You are on page 1of 15

SET 1

SOALAN SEBENAR

PENILAIAN KEFAHAMAN

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

1. Tarikh pembentukan Malaysia ialah pada

A. 31 Ogos 1957.

B. 13 Mei 1969.

C. 31 Ogos 1963.

D. 16 September 1963.

2. Berikut merupakan kesalahan rasuah dalam Akta SPRM 2009.

A. Tuntutan palsu.

B. Salah guna dadah.

C. Cabutan bertuah dan loteri.

D. Tidak hadir bertugas tanpa sebab munasabah.

3. Berikut adalah antara alat bantuan berfikir kecuali

A. peta minda bentuk urutan.

B. teknik fishbone / ishikawa diagram.

C. teknik 5W + 1H.

D. analisis indeks.

4. Apakah syarat minimum kelayakan akademik yang diperlukan bagi memasuki perkhidmatan awam
ke Gred 27?

A. Ijazah.

B. Diploma/STPM.

C. SPM.

D. PMR.
5. Manakah antara berikut bukan tingkah laku nilai amanah?

A. Membelanjakan harta awam mengikut peraturan.

B. Menyiapkan kerja mengikut tempoh yang ditetapkan.

C. Menggunakan masa bekerja dengan sebaik mungkin.

D. Tidak menunjuk-nunjuk ketika menjalankan tugas.

6. Siapakah yang telah memperkenalkan panduan etika untuk penjawat awam yang dikenali sebagai
Tonggak Dua Belas?

A. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

B. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid.

C. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

D. Tan Sri Samsudin bin Osman.

7. Sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia adalah

A. monarki.

B. komunis.

C. republik.

D. demokrasi berparlimen.

8. Encik Kassim, seorang guru Gred DG41 boleh memegang jawatan bagi sesebuah parti politik
sekiranya mendapat kelulusan

A. pengetua.

B. ketua parti politik.

C. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

D. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.

9. Sistem Pemerintahan Negara Malaysia terdiri daripada tiga (3) badan utama iaitu

A. Badan Ketenteraan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif.

B. Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

C. Badan Eksekutif, Badan Ketenteraan dan Badan Perundangan.

D. Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Ketenteraan.


10. Dasar Latihan Sektor Awam menetapkan bilangan hari kursus yang diwajibkan kepada setiap
penjawat awam dalam setahun ialah

A. 6 hari.

B. 7 hari.

C. 8 hari.

D. 9 hari.

11. Berikut merupakan ciri-ciri kualiti perkhidmatan pelanggan atau delighting the customer kecuali

A. fizikal.

B. mental.

C. emosi.

D. penyampaian.

12. Siapakah yang memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia?

A. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

B. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

C. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

D. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin.

13. Antara Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan ialah

A. 1 Januari.

B. 1 Mac.

C. 1 Jun.

D. 1 November.

14. Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan

A. layanan sama rata bagi pekerja-pekerja persekutuan.

B. kedudukan istimewa bumiputera negeri-negeri Sabah danSarawak.

C. pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

D. perezaban dan kuota. Tanggungjawab DYMM Yang Di-Pertuan Agong memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.
15. Pegawai wanita boleh memohon cuti bersalin maksimum sebanyak

A. 60 hari.

B. 80 hari.

C. 90 hari.

D. 120 hari.

16. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kriteria negara maju berasaskan Indeks
Pembangunan Manusia (HDI)?

A. Sihat dan umur panjang.

B. Akses kepada pengetahuan.

C. Taraf hidup yang memuaskan.

D. Akses kepada jalur lebar.

17. Maksud tugas rasmi ialah tugas

A. perniagaan.

B. persendirian.

C. di luar pejabat.

D. berkaitan tugas pejabat.

18. Berikut adalah contoh majlis rasmi dan formal kecuali

A. majlis perasmian Masjid Putrajaya.

B. majlis sambutan hari raya peringkat jabatan.

C. majlis makan malam bersama Presiden Singapura.

D. majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

19. Antara berikut, yang manakah merupakan Program Transformasi Negara?

A. Program Transformasi Kerajaan.

B. Program Transformasi Minda.

C. Wawasan 2020.

D. Gagasan 1 Malaysia.
20. Cara atau gaya duduk yang sopan semasa menghadiri majlis rasmi adalah

A. tangan diletakkan di sisi paha.

B. duduk membongkok bagi menunjukkan sikap rendah diri.

C. merapatkan kedua-dua belah kaki dan lutut dengan tangan diletakkan di atas paha.

D. duduk dengan kaki bersilang sambil berpeluk tubuh.


SET 2

SOALAN SEBENAR

PENILAIAN KEFAHAMAN

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

1. Manakah antara jawatan berikut merupakan pegawai perkhidmatan awam yang tertinggi?

A. Perdana Menteri Malaysia.

B. Ketua Setiausaha Negara.

C. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

D. Ketua Setiausaha Kementerian.

2. Kesan umum rasuah kepada negara ialah

A. meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

B. menjejaskan kelicinan dan kecekapan pentadbiran kerajaan.

C. merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin.

D. menurunkan kadar jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara, nyawa dan harta benda.

3. Berikut merupakan antara nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk dihayati dan diamalkan oleh
penjawat awam kecuali

