You are on page 1of 69

KOM3362 ISU KOMUNIKASI

DAN TEKNOLOGI

HALA TUJU PEMBANGUNAN ICT NEGARA


Objektif

Di akhir bahagian ini pelajar akan dapat:

 Mengenal pasti dasar-dasar negara yang memberikan


tumpuan kepada pembangunan ICT di Malaysia.

 Menghuraikan fungsi Majlis Teknologi Maklumat Negara


(NITC) dalam membangunkan ICT negara

 Mengenal pasti inisitif NITC dari 1994-2001.


Hala Tuju Pembangunan ICT Dunia

Raslan Ahmad (1999) mendapati strategi


pendekatan dan matlamat pembangunan dan
perlaksanaan bergantung kepada tahap
ekonomi dan teknologi, sumber dan
keupayaan yang ada pada sesebuah negara.
Negara dan Projek Pembangunan ICT

1992 - Singapura
Pulau Pintar

- Amerika Syarikat
Infrastruktur Maklumat Negara
Negara dan Projek Pembangunan ICT

1994 – Jepun
Program Infrastruktur Maklumat Tinggi

- Kanada
Lebuhraya Maklumat Kanada

- Finland
Finland ke Arah Masyarakat Maklumat

- Sweden
Sayap untuk Keupayaan Manusia

- India
Polisi Telekomunikasi Baru
Negara dan Projek Pembangunan ICT

1996 – Afrika Selatan


Komuniti Maklumat

2000- Filipina
Pelan Teknologi Maklumat Negara
Menurut Talero (1997) ICT memainkan
peranan penting dalam :

1. Membasmi kemiskinan .
2. Mengurangkan keterasingan kawasan luar bandar.
3. Mendidik lebih ramai rakyat dan menyokong
pendidikan berterusan.
4. Meningkatkan keberkesanan reformasi ekonomi.
5. Memantau dan melindungi alam sekitar.
6. Memajukan perniagaan sederhana dan kecil-kecilan.
7. Menyertai perdagangan antarabangsa.
Menurut Arnold dan Guy (1992) ICT dijadikan
dasar pembangunan negara kerana:

1. Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi


negara
2. Meningkatkan kemajuan dalam sektor-sektor
ekonomi yang lain.
3. Mengekalkan keberkesanan, meningkatkan
keupayaan pertahanan negara dan
mengekalkan identiti bangsa dan negara.
OECD (1997) mengenal pasti tiga faktor
penting bagi pembangunan negara :

1. ICT membuka peluang komersial khususnya


dalam industri.
2. Kesan limpahan langsung ICT pada tahap
antarabangsa.
3. ICT sebagai landasan utama mentransformasi
masyarakat dan negara ke arah masyarakat
bermaklumat.
Hala Tuju Pembangunan ICT di Malaysia

Negara-negara membangun termasuk Malaysia


tidak terkecuali daripada usaha mendifusi
inovasi ICT.

Malaysia meletakan wawasan 2020 sebagai


negara yang mencapai status negara maju dan
menuju ke arah pembentukan ‘masyarakat kaya
maklumat.
Negara dan Projek Pembangunan ICT

1985 – Pelan Induk Industri


Potensi industri elektronik dan ICT

1990 - Pembangunan Industri Teknologi


Mikroelektronik dan ICT

1992 - Wawasan 2020


Negara Maju dan kaya maklumat

1996- Koridor Raya Multimedia


Pembangunan ekonomi berdasarkan pengetahuan
Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3

 Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3 (2000-


2010).

 Kerajaan tumpu dan fokus memperkukuhkan


elemen-elemen kritikal yang dapat menyokong
pembangunan ekonomi (K-Ekonomi).

 Kerajaan melihat ICT sebagai teknologi strategik.


Objektif Kerajaan untuk pembangunan
K-Ekonomi
1- Membentuk Malaysia menjadi negara ekonomi berasaskan pengetahuan.

