You are on page 1of 7

KELAB SOFBOL SMK

PURUN
GURU-GURU PENASIHAT KELAB
SOFBOL
SMK PURUN 2022

CIKGU SITI SARAH MAHMOD CIKGU SITI ZALEHA BINTI RAMLI CIKGU ZURIAWANI KAMARUDDIN
PASUKAN SOFBOL DAERAH BERA
2020

PASUKAN SOFBOL PEREMPUAN 12 PASUKAN SOFBOL PEREMPUAN 18


SK (FELDA) PURUN SMK (FELDA) PURUN
Sejarah Sofbol di Malaysia 

•Pada mulanya, sofbol hanya dimainkan oleh mubaligh-mubaligh Amerika (1939) di ACS


Kampar, Perak sebagai satu sukan rekreasi.

•Kemudiannya bila berlaku Perang Dunia Kedua, permainan sofbol terhenti. Namun tentera


Jepun yang menggemari sukan ini telah meneruskannya dengan menggunakan bola tenis.

•Pada tahun 1960, Jack Robinson telah mengadakan klinik Sofbol di seluruh Tanah Melayu bagi
menghidupkan kembali sukan ini.

•Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, namun sukan ini masih belum mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada negeri-negeri lain.

•Penghujung tahun 1960-an, negeri Selangor, Perak dan juga Pulau Pinang mengambil langkah
proaktif dalam mempopularkan sukan sofbol  di negeri masing-masing.
Pada tahun 1972, wakil dari negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang telah mengadakan
satu perjumpaan di Kediaman Menteri Besar Perak ketika itu, Dato’ Sri Haji Mohd
Isa bagi menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (SAM). Maka pada tanggal 16 Mac
1972 terbentuklah Persatuan Sofbol Malaysia dengan beliau dilantik sebagai pengerusi
yang pertama.

Setahun kemudian, iaitu pada Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang


pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak
yang disertai oleh hanya tiga pasukan iaitu pasukan Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Hasil daripada kejayaan penganjuran kejohanan tersebut, beberapa negeri lain mula


menunjukkan minat bagi menganggotai SAM termasuklah RAAF Softball Association of
Malaysia.
Perkembangan baik ini ditambah lagi apabila pada Oktober 1976, Kuala Lumpur telah
menganjurkan Kejohanan Sofbol ASEAN pertama dengan penyertaan oleh 5 buah
Negara. Malaysia mendapat tempat ketiga.

Pada tahun 1977 pula, buat pertama kalinya Malaysia telah menghantar pasukan sofbol ke
luar Negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina.
• Tambah menarik, apabila Kejohanan sofbol ASEAN juga menganjurkan bagi kategori wanita.

Tahun 1979 pula menyaksikan permainan sofbol diterima buat pertama kali bagi dipertandingkan
dalam sukan SEA. Penyertaan Malaysia bagi acara lelaki telah berjaya membuahkan hasil dengan
menduduki tempat ketiga.

• Pasukan sofbol wanita Malaysia pula menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang


diadakan di Taipei pada tahun 1982. 

MSSM juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan sofbol di Malaysia. Buat kali
pertamanya pada tahun 1968, Kejohanan Sofbol MSSM telah diadakan di Selangor. 

Pada tahun 2003, buat pertama kalinya juga, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan mengambil bahagian dalam MSSM. 2004 pula menyaksikan Kategori Bawah 12
tahun dianjurkan semasa MSSM di Perak. Pada tahun 2005, Kategori Bawah 15
tahun pula diperkenalkan.

• Sejak daripada itu, sukan sofbol terus berkembang ke seluruh Malaysia.

You might also like