You are on page 1of 19

PENJODOH BILANGAN

* perkataan yang digunakan untuk membilang .

* ia digunakan bersama-sama Kata Bilangan

* ia hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan


dan sebelum Kata Benda

Contoh
Dua buah buku

Kata Bilangan Kata Benda

Penjodoh Bilangan
BUAH
* digunakan untuk membilang benda-benda
yang besar.

Boleh digunakan juga dengan kenderaan,tempat

Contoh

Sebuah komputer
Sebuah rumah
Sebuah kapal terbang
BIJI
* digunakan untuk membilang buah-buahan
dan benda kecil yang bulat.

Contoh

Sebiji bola
Sebiji raga
Sebiji semangka
Sebiji nanas
HELAI
* digunakan untuk membilang benda yang
lembut,lebar dan pakaian

Contoh

Sehelai kertas
Sehelai baju panas
Sehelai seluar
Sehelai baju
EKOR
* digunakan untuk membilang binatang.

Contoh

Seekor kelawar
Seekor badak
Seekor burung
KUNTUM
* digunakan untuk membilang bunga.

Contoh

Tiga kuntum bunga matahari


Tujuh kuntum bunga tulip
BATANG
* digunakan untuk membilang benda yang lurus,
keras dan panjang.

Contoh

Sebatang pokok
Sebatang pensel
Sebatang tiang lampu
Sebatang sungai
Sebatang jalan raya
PASANG
* digunakan untuk membilang benda
berpasangan

Contoh

Sepasang kasut
Sepasang cermin mata
Sepasang sarung tangan
Sepasang pengantin
BILAH
* digunakan untuk membilang senjata yang
tajam dan runcing.

Contoh

Sebilah kapak
Sebilah pedang
Sebilah pisau
LARAS
* digunakan untuk membilang senjata api.

Contoh

Selaras meriam.
Selaras senapang
BUTIR
* digunakan untuk membilang benda yang
bujur dan kecil.

Contoh

Sebutir peluru
Sebutir telur
Sebutir bom tangan
DAS
* digunakan untuk membilang bunyi letupan
dan tembakan.

BANG!
Contoh

Dua das tembakan pistol.


Satu das tembakan meriam.
•Sekuntum
bunga

•Sebiji bola

•Seekor
rakun

•Sebatang
pembaris

•Sebuah
basikal
roda tiga
Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai.

pasang

kuntum

buah
Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai.

ekor

buah

bilah
Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai.

buah

ekor

pasang
Baca ayat dengan ayat di sini. Kemudian
nyatakan sama ada penggunaan Penjodoh
Bilanga betul atau salah.

Emak membeli tiga buah ikan kembung di pasar.


Salah ~ ekor
Rumah Pak Mat terletak berdekatan dengan
sepasang sungai.
Salah ~batang
Dia membeli sebatang pensel baru.
Betul
Cikgu menyuruh saya mengeluarkan sebuah kertas.
Salah ~ helai
Baca ayat dengan ayat di sini. Kemudian
nyatakan sama ada penggunaan Penjodoh
Bilanga betul atau salah.

Emak memotong ikan menggunakan sekuntum pisau.


Salah ~ bilah
Sebutir telur berharga dua puluh lima sen.
Betul
Dia membeli sepasang kasut sukan di kedai itu.
Betul
Lina membeli sekuntum buah epal.

Salah ~ biji

You might also like