2- Membentuk pembangunan berterusan.

3- Meningkatkan kebolehan lebih dinamik dalam sektor pertanian, perkilangan


dan perkhidmatan.

4- Membasmi kemiskinan/meningkatkan taraf hidup.

5- Mencapai jumlah penglibatan bumiputera secara efektif dan pemilikan ekuiti


sekurang-kurangnya 30 peratus pada 2010.

6- Menggalakan kaum bumiputera membabitkan diri dalam sektor-sektor utama


ekonomi.

7- Mengorientasikan Pembangunan Sumber Tenaga Manusia bagi menyokong masyarakat


berilmu pengetahuan.
Kerajaan telah menumpukan kepada perkara-
perkara berikut untuk merealisasikan
pembangunan K-Ekonomi :

a) Pembangunan Tenaga Kerja yang


Berpengetahuan

Program untuk menarik rakyat Malaysia yang


mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang
serta berbakat dari luar negeri dan warga
asing yang berkemahiran untuk memenuhi
permintaan segera dan jangka pendek.
b) Pembangunan Persekitaran K-Ekonomi

Kerajaan merancang untuk mengekalkan persekitaran


ekonomi makro yang stabil, kemudahan infrastruktur
asas dan mengadakan rangka kerja kawal selia yang
sesuai. Kerajaan juga membangunkan sains dan
teknologi serta penyelidikan dan pembangunan
(R&D), pembiayaan bagi usaha niaga baru
seterusnya menumpukan kepada bidang-bidang yang
strategik dalam membangunkan ekonomi.
Rancangan Malaysia ke 7

Melalui Rancangan Malaysia ke 7, ICT mendapat


perhatian khusus dan tersusun tentang kemajuan
dan prospek pembangunan ICT serta tentang hala
tuju ICT Negara.

Kerajaan juga telah menetapkan 7 teras


pembangunan ICT negara (1995-2000)
Tujuh Teras Pembangunan ICT :

1. Memastikan penyebaran dan penggunaan ICT


negara dengan meluas, berkualiti , mempunyai
dayasaing serta meransang produktiviti.
2. Membentuk satu pelan tindakan nasional bagi
memastikan pendekatan pengurusan pembangunan
ICT yang lebih sistematik.
3. Memperluaskan pendidikan dan latihan ICT.
Tujuh Teras Pembangunan ICT :

4. Mengkaji semula undang-undang dan peraturan


yang menghalang kemajuan ICT.
5. Menggalakkan pembangunan industri ICT
tempatan dari segi reka bentukk dan pengeluaran
produk, sistem dan perkhidmatan yang inovatif.
6. Memajukan Malaysia sebagai satu hub ICT
serantau dengan syarikat ICT antarabangsa.
7. Merancang untuk meningkatkan kesedaran
mengenai ICT di kalangan penduduk.
Rancangan Malaysia Ke 8
Malaysia telah mengenal pasti 8 teras strategik bagi
meneruskan pembangunan ICT negara:

1- Menjadikan Malaysia sebagai Hub Teknologi


Maklumat, Komunikasi dan Multimedia
- Kerajaan merancang untuk melaksanakan usaha
yang bersepadu bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan ICT, menggalakkan syarikat tempatan
mengekalkan prestasi dan meningkatkan daya saing
supaya setanding dengan syarikat antarabangsa
di peringkat serantau dan global.
Rancangan Malaysia Ke 8

2- Menaikkan Taraf dan Menambahkan


Infrastruktur Komunikasi
- Kerajaan telah menetapkan bahawa pelaburan
akan dibuat untuk meningkatkan rangkaian
komunikasi selaras dengan kemajuan teknologi.
Rancangan Malaysia Ke 8

3- Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia


dalam bidang ICT
- Tumpuan akan diberikan kepada usaha
memperbaiki dan memperluaskan pendidikan
ICT negara. Usaha ini selaras dengan hasrat
kerajaan untuk membekalkan kemudahan komputer
kepada sekolah serta memudahkan capaian Internet
disekolah. Objektifnya adalah untuk meningkatkan
kadar celik komputer di kalangan pelajar yang
tinggal di kawasan luar bandar.
Rancangan Malaysia Ke 8

4- Menggalakkan E-Dagang dan Meningkatkan


Penggunaannya
- Kerajaan akan memberikan tumpuan khas untuk
mempromosi dan menggalakkan penggunaan
e-dagang secara maluas sebagai satu cara baru
untuk menjalankan perniagaan melalui
rangkaian digital.
Rancangan Malaysia Ke 8

5- Memupuk Keupayaan Tempatan dalam Mencipta


Pembangunan Kandungan
- Antara langkah-langkah yang diambil bagi
mencapai objektif ini termasuklah mengurangkan
pengawalan ke atas pengeluaran kandungan bagi
televisyen dan filem bagi meningkatkan penyertaan
dalam pasaran. Pada masa yang sama, kawal selia
yang minimum dijangka akan diperkenalkan ke atas
kandungan pengeluaran secara talian supaya tidak
menghalang pertumbuhan industri yang baru.
Rancangan Malaysia Ke 8

6- Meluaskan Pelaksanaan Aplikasi Perdana


Koridor Raya Multimedia
- Kerajaan berhasrat untuk memperluaskan
perlaksanaan dan pembangunan aplikasi
perdana gelombang pertama. Perluasan
aplikasi ini akan mengandungi strategi bagi
mengatasi jurang digital.
Rancangan Malaysia Ke 8

7- Memupuk Pembentukan Kumpulan Kritikal


Perusahan Kecil dan sederhana (PKS) yang
berasaskan ICT
- Beberapa inisiatif akan dilaksanakan
termasuklah menjadikan syarikat Malaysia yang
berjaya sebagai model kepada syarikat PKS,
membantu syarikat PKS dalam pemasaran dan
menembusi pasaran antarabangsa serta menaikkan
taraf pusat inkubator MSC untuk membantu
usahawan teknologi.
Rancangan Malaysia Ke 8
8- Menggalakkan Kegiatan Penyelidikan dan
Pembangunan
- Kerajaan dengan sokongan dasar awam dan kerjasama institusi
pengajian tinggi akan menjalankan penyelidikan ke atas elemen
bukan perkakasan dalam pembangunan pembangunan ICT.
Usaha ini termasuklah:
1. Memantau serta manilai kesan ICT kepada sektor awam, swasta dan
isi rumah.
2. Perubahan budaya kerja hasil pertambahan pekarja berpengetahuan
dan pelaksanaan tele-pekerjaan.
3. Penjajaran semula kod klasifikasi industri, produk dan pekerjaan
supaya selaras dengan pengertian sektor maklumat.
4. Langganan dan profil penggunaan Internet.
Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010)

a) Menjana Sumber Kekayaan Baru Melalui ICT


- Kerajaan akan memanfaatkan potensinya
dengan terus menggalakkan pertumbuhan
industri perkongsian perkhidmatan dan
penyumberan luar. Kerajaan juga akan
membangunkan bidang baru seperti industri
kandungan digital tempatan dan
bio-informatik.
Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010)

b) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan


inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’
- Pendekatan khusus akan diberikan kepada pembangunan
modal insan(human capacity building) yang akan
dilaksanakan secara holistik.
Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama :

1. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.


