You are on page 1of 40

KONSEP ASAS DALAM

MENILAI

 Penilaian
 Pengukuran
 Pengujian
 Pentaksiran
Penilaian
 Proses mengumpul maklumat yang sistematik
untuk tujuan membuat keputusan
 Proses menilai
 Kualitatif seperti baik, sangat suka, tidak pasti dll.
 Kuantitatif, iaitu membuat penilaian dalam bentuk
nombor
 Boleh dilaksanakan secara berterusan
(formatif) atau pada akhir pengajaran/sesuatu
topik pengajaran (sumatif)
Jenis penilaian
Pengukuran

 Ada alat untuk mengukur


 Bersifat kuantitatif ( 1,2,3, dan seterusnya)
 Pemberian nombor kepada sesuatu
objek/perkara mengikut sesuatu set
peraturan yang telah ditetapkan.
 Boleh dibahagikan kepada 4 skala
mengikut ciri pemboleh ubah pengukuran
Skala
Ciri Pengukuran
Nominal Ordinal Sela Nisbah

Pembeza + + + +
(distinctiveness)
Bersusun - + + +
(ordering)
Sama sela - - + +
(interval)
Sifar mutlak - - - +
Skala Nominal

 Hanya ada kuasa pembeza


 Contohnya nama-nama benda seperti
kerusi, pokok, tanah dll., nama warna
seperti merah, kuning, hijau dll., nama
bangunan seperti KLCC, Bangunan
Sultan Abdul Samad dll., dan
sebagainya.
Skala Ordinal

 Ada kuasa pembeza.


 Berada dalam susunan yang munasabah.
 Contohnya, kedudukan pencapaian pelajar
dalam peperiksaan Bahasa Melayu,
kedudukan pelajar dalam peperiksaan.
 Jarak markah antara pelajar yang mendapat
no. 1, 2, 3, dsb. tidak sama.
Skala Sela

 Ada kuasa pembeza, berada dalam


susunan dan mempunyai ciri sama sela.
 Oleh itu, alat ukur yang mempunyai ciri
sama sela sahaja tidak boleh mengukur
tinggi, panjang, lebar dsb.
 Contoh alat ukur yang mempunyai ciri
sama sela ialah jangka suhu.
Skala Nisbah

 Memiliki keempat-empat ciri pengukuran,


iaitu ada kuasa pembeza, susunan, sama
sela dan sifar mutlak.
 Alat ini sesuai digunakan untuk mengukur
panjang, tinggi, berat dsb.
 Contoh alat ukur yang mempunyai
keempat-empat ciri pengukuran ialah
pembaris, alat timbangan dsb.
Contoh skala
0 - Penulis langsung tidak memberi
respons.
1 - Pendirian penulis tidak jelas,
mengelirukan atau tidak memberi alasan.
2 - Pendirian jelas dan memberi satu alasan
tanpa huraian.
3 - Pendirian jelas. Satu alasan ada huraian,
selainnya tidak ada huraian.
4 - Pendirian jelas. Dua alasan ada huraian,
selebihnya tanpa huraian.
10
Pengujian
 Satu prosedur yang sistematik untuk mengukur
perubahan tingkah laku individu dalam
pembelajaran
 Ada peraturan dan prosedur yang perlu diikuti
seperti pembinaan alat ukur yang sah dan boleh
dipercayai, pemarkahan, pengredan dsb.
 Mesti ada alat yang sesuai seperti soalan,
senarai semak, tugasan dsb.
 Ada pelbagai jenis, berdasarkan tujuan ujian
tersebut.
Jenis Ujian Dalam Bahasa
 Ujian Pencapaian
 Ujian Diagnostik
 Ujian Bakat
 Ujian Penempatan
 Ujian Kemahiran
 Ujian Interaksi sosial
 Ujian Kemahiran Bahasa Asing
 Ujian Kecekapan
Ujian Pencapaian