A. menghargai masa.

B. keseronokan bekerja.

C. mengutamakan rakan sekerja.

D. ketinggian peribadi.

4. Apakah sistem saraan yang diguna pakai dalam perkhidmatan awam pada masa sekarang?

A. Sistem Saraan Baru (SSB).

B. Sistem Saraan Malaysia (SSM).

C. Sistem Saraan Persekutuan (SSP).

D. Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


5. Tujuan Arahan Keselamatan dikeluarkan adalah untuk memastikan

A. kawalan keselamatan secara berperingkat.

B. keselamatan terhadap dokumen, fizikal, peribadi dan pekerja.

C. rahsia kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak swasta.

D. perkara terperingkat tidak jatuh kepada orang yang ingin mencari faedah kewangan.

6. Bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan melaluipengurusan interaksi dan perhubungan
yang cekap antara jabatan/agensi dengan pelanggan, kerajaan telah memperkenalkan satu program
yang dikenali sebagai

A. Hari Kualiti.

B. Hari Inovasi.

C. Hari Sistem Penyampaian.

D. Hari Bertemu Pelanggan.

7. Ketua negara bagi Malaysia ialah

A. Yang Di-Pertuan Agong.

B. Perdana Menteri.

C. Ketua Setiausaha Negara.

D. Jemaah Menteri.

8. Antara jenis hukuman tatatertib ialah

A. tahan cuti.

B. surat peringatan.

C. ditukarkan jabatan.

D. tangguh pergerakan gaji.

9. Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan tertinggi di dalam Malaysia untuk membentuk
dasar-dasar kerajaan. Ia diketuai oleh

A. Yang Di-Pertuan Agong.

B. Perdana Menteri.

C. Setiausaha Parlimen.

D. Ketua Setiausaha Negara.


Ciptaan baharu.
Ciptaan proses baharu.
Beri nafas baharu.
Ubah tanggapan orang lain.
10. Semua pernyataan di atas adalah merujuk kepada

A. inovasi.

B. kreativiti.

C. kritis.

D. berfikir di luar kotak.

11. Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) merupakan pelantikan pegawai daripada

A. lantikan kontrak ke lantikan tetap.

B. jawatan tetap ke jawatan pinjaman.

C. gred lantikan ke gred kenaikan pangkat.

D. kumpulan perkhidmatan rendah ke perkhidmatan yang lebih tinggi.

12. Apakah moto bagi Gagasan 1 Malaysia?

A. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

B. Nasionalisme Teras Perpaduan.

C. Negara Kita, Tanggungjawab Kita.

D. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

13. Berikut merupakan konsep-konsep keterampilan sosial kecuali

A. menghormati dan mengutamakan orang lain.

B. cara gaya yang betul.

C. kebijaksanaan budi bicara.

D. keperluan menonjolkan diri.

14. Salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan ialah

A. lulus tapisan keselamatan.

B. telah mengisytiharkan harta.

C. menghadiri Program Transformasi Minda (PTM).

D. lulus Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).


15. Keadilan sosial bermaksud

A. semua kaum perlu mengikuti satu identiti.

B. setiap kaum mementingkan hak masing-masing.

C. nasib semua kaum akan terbela tanpa mana-mana kaum ‘dipinggirkan’.

D. sikap satu kaum ‘menerima’ kaum yang lain, bukan sekadar ‘bertoleransi’.

16. Berikut merupakan Cuti Tidak Berekod kecuali

A. Cuti Haji.

B. Cuti Gantian.

C. Cuti Isteri Bersalin.

D. Cuti Urusan Kematian.

Menitikberatkan tentang kesempurnaan, kekemasan dan kesesuaian berpakaian semasa menghadiri


majlis.
17. Kenyataan ini merujuk kepada

A. tatahias.

B. imej diri.

C. hiasan diri.

D. hiasan pakaian.

18. Manakah antara berikut tidak termasuk dalam 12 bidang ekonomi utama negara di bawah
Program Transformasi Ekonomi (ETP)?

A. Pengangkutan.

B. Pendidikan.

C. Pelancongan.

D. Penjagaan kesihatan.

19. Pegawai yang baru pertama kali dilantik dalam perkhidmatan awam boleh menuntut

A. Elaun Harian.

B. Elaun Makan.

C. Tambang Gantian.

D. Tambang Perjalanan.
20. Antara berikut, yang manakah merupakan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
dalam Program Transformasi Kerajaan?