2. Memperkukuhkan keupayaan Sains, R&D dan Inovasi.
3. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
MAJLIS TEKNOLOGI MAKLUMAT
NEGARA
a) Di tubuhkan pada tahun 1994 selaras dengan aspirasi
Wawasan 2020 .
b) Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan dan
Pekerjaan telah mengambil inisiatif menubuhkan
Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC).
c) Matlamat NITC ialah untuk meningkatkan
pembangunan dan penggunaan ICT sebagai teknologi
strategik ke arah pembangunan negara. NITC
bertindak sebagai sebuah badan pemikir di peringkat
tertinggi dan untuk menasihati kerajaan dalam hal-hal
yang berkaitan dengan pembangunan ICT di
Malaysia.
Kemajuan yang dicapai oleh NITC

1. Program dan dasar ICT semakin jelas dan telus.


2. Penyelarasan dan pengintegrasian di antara pelbagai
program dan pelaksana.
3. Lebih ramai penyumbang telah muncul dan beberapa
input polisi telah dihasilkan.
4. Jawatankuasa dan kumpulan pakar telah berjaya
ditubuhkab bagi menjalankan kajian.
5. NITC telah melaksanakan intervensi dalam beberapa
perkara penting bagi memastikan rakyat mendapat
manfaat ICT.
Koridor Raya Multimedia
(Multimedia Super Corridor)

 Tujuan Pembinaannya adalah untuk


menyediakan persekitaran ICT bertaraf dunia
yang komprehansif untuk mewujudkan
persekitaran kerja dan kehidupan yang
mendorong pembangunan ekonomi
berasaskan pengetahuan.
Koridor Raya Multimedia
(Multimedia Super Corridor)
a) Sebagai kawasan ujian di peringkat global bagi
penyelesaian inovasi, persekitaran serta insentif yang
sesuai telah disediakan untuk menarik syarikat utama dan
terkemuka dunia untuk menggunakan MSC sebagai hub.
b) MSC bertujuan menjadi pemangkin kepada syarikat ICT
Malaysia yang berdaya saing supaya dapat berkembang
sebagai syarikat bertaraf dunia.
c) Bagi menggerakkan pembangunan MSC, tujuh aplikasi
perdana telah diperkenalkan untuk menyediakan peluang
perniagaan bagi penyertaan sektor swasta. Aplikasi-
aplikasi perdana dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu
aplikasi perdana pembangunan multimedia dan aplikasi
perdana persekitaran multimedia.
Aplikasi Perdana Pembangunan
Multimedia
1. Kerajaan Elektronik
Untuk memperbaiki operasi agensi kerajaan dari
segi proses dalamannya dan penyediaan
perkhidmatan kepada orang ramai.

2. Sekolah bestari
Untuk melahirkan generasi baru Malaysia yang
celik ICT, kreatif dan inovatif.
Aplikasi Perdana Pembangunan
Multimedia :
3. Kad Pelbagai Guna
Untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan
agensi kerajaan dan syarikat swasta.
4. Telekesihatan
Untuk mempercepatkan pencapaian wawasan
penjagaan kesihatan di Malaysia.
5. Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan
Kelompok P&P telah direka bentuk untuk mewujudkan
kerjasama antara pusat P&P multimedia dan firma
bagi menghasilkan produk serta teknologi terkini.
Agenda IT Nasional
(National IT Agenda-NITA)

Digubal pada tahun 1996 untuk menyediakan suatu rangka


kerja komprehensif ke arah pembangunan di era maklumat.
Tujuan NITA :

1. Mengubah negara ke arah sebuah masyarakat bermaklumat


yang berasaskan nilai selaras dengan wawasan 2020.
2. Memberi fokus kepada pembangunan manusia secara
menyeluruh.
3. Menggerakkan kerjasama dan persepakatan tiga sektor iaitu di
antara sektor awam, swasta dan komuniti.
4. Menggunakan pendekatan “top-down” dan “bottom-up”
dalam perancangan dan perlaksanaan.
Agenda IT Nasional (NITA)

 Tema (NITA) – “Menukar Riak Menjadi


Gelombang”

 NITA menekankan 3 komponen strategik :

1. Pembangunan Insan
2. Pembangunan Infostruktur
3. Pembangunan aplikasi dan kandungan
a) Pembangunan Insan

- Orang ramai perlu diberi peluang untuk


mendapatkan pendidikan, meningkatkan kemahiran
dan berkeupayaan menerima budaya baru.

