You are on page 1of 2

6 FAKTA TENTANG KFC YANG ANDA TIDAK KETAHUAI

Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran franchais paling terkenal bukan sahaja di
Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC?
Selama ini kita main baham jer ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah
pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata, dan
memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.

Dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada
tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak
untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk
para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya
sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11
herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima
pengiktirafan "Kentuck Colonel".

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan
kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500
cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.

You might also like