You are on page 1of 7

PENCEROBOHAN DARAT

NAMA AHLI KUMPULAN :


SHERVEENA
ASWANYA
NITHES
HARIPOORNA
Kesan daripada pencerobohan darat
yang berlaku di Lahad Datu SABAH
Penggodaman

Bantuan Protes di
kepada warga kedutaan
Lahad Datu Malaysia

IMPLIKASI YANG
BERLAKU DARIPADA
PENCEROBOHAN
DARAT YANG
BERLAKU DI LAHAD
DATU , SABAH

Nasib keluarga
Pembangkang anggota PDRM
Filipina main yang
peranan terkorban
dibela

Kekejaman
penceroboh
 PENGGODAMAN
Perang siber turut tercetus dengan kumpulan penggodam dari Malaysia dan Filipina
saling menggodam laman web beberapa pertubuhan antara satu sama lain bagi
menyemarakkan rasa tidak puas hati berkenaan isu ini.
 Protes di kedutaan Malaysia
Seramai 100 rakyat Filipina menganjurkan bantahan di hadapan kedutaan Malaysia
di Makati pada 5 Mac 2013. Mereka menggesa kerajaan Malaysia untuk
menamatkan keganasan di Sabah, manakala sesetengah sokongan yang dinyatakan
lagi adalah bagi menyokong perjuangan Kiram. Sekurang-kurangnya 50 anggota
polis dan trak bomba dikerahkan ke kawasan tersebut. Kedutaan kemudiannya
digantung operasi akibat bantahan.
 Kekejaman penceroboh
Anggota polis yang terbunuh di kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah pada 2 Mac
lalu ditemui dalam keadaan yang sangat tragis.Perbuatan yang sangat sadis dan
tidak berperikemanusiaan itu telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak sama
ada mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam. Justeru, perlakuan
mereka ini juga bertentangan dengan ajaran Islam.
 Nasib keluarga anggota PDRM yang terkorban dibela
Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa sumbangan sebanyak RM
100,000.00 akan diberikan kepada keluarga anggota PDRM yang terkorban di dalam pertempuran di
Lahad Datu. Manakala bagi anggota yang cedera, sebanyak RM 50,000.00 akan disumbangkan oleh
kerajaan negeri.Anggota yang terkorban juga dinaikkan pangkat agar keluarga mereka dapat menikmati
kadar pencen yang lebih tinggi. Beberapa bantuan lain turut akan diterima oleh anggota dan keluarga
anggota yang terlibat.
 Pembangkang Filipina main peranan
Banyak akhbar pro pembangkang di Filipina sedang mensasarkan kelemahan kepada Presiden Benigno
kerana tidak menyokong pendudukan pengganas Sulu di Lahad Datu. Untuk menaikkan kemarahan rakyat
Filipina, akhbar-akhbar pro Arroyo ini telah menceritakan kononnya pasukan keselamatan Malaysia telah
memukul dan membunuh warga Filipina di Sabah. Namun begitu, tiada bukti sahih bahawa perkara ini
sedang berlaku.Bekas Presiden Arroyo nampaknya telah melaksanakan perancangan untuk memalukan
pentadbiran Presiden Benigno agar kerajaan Filipina akan dilihat tidak boleh menyelesaikan masalah
rakyat Filipina.Jamalul Kiram yang merupakan ketua pasukan penceroboh Sulu, merupakan salah seorang
penyokong Arroyo dan pernah bertanding di dalam parti Arroyo pada tahun 1997. Dan kini tindakannya
untuk menyerang Sabah adalah dikatakan diarahkan oleh Arroyo.
 Bantuan kepada warga Lahad Datu
Bantuan RM 1000.00 akan diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada warga yang
terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu. Bantuan juga akan diberikan
dalam bentuk pembinaan semula kediaman dan premis perniagaan yang
musnah disebabkan oleh kekacauan yang dilaksanakan oleh para pengganas di
Lahad Datu. Pinjaman kerajaan juga akan diberikan kepada mereka yang
mengalami kerugian dalam perniagaan disebabkan oleh krisis tersebut.
SEKIAN TERIMA KASIH
DARI KAMI !!!!!˚

You might also like