- Di antara program yang dicadangkan mewujudkan


suasana pembelajaran secara bestari, perkhidmatan
Internet di semua sekolah dan sebagainya.
b) Pembangunan Infostruktur

- TIGA (3) strategi yang meliputi :

1. Infostruktur yang mempunyai rangkaian luas dan


menyeluruh.
2. Peralatan-peralatan yang mampu digunakan oleh
orang ramai.
3. Undang-undang dan peraturan yang bersesuaian.
c) Pembangunan Aplikasi dan Kandungan

- Strategi Pembangunan aplikasi ICT :


1. Pembangunan kandungan tempatan
- Sekolah Bestari, kerajaan elektronik, kad pelbagai guna dan lain-
lain.

2. Interaktiviti
- Perpustakaan berelektronik, penerbitan akhbar elektronik dan
teleshopping.

3. Infotainment, edutainment dan infocommunication


- Program yang memerlukan telesidang dan perkhidmatan
pendidikan secara permintaan atas talian(on-line)
Skema Aplikasi Penunjuk Cara
(Demonstrator Grant Scheme-DAGS)
Dilancarkan pada 21 April 1998.
Objektif Utama DAGS:
1. Membentuk budaya pengguna ICT.
2. Membina rangkaian komuniti elektronik bersepadu.
3. Mempromosikan pertumbuhan dinamik “web-shapers”
dan “web-adapters”.
4. Membangunkan masyarakat usahawan yang
memanfaatkan rangkaian elektronik.
5. Mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan.
6. Menggalakkan rakyat Malaysia berinovatif.
Impak DAGS

- Di antara Impak DAGS :

1. Pembangunan Komuniti.
2. Pembangunan Bahan kandungan Tempatan.
3. Pembangunan Teknologi.

- Di antara projek dan promoter yang berjaya mendapatkan Pembiayaan


DAGS:

a. E-Learning in Islamic School- Pusat Pendidikan Al-Amin


b. Pendidikan Perdana- Cyber-Village Sdn Bhd
c. E-Pharmacy – GS Vision Sdn Bhd
d. E-Public Service – MAMPU
e. Smart Masyarakat (SMASY)-Worldview Foundation
f. TaniNet – Tropbio Research Sdn Bhd
Impak DAGS

1. Pembangunan Komuniti
Projek DAGS berupaya meningkatkan tahap
penggunaan dan pembudayaan ICT.

2. Pembangunan Teknologi
Menggalakan rakyat Malaysia kreatif dan inovatif.

3. Pembangunan Bahan Kandungan Tempatan


Menyalurkan maklumat industri dan produk
tempatan.
(1) Projek Masyarakat Pintar
(SMASY)

1. Worldview mengetuai projek SMASY.

2. Memiliki status konsultatif kepada Pertubuhan Bangsa-


bangsa Bersatu(PBB).

3. Terlibat aktiviti-aktiviti media pendidikan di seluruh Asia


dan Afrika sejak 1979.

4. KEMAS sebagai agen pembangunan dan perubahan komuniti


kampung.
Tujuan SMASY

1. Memberikan pendedahan kepada komuniti


Kampung Raja Musa tentang ICT.
2. Mengurus dan menyediakan maklumat kepada
komuniti kampung.
3. Menyediakan satu tempat untuk kegiatan promosi
perniagaan melalui Internet.
4. Memperbaiki kehidupan komuniti kampung dengan
pertambahan ilmu.
Faedah-faedah SMASY

1. Meningkatkan tahap kesedaran masyarakat awam terhadap


ICT.
2. Menjangkakan kanak-kanak sekolah yang menggunakan
SMASY mencapai keputusan yang lebih baik.
3. Pengurusan pentadbiran JKKK menjadi lebih efisyen dan
terbuka.
4. Mengajar komuniti akan kemahiran ICT yang baru.
5. Menyediakan peluang kepada masyarakat awam untuk
memberi pendapat.
6. Menghubungkan komuniti kampung tersebut dengan
masyarakat luar.
7. Menambahkan peluang perniagaan kepada pengeluaran dan
pedagang tempatan.
(2) TaniNet

