You are on page 1of 7

SEJARAH

PENDIDIKAN KHAS
DI MALAYSIA
BY NITHES ANATHAN
Pendidikan khas di Malaysia telah bermula sejak tahun 1920an. Ia bermula dengan segolongan sukarelawan yang berasa bertanggungjawab untuk membuka sekolah-sekolah cacat. Dimana ia bermula dengan sekolah untuk orang-orang buta dan berkembang kepada sekolah
untuk orang-orang pekak.

Setelah itu, pihak kerajaan mula sedar akan kepentingan untuk mengambil alih tanggungjawab ini sepenuhnya. Walaubagaimanapun, kerajaan menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk menyumbang dari segi ilmu dan pelbagai aspek lain.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan program khusus kepada kanak-kanak
berkeperluan khas di peringkat prasekolah iaitu:

i. Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ii. Program


Pendidikan Khas Inklusif Prasekolah

Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas

Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas telah dipertingkatkan ke


seluruh negara. Prasekolah Pendidikan Khas mempunyai murid bermasalah pendengaran;
bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.

Pada 2010, sebanyak 172 buah program prasekolah telah dibuka bagi kesemua tiga kategori
di seluruh negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan sebanyak 28 program
di Sekolah Khas dan 144 program prasekolah pendidikan khas integrasi masalah
pembelajaran di seluruh negara. Terdapat seramai 590 murid pendidikan khas yang
mengikuti pendidikan pada peringkat prasekolah integrasi.
RUMUSAN

Tahun 1962- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Rancangan Percantuman) bagi pendidikan kanak-kanak
kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menegah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.

Tahun 1963- Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran di
sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.

Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat
rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like