You are on page 1of 1

Ditubuhkan di San Antonio, Texas pada tahun 1952 oleh George W.

Church, Church's Chicken, berserta jenama


saudaranya, Texas Chicken di luar benua Amerika, ialah salah satu rangkaian restoran ayam khidmat pantas
yang terbesar di dunia. Jenama ini mengkhusus dalam Ayam Perisa Asli dan Pedas, yang disediakan segar
sepanjang hari dalam hidangan kecil yang diadun dengan tangan dan disalut serdak roti sebanyak dua kali,
Tender Strips®, biskut mentega-madu yang dibuat sendiri dan dibakar segar serta hidangan sampingan klasik
seperti gaya di rumah demi nilai yang hebat. Church's® (bersama-sama jenama saudaranya Texas Chicken® di
luar benua Amerika) mempunyai lebih 1,500 lokasi di 23 negara dan wilayah antarabangsa manakala jualan
seluruh sistem mencecah lebih $1 bilion.
Ditubuhkan di 1997, Kumpulan ini bermula sebagai pengeluar dan pengedar susu pekat manis dan susu sejat
dan selama bertahun-tahun susulan penyenaraiannya, berkembang menjadi pengusaha makanan & minuman
(F&B) yang pelbagai dengan beberapa pemerolehan. Bahagian perniagaan semasa Kumpulan berkenaan terdiri
daripada Makanan Diniagakan dan Makanan Sejuk Beku, Khidmat Makanan (Texas Chicken, San Francisco
Coffee dan The Delicious Group), Pemakanan dan Pemprosesan Makanan. Kemudahan pengendalian Envictus
terletak di Malaysia dan New Zealand. Produk-produk Kumpulan boleh didapati di Malaysia, New Zealand,
Australia, China, Dubai, Singapura, Kepulauan Pasifik, Brunei, Thailand, Indonesia, Kemboja, Papua New
Guinea, Maldives, Maradi Niger, Bahrain, Korea dan Jepun.

You might also like