You are on page 1of 2

Colonel Harland David Sanders 

(dilahirkan pada 9 September 1890 –


meninggal pada 16 Disember 1980) ialah seorang ahli perniagaan 
Amerika Syarikat. Beliau amat dikenali kerana beliau menjadi pengasas
pertama daripada satu restoran makanan segera bernama 
Kentucky Fried Chicken (kini dikenali dengan KFC) dan kemudian
berperanan selaku duta jenama daripada syarikat itu dan lambang syarikat
itu. Nama dan gambar beliau masih menjadi satu lambang kepada syarikat
itu.
Sanders pernah mempunyai sebilangan pekerjaan-pekerjaan dalam hayat
beliau seperti sebagai operator stesen minyak, jurujual insurans dan
seorang penyala enjin wap. Beliau mula menjual ayam goreng dari kedai
makan beliau di tepi jalan bernama Harland Sanders Café di 
North Corbin, Kentucky sewaktu Zaman Meleset berlaku. Sanders telah
mengiktiraf potensi daripada konsep pemfrancaisan kedai makan dan beliau
mula membuka francais KFC pertama dalam Utah pada tahun 1952.
Pengembangan pesat daripada syarikat pemakanan itu yang sempat
merentasi Amerika Syarikat dan ke luar negara ialah perkara yang
menggalakkan bagi Sanders dan beliau telah menjual syarikat pemakanan
itu kepada sekumpulan pelabur-pelabur diterajui oleh John Y. Brown, Jr.
 dan Jack C. Massey dengan harga $2 juta Dolar Amerika Syarikat ($15.3
juta Dolar Amerika Syarikat hari ini).

1
BIODATA
Kelahiran Harland David Sanders
9 September 1890
Henryville, Indiana, Amerika Syarikat
Kematian 16 Disember 1980 (umur 90)
Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
Sebab kematian Pneumonia, leukemia
Warganegara Amerika Syarikat
Pendidikan Universiti La Salle Extension
Pekerjaan •Ahli perniagaan
•Pengusaha kedai makan
Ahli lembaga Kentucky Fried Chicken(pengusaha)
Pasangan Josephine King (bercerai)
Claudia Price
Anak 3
Tandatangan

You might also like