You are on page 1of 9

1 .

Berikut adalah syarat-syarat bagi pengesahan seseorang pegawai kecuali

A. Surat Akuan Sumpah


B. Lulus tapisan keselamatan
C. Menandatangani surat aku janji
D. Lulus peperiksaan yang disyaratkan

2. Seseorang pegawai Semenanjung yang diarahkan bertukar ke Sabah akan


memikmati elaun serta kemudahan berikut kecuali

A. Bayaran Insentif Wilayah


B. Elaun gangguan
C. Elaun Perumahan Wilayah
D. Tambang penerbangan balik ke Semenanjung tiga (3) tahun sekali

3. Berikut adalah bulan pergerakan gaji tahunan kecuali

A. April
B. Jun
C. Januari
D. Oktober

4.Seseorang pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan berhasrat untuk meletakkan


jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis

A. 30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa


B. 30 hari atau sebulan gaji
C. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau sebulan gaji
D. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau tiga bulan gaji

5. Dari carta ini bilakah tarikh pergerakan gaji encik Ahmad mulai tahun 2006?

Diploma Pengurusan Awam - 1 Okt 05-28 Feb 06


Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 - 15 Mei 05
Kembali bertugas - 1 Mac 06
A. 1 Januari
B. 1 Februari
C. 1 April
D. 1 Julai

6. Berapakah jumlah maksimum yang dibenarkan bagi temph percubaan dengan


berdenda

A. 3 tahun
B. 4 tahun
C. 2 tahun
D. 6 tahun

7. En. Asri seorang Pegawai di Kementerian Y akan menghadiri satu mesyuarat di


Jepun. Beliau memerlukan wang pendahuluan diri bagi menampung perbelanjaan di
sana. Pendahuluan diri yang boleh dituntutnya

A. Tidak melebihi elaun makan beserta elaun lojing yang boleh dituntut
B. Tidak melebihi elaun makan beserta bayaran sewa hotel yang boleh dituntut
C. Tidak melebihi elaun makan,elaun lojing, elaun pakaian panas
D. Tidak melebihi elaun makan yang boleh dituntut

8. Kemudahan cuti apakah yang boleh diberikan kepada pegawai yang mengiringi
anaknya mendapat rawatan di luar stesyen

A. Cuti tanpa rekod


B. Cuti sambilan
C. Cuti sakit
D. Cuti rehat

9. Berikut adalah kenyataan mengenai cuti haji kecuali

A. Cuti haji diluluskan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai
B. Diberikan kepada pegawai yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 3 tahun
C. Diberikan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang
daripada 6 tahun secara berterusan
D. Cuti haji diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan

10. Salah satu daripada perkara berikut bukan merupakan syarat pengesahan dalam
perkhidmatan bagi seseorang pegawai kerajaan

A. Mendapat perakuan Ketua Jabatan


B. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika ada)
C. Lulus Penilaian Tahap Kecekapan
D. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi

11. Perkara-perkara berikut adalah benar mengenai 'Pemangkuan' kecuali

A. Perlaksanaan tugas tersebut di samping tugasnya sendiri


B. Suatu jawatan yang lebih tinggi grednya dari jawatan hakiki pegawai
C. Perlu mendapat kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat
D. Pegawai dibayar elaun memangku

12. Syarat utama bagi seseorang untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
ialah

A. Mestilah seorang warganegara Malaysia


B. Mempunyai kelayakan yang disyaratkan
C. Mempunyai susuk tubuh yang disyaratkan
D. Mengikut jantina yang tertentu

13. Yang manakah id bawah ini bukan dalam kategori cuti yang sama

A. Cuti bersalin
B. Cuti Isteri bersalin
C. Cuti TB, barah dan kusta
D. Cuti kerantina

14. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai
hendaklah dilaksanakan pada

A. Tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut


B. Awal tahun kesalahan tersebut
C. Serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan
D. Tarikh ulangtahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan hukuman itu
oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

15. Pegawai awam yang bermalam di luar ibu pejabat kerana menjalankan tugas rasmi
layak dibayar elaun sekiranya memenuhi syarat-syarat yang berkuatkuasa. Bermalam
di luar ibu pejabat ialah...

A. Berada di luar ibu pejabat melebihi 18 jam


B. Berada di luar ibu pejabat melebihi 24 jam
C. Berada di luar ibu pejabat melebihi 8 jam
D. Berada di luar ibu pejabat melebihi 33 km

16. Jumlah cuti tanpa gaji yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan ialah sebanyak

A. 25 hari bagi tiap-tiap genak tahun perkhidmatan


B. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
C. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 1 tahun
D. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 6 bulan

17. Iklan pengambilan pegawai ke dalam Perkhidmatan Awam perlu mengandungi


butiran seperti berikut:

I. Nama jawatan dan taraf pelantikan II. Maklumat Gaji


III. Kelayakan akademik IV. Taraf kewarganegaraan pemohon

A. I, II dan III
B. I, III
C. II, III
D. I,II,III,IV

18. Puan Aira seorang Penolong Pegawai Tadbir telah diluluskan cuti haji pada tahun
2000. Beliau kembali bekerja selepas 29 hari bercuti. Beliau memohon cuti haji bagi kali
kedua untuk menemani ibunya menunaikan fardhu haji. Ketua Jabatan beliau...

A. Boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak melebihi 40 hari


B. Boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 11 hari sahaja
C. Tidak boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kerana kelayakan sekali sahaja dalam
tempoh perkhidmatan
D. Tidak boleh meluluskan cuti haji kerana Puan Aira hanya dibenarkan sekiranya
mengiringi suaminya

19. Apakah syarat-syarat bagi memohon cuti memasuki peperiksaan

A. Peperiksaan yang dikendalikan oleh kerajaan


B. Peperiksaan yang pengajiannya ditanggung oleh kerajaan
C. Terhad kepada hari-hari peperiksaan sahaja
D. Pegawai dan kakitangan yang berumur tidak melebihi 45 tahun

20. Kelayakan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black
Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi ialah

A. Setiap 2 tahun sekali


B. Setiap 3 tahun sekali
C. Sekali 4 tahun sekali
D. Sekali 5 tahun sekali

21. Perkara-perkara berikut merupakan syarat-syarat untuk seseorang pegawai yang


gagal disahkan dalam skim perkhidmatan yang lain untuk kembali ke dalam
perkhidmatan yang lain untuk kembali ke dalam perkhidmatan terdahulu kecuali

A. Ada kekosongan jawatan dalam skim perkhidmatan terdahulu pegawai


B. Kegagalan pegawai untuk disahkan bukanlah atas sebab kelakuan yang tidak
memuaskan
C. Persetujuan Ketua Perkhidmatan terdahulu
D. Persetujuan pegawai terlebih dahulu

22. Lembaga perubatan boleh ditubuhkan atas sebab-sebab berikut kecuali apabila

A. pegawai telah tercedera semasa bertugas


B. pada setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut pegawai telah mendapat cuti
sakit melebihi 15 hari
C. pegawai disahkan menghidap tibi, kusta dan barah
D. seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan cuti sakit biasa

23. Kerajaan meluluskan cuti separuh gaji kepada pegawai dan kakitangan atas hal
seperti berikut

A. Tidak mempunyai baki cuti rehat lagi setelah semua cuti dihabiskan
B. Sebab-sebab persendirian yang mustahak
C. Tiada lagi kalayakan cuti bersalin setelah melahirkan anak yang ke 5
D. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai

24. Tarikh persaraan wajib yang diiktiraf untuk seseorang pegawai awam ialah:

A. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam EGHRMIS


B. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam kenyataan perkhidmatannya
C. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir Sistem Pengurusan Personel Jabatan
D. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam sijil kelahirannya

25. Seorang pegawai wanita yang melahirkan anak layak memohon cuti tanpa gaji
menjaga anak. Berapakah kelayakan maksimum bagi cuti tersebut?

A. 30 hari
B. 90 hari
C. 60 hari
D. 120 hari

26. Berapakah jumlah cuti sakit bergaji penuh yang dibenarkan bagi pesakit Tibi

A. Tidak melebihi 12 bulan


B. Tidak melebihi 24 bulan
C. Tidak melebihi 36 bulan
D. Tidak melebihi 48 bulan

27. Cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat diberikan kepada anggota
Perkhidmatan Awam selama 3 hari. Istilah ahli keluarga terdekat dalam hal ini adalah

I. suami/isteri II. abang kandung pegawai


III. ibu bapa sendiri IV. ibu bapa mentua

A. I, III
B. I, II
C. I, II, III
D. I, II, III dan IV

28. Seseorang pegawai itu dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke
hospital. Walau bagaimanapun, beliau dikecualikan daripada membuat bayaran
sekiranya

A. Dia memilih skim pencen


B. Dia ditempatkan di Hospital Kerajaan
C. Mengekemukakan surat pengesahan diri dan perakuan pegawai kepada pihak
hospital
D. Disahkan menghidap penyakit tibi

29. Ahmad dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/Operasi) pada 16 Jun 1998. Pada 16
Disember 2005, beliau dinaikkan pangkat ke gred N22. Bilakah tarikh pergerakan gaji
Ahmad bagi tahun berikutnya

A. 1 Oktober
B. 16 Jun
C. 1 Disember
D. 16 Disember

30. Marlina, Pegawai Belia dan Sukan gred S44 berhasrat untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti politik. Dalam hal ini

A. Beliau adalah dilarang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik


B. Beliau hanya boleh memegang jawatan rendah sahaja
C. Beliau perlu mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan terlebih dahulu
D. Beliau hanya boleh menjadi anggota biasa sahaja

31. Lembaga perubatan boleh dipanggil untuk memeriksa kesihatan seseorang


pegawai dalam keadaan-keadaan berikut kecuali apabila

A. Pegawai telah tercedera semasa bertugