You are on page 1of 6

2.

0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA KHUSUSNYA DI SABAH


KESAN DARIPADA KEDATANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)
Sejarah Malaysia telah menunjukkan pembangunan ekonominya bergantung kepad
buruh asing. Buruh asing dari China dan India juga dibawa masuk semasa zaman
penjajahan untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan. 1 Pendatang asing
yang datang ke Malaysia sering menimbulkan pelbagai permasalahan terutamanya
berkaitan dengan keselamatan di suatu kawasan yang mereka datangi. Daripada sudut
yang berbeza pula, kehadiran mereka juga diperlukan dalam membawa pembangunan
ekonomi apatah lagi sekiranya negara yang mereka datangi itu mengalami kekurangan
tenaga mahir, separuh mahir dan kurang mahir. Di samping itu, kedatangan pendatang
asing tanpa izin ke sesebuah negara dikaitkan dengan usaha untuk meningkatkan taraf
hidup masing-masing berbanding dengan kehidupan di tempat asal.

Walau bagaimanapun, sekiranya kehadiran pendatang tanpa izin tidak terkawal,


maka pelbagai masalah akan ditimbulkan seterusnya memberi kesan negatif kepada
masyarakat. Keadaan ini secara tidak langsung melambangkan betapa lemahnya
kawalan keselamatan di sempadan negara dengan sekaligus mendedahkan betapa
terancamnya sempadan negara kepada bakal musuh. 2 Oleh itu, masalah yang dihadapi
negara kesan daripada kedatangan pendatang asing tanpa izin dapat dibahagikan
kepada 3 sektor utama iaitu politik, ekonomi dan sosial.

2.1 ANCAMAN POLITIK DAN KESELAMATAN TERHADAP PENDUDUK KESAN


KEDATANGAN PATI
Kewujudan pendatang asing di Malaysia khususnya di Sabah menimbulkan ancaman
kepada masyarakat tempatan daripada segi politik dan keselamatan khususnya
mengenai ancaman penculikan yang menyebabkan peningkatan kadar kes-kes jenayah
di Malaysia khususnya di Sabah Majoriti masyarakat bersetuju bahawa sesuatu jenayah
itu berlaku berpunca daripada kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak terkawal.

Isu keselamatan di Sabah bersifat bukan tradisional seperti kes penculikan.


1
Nor Azizan Idris, Hubungan Malaysia-Indonesia dan Isu Pendatang Asing Tanpa Izin, Politik dan
Keselamatan, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 150
2
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dollah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm. 12.
Antaranya ialah penculikan seorang pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar Chan
Sai Chiun, 32 , dan seorang lelaki kaum Suluk yang dikenali sebagai Mazlan, 20-an yang
dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun pada 17
Jun 2014. Pada 6 Mei 2014 pula seramai lima lelaki bersenjata telah menculik seorang
pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad
Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China dan pekerja resort warga
Filipina diculik di sebuah resort di Semporna. 3 Sabah dianggap sebagai penyumbang
pada tahap pertengahan kes jenayah di Malaysia dari tahun 2001 hingga 2003. 4 Oleh
itu, berdasarkan statistik serta kekerapan berlakunya jenayah di Sabah, jelaslah bahawa
kemasukan pendatang asing di Sabah menimbulkan banyak kesan negatif berbanding
kesan yang positif.

Dari segi ancaman terhadap politik pula ialah penggunaan dokumen palsu.
Penggunaan dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil lahir, dan pasport semakin
berleluasa dalam kalangan pendatang asing sama ada dari Filipina, Indonesia, Pakistan,
China dan sebagainya. Dalam hal ini, pendatang merupakan golongan yang majoriti
melakukan perbuatan-perbuatan pemalsuan dokumen untuk mendapatkan taraf
kewarganegaraan di Malaysia khususnya untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau
mungkin tinggal bersama keluarga yang berada di Malaysia. Terdapat dua isu utama
yang berlaku berhubung kait dengan hal yang pertama iaitu penggunaan dokumen palsu
berkualiti dan kedua, penggunaan dokumen tulen dan mendapatkannya dengan cara
yang tidak betul.5 Dalam konteks negeri Sabah, kedua-dua isu tersebut bukanlah suatu
perkara yang luar biasa kerana Daily Express dan Borneo Post dilihat sering melaporkan
isu ini. Malah, yang membuatkan isu ini lebih ketara ialah penangkapan pegawai
pendaftaran dan beberapa orang lain yang terlibat dalam isu pemalsuan kad pengenalan
cukup menggemparkan Sabah. Maka, kedatangan PATI ke Sabah menimbulkan
perasaan takut kepada masyarakat tempatan dengan timbulnya pelbagai masalah
jenayah yang melibatkan masyarakat tempatan mungkin boleh terjerumus ke arah
pembunuhan sekiranya kejadian bertukar menjadi lebih serius.

