You are on page 1of 11

BENGKEL PECUTAN AKHIR

SPM 2021
MATA PELAJARAN SEJARAH
KERTAS 2 (1249/2)
BAHAGIAN A (4 SOALAN)

• Jawab semua soalan. TIADA PILIHAN


• Setiap soalan ada pecahan,biasanya a,b,c dan kadang-kadang a,b,c,d.
• Pecahan soalan terakhir biasanya soalan KBAT.
• 2 soalan T4 dan 2 soalan T5.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
KEMAHIRAN APA YANG DIPERLUKAN?

• WAJIB gariskan kata tugas soalan.


• Antara kata tugas soalan yang biasa digunakan ialah:
• JELASKAN,NYATAKAN,MENGAPAKAH,BAGAIMANAKAH,TERANG
KAN
• BERIKAN KOMEN,ULASKAN,BERI PENDAPAT,SEJAUH
MANAKAH,RAMALKAN
TEKNIK JAWAB ESEI/STRUKTUR
KATA TUGAS : BERIKAN,NYATAKAN,SENARAIKAN
& APAKAH
• CALON HANYA PERLU BERIKAN FAKTA SAHAJA. 1 FAKTA=1M
• BUAT AYAT LENGKAP DAN GUNA PENANDA WACANA.
• TIDAK PERLU BUAT HURAIAN.
• CONTOH SOALAN 1:
Nyatakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu? (4markah)
Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu ialah terdapat pemerintah atau raja. Selain itu
adanya rakyat atau penduduk. Seterusnya wujud wilayah pengaruh dan undang-undang.
KATA TUGAS :
MENGAPAKAH,BAGAIMANA,JELASKAN,SEJAUHMA
NAKAH,HURAIKAN,TERANGKAN
• MEMERLUKAN JAWAPAN YANG LENGKAP.
(FAKTA+HURAIAN+CONTOH)
• GUNA PENANDA WACANA,KATA HUBUNG YANG SESUAI.
• ASINGKAN PERENGGAN.
• RESPON PADA KATA TUGAS SOALAN.
• CONTOH SOALAN 2 : (3isi+3huraian+3contoh)
Jelaskan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. (8m)
Faktor-faktor kemunculan gerkan nasionalisme di TM ialah peranan agama oleh
pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir yang terpengaruh dengan
Gerakan Pan-Islamisme.
Seterusnya ialah hasil kesusasteraan yang menjadi alat untuk menceritakan
keperitan hidup akibat dijajah seperti yang terdapat dalam novel Melor Kuala
Lumpur.
Akhir sekali ialah kemunculan media cetak seperti Jawi Peranakan yang
menjadi saluran maklumat kepada rakyat dalam memperjuang nasionalisme.
• CONTOH SOALAN 3 : (6 isi tanpa huraian)
Huraikan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
(8m)
Faktor-faktor kemunculan gerkan nasionalisme di TM ialah peranan agama.
Seterusnya ialah hasil kesusasteraan yang menjadi alat untuk menceritakan
keperitan hidup. Selain itu, media cetak juga penting. Pengaruh luar juga
penting bagi kemunculan nasionalisme.
Selanjutnya ialah kemuculan golongan intelektual dan terakhir ialah
perkembangan sistem Pendidikan.
*
KATA TUGAS : SEJAUH MANAKAH…….

• Soalan jenis ini minta calon menilai/mengulas isu yang diberikan.


• Tips: jelaskan fakta/isi/isu yang diberi dalam soalan. Kemudian boleh beri
fakta/isi lain.
• Calon boleh beri penjelasan ttg sebab/Langkah@cara/kepentingan. Blh bg
contoh yg sesuai.
• Buat rangka isi jawapan. Susun isi ikut keutamaan. Sangat penting,penting
dan seterusnya atau susun 1,2,3,4,5. Jangan terus jawab pada kertas jawapan.
Contoh soalan 4 :
Sejauhmanakah pengaruh penulisan kreatif berjaya memupuk kesedaran
nasionalisme di Tanah Melayu? (8m)
Penulisan kreatif penting dalam memupuk kesedaran nasionalisme kerana meniupkan
semangat nasionalisme terhadap masyarakat. Contohnya seperti novel Melor Kuala Lumpur.
Selain itu penulisan kreatif seperti cerpen Cerita Awang Putat berjaya memupuk semangat
pejuang dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya akhbar dan majalah juga Berjaya mengetegahkan isu hak dan masa depan bangsa
seperti yang terdapat dalam akhbar Warta Malaya dan majalah Guru.
namun begitu, terdapat faktor lain juga menyumbang kepada kesedaran nasionalisme seperti
peranan agama iaitu melalui pelajar yang belajar di Mesir terdedag dengan gerakan Pan
Islamisme. Mereka kemudian menyebarkan idea tersebut melalui Gerakan Islah di TM,
Contoh Soalan 5: (kbat)
Sejauhmanakah generasi muda memainkan peranan penting dalam usaha
membangunkan negara? (8m)
Generasi muda berperanan sebagai waris masa depan negara. Oleh itu mereka
harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu sains dan
teknologi,ilmu kepimpinan dan lain-lain. Apbila generasi muda berilmu maka
mudahalah usaha untuk memajukan negara.
Selain itu generasi muda juga harus Bersama-sama memupuk perpaduan
kaum. Ini penting supaya negara ini kekal harmoni dam stabil. Negara yang
harmoni dan stabil akan mudah dibangunkan.
TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN

• No More Textbook!!
• Baca nota-nota ringkas yg diberi. Baca kesemua bab T4 dan T5.
• Fokus bab yg kurang dikuasai.
• Buat drill K1. Guna masa terluang yg ada.10/20 minit

You might also like