You are on page 1of 14

PENGENALAN

 Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam


menentukan kejayaan sesebuah organisasi.

 Teori ini memberi fokus kepada penghuraian mengenai bagaimana


pemimpin mempengaruhi pengikutnya dari segi tujuan kerja, tujuan
pengembangan diri dan jalan bagi mencapai tujuan.

 Pemimpin akan memahami bahawa pekerja termotivasi dan merasa TEORI


LALUAN
berkemampuan untuk mencapai matlamat dan menjangkakan hasil
kerja berdasarkan kepercayaan dan aspek penghargaan yang diberikan.

 Teori ini juga menerangkan bagaimana gaya kepimpinan yang efektif


mengikut situasi berlainan.
MATLAMAT
 Pendekatan teori ini lebih tertumpu kepada pemimpin dalam
mempengaruhi pekerja dalam mencapai matlamat yang ditetapkan
mengikut laluan matlamat.

 Pemimpin haruslah mengaplikasikan gaya kepimpinan yang berbeza


mengikut situasi dalam mempengaruhi dorongan, prestasi dan kepuasan
pekerja
LATAR BELAKANG TEORI LALUAN MATLAMAT
Di pelopori oleh
MARTIN G. EVANS dan ROBERT HOUSE 1971
 Penyelidikan mengenai Path Goal atau Teori Laluan Matlamat ini menyokong Teori Kontigensi Fielder.

 Teori ini adalah berdasarkan Teori Motivasi Harapan. Menurut teori ini, motivasi individu boleh meningkatkan
usahanya apabila individu itu mempercayai peningkatan dalam usaha membenarkannya bekerja dengan baik bagi
menyiapkan suatu tugas dengan sempurna.

 Pelopor teori ini menyatakan, pemimpin boleh mendapat prestasi kerja kumpulan yangmemuaskan apabila setiap
pekerjanya diberitahu mengenai perkara yang perlu dilakukan. Hal ini adalah bagi mendapatkan ganjaran selaras
dengan prestasi cemerlang dan juga bagi mengurangkan batasan ke arah pencapaian prestasi yang cekap. Ini
bermakna, pemimpin hendaklah bertindak seolah-olah dia membantu kakitangan atau pekerjanya mencapai kepuasan
disamping menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

 Teori laluan matlamat ini menyatakan, motivasi individu bergantung kepada jangkaan mereka pada ganjaran dan
nilai yang diberikan kepada para pekerja.

 Teori ini juga mencadangkan, gaya kepimpinan seorang pengurus atau pemimpin mempengaruhi bentuk ganjaran
yang disediakan kepada subordinat dan persepsi para pekerja mengenai cara yangterbaik bagi memperolehnya.
LATAR BELAKANG TEORI LALUAN MATLAMAT
 Secara ringkasnya, teori ini mencadangkan, pemimpin perlu membentuk matlamat yang jelas
kepada subordinat supaya dapat menerangkan mengenai kepentingan matlamat kepada mereka
dan juga kepada organisasi itu sendiri.

 Pemimpin yang mementingkan subordinat tidak hanya menawarkan gaji dan kenaikan pangkat
sahaja tetapi juga memberikan sokongan, galakan dan pengiktirafan. Teori ini mencadangkan,
perkara ini memerlukan pihak atasan, pengurus atau pemimpin supaya mempunyai gaya
kepimpinan seperti berkarisma, mempunyai matlamat yang jelas dan sebagainya dalam memenuhi
kehendak dan kepuasan pekerja bawahannya.

 Kesan kepada perlakuan pemimpin ini meningkatkan motivasi setiap pekerjanya dengan segera.
MARTIN G. EVANS
 paling penting ialah kebolehan pengurus untuk menyediakan ganjaran dan memperjelaskan apa yang
perlu dilakukan oleh para subordinat untuk mendapatkannya.

 gaya kepimpinan yang paling mendorongkan para subordinat akan bergantung kepada jenis-jenis
ganjaran yang paling mereka ingini. 

ROBERT HOUSE 1971


 mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah luar jangka yang membantu menentukan gaya pimpinan yang paling
efektif.

 Kedua-dua pembolehubah yang telah dikenalpasti ialah ciri-ciri peribadi para subordinat dan tekanan persekitaran dan
tuntutan di tempat kerja yang perlu dihadapi oleh para subordinat.

 gaya kepimpinan yang disukai oleh para subordinat sebahagiannya akan ditentukan oleh ciri-ciri peribadi mereka sendiri.

 3 faktor persekitaran yang membantu menentukan gaya kepimpinan iaitu ciri-ciri tugas para subordinat, sistem autoriti
formal organisasi dan kumpulan kerja para subordinat.
KERANGKA KAJIAN TEORI LALUAN MATLAMAT
CIRI-CIRI TEORI LALUAN MATLAMAT
 Merupakan perspektif kontingensi (peristiwa atau perkara yang berlaku diluar
jangkaan)

 Teori ini memfokuskan pada situasi dan tingkah laku pemimpin lebih daripada gaya
personaliti pemimpin itu sendiri.

 Seorang pemimpin dapat mengubah jangkaan subordinatnya dengan memperjelaskan


matlamat.