1. Projek ini menyediakan khidmat nasihat secara ‘on-


line’ dan interaktif melalui Internet.
2. Pengguna boleh mengakses maklumat pertanian
secara percuma.
3. TaniNet bertujuan untuk melahirkan satu generasi
petani dan individu yang peka kepada teknologi
moden.
4. Pengguna khidmat TaniNet merangkumi pekebun-
pekebun dan petani kecil-kecilan.
Faedah Projek TaniNet

1. Sektor pertanian – nasihat yang lebih baik.


2. Negara- Hasil pengeluaran yang lebih murah.
3. Sektor Bioteknologi tumbuhan- peningkatan
kesedaran awam.
4. Petani-Tahap pendapatan yang lebih baik.
5. Meningkatkan kesedaran awam terhadap
kepentingan sektor pertanian.
6. Meningkatkan produktiviti pertanian melalui akses
kepada teknologi terkini.
(3) CyberCare

1. Misi – membentuk sebuah komuniti elektronik.


2. Program Pilot kebangsaan bagi memperbaiki
kualiti kehidupan golongan kanak-kanak yang tidak
bernasib baik melalui pembentukan Komuniti
elektronik untuk Rumah-rumah kebajikan
3. Sistem yang dibangunkan membolehkan pelbagai
sektor menyertai aktiviti-aktiviti serta inisiatif yang
dirancangkan.
Faedah Projek CyberCare

1. Orientasi Individu
2. Perkembangan akademik kanak-kanak sekolah.
3. Kesihatan fizikal dan kesejahteraan kanak-kanak.
4. Interaksi dengan masyarakat luar.
5. Profil perkembangan individu.
6. Individu lain sebagai ‘role-model’.
(4) FamilyPlace

 Mula pada 1998 dengan tujuan untuk menyatukan golongan ibu


bapa ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu keluarga yang
bahagia, sihat dan pintar.

 FamilyPlace ditujukan kepada golongan pertengahan dan


berpendapatan sederhana.

 FamilyPlace memberi fokus kepada :

1. Pendidikan kekeluargaan yang berpusat kepada ibu bapa.


2. Pendidikan dan Perkembangan keluarga.
3. Pembangunan perniagaan di rumah.
(5) My-Biz

 Untuk menggabungkan syarikat-syarikat dari


sektor industri kecil dan sederhana(IKS) bagi
menjalankan perdagangan antara satu sama lain di
rantau ini dan peringkat global.

 Objektifnya untuk membangunkan sistem transaksi


secara terus bagi aktiviti perdagangan melalui
Internet.
(6) Masjid sebagai Pusat Kejiranan

 Objektifnya untuk menggunakan ICT bagi


membolehkan masjid dijadikan pusat kejiranan
berangkaian kepada komuniti di sekelilingnya.

 Beberapa perkhidmatan dan pengaplikasian yang


digunakan komuniti tersebut :

1. Pangkalan Data Komuniti.


2. Perpustakaan Mini ‘On-line’.
3. Sistem pengiklanan berasaskan web.
(7) Pendidikan Perdana

 Tujuannya untuk membangunkan satu aplikasi


berasaskan Internet dan menggunakan web.

