You are on page 1of 5

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya. Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu.

angkatan bakul baris batang bentuk berkas bidang biji bilah botol buah buku bungkus butir carik cebis cekak cubit cucuk

das deret ekar ekor gelung gemal genggam gerombolan gugus gulung gumpal helai hidang hiris ikat jambak jambangan jemput jengkal

kajang kaki kalung kandang kapur kaum kawan kelompok kepal keping kepul kerat ketul kotak kumpulan kuntum laras lembar lingkar

longgok mangkuk mayang naskhah orang papan pasang pasukan patah petak pintu potong pucuk puntung raga rangkai rangkap rawan rincih

ruas rumpun senduk sikat/sisir susun suap tandan tangkai teguk timbun titik tingkat tompok tongkol ulas untai urat usul utas

Perhatikan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat-ayat di bawah ini. Penjodoh Bilangan angkatan Digunakan untuk Kumpulan benda dan manusia. Contoh: kapal perang, penulis, pelukis, tentera, sasterawan Benda atau manusia yang berbaris. Contoh: bangku, kedai,, murid, orang, pokok, rumah, tulisan Benda-benda yang panjang. Contoh: sungai, pen, pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin, galah, kapur Benda-benda yang berkeluk. Contoh: mata kail, cincin, subang Benda-benda yang luas bidangnya. Contoh: layar, tikar, tanah, sawah, permaidani Benda-benda yang bersaiz kecil. Ayat Contoh 1 Tiga angkatan perang itu telah diserang hendap oleh pihak musuh. 2 Dua orang anggota angkatan tentera Filipina telah terbunuh dalam kejadian pergaduhan itu. 1 Tiga baris tulisannya itu tidak dapat dibaca. 2 Sebaris kedai itu telah dicat dengan warna kuning. 1 Sepuluh batang tiang lampu itu telah condong. 2 Tujuh batang jejari basikal itu telah patah. 1 Karim memancing udang itu dengan menggunakan sebentuk mata kail yang halus. 2 Tiga bentuk cincin itu telah berkarat. 1 Sebidang sawahnya telah dijual untuk melangsaikan hutang-hutangnya itu. 2 Dua bidang permaidani itu telah digigit tikus. 1 Setiap pagi ayah makan dua biji telur ayam separuh masak.

baris

batang

bentuk bidang

biji

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

Contoh: buah-buahan, telur bilah buah Benda-banda yang tajam. Contoh: pisau, keris, parang Benda-benda yang tidak tentu bentuk atau saiznya. Contoh: kenderaan, bandar, negara, bangunan Benda-benda yang berbuku atau berbongkah. Contoh: sabun, roti Benda-benda yang kecil saiznya dan agak bulat bentuknya. Contoh: telur, manik, permata Benda-benda yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil. Contoh: kain, kertas Benda-benda yang dicucuk dengan lidi. Contoh: sate dan buah-buahan yang telah dipotong dan kemudiannya dicucuk dengan lidi/buluh Bunyi tembakan atau letupan senjata api. Contoh: senapang, meriam, pistol Haiwan atau binatang. Contoh: ular, kuda, rusa, gajah, kucing, kambing, ungka, zirafah, kanggaru Benda yang bergugus atau berangkai. Contoh: buah anggur, kelapa sawit, pulau Benda-benda yang nipis dan lebar. Contoh: baju, kain batik, tudung, kertas, daun, seluar, selendang Benda-benda yang dipotong nipis. Contoh: bawang, daging, tomato, timun Benda-benda yang berikat. Contoh: rotan, kayu, sayursayuran, buah-buahan Contoh: kunci, bunga