 Matlamat yang hendak dicapai hasil dari tindakan pengikut dan output yang diperolehi

 Tingkah laku pemimpin akan memberi kesan yang efektif bergantung situasi

 Tingkah laku pemimpin dapat diterima sebagai sumber kepuasan subordinat sekiranya
pemimpin dirujuk sebagai sumber

Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 6


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEUPAYAAN UNTUK
CAPAI JANGKAAN

 Faktor jangkaan : Jangkaan seseorang terhadap


tingkah lakunya akan memimpin subordinatnya
menghasilkan sesuatu.
 Kuasa penyatuan : Bagaimana hasil output
seseorang itu dapat menarik perhatian.

Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 7


4 TINGKAH LAKU PEMIMPIN DALAM TEORI
LALUAN MATLAMAT
TINGKAH LAKU ARAHAN
Seseorang pemimpin yang memberi arahan dan penjelasan yang lengkap bagi sesuatu tugasan atau
matlamat yang hendak dicapai
TINGKAH LAKU SOKONGAN
Menumpukan pada perasaan dan hubungan individu di mana pemimpin lebih cenderung
untuk memberi kepuasan dan keseronokan pada pengikut
TINGKAH LAKU PENGLIBATAN
Menganggap pengikut atau orang bawahan adalah sama dengannya

TINGKAH LAKU PENCAPAIAN


Harapan dan jangkaan pemimpin terhadap subordinat untuk lebih ke hadapan dari jangkaan
Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 8
4 GAYA KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMOTIVASIKAN PEKERJA
KEPIMPINAN BERORIENTASIKAN ARAHAN (DIRECTIVE LEADERSHIP)

 Gaya menyampaikan atau memberi penjelasan kepada pekerja mengenai sesuatu tugas dengan
spesifik iaitu dengan memberi maklumat bagaimana tugas perlu dilaksanakan dan penetapan waktu
untuk menyelesaikan tugas tersebut.

 CONTOH : Guru besar hendak menjadikan sekolahnya nombor satu dari segi kokurikulum pada
peringkat daerah. Oleh yang sedemikian, guru besar memberikan arahan dan cara yang
dikehendakinya dan yang perlu dilaksanakan oleh semua kakitangannya ke arah pencapaian
matlamat itu.

Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 9


KEPIMPINAN BERORIENTASIKAN SOKONGAN (SUPPORTIVE LEADERSHIP)

 Gaya kepimpinan ini merujuk tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja seperti beramah mesra
dan prihatin sebagai seorang pemimpin yang bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang
menyenangkan kepada pekerja dan seterusnya pekerja termotivasi dan melakukan tugas dengan sukarela.

 CONTOH : Sekiranya kakitangan tidak mempunyai keyakinan yang tinggi, guru besar perlu mewujudkan
perhubungan yang baik dengan kakitangannya dan memenuhi keperluan mereka dengan berbincang
mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka dan cuba menyelesaikannya bagi memenuhi keperluan.
Guru besar perlu bersifat peramah, berkomunikasi dengan baik, mendengar segala masalah yang dihadapi
dan sifat terbukanya disenangi oleh mereka dan berasa pengetua mereka boleh didekati.

Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 10


KEPIMPINAN BERORIENTASIKAN PENYERTAAN (PARTICIPATIVE LEADERSHIP)

 Gaya ini merujuk pemimpin mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk berkongsi menetapkan sesuatu keputusan
dengan membukan ruang untuk perbincangan agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan.

 Pekerja juga diberi peluang meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.

 CONTOH : Guru besar mahu meningkatkan prestasi subjek Bahasa Inggeris. Guru Besar boleh mengadakan mesyuarat
bersama dengan guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil
ke arah matlamat itu. Pengetua itu perlu memberikan cadangan yang bernas mengikut pengalamannya serta meminta
pendapat dan cadangan daripada guru-guru. Beliau tidak mengambil keputusan berdasarkan cadangannya sahaja tetapi
mendapatkan pendapat guru-gurunya juga. Guru besar boleh menjanjikan ganjaran kepada guru-gurunya supaya
mereka berusaha dengan lebih tekun lagi bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang lebihmeningkat.

Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 11


KEPIMPINAN BERORIENTASIKAN PENCAPAIAN (ACHIEVEMENT ORIENTED
LEADERSHIP)
 Gaya kepimpinan ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi
kemampuan mereka.

 Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan dan berkeyakinan tinggi
bahawa pekerja mampu mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

 CONTOH : Guru besar merasakan guru-gurunya berkebolehan melakukan tugasan yang lebih mencabar. Guru
besar menetapkan matlamatnya yang baru seperti mendapat peratus kelulusan 100%bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan peringkat sekolah dan peringkat awam. Guru besar
memaklumkan kepada semua guru matlamat barunya itu. Kemudian, dia memberikan keyakinan yang tinggi
kepada mereka, yangmereka boleh melaksanakannya walaupun diberi tanggungjawab yang lebih kepada mereka.

Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 12


KEKUATAN TEORI LALUAN MATLAMAT
 Teori laluan matlamat tidak  Lebih tertumpu kepada pemberi
mengongkong seseorang pemimpin motivasi kepada pekerja agar mereka
untuk menggunakan hanya satu lebih bersemangat untuk melaksanakan
gaya kepimpinan sahaja. tugas dengan sempurna

 Terbuka kepada
penggunaan pelbagai gaya
mengikut kesesuaian situasi.

Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 13


Tuesday, February 2, 20XX Sample Footer Text 14

You might also like