You are on page 1of 3

KADET REMAJA SEKOLAH

27 Jun 1987
- ditubuhkan dan diasaskan - En. Muhammad Thani Bin Sha'aban
- SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur.
- pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM).
- Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Tahun 1989
- beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.
- SMK Tmn Tun Dr Ismail
- SMK Seri Titiwangsa
- Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor
10 Ogos 1993
- Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan.
13 September 1993
- pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid Bin Wan Mohd Nordin (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia).
- sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. -
Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA –
PUTERI ISLAM ( KPIM ) .
- Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET
REMAJA ISLAM (KRIS)
Oktober 1993
- Kementerian Pendidikan telah membuat keputusan agar nama pasukan ini
ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ).
20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416
- Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah
disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul
Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah ,
Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
TUNAS
KADET REMAJA SEKOLAH
15 Mac 1999
- Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah
Sekolah Kebangsaan Setapak Indah.
- En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin
- ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet
Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
- Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam
Sekolah ( TKRIS )

26 Mac 2006
- Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan -
oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul - Halim,
Kedah Darul Aman.

You might also like