buku

butir

2 Pak Mat membawa pulang tiga biji nangka muda dari kebunnya. 1 Tiga bilah parang yang tumpul itu telah diasah oleh Salim. 2 Shima menyiang ikan itu dengan sebilah pisau. 1 Tiga buah beg kulit itu dijual dengan harga yang paling murah. 2 Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah almari lama. 1 Zaidah menghulurkan sebuku roti keras kepada adiknya. 2 Dia meletakkan tiga buku sabun itu di dalam almari. 1 Adik telah memecahkan dua butir telur ayam yang terletak di atas rak itu. 2 Dua butir mutiara itu amat tinggi nilainya. 1 Secebis kertas yang berwarna ungu terletak di atas meja tulis itu. 2 Jururawat itu membalut luka pada tangan pesakit itu dengan secarik kain putih. 1 Di atas meja itu diletakkannya sepuluh cucuk sate. 2 Manan menghulurkan dua cucuk buah mangga itu kepada adiknya. 1 Dua das tembakan penembak upahan itu tidak menepati sasarannya. 2 Dari arah bukit itu kedengaran bunyi beberapa das tembakan senapang. 1 Adik memelihara beberapa ekor anak ayam serama. 2 Dua ekor kuda itu gagal sampai ke garisan penamat kerana kakinya tercedera. 1 Tiga gugus buah anggur yang dibeli oleh ayahnya itu telah busuk. 2 Beratnya segugus kelapa sawit itu ialah 100 kilogram. 1 Ibu memakai sehelai selendang merah ke majlis itu. 2 Beberapa helai daun kari dimasukkan ke dalam bahan penumis itu. 1 Adik meletakkan dua hiris bawang merah itu di dalam piring. 2 Ibu menghulurkan beberapa hiris timun kepada ayah. 1 Dua ikat sayur bayam itu dijual dengan harga RM1.00. 2 Adik membeli dua ikat rambutan gading. 1 Aidil menghadiahi tuannya itu sejambak bunga mawar. 2 Kassim menggantungkan sejambak kunci di tepi pintu biliknya.

carik/cebis

cucuk

das

ekor

gugus

helai

hiris

ikat jambak

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

kaki

kawan

Benda-benda yang seolah-olah berkaki. Contoh: payung, cendawan, bunga Binatang Contoh: kambing, burung, kerbau, lembu, gajah, zirafah Benda, manusia, haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul Benda-benda yang diambil dengan genggaman tangan. Contoh: nasi, pulut, beras, pasir benda-benda yang nipis. Contoh: kertas, papan, roti, gambar, biskut, kad Benda-benda yang telah dikerat-kerat. Contoh: kayu, rotan, buluh, pensel Benda-benda yang berketul. Contoh: batu, air batu, daging Benda-benda yang diisikan di dalam kotak. Contoh: mancis, sabun, rokok Contoh: bunga Benda-benda yang berlaras. Contoh: meriam, senapang Benda-benda yang panjang. Contoh: benang, tali Contoh: buku, majalah, surat khabar, kitab manusia/orang

1 Siti meminta ibu membelikannya sekaki payung. 2 Dua kaki cendawan pelanduk itu telah busuk. 1 Sekawan burung merpati terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh pemburu itu. 2 Sekawan kerbau sedang berkubang di tengah sawah itu. 1 Beberapa kelompok bintang kelihatan di langit. 2 Dua kelompok awan itu kelihatan berarak ke sebelah timur. 1 Ibu menyuapkan sekepal nasi ke dalam mulut adik. 2 Karim mengambil dua kepal pulut kuning itu lalu beredar dari situ. 1 Dua keping poskad itu diterimanya dua hari yang lalu. 2 Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping gambar ayah Marzuki. 1 Ayah menggunakan sekerat rotan untuk memukul anak kucing itu. 2 Dua kerat kayu itu telah reput. 1 Hassan mengambil seketul batu lalu melontarkannya ke arah anjing itu. 2 Dua ketul sabun itu berjenama Lux. 1 Pak Ali menyuruh Salman membelikannya sekotak mancis api. 2 Tiga kotak air minuman itu ialah hadiah daripada abangnya. 1 Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga. 2 Dua kuntum bunga mawar itu telah layu. 1 Perompak tu bersenjatakan selaras senapang patah. 2 Dua laras meriam lama itu masih tersimpan di Muzium Pulau Pinang. 1 Beberapa lembar benang digunakan untuk mengikat pensel itu. 2 Selembar tali rafia tersangkut di dinding bilik itu. 1 Ibu sedang membaca senaskhah surat khabar. 2 Rokiah melanggan dua naskhah majalah wanita setiap bulan. 1 Dua orang pelancong Jepun itu memuji kecantikan negara Malaysia. 2 Lima orang juutera tempatan terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya itu. 1 Ayah meminta adik menyerahkan dua papan mercun itu kepadanya. 2 Kamisah membeli beberapa papan petai untuk dibuat ulam. 1 Halim membeli sepasang but bola berjenama Nike. 2 Dua pasang subang itu bernilai RM5000.00.

