You are on page 1of 15

 

PERALATAN KHAS YANG DIPERLUKAN


OLEH MURID MASALAH PENGLIHATAN
NAMA AHLI KUMPULAN :
ASWANYA VERAKUMAR
HARIPOORNA SHANMUGAM
SHERVEENA ALEXIUS
NITHES ANATHAN
BRAINPORT
 Alat bantu penglihatan Brainport ialah
sejenis alat yang membantu golongan yang
buta dan golongan yang mempunyai
masalah penglihatan untuk melihat.
Brainport merupakan prototaip yang
masih lagi dalam tempoh kajian dan tidak
dijual dimana-mana negara.
Penggunaannya pada masa sekarang
adalah terhad kepada kajian penyelidikan
iaitu untuk mengkaji persepsi penglihatan.
Kajian penyelidikan ini dijalankan di
sekitar Amerika Syarikat.
 Brainport telah dicipta oleh seorang saintis
daripada Universiti Pittburg. Alat ini
menggunakan teori yang
sama seperti koklea implant iaitu kamera
mengambil gambar persekitaran dan
maklumat tersebut akan diproses oleh cip. Cip
tersebut berperanan untuk menukarkan
maklumat yang diterima kepada rangsangan
elektrik. Rangsangan elektrik yang dihasilkan
akan dihantar ke otak melalui lidah. Otak
manusia mampu mentafsir rangsangan ini
dalam bentu visual seterusnya dan akan
diarahkan ke visual kortex untuk
membolehkan individu tersebut melihat.
Walau bagaimanapun, imej yang dihasilkan
tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata
sebenar. Imej yang dihasilkan adalah
berbentuk pixel dan polygon.
BRAILLE SENSE PLUS
 Braille Sense PLUS ialah sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan
orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan kekunci Braille. Saiz alat ini adalah
kecil dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Terdapat pelbagai fungsi antaranya ialah “word processor”, “web browser”, “schedule
manager”, dan “media player”. Alat ini juga mempunyai perisian internet yang
membolehkan penggunannya menghantar e-mel dan boleh dihubungkan kepada
komputer menggunakan USB, memori CF dan Bluetooth. Selain itu, kemudahan audio
seperti MP3, MP4, WAV yang dilengkapi dengan set kesan bunyi seperti “BassBoost”, gema
dan kesan 3D. Perisian audio ini juga membolehkan pengguna untuk merakam suara.
 Alat ini adalah sangat mahal dan tidak terdapat di Malaysia dan hanya boleh didapati di
negara-negara yang maju seperti Jepun, Kanada, German, dan Perancis. Alat ini sangat
membantu terutama kepada golongan OKU penglihatan yang menggunakan medium
Braille kerana alat ini memang direka khas untuk mereka dan memudahkan mereka di
tempat kerja atau belajar. Hal ini demikian kerana, alat ini boleh menterjemah tulisan
Braille kepada tulisan biasa.
BRAILLE SENSE PLUS
BRAILLE E-BOOK
 Frenchman Louis Braille merupakan seorang insan yang menjadi pencetus kepada
kehidupan OKU maslah penglihatan apabila beliau mencipta Braille pada tahun
1982 bagi membolehkan golongan yang mempunyai masalah penglihatan untuk
mengejar perkembangan sastera yang sebelum hanyalah mimpi bagi mereka. Walau
bagaimanapun pencetakan tulisan Braille adalah tidak sesuai untuk teks yang
panjang kerana kos yang tinggi. Oleh itu, sekumpulan pereka telah berusaha untuk
mengatasi maslah yang dialami oleh mereka. Seon-Keun Park, Byung-Min Woo,
Sun-Hye Woo and Jin-Sun Park telah mencipta satu alat baru yang inovatif iaitu
“Braille E-Book”. Braille E-Book ini boleh digunakan untuk menyimpan dan
mencetak manuskrip yang besar yang membantu untuk menjimatkan ruang dan kos.
Braille E-Book, menggunakan teknologi EAP yang berfungsi untuk mengubah
bentuk permukaan melalui isyarat elektromagnetik. Walau bagaimanapun, alat ini
tidak banyak terdapat di dalam pasaran kerana harga pasaran yang tinggi.
VOICE STICK
 Voice Stick telah dicipta oleh Sungwoo Park. Voice Stick ini mempunyai bentuk
