You are on page 1of 3

6.

0 Rumusan Dan Cadangan


Hasil kajian mengenai strategi kemasukan syarikat McDonald’s Corporation ke Malaysia
adalah merupakan francais. McDonald’s Corporation di Malaysia juta telah mengatasi cabaran
yang telah dihadapi dalam aspek struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan
perundangan, ekonomi dan sosiobudaya. Bagi Lini produk McDonald’s Corporation di Malaysia
telah merangkumi kelebaran dan kedalaman produknya. Kitaran hayat produk untuk McDonald’s
Corporation yang dipilih adalah Happy Meals Chicken Burger yang dilihat dari empat peringkat
seperti pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan produk.
Kajian ini menjelaskan strategi kemasukan organisasi ke peringkat antarabangsa daripada
syarikat McDonald’s Corporation ke negara Malaysia. Kajian menunjukkan strategi yang telah
digunakan oleh McDonald’s Corporation adalah francais. McDonald’s Corporation telah
menggunakan kemasukan francais atas pemerhatian ahli perniagaan Ray Kroc yang
mengembang cawangan pertama McDonald’s di UK pada tahun 1986. Dengan kemasukan ini ke
119 buah negara McDonald’s Corporation mampu mencapai sistem jualan $112 billion dan
mengaut keuntungan $23.3 billion pada tahun 2021. Sedikit berbeza untuk kemasukan francais di
Malaysia kerana dimiliki oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab Saudi, dibawah sistem
francais yang dikenali sebagai "Developmental Licensee" (DL). Syarikat Lionhorn adalah anak
syarikat Reza Group yang diterajui oleh Sheik Fahd dan Abdulrahman Alireza yang mempunyai
pengalaman selama lebih 20 tahun dalam mengendalikan lebih kurang 100 buah restoran
McDonald’s di bahagian barat dan selatan Arab Saudi, termasuk 23 buah restoran McDonald’s di
Kota Suci Mekah dan Madinah.
Seterusnya kajian bagi cabaran perniagaan yang dihadapi McDonald’s Corporation dari
segi struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi dan
sosiobudaya. Dari segi ekonomi, masalah ekonomi yang dihadapi Malaysia dapat dilihat
daripada kesan pandemik covid-19 yang menyebabkan McDonald’s Corporation perlu
menyediakan kemudahan seperti topeng pelitup muka dan sarung tangan sekali guna bersama
dengan pengamalan standard operating prosedures (SOP) yang menyebabkan banyak perniagaan
mereka terpaksa ditutup dan hanya menjalankan penghantaran makanan dan penjualan secara
drive-thru. Kos yang ditanggung untuk menyediakan kemudahan untuk sanitasi juga
membebankan syarikat McDonald’s Corporation. Selain itu aspek sosiobudaya memainkan
peranan penting kerana adalah Malaysia mempunyai majoriti kaum yang beragama Islam dan
merupakan agama rasmi bagi negara ini. Maka isu penggunaan produk halal telah menjadi fokus
utama bagi McDonald di Malaysia untuk tidak menjual produk makanan yang mengandungi
babi. Sehubungan juga dengan itu, McDonald Malaysia juga telah mendapatkan sijil halal dari
beberapa negara islam yang lain bagi memastikan kesahihan produk makanannya agar boleh
dijual di negara Islam seperti Malaysia.
Disamping itu, kajian untuk menerangkan lini produk dari kelebaran dan kedalaman
produk McDonald’s Corporation. Produk lini bagi McDonald’s di Malaysia sahaja mempunyai
lebih 10 jenis kelebaran produk di francaisnya di seluruh Malaysia. Dalam kelebaran produk
yang dihasilkan oleh McDonald’s Corporation telah pun dapat memaksimakan keuntungan
kepada syarikat tersebut. Selain itu, kelebaran produk ini juga memberikan pilihan kepada
pembeli untuk memilih produk yang menepati cita rasa pembeli. Bagi kedalaman produk bagi
McDonald’s Corporation adalah majoritinya datang daripada produk makanan seperti burger