kelompok kepal

keping

kerat

ketul kotak

kuntum laras

lembar

naskhah orang

papan

Benda-benda yang berkepingkeping. Contoh: petai, mercun benda-benda yang berpasangan. Contoh: kasut, anting-anting, subang, baju

pasang

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

patah

perkataan

pintu

rumah atau kedai yang panjang dan berbaris. Benda-benda yang telah siap dipotong. Contoh: kuih, daging, roti Rebung, surat, pistol

potong pucuk

puntung

Rokok atau kayu yang berlebih daripada yang dibakar Benda-benda yang berangkap. Contoh: pantun, syair, sajak, gurindam, seloka jaring atau jala

rangkap

rawan

sikat/sisir

Benda-benda yang berbentuk sikat atau sisir. Contoh: pisang Buah-buahan yang bertandan atau bergugus-gugus. Contoh: kelapa, pisang Benda yang bertangkai. Contoh: bunga, buah-buahan yang bertangkai Isi buah-buahan. Contoh: limau, nangka, cempedak, durian Contoh: madah, pantun, syair, sajak Contoh: benang, rambut, tali Contoh: tali, rantai

tandan

tangkai

ulas untai

urat utas

1 Tidak sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. 2 Anak kecil itu menulis beberapa patah perkataan di atas kertas itu. 1 Tiga pintu rumah kedai itu telah dijual kepada Bank Rakyat. 2 Hartawan itu memiliki beberapa pintu rumah sewa. 1 Dua potong kuih lapis itu sedang dihurung lalat. 2 Beberapa potong kayu api itu masih bernyala. 1 Kakak menerima sepucuk surat daripada abang yang sedang belajar di London. 2 Hasnah merebus dua pucuk rebung itu untuk menghilangkan rasa pahitnya. 1 Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung rokok. 2 Hassan memindahkan beberapa puntung kayu api itu ke bawah rumah. 1 Kakak Salmah mengarang beberapa rangkap pantun. 2 Ali tidak faham akan maksud dua rangkap sajak itu. 1 Pak Harun mencari ikan dengan menggunakan serawan jala. 2 Dua rawan jaring itu digunakan untuk menangkap ikan laut dalam. 1 Tiga sikat pisang emas itu telah dijualnya sebentar tadi. 2 Dua sisir pisang nangka itu telah dimakan burung. 1 Dua tandan kelapa itu berjaya diturunkan oleh monyet itu. 2 Kassim memikul setandan pisang dari ladangnya. 1 Kamil memetik setangkai buah rambutan yang telah masak itu. 2 Zaidi memetik dua tangkai bunga ros lalu memberikannya kepada Zainab. 1 Beberapa ulas nangka itu telah dimakan ulat. 2 Siti meletakkan dua ulas cempedak itu di dalam piring. 1 Percubaannya untuk menulis seuntai madah akhirnya tercapai juga. 2 Tamrin menulis seuntai sajak di dalam buku catatan hariannya itu. 1 Di dalam pinggan nasi itu terdapat seurat benang hitam. 2 Beberapa urat rambutnya telah bertukar warna. 1 Pak Seman menggunakan seutas tali belati untuk mengikat lembu tu. 2 Kakak memakai seutas rantai emas yang baru dibelinya itu.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

Dari segi penggunaan, penjodoh bilangan hanya digunakan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu, kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu beberapa sahaja. Contoh: 1. Tiga batang pokok itu perlu ditebang. 2. Beberapa buah kerusi itu perlu dibaiki. 3. Kedua-dua batang anak sungai itu telah tercemar. Dari segi penggunaan, benda abstrak tidak perlu diletakkan penjodoh bilangannya. Contoh: 1.a) Kata Zul, Sebuah pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada penghujung bulan ini.(X) b) Kata Zul, Satu pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada penghujung bulan ini.() Dari segi penggunaan, elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut. 1. Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu. Contoh: 1.a) Tiga jarinya kudung. (X) b) Tiga batang jarinya kudung. () 2.a) Lima burung itu berbulu lebat. (X) b) Lima ekor burung itu berbulu lebat. () 2. Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan. Contoh: 1.a) Kedua-dua buku itu masih elok. (X) b) Kedua-dua buah buku itu masih elok. () 2.a) Keempat-empat kotak itu penuh berisi emas. (X) b) Keempat-empat buah kotak itu penuh berisi emas. () 3. Kesalahan kerana meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu. Contoh: 1.a) Banyak buah rumah di kawasan itu didirikan secara haram. (X) b) Banyak rumah di kawasan itu didirikan secara haram. () 2.a) Semua batang pokok di tepi jalan itu akan ditebang. (X) b) Semua pokok di tepi jalan itu akan ditebang. ()

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

You might also like