yang kecil dan ringan menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana. Alat ini akan
“membaca” teks dengan kuat. Teknologi OCR akan mengimbas perkataan dan
menukarkannya serta menterjemahkan perkataan kepada teks. Kemudian perisian
untuk menterjemahkan teks kepada suara digunakan untuk membolehkan
golongan masalah penglihatan membaca surat khabar, buku dan sebagainya
KAMERA BRAILLE POLAROID
 Alat ini telah dicipta oleh Son Seunghee, Lee
Sukyung, dan Kim Hyunsoo. Alat ini
membolehkan golongan yang bermasalah
penglihatan terutamnya yang buta untuk
mendapatkan gambaran tentang sesuatu objek
dan merakamkan kenangan mereka melalui
gambar seperti orang tipikal yang lain. Pereka
alat ini telah memenangi anugerah Red Dot
design concept pada tahun 2008. Walau
bagaimanapun, produk ini masih berada dalam
peringkat konsep dan belum terdapat di
pasaran. Produk atau alat ini menggunakan
prinsip yang hamper sama dengan kemera
conventional tetapi gambar yang dihasilkan
adalah dalam bentuk timbul bagi membolehkan
orang yang mengalami masalah penglihatan
untuk merasai tekstur gambar tersebut.
TONGKAT MYGO
 Sebastian Ritzler, ialah pelajar reka bentuk di
Jerman yang telah mencipta tongkat putih
beroda yang dipanggil Mygo. Mygo
menggunkana “sensor-kamera” untuk
mengukur permukaan lantai di bawahnya dan
memberikan maklum balas melalui fon kepala
tanpa wayar. Roda yang berada di bahagian
bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng
yang membantu pengguna berjalan dengan
menyediakan maklum balas melalui
gengaman. Ketinggian tongkat ini boleh
diubah suai mengikut kesesuaian, tahan lasak
dan kalis air. Menggunakan bateri lithium-ion
yang bertahan selama 6 jam.
B&D MESSENGER
 Produk ini direka khas untuk pengguna yang
menghadapi masalah penglihatan dan/atau
masalah pendengaran untuk memudahkan
mereka berkomunikasi sesame sendiri mahupun
dengan pengguna telefon bimbit biasa. B&D
Messenger ini terdiri daripada LCD, papan
kekunci standard numerik, dan papan panel
huruf Braille. Untuk menggunakannya, B&D
Messenger ini harus terhubung ke sebuah
komputer yang seterusnya akan menerjemahkan
bahasa Braille menjadi teks biasa, mahupun
sebaliknya bergantung kepada keperluan. Untuk
individu bermasalah penglihatan, butang Braille
yang direka khas boleh digunakan untuk menulis
mesej manakala untuk membaca mesej pula
mereka boleh memilih sama ada ingin membaca
mesej tersebut dalam Braille ataupun
diterjemahkan dalam bentuk pertuturan.
JAWS SOFTWARE
 AWS atau Job Access With Speech ialah
program pembaca skrin komputer dalam
Microsoft windows yang membolehkan
golongan masalah penglihatan atau buta
untuk menggunakan komputer sama ada
menggunakan perisian teks ke pertuturan
atau “Refreshable Braille Display”.
Perisian ini menyokong semua jenis
windows termasuk windows XP. Terdapat
2 versi program iaitu standard dan
profesional. Versi standard berfungsi
dengan sistem operasi home windows
biasa manakala versi profesional
berfungsi untuk semua sistem operasi 
APPLE iPAD
 Teknologi-teknologi keluaran Apple telah
menitiberatkan keperluan golongan
berkeperluan khas terutamanya golongan
masalah penglihatan. Alat-alat keluaran Apple
seperti ipad dan iphone telah menggunakan
beberapa perisian untuk memudahkan golongan
kurang upaya untuk menggunakan alat ini
seperti kebolehan untuk menambah saiz teks,
pilihan untuk menukar warna latarbelakang dan
perisian suara untuk membacakan perkataan
yang terpapar di screen. Alat keluaran Apple
boleh didapati di pasaran Malaysia mengikut
harga semasa.

ALAT SENTUH
Alat sentuh seperti peta, gamba rajah timbul, model tiga dimensi,

You might also like