3
Zarina Othman, Memelihara Keselamatan Negara Malaysia: Peristiwa Lahad Datu, Sabah, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016, hlm156
4
Wan Shawaluddin Wan Hassan, op.cit, hlm.51
5
ibid, hlm. 24
2.2 ANCAMAN SOSIAL TERHADAP PENDUDUK TEMPATAN KESAN
KEDATANGAN PATI
Kesan utama Malaysia daripada kedatangan PATI secara haram ialah bekaitan dengan
penularan wabak penyakit berjangkit. Antara penyakit yang tersebar luas adalah
penyakit berjangkit yang boleh membawa kepada maut seperti malaria, batuk kering,
taun, siflis, AIDS, demam kepialu dan sebagainya kerana tidak melalui proses
pemeriksaan kesihatan yang rapi. 6 Apabila mereka sudah berada di Malaysia, kerajaan
terpaksa menanggung beban apabila mereka datang mendapatkan rawatan sama ada di
klinik atau hospital kerajaan lalu pihak hospital harus menerima atas dasar
perikemanusiaan.

Jadual 1: Jumlah rakyat tempatan dan PATI yang mendapat rawatan


di Hospital Kerajaan di Sabah pada tahun 1987 dan 1997
Tahun Kerakyatan Jenis perkhidmatan kesihatan Jumlah
Pesakit luar Pesakit dalam Bersalin
1987 Tempatan 1,164925 90,607 18,468 1,274,000
PATI 333,898 21,780 8,057 363,735
(22.3%) (19.4%) (30.4%) (22.22%)
Jumlah 1,498,823 11,2387 26,525 1,637,735
1997 Tempatan 1,640,565 237,493 30,931 1,808,989
PATI 180,597 29,074 9,846 219,417
(9.9%) (17.5%) (24.2%) (10.8%)
Jumlah 1,821,062 166,567 40,777 2,028,406
Sumber: Kurus et al (1998:170)

Jadual di atas menunjukkan bahawa kerajaan terpaksa menyediakan perkhidmatan


kesihatan kepda PATI dan keluarga mereka ketika berada di Malaysia. 7 Keadaan ini
terjadi menyebabkan timbulnya implikasi yang amat besar dari aspek kewangan negara
kerana peruntukan yang dikhaskan kepada rakyat tempatan turut dinikmati oleh PATI.
Oleh itu, peruntukan perubatan yang dibekalkan kepada rakyat Malaysia akan semakin
berkurangan seterusnya akan menjejaskan kesihatan masyarakat tempatan.

Di samping itu, penyakit berjangkit seperti taun kelihatan semakin banyak berlaku di

6
Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Ahmad Nizar Yaakub, Ahi Sarok, Perkembangan Politik-Ekonomi di
Malaysia dan Asia Timur, Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak, 2004, hlm. 42
7
Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, op.cit hlm. 43
kawasan koloni kampung air kerana keadaan kebersihan yang tidak terkawal. Hal ini
demikian kerana masyarakat setinggan tersebut membuang sampah ke dalam air dan
lebih teruk lagi mereka membuang najis terus ke dalam laut. Malangnya, pihak berkuasa
iaitu Jabatan Kesihatan tidak pernah membuat hebahan memandangkan ia melibatkan
pendatang serta tidak mahu menjejaskan masyarakat tempatan. Keadaan akan berubah
menjadi lebih teruk sekiranya individu yang menghidapi penyakit taun tersebut bekerja
di mana-mana restoran ataupun mengambil upah sebagai pembantu rumah yang pasti
akan menyebarkan penyakit taun dengan lebih mudah kepada masyarakat luar.
Sesungguhnya, satu epidemik taun yang dahsyat sudah tentu tidak dapat dielakkan
daripada berlaku.
Tuntasnya, situasi tersebut dikatakan sebagai suatu ancaman kerana kumpulan yang
membawa penyakit berjangkit ini akan bergaul dengan masyarakat tempatan dengan
menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang sama sepeti tandas, klinik, tempat
kerja ataupun tinggal di kawasan yang berhampiran dengan pembawa wabak penyakit
tersebut.