 Faedah-faedah yang diperolehi :

1. Mewujudkan program mengulangkaji tambahan kepada


pelajar dari sekolah dan rumah melalui Internet.
2. Membantu guru mengenal pasti kelemahan pelajar di
dalam subjek tertentu.
3. Menggalakan guru dan pelajar berinteraksi melalui
Internet di dalam pelbagai aktiviti pendidikan.
Faktor-faktor Kejayaan Projek DAGS

1. Komuniti Sasaran yang jelas dan dikenal pasti


2. Nilai Proposisi yang jelas ke atas Komuniti Sasaran.
3. Peranan Teknologi yang jelas ke arah memanfaatkan
komuniti.
4. Peranan Promoter bersama yang jelas di dalam
Pelaksanaan Projek.
5. Justifikasi Keperluan Pembiayaan DAGS yang jelas.
6. Kaedah Pengurusan Projek yang jelas.
Tugas dan aktiviti

1. Struktur Kumpulan Projek


2. Jadual Projek dan Pelan Pelaksanaan
3. Pemantauan Projek dan laporan
4. Pelan Pengurusan Risiko
5. Pelan Pengurusan Kualiti
6. Model Perniagaan dan Pelan Jaminan
NITC menggariskan tiga fasa pelan
migrasi pada tahun 1998:
 Fasa Pertama-Masyrakat Bermaklumat

1. Sosial – menyediakan keperluan mengakses maklumat


setiap orang.

2. Ekonomi – ICT dijadikan sektor ekonomi utama


dengan mencungkil peluang setiap bidang ICT.

“ Menurut Azizah Hamzah(2001); masyarakat


bermaklumat merupakan sebuah masyarakat yang
kegiatan ekonomi dan sosial utamanya ialah
mengeluar, memproses dan mengedarkan maklumat.”
Fasa Kedua-Masyarakat Berpengetahuan

1. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

2. Dari segi ekonomi pula tumpuan adalah terhadap penciptaan


nilai yang meransangkan pengeluaran, penggunaan dan
pengagihan perkhidmatan dan produk.

“ Menurut Awang Had Salleh (1995), masyarakat berilmu


pengetahuan adalah masyarakat yang rata-rata anggotanya
berpengetahuan untuk menyertai dengan berkessan alam
penghidupan dan pada waktu yang sama mereka-kalau
tidak semuanya, sebahagian besar daripadanya –juga
berilmu dalam bidang-bidang tertentu dan juga memiliki
sikap keilmuan.”
Fasa Ketiga – Masyarakat Berpengetahuan
Berasaskan Nilai
 Tumpuan dan matlamat adalah untuk menjadi
masyarakat berpengetahuan berasaskan nilai
sepenuhnya menjelang 2020.
 Asas ekonomi bagi masyarakat ini adalah ekonomi
berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi yang
kompetetitif, manakala masyarakatnya masih
mengekalkan nilai-nilai tradisi iaitu bersatu padu,
bermoral, beretika, bertoleransi selaras dengan
pembangunan mampan.
Matlamat Utama Agenda Strategik
NITC
 Matlamat utama Agenda Strategik NITC
dilancarkan pada tahun 1998.
 Program di dalam 5 bidang teras bertujuan
mengukuhkan lagi asas kedaulatan dan
keselamatan negara dalam dunia –e.
 NITC juga untuk memudahkan penghijrahan rakyat
Malaysia dan struktur keinstitusian ke Dunia E
secara efektif.
Lima Bidang Teras
 E Ekonomi
 Tujuannya menggalakkan aktiviti perdagangan dan perniagaan
elektronik bagi menyokong pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan. Fokus utama ialah ekonomi pacuan pengetahuan.

 E Pembelajaran
 Tujuannya untuk membentuk budaya pembelajaran sepanjang
hayat. Fokusnya kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat.

 E Perkhidmatan
 Tujuannya untuk menyediakan perkhidmatan awam menggunakan
kaedah elektronik kepada orang ramai dan ahli perniagaan secara
cepat dan cekap. Fokusnya kepada kaedah penghantaran barangan
dan perkhidmatan awam.
Lima Bidang Teras
 E Komuniti
 Tujuannya untuk membolehkan masyarakat
memanfaatkan ICT untuk berinteraksi dengan
masyarakat global dan mengenengahkan nilai-nilai
murni kita. Fokusnya lebih penyertaan tadbir urus
untuk kualiti hidup.

