membawa maksud bahawa seseorang
individu itu ada menyimpan perasaan positif dan
perasaan negatif. Mengumpul dan menyimpan
stem positif dan perasaan negatif. Mengumpul
dan menyimpan stem positif boleh membawa
kebaikan kepada kehidupan seseorang kerana
dengan adanya perasaan positif ini boleh
menjadikan seseorang itu memiliki kesihatan
fizikal dan mental yang baik. Sebaliknya kija
individu itu terus mengumpul banyak perasaan
negatif, menyebabkan ia tidak boleh mengawal
dirinya dan pada suatu ketika perasaan itu akan
meledak dalam bentuk kemarahan yang dibuat
secara spontan.
SKRIP HIDUP
 Apabila kanak-kanak itu membesar, ia akan
menimba banyak pengalaman bukan sahaja
melalui ibu bapa dan adik beradiknya
malahan melalui rakan sebaya dan anggota
masyarakat. Dari sinilah individu itu akan
membina skrip hidupnya sendiri.
 Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
itu melihat bapanya bercakap menulis skrip
hidupnya, iaitu menjadi seorang bapa,
seseorang itu mestilah bersikap kasar
(menengking, menganiaya) isterinya.
 Walau bagaimanapun, skrip hidup
seseorang itu kan mengalami
perkembangan dan perubahan apabila ia
memasuki alam kehidupan bermasyarakat
di luar rumahnya. Sama ada skrip hidupnya
berbentuk positif atau negatif bergantung
kepada faktor-faktor luaran yang
mempengaruhinya dan kesedaran pada
dirinya untuk memperbaiki skrip hidup
sekiranya skrip itu bersifat negatif.
STROK
 Strok juga dikenali pengiktirafan yang diberikan
kepada seseorang individu secara lisan atau bukan
lisan. Apabila seseorang itu memperolehi strok,
menyebabkan individu itu merasai sesuatu.
Menurut Berne, strok ialah satu unit penghargaan
atau pengiktirafan yang boleh berbentuk lisan dan
bukan lisan. Manusia sentiasa memerlukan strok
dan mereka cuba memperolehinya secara positif
atau negatif kerana strok adalah keperluan fizikal
dan batin manusia.
Strok Positif

 Strok jenis ini diberi secara ikhlas dan jujur.


Mendengar dengan teliti, senyum, memberi
pujian, memberi hadiah, memberi hormat,
membelai, menganggukkan kepala adalah
antara strok positif. Seseorang itu
memerlukan strok ini untuk
mengembangkan emosi supaya ia
mempunyai posisi hidup saya OK, Anda
Ok.
Strok Negatif
 Strok ini biasanya diperolehi apabila
individu itu menghendaki strok positif
tetapi tidak memperolehinya. Individu
tersebut cuba mendapat strok ini supaya
mendapat perhatian. Antara strok negatif
ialah ditengking, mencemuh, memperli,
bermasam muka dan sebagainya.
Strok Bersyarat
Strok ini biasanya diberikan dengan syarat
individu tersebut melakukan sesuatu,
barulah ia mendapat pengiktirafan.
Strok jenis ini menyebabkan seseorang
individu itu berasa tidak selesa dan tidak
yakin pada dirinya sendiri. Oleh itu,
strok jenis ini tidak elok diamalkan.
Strok Plastik
 Ia merupakan pujian yang diberi secara
melampau atau berlebih-lebih dan biasanya
orang yang memberi strok itu tidak jujur
kerana mengandungi maksud tertentu di
sebalik pujian tersebut. Sekiranya individu
yang menerima pujian tersebut tidak sedar,
maka ia menjadi strok positif tetapi jika
sebaliknya individu itu akan merasa tidak
mempunyai harga diri.
Strok Kebiasaan
 Strok diberi kerana menjadi kebiasaan dan
norma-norma masyarakat membentuk strok
sedemikian penting untuk menjalinkan
perhubungan antara individu. Contohnya
mengucapkan selamat pagi, memberi salam
dan bertanya khabar.
LARANGAN (INJUNCTIONS)
 Larangan ialah mesej dari ego stat kanak-kanak
diri Ibu Bapa yang dikeluarkan berasaskan
penderitaan, kedukaan, desakan, kekecewaan,
kemarahan dan keinginan mereka. Apabila kanak-
kanak membesar, ibu bapa meletakkan larangan
dengan tujuan untuk mengasuh anak-anak dan
menanam sekatan terhadap perlakuan kanak-kanak
berbentuk 'Jangan' (Don’t's). Larangan ini
menjadi sebahagian daripada kehidupan kanak-
kanak untuk membina skrip hidupnya.
Teknik (Dusay & Steiner 1971):

