You are on page 1of 1

JENIS-JENIS KELUARGA

April 2, 2010
Filed under Uncategorized
leave a response
Keluarga terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya ialah :

 keluarga nukleus
 keluarga induk tunggal
 keluarga campuran
 keluarga dyad
 keluarga luas
 keluarga ko-habitasi

Huraian tentang jenis-jenis keluarga

Keluarga nukleus

 Merupakan keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, dan anak sahaja.

Keluarga tunggal

 Keluarga yang mempunyai salah seorang sama ada ibu atau bapa serta anak. Hal ini mungkin disebabkan
penceraian atau pun kematian.

Keluarga campuran

 Keluarga yang terdiri daripada bapa, isteri dan anak-anak. Namun begitu, keluarga ini dikenali sebagai
keluarga campuran sekiranya bapa berkahwin dengan 2 orang ibu dan lebih.

Keluarga dyad

 Merupakan keluarga yang hanya terdiri daripada bapa dan ibu sahaja dan tidak mempunyai anak.

Keluarga luas

 Merupakan keluarga yang terdiri daripada beberapa generasi contohnya datuk, saudara mara serta sepupu
turut tinggal bersama.

Keluarga ko- habitasi

 Merupakan keluarga yang tidak berkahwin tetapi tinggal bersama. Dengan kata lain, juga dikenali sebagai
bersekedudukan.

You might also like