A. Menggalakkan pelancongan.

B. Mengurangkan kadar perceraian.

C. Menangani kenaikan kos sara hidup.

D. Meningkatkan akses kepada jalur lebar.


SET 3

SOALAN SEBENAR

PENILAIAN KEFAHAMAN

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

1. Pengambilan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 dalam Perkhidmatan Awam


Persekutuan diurus oleh

A. Majlis Angkatan Tentera.

B. Kementerian Dalam Negeri.

C. Suruhanjaya Pasukan Polis.

D. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

2. Dalam konteks perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud

A. penggunaan masa secara berkesan bagi meningkatkan produktiviti.

B. membuat keputusan dengan cepat dan tepat tanpa mengambil kira kualiti kerja.

C. mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam menjalankan tugas.

D. pelaksanaan tugas dengan penuh tanggungjawab berpandukan peraturan dan undang-undang.

3. Seseorang pegawai atasan boleh menegur kakitangannya yang menyalahi etika berpakaian ke
pejabat seperti

A. memakai wangian ke pejabat.

B. memakai baju kurung yang longgar.

C. memakai selipar berwarna hitam.

D. memakai baju punjabi bagi yang berbangsa Sikh.

4. Berikut merupakan komponen yang terdapat dalam skim perkhidmatan kecuali

A. Elaun Makan.

B. syarat-syarat lantikan.

C. pergerakan gaji tahunan.

D. syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan.


5. Pengurusan keselamatan peribadi melibatkan perkara berikut:

A. Perakuan peribadi.

B. Tapisan keselamatan.

C. Perakuan ketua jabatan.

D. Menandatangani Surat Aku Janji.

6. Di manakah kedudukan perkhidmatan awam dalam Perlembagaan Persekutuan?

A. Badan Perundangan.

B. Badan Eksekutif.

C. Badan Kehakiman.

D. Badan Berkanun.

7. Puan Eliza boleh menerima hadiah jika mendapat kebenaran daripada

A. Ketua Jabatan.

B. Ketua Pembantu Tadbir.

C. Penolong Pegawai Tadbir.

D. Pegawai Khidmat Pelanggan.

8. Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia merupakan agensi-agensi pusat yang
terletak di bawah

A. Kementerian Kewangan.

B. Jabatan Perdana Menteri.

C. Kementerian Dalam Negeri.

D. Jabatan Audit Negara.

9. Kenaikan pangkat pegawai dalam perkhidmatan awam dipertimbang dan diluluskan oleh

A. Lembaga Tatatertib.

B. Lembaga Kompetensi.

C. Lembaga Kenaikan Pangkat.

D. Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam.


10. Rukun Negara diperkenalkan pada

A. 31 Ogos 1957.

B. 16 September 1963.

C. 31 Ogos 1970.

D. 31 Ogos 2000.

11. Maklumat perkhidmatan pegawai hendaklah direkodkan dalam

A. Fail Meja.

B. Buku Peribadi.

C. Fail Kesihatan.

D. Buku Kenyataan Perkhidmatan.

Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada
melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

12.Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

A. inovasi.

B. kreativiti.

C. percambahan idea.

D. pemikiran kritis.

13. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu ditekankan dalam prinsip nilai hormat-
menghormati kecuali

A. hormati sejarah dan perjanjian.

B. hormati budaya, adat dan susila.

C. hormati darjat dan pangkat.

D. hormati dan hargai perbezaan.

14. Pegawai boleh memohon Cuti Berkursus untuk tujuan berikut:

A. Menghadiri peperiksaan.

B. Mengikuti pasangan berkursus.

C. Mengikuti pengajian di universiti.

D. Menghadiri latihan pasukan sukarela.


Satu komitmen bertulis organisasi terhadap penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan
melalui pendekatan yang terbuka, jelas dan telus.

15. Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Aku Janji.

B. Piagam Pelanggan.

C. Perhubungan Pelanggan.

D. Perkhidmatan Pelanggan.

Memilih pemimpin berwibawa.

16. Pernyataan di atas merupakan matlamat

A. Program Transformasi Politik (PTP).

B. Program Transformasi Ekonomi (ETP).

C. Program Transformasi Kerajaan (GTP).

D. Program Transformasi Digital (DTP).

17. Tafsiran ‘Keluarga’ berdasarkan Bab F Perintah Am ialah

A. anak.

B. abang.

C. ibu mertua.

D. bapa saudara.

18. Definisi etiket merangkumi perkara-perkara berikut kecuali

A. peraturan pergaulan dan budi bahasa.

B. peraturan yang biasa dalam tingkah laku sosial.

C. hukum-hukum yang lazim dalam sopan santun.

D. pergaulan bebas antara pegawai berlainan jantina.


19. Manakah padanan yang betul mengenai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
dengan kementerian yang bertanggungjawab mengenainya?

Kementerian Matlamat
A Luar Negeri Mengurangkan kadar rasuah
B Dalam Negeri Mengurangkan jenayah
C Sumber Manusia Menangani kos sara hidup
D Kesihatan Memperbaiki pengangkutan awam

20. Berikut merupakan amalan-amalan yang terdapat dalam amalan 8S kecuali

A. salam.

B. segera.

C. seronok.

D. senyum.

You might also like