You are on page 1of 6

KEKELUARGAAN:

PERKAHWINAN
Tujuan perkahwinan
◦ Perkahwinan ialah upacara yang membolehkan seorang lelaki dan seorang
perempuan tinggal bersama untuk jangka masa yang lama dan mempunyai
anak. Perkahwinan disahkan melalui undang-undang atau peraturan.
Perkahwinan akan membentuk keluarga baharu dalam masyarakat.
Perkahwinan dapat mewujudkan pertalian antara keluarga lelaki dan
perempuan.
Salasilah keluargaku
◦ Setiap daripada anda mungkin datang daripada keluarga nukleus, keluarga
Kembangan atau keluarga tunggal. Terdapat pelbagai ragam dan perwatakan
ahli dalam keluarga. Walaupun terdapat pelbagai ragam, anda mempunyai
peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga. Apakah peranan sebagai
seorang anak? Bincangkan di dalam kelas.
Keluarga nukleus
◦ Keluarga nukleus adalah keluarga yang terdiri daripada ibubapa, anak
kandung atau anak angkat dan tinggal serumah.
Keluarga Tunggal
◦ Terdiri jika ibu atau bapa tidak tinggal bersama akibat daripada penceraian
atau kematian.
KELUARGA KEMBANGAN
◦ Beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah. Selain itu, keluarga ini
terdiri daripada seorang suami, seorang isteri, anak, ibu bapa dan adik
beradik.

You might also like