Sebagai tambahan, masyarakat pendatang asing juga membawa budaya dan sikap
yang diamalkan di negara asal. Budaya merupakan satu sistem pemahaman dan
kelakuan yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Menurut
Smedley (1993), budaya adalah satu fenomena yang dipelajari individu dan kumpulan
boleh mengubah identiti etnik atau budaya mereka melalui pelbagai jenis proses seperti
migrasi, konversi, asimilasi atau melalui agen-agen perubahan yang lain. Oleh itu,
budaya merupakan suatu cara hidup yang diamalkan daripada warisan atau keturunan.
Budaya juga sudah menjadi kebiasaan dan amat sukar untuk ditinggalkan biarpun telah
sampai ke tempat baharu apatah lagi bila bilangan pendatang asing tersebut. Tambahan
lagi, budaya yang pendatang asing amalkan di negara asal mereka akan dijadikan ikutan
oleh masyarakat tempatan seterusnya menimbulkan pelbagai jenis masalah sosial yang
menyebabkan peselisihan faham antara kaum.

Walaubagaimanapun, percampuran budaya juga boleh dilihat dari perspektif yang


positif. Namun, budaya-budaya yang negatif yang dibawa oleh pendatang asing tersebut
tidak boleh digunapakai di dalam Malaysia khususnya di Sabah. Sebagai contoh, budaya
membalas dendam, vandalisme, perkauman yang kuat, ego dan berani, dan
sebagainya.8 Budaya dan sikap tegar yang ada pada masyarakat ini amat berbahaya
kerana boleh membawa kepada pembunuhan.
Oleh itu, jelaslah bahawa kedatangan para pendatang asing mengundang
malapetaka serta kesan yang buruk pada masyarakat dengan penyebaran penyakit
berjangkit dan juga budaya serta sikap yang dibawa daripada negara asal seterusnya
memberi impak yang negatif kepada masyarakat tempatan.

2.3 ANCAMAN EKONOMI TERHADAP PENDUDUK TEMPATAN KESAN


KEDATANGAN PATI
Salah satu isu yang paling mendesak dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan
Indonesia ialah isu pendatang haram atau pendatang asing tanpa izin (PATI) yang
datang mencari peluang pekerjaan di Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup mereka
dari negara asal masing-masing tersebut. Kedatangan pendatang asing ke Malaysia
merupakan suatu fenomena penting pada tahun 1980-an dan 1990-an. Pembangunan
ekonomi Malaysia yang lebih baik berbanding di Indonesia telah menarik minat individu
di Indonesia untuk mencari peluang kerja dan gaji yang lebih lumayan di Malaysia.
Jadual : Komposisi Tenaga Pekerja Asing Menurut Negara Asal (%)
Negara 2001 2002 2003 2004
Indonesia 68.4 64.7 63.8 66.5
Nepal 7.3 9.7 9.7 9.2
Bangladesh 17.1 9.7 8.4 8.0
India 4.0 4.6 5.6 4.5
Myanmar 1.0 3.3 4.3 4.2
Filipina 1.0 0.8 0.6 1.1
Thailand 0.4 2.4 0.9 1.0
Pakistan 0.4 0.2 0.2 0.1
Negara Lain 0.4 4.6 6.5 5.4
Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia dalam NSTP Online News 11 September 2004

Jika merujuk kepada jadual di atas, tenaga kerja Indonesia merupakan jumlah
pendatang asing yang paling ramai serta mempunyai peratusan yang paling tinggi
bekerja di Malaysia.9 Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya persaingan antara

8
Wan Shawaluddin Wan Hassan, op.cit, hlm.33
9
Nor Azizan Idris, op.cit, hlm 147
pekerja tempatan dengan pekerja asing. Hal ini demikian kerana, majikan lebih suka
menggajikan masyarakat asing kerana gaji yang dibayar adalah lebih rendah berbanding
masyarakat tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak mempunyai
dokumen yang sah sebagai pekerja dalam sesuatu organisasi. Oleh itu, lambakan
pekerja-pekerja warga asing hendaklah di elakkan daripada terus masuk ke dalam
negara untuk mengelakkan berlakunya persaingan pekerjaan. Namun, kerajaan Malaysia
menganggap langkah-langkah untuk menyekat PATI melibatkan kos yang tinggi,
mengambil masa dan keselamatan seperti polis, imigresen, angkatan tentera dan Rela.

Ancaman kedatangan pendatang asing ke Malaysia khususnya di Sabah memberi


kesan kepada ekonomi negara dengan penghantaran wang ke negara asal.
Penghantaran wang keluar dari negara Malaysia merupakan suatu ancaman kerana
mampu mengugat kestabilan ekonomi negara. Pengaliran keluar matawang ke negara
luar akan mempengaruhi imbangan pembayaran sesebuah negara tersebut. Dalam
konteks Malaysia khususnya di Sabah, negara akan mengalami kerugian kerana
kebocoran yang berlaku melibatkan pendatang khususnya dari Indonesia dan Filipina.
Hal ini juga sukar untuk dielakkan kerana Sabah bergantung kepada penggunaan buruh
asing yang tinggi khususnya dalam sektor pembinaan, perladangan dan pembantu
rumah.

You might also like