 Bertujuan untuk mengukur pencapaian


menyeluruh berasaskan kurikulum pada
satu-satu masa/tahap;
 Pelajar telah mempelajari perkara yang
hendak diuji;
 Keputusan ujian bertujuan untuk
membandingkan pencapaian antara
pelajar.
Ujian Diagnostik
 Ditubuhkan untuk mengenal pasti daerah-
daerah kelemahan pelajar;
 Bertujuan untuk kerja-kerja pemulihan;
 Menjadi petunjuk kepada guru tentang daerah-
daerah kelemahan pelajar dan proses p& p di
dalam bilik darjah;
 Ujian yang biasa dijalankan ialah ujian
tatabahasa, ujian bunyi bahasa, ujian
perbendaharaan kata, ujian menulis dll.
Ujian Bakat
 Berfaedah untuk pengujian bahasa kedua;

 Bertujuan menelah sikap seseorang dalam


mempelajari bahasa sasaran yang akan
dipelajari;
 Merangka jadual waktu latihan/ kursus yang
diperlukan pelajar berkenaan untuk mencapai
level kemahiran yang diharapkan dalam
bahasa berkenaan.
Ujian Penempatan
 Bertujuan untuk mengelompokkan pelajar ke
dalam tahap kemahiran bahasa yang sama;
 Kemahiran yang diuji berbentuk umum;
 Memerlukan kepelbagaian ujian kemahiran;
 Kandungan ujian harus dapat menjangkakan
pelajaran yang akan datang;
 Keputusan ujian perlu segera.
Ujian Kemahiran
 Menilai kemahiran berbahasa secara
keseluruhan dalam situasi penggunaan bahasa
sebenar atau berkaitan dengan sesuatu konteks;
 Ujian ini tidak didasarkan kepada mana-mana
kurikulum atau objektif pembelajaran;
 Yang diukur ialah keterampilan individu
mengawal kemahiran berbahasa semasa
berinteraksi dengan penutur jati bahasa tersebut,
di samping kemahiran linguistik yang baik;
 Terdapat dua jenis kemahiran ujian kemahiran:
(1)Ujian Kemahiran
Interaksi Sosial
 Dijalankan pada akhir kursus bahasa yang
diajarkan kepada calon tentang asas kemahiran
interaksi sosial dalam bahasa sasaran;
 Memberi maklumat tentang objektif yang
diajarkan dalam perancangan kursus interaksi
sosial tersebut;
 Dilaksanakan dalam makmal bahasa dengan
menggunakan bahan rakaman dan bahan
bercetak.
(2) Ujian Kemahiran
Bahasa Asing
 Dibahagikan kepada 2 bahagian:
 Ujian lisan
 Ujian bacaan
 Kedua-duanya boleh dijalankan secara
bersemuka atau jarak jauh melalui telefon atau
faksimile untuk tujuan membaca dan menulis
dokumen;
 Ujian bertulis yang digubal harus dapat
menggambarkan jenis tugas yang akan
dilakukan calon dalam tugasnya nanti.
Ujian Kecekapan
 Menguji Pengetahuan atau kecekapan
linguistik atau keupayaan mengaplikasikan
pengetahuan bahasa dengan fungsi yang
betul;
 Digubal oleh guru sendiri;
 Kandungannya nahu, bacaan dan kefahaman,
dan perbendaharaan kata.
 Tujuannya untuk mendapatkan gambaran awal
tentang kecekapan pelajar yang akan belajar
dalam kelas tertentu.
HIERARKI PENGUJIAN
 KATAKAN ANDA DITUGASKAN MENGAJAR
DI KAWASAN PEDALAMAN. MURID ANDA
TERDIRI DARIPADA KETURUNAN BUKAN
MELAYU YANG TIDAK FASIH BERBAHASA
MELAYU;
 PADA PEDAPAT ANDA, YANG MANAKAH
JENIS PENGUJIAN YANG PENTING BAGI
MEREKA;
 SUSUN 4 JENIS PENGUJIAN MENGIKUT
KEUTAMAAN ANDA DI SEKOLAH NANTI.
Pendekatan Dalam
Pengujian