yang dijual secara tetap dan terdapat burger yang dijual secara bermusim atau bertema.
Contohnya, penjual Burger Big Mac, Quarter Pounder dan Filet-O-Fish yang dijual secara tetap
dalam menu di setiap McDonald’s ni Malaysia, manakala burger seperti Prosperity Burger,
McRibs dan Samurai Burger dijual mengikut musim dan bertema setiap tahun. Ini dapat menarik
minat pelanggan yang lama dan baharu untuk memastikan keuntungan yang bagus setiap tahun.
Akhirnya, kajian dapat menjelaskan kitaran hayat bagi produk McDonald’s Corporation
iaitu Happy Meals Chicken Burger . Pada peringkat pengenalan, Pada pertengahan tahun 1970-
an, Yolanda Fernández de Cofiño mula bekerja dengan suaminya yang mengendalikan restoran
McDonald's di Guatemala. Dia mencipta sesuatu produk iaitu "Menu Ronald" (menu Ronald),
yang menawarkan hamburger, kentang goreng kecil dan sundae kecil untuk membantu ibu
memberi makan kepada anak-anak mereka dengan lebih berkesan ketika berada di restoran
McDonald's.Konsep ini akhirnya dibawa ke perhatian pengurusan McDonald di Chicago.
Syarikat itu memberikan pengembangan produk kepada Bob Bernstein, yang kemudian
mengemukakan idea untuk Happy Meal . Seterusnya , Happy Meal yang dicipta dan mengikut
tema untuk mempromosikan filem kanak-kanak dan keluarga atau siri televisyen. Promosi
pertama seperti itu adalah ""Star Trek"" Meal", yang mempromosikan Star Trek: The Motion
Picture pada bulan Disember 1979.Pembungkusan yang digunakan untuk Star Trek Meal terdiri
dari pelbagai gambar dan permainan yang berkaitan dengan filem, serta adaptasi jalur komik
filem. Pengguna harus membeli banyak makanan untuk menyelesaikan set . Pada bulan Julai
2011, McDonald's mengumumkan rancangan untuk menjadikan Happy Meals lebih sihat,
termasuk penambahan apple. Makanan yang direka semula akan mengandungi sebahagian kecil
(1.1 auns) kentang goreng, bersama dengan epal .Pada 4 Februari 2013, McDonald's
mengumumkan bahawa Fish McBites (goreng Alaska pollock, ikan yang sama yang digunakan
dalam Filet-O-Fish) akan ditambahkan sebagai hidangan, yang akan berlangsung hingga Mac,
bertujuan bertepatan dengan Lent.Pada tahun 2014, McDonald's memperkenalkan maskot
kepada Happy Meals di Amerika Syarikat yang dinamakan sebagai Happy, yang berasal dari
Perancis seawal tahun 2009. Reaksi bercampur-campur, dengan kritikan bahawa reka bentuk
maskot itu terlalu menakutkan. Walaubagaimanapun ,buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun,
syarikat itu telah kehilangan statusnya sebagai rangkaian No. 1 dengan paling "rayuan kanak-
kanak" dan Chick-fil-A telah mengambil tempatnya, laporan Crain's Chicago Business
berdasarkan penemuan daripada Sandelman & Associates Inc , firma penyelidikan restoran
jualan global McDonald's di kedai yang dibuka sekurang-kurangnya 13 bulan merosot 3.7% pada
bulan Ogos. Jualan kedai sama di A.S. susut 2.8%, berikutan penurunan 3.2% pada bulan Julai
dan penurunan 3.5% pada bulan Jun .
Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa untuk meningkatkan penjualan produk
McDonald’s Corporation perlu memainkan peranan dalam mengendalikan dan menaik taraf
syarikat multinasional agar berjalan lancar. Pihak McDonald’s Corporation juga perlu mengkaji
kehendak bagi keperluan setiap negara yang menjalankan perniagaan McDonald’s untuk
menambah baik dan memperbaiki produknya. Sekiranya McDonald’s Corporation mampu
memenuhi keperluan syarikat dan pelanggan, nescaya mereka mampu meneruskan pengeluaran
produk mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

You might also like