 Bagi pengkelasan yang pertama, dipanggil


permission atau membenarkan atau
mengizinkan.
 Kaunselor telah mengizinkan klien supaya
menggunakan masa dengan secara afektif dan
tidak membiarkan klien menggunakan masa
secara produktif. Teknik ini digunakan bagi
memberi peluang kepada klien agar dia dapat
menceritakan persoalannya dengan masa yang
berfaedah.
 Kaunselor juga membenarkan klien mengalami
semua ego statnya. Di mana kaunselor telah
menggalakkan klien gunakan ego dewasa untuk
memberi sebab-sebab yang rasional dan ego
kanak-kanak untuk berseronok. Teknik ini
dapat memberikan kesempatan kepada klien
berfikir secara dewasa dan dapat mengalami
keseronokan dalam sesi kaunseling.
 Bagi pengkelasan yang kedua, pula
dipanggil protevtion atau perlindungan.
Teknik ini bertujuan untuk menyakinkan
klien memberikan kenyataan sokongan.
Misalnya, kaunselor akan menyatakan
"jangan bimbang. Jangan takut…".
Fenomena menggunakan arahan-arahan ibu
bapa dan menggunakan ego stat kanak-
kanak.
 Bagi pengkelasan ketiga dinamakan potensi.
Teknik ini digunakan oleh kaunselor bagi
memandang dirinya bahawa kaunselor tahu apa
yang telah dibuatnya dan bilakah dia melakukan
tindakan dalam sesi kaunseling. Kaunselor
berkebolahan menggunakan kemahiran-kemahiran
kaunseling pada masa yang sesuai melalui suasan
kaunseling. Teknik ini dapat membantu kaunselor
dalam cuna mencari kedudukan ego klien.
 Pengkelasan yang keempat adalah merujuk
kepada tingkah laku kaunselor yang lebih
spesifik iaitu dalam peringkat operasi
Interogation
 Dalam teknik ini kaunselor akan
membuat penerokaan dengan betul-
betul dengan klien berkaitan dengan
ego dewasa bagi mendapatkan respon
dewasa daripada klien. Dalam
penerokaan ini kaunselor akan
menggunakan kaedah menyoal dengan
soalan-soalan terbuka.
Specification.
 Teknik ini digunakan untuk mengenalpasti
tahap ego yang mendorong kepada transaksi
ego dewasa kaunselor dan ego dewasa
klien. Kaunselor akan cuba memberi
tumpuan yag spesifik bagi mengembangkan
tahap kefahaman klien berkenaan dengan
ketiga-tiga egonya.
Confrontation.
 Teknik ini digunakan oleh kaunselor untuk
mencabar ego klien yang ketidaktekalan
yang berubah-ubah dan terdapat perbezaan
yang ketara terhadap tingkah laku yang
nyata yang dibuat oleh klien. Teknik ini
juga membantu kaunselor melihat respon
klien tentang keadaan egonya yang
sebenar.
Explanation atau penerangan.
 Teknik ini digunakan oleh kaunselor untuk
melihat mengapa tingkah laku klien itu
berlaku. Kaunselor akan memberi
penerangan kepada klien tentang
perhubungan ego dewasa dan ego dewasa.
Kaunselor akan mengajar klien betingkah
laku pada tahap ego dewasa.
Ilustration.
 Dalam teknik ini, kaunselor akan menggunakan
cerita-cerita yang lucu. Bentuk cerita yang lucu
ini dilakukan ketika perbualan kaunselor dan klien
pada tahap ego dewasa dan ego kanak-kanak.
Perbuatan ini diutarakan agar klien tidak
menghadapi tekanan dan dapat menyedarkan klien
tentang hal yang dihadapinya serta dapat
menghuraikan persoalan dengan baik.
Comfirmation atau Pengesahan.
 Teknik ini digunakan apabila tingkah laku
yang telah diubahsuai muncul lagi.
Kaunselor akan cuba menunjukkan
perbuatan tersebut kepada klien. Perbuatan
ini hanya afektif sekiranya tahap ego klien
dalam keadaan stabil.
Interpretation.
 Teknik ini digunakan oleh kaunselor bagi
mnerangkan kepada klien tahap egonya
adalah berada pada tahap ego kanak-kanak
yang menyebabkan wujudnya tingkah laku
klien yang tidak diingini. Teknik ini lebih
kepada psikoanalitik.
Crystalization / Memperjelaskan.

 Teknik ini digunakan oleh kaunselor untuk


memperjelaskan tentang ego dewasa klien
bagi mewujudkan kesedaran klien melalui
permainan supaya ego ibu bapa dan kanak-
kanak dapat diseimbangkan pada tahap ego
dewasa.

You might also like