 E Kedaulatan
 Tujuannya untuk memastikan identiti dan keselamatan
negara dalam menghadapi era dunia tanpa sempadan.
Fokusnya kepada identiti negara yang teguh.
K-Ekonomi
 Di perkenalkan oleh NITC semasa Pameran
Antarabangsa MSC dan Multimedia Asia pada
tahun 1999.
 Fokusnya adalah mewujudkan ekonomi berasaskan
pengetahuan iaitu anjakan daripada ekonomi
berasaskan pengeluaran.
 Pendekatannya lebih kepada pengetahuan untuk
meningkatkan kegiatan ekonomi seperti
pengeluaran barangan, penyelidikan dan
pembangunan (R&D).
K-Ekonomi
 Elemen utama dalam K-Ekonomi ialah modal
manusia (human capital) atau modal intelek.

 Modal intelek diperlukan untuk membangunkan


ekonomi. Dalam K-Ekonomi, mereka yang
berpengetahuan, berkemahiran adalah aset paling
berharga dan penting.
K-Ekonomi
 K-Ekonomi juga bercirikan pelaburan tinggi dalam
penyelidikan dan pembangunan, kadar literasi yang
tinggi, penglibatan pekerja berpendidikan tinggi
yang ramai, keupayaan teknologi dan kemahiran
yang baik, kekuatan dalam inovasi dan penggunaan
ICT serta Internet yang tinggi.
 Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS)
telah mengenal pasti beberapa faktor iaitu
globalisasi dan keperluan negara meningkatkan
daya saing.
K-Ekonomi
 Bagi meningkatkan ketahanan dan desakan dari masyarakat
antarabangsa untuk membuka ekonomi negara dengan lebih
luas dan menghadapi persaingan yang lebih mencabar,
terdapat 3 sebab mengapa Malaysia perlu mengambil
langkah ke arah K-Ekonomi:

1. Produk Malaysia menghadapi persaingan sengit daripada


negara-negara asing.
2. Globalisasi dan liberalisasi akan mengakibatkan pintu
perlindungan dan dinding halangan yang selama ini
mempertahankan industri tempatan akan dikikis dan
dihapuskan.
3. Faktor lain yang dikenal pasti termasuklah keperluan
mengenal pasti nilai tambah yang tinggi, terutamanya kos
buruh.
ISIS telah menerbitkan Pelan Induk
Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-
Ekonomi)
Tujuh Teras dalam Pelan Induk Ekonomi
Berasaskan Pengetahuan:
1- Memupuk dan menjamin pembangunan sumber
manusia.
2- Menubuhkan institusi yang menggalakkan
peralihan kepada K-Ekonomi.
3- Memastikan insentif, prasarana dan infostruktur
maklumat penting dalam meningkatkan aplikasi
pengetahuan dalam semua sektor ekonomi.
Pelan Induk Ekonomi Berasaskan
Pengetahuan (K-Ekonomi)

4- Meningkatkan keupayaan dalam pemilikan dan


aplikasi bidang sains dan teknologi.
5- Memastikan sektor swasta terbabit dalam
pembangunan K-Ekonomi.
6- Membangunkan sektor awam dalam perkhidmatan
awam berasaskan K-Ekonomi.
7- Mengurangkan jurang digital dan pengetahuan.
Enam alasan yang perlu diambil kira
dalam membangunkan K-Ekonomi
1. Melahirkan Sumber Tenaga.
2. Menubuhkan Institusi bagi mendorong K-Ekonomi.
3. Menyarankan agar Penggunaan Internet
diperluaskan.
4. Mengembangkan K-Ekonomi dalam sektor Swasta.
5. Membabitkan sektor Awam.
6. Mengurangkan Jurang Pengetahuan dan Digital.
TERIMA KASIH

You might also like