You are on page 1of 3

Kesan terhadap negara dan agama melibatkan krisis Marawi di Selatan

Filipin

Konflik yang berlaku di selatan Filipina melibatkan pasukan pengganas Militan


menentang pertahanan negara Filipina telah banyak mencetuskan kekangan dan
pertumpahan darah khususnya di Marawi. Pemberontakan pemisah yang sedia ada,
kemiskinan, peminggiran dan kekurangan tadbir urus inklusif menyebabkan
terputusnya hubungan yang mendalam dari negara Filipina dan identiti majoritinya
Kristian.
Pelbagai kesan buruk telah mendatang terutamanya kesan kepada negara
Filipina khususnya di mana konflik bersenjata ini menyebabkan berlakunya inflasi
kepada ekonomi. Pertumbuhan ekonomi terutamanya di wilayah Marawi yang
majoritinya merupakan Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) telah
mengalami kemerosotan kerana konflik yang berlaku menyekat aktiviti ekonomi
seperti perpindahan petani dan kehilangan tanaman, kemusnahan sekolah, dan juga
kemusnahan pusat fasiliti seperti hospital. Jumlah kerosakan dan kerugian yang
dialami dianggarkan sebanyak $34 juta yang bersamaan dengan 18.7% daripada
kadar KDNK ARMM pada tahun 2016. Sehubungan dengan itu, pertumbuhan
ekonomi yang tidak stabil sebelum krisis di wilayah Marawi terutamanya pusat
komersial Lanao del sur dan ARMM menyebabkan kesukaran memperolehi sumber
yang mencukupi untuk mengatasi kerosakan dan kerugian yang dialami setelah
konflik. Sektor pertanian dan perkhidmatan perdagangan merupakan sektor yang
mempunyai kadar kerosakan yang sangat terjejas tinggi. Sektor pertanian
mengalami kerosakan akibat daripada kemusnahan pertanian dan lepas tuai mesin
dan peralatan, termasuk kilang padi milik persendirian yang memberi perkhidmatan
kepada Marawi dan Lanao del Sur. Perkara ini menyebabkan berlakunya permintaan
yang sangat tinggi berkaitan aktiviti perdagangan.
Seterusnya, konflik bersenjata ini membawa kepada peningkatan kadar
kemiskinan. Insiden kemiskinan di Lanao del Sur sememangnya telah meningkat
terutamanya selepas krisis bersenjata di mana ekonomi serantau merudum,
pengangguran meningkat dan harga makanan. Kesan kemiskinan daripada konflik
dianggarkan seramai 150,000 orang berada di bawah garis kemiskinan kerana
banyaknya kemusnahan melibatkan infrastruktur, perkhidmatan dan kejatuhan
ekonomi keluarga yang sudah terdedah kepada kejatuhan ke dalam kemiskinan
sebelum konflik. Perkara ini
Selain itu,

Kesan Terhadap Politik dan Keamanan Antarabangsa

Konflik Marawi yang berlaku di selatan Filipina dapat mencetuskan risiko baharu
terhadap keamanan antarbangsa khususnya di Asia Tenggara. Ancaman keganasan
yang lebih besar setelah tamatnya konflik menyebabkan risiko terhadap negara
Indonesia dan Malaysia kerana negara berikut merupakan negara yang berdekatan
dengan kedudukan geografi Filipina (John Bechtel, 2017). Hal ini juga dibuktikan
apabila laporan daripada Institute for Policy Analysis of Conflic t (IPAC) menyebutkan
bahawa kemampuan ketenteraan Abu Sayyaf untuk menguasai sebahagian wilayah
Marawi dan menghalau serangan gencar dari pemerintah membawa kepada kesan
yang regional. Perkara ini membawa kepada kemungkinan bagi kerjasama yang lebih
besar di kalangan ekstrimis Asia Tenggara dan munculnya pemimpin-pemimpin baru
daripada gerakan sel pro-ISIS di Indonesia dan Malaysia di kalangan veteran perang
yang pulang dari Marawi1. Tambahan juga, IPAC turut menganggarkan bahawa
terdapat 20 warga Indonesia yang telah menyertai pejuang asing lain di Marawi yang
akan memberikan kesan buruk terhadap negara Indonesia di mana kepulangan
beberapa orang yang berpotensi untuk mengatur, menyatukan dan memimpin
menyebabkan wujudnya semangat bersama dalam kalangan kumpulan keganasan di
Filipina, Malaysia dan Indonesia bagi menjalankan operasi bersama yang
berkemungkinan terlibat dalam keganasan di negara jiran 2.

1
Institute for Policy Analysis of Conflict (IPAC), Marawi, the “East Asia Wilayah” and Indonesia, 21 July
2017, www.understandingconflict.org/en/conflict/read/61/Marawi-The-East-Asia-Wilayah-and-Indonesia
2
Ibid
RUJUKAN

John Bechtel (2017), Konflik Marawi Timbulkan Risiko Baru di Asia Tenggara . Benar
News Indonesia. https://www.benarnews.org/indonesian/berita/konflik-marawi-
07212017170941. html

You might also like