 Ujian rujukan norma (Norm-reference


test)
 Ujian rujukan kriteria (Criterion-reference
test)
Ujian Rujukan Norma

 Bertujuan membandingkan prestasi


individu di dalam kelas/kumpulan/
negeri/negara dalam p&p secara relatif.
Oleh itu kadangkala ujian ini dikenali
dengan nama ujian pencapaian relatif.
 Markah lulus tidak ditetapkan lebih awal
tetapi ditentukan oleh sebaran prestasi
keseluruhan kumpulan.
 Item ujian dibina berdasarkan objektif tingkah
laku kognitif yang meliputi aras sukar,
sederhana dan mudah. Nisbah item biasanya
25% sukar, 50% sederhana, dan 25%
mudah.
 Pengetahuan tentang kandungan telah
didedahkan kepada pelajar.
 Keputusan ujian ini sesuai untuk penilaian
sumatif kerana dalam penilaian sumatif
ditentukan kedudukan pencapaian pelajar.
 Taburan normal berlaku jika bilangan calon
yang menduduki peperiksaan banyak.
Ujian Rujukan Kriteria
 Dirangka berdasarkan taraf pencapaian yang
dikehendaki daripada seseorang murid dalam
sesuatu bidang kemahiran atau tajuk.
 Guru tetapkan kriteria dan standard pada tahap
minimum yang mesti dicapai pelajar secara
khusus. Contohnya:
“Pada akhir pelajaran murid dapat menjawab
sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan
kefahaman yang diberi”
Ujian ini dikenali juga dengan nama ujian rujukan
objektif.
 Ujian dilaksanakan selepas satu sesi p&p
untuk dibandingkan dengan kriteria yang
telah ditetapkan.
 Maklumat daripada ujian tersebut
menentukan tindakan guru selanjutnya, sama
ada hendak diajar semula atau diteruskan.
 Ujian ini tidak bertujuan membandingkan
prestasi pelajar sebaliknya untuk membaiki
prestasi pelajar. Oleh itu, ujian ini biasanya
pendek dan meliputi sebahagian kecil isi
kandungan.
 Sesuai digunakan dalam penilaian formatif.
Pembinaan Item Ujian
Rujukan Kriteria
 Pastikan objektif minimum ujian mampu
dicapai oleh semua pelajar;
 Item yang dibina `mencukupi/sesuai’
untuk mengukur objektif ujian;
 Harus sama/selari dengan objektif ujian
rujukan norma yang akan dibina kelak.
Kaitan Penilaian, Pengukuran
dan Pengujian dalam Penilaian
Bahasa

PENGUKURAN

PENILAIAN

PENGUJIAN

1 2 3 4 5
Huraian
1. Menilai persembahan pelajar ( penilaian)
2. Memberi gred dalam tugasan (penilaian +
pengukuran)
3. Penilaian kemajuan pelajar
(penilaian+pengukuran+pengujian)
4. Ujian yang diadakan untuk mengumpul
maklumat p&p (pengukuran dan pengujian)
5. Penggunaan kod dalam penyelidikan
(pengukuran)
Pentaksiran
 Bertujuan memahami manusia. Kita boleh
memahami diri kita melalui pentaksiran kendiri;
 Cuba memahami apa kemahiran yang akan
dikuasai dan apa kemahiran yang telah
dicapai;
 Keutamaan pada pernyataan deskriptif
(markah dan gred datang kemudian);
 Boleh berlaku dalam pelbagai situasi seperti
formal, tidak formal, kasual, ritual dll.;
 Penaksiran formaliti berlaku dalam
situasi ujian seperti kuiz, temu duga,
praktikal, peperiksaan bertulis dll.
 Penaksiran berlaku secara berterusan.
Apabila pelajar sudah mencapai satu
tahap kemahiran, ada tahap berikutnya
untuk melengkapkan pengalaman
pembelajaran mereka atau apakah
tindakan guru pada pedagoginya dll.
Jenis Pentaksiran
Pentaksiran untuk
Pembelajaran
 Kadangkala dipanggil pentaksiran bilik
darjah;
 Bersifaf formatif dan diagnostik;
 Murid mendapat maklum balas
pembelajaran mereka;
 Guru berpeluang melaraskan pengajaran
mereka
Pentaksiran sebagai
pembelajaran
 Murid membuat refleksi hasil penilaian
kendiri dan rakan terhadap kekuatan dan
kelemahan mereka;
 Murid menggunakan pentaksiran untuk
memperbaiki pembelajaran mereka;
Pentaksiran pembelajaran

 Bersifat sumatif;
 Tugasan dan aktiviti yang diberikan
kepada murid bertujuan untuk mengukur,
merekod dan melaporkan tahap
kemajuan murid.
Perbezaan Antara
Mentaksir dan Menilai
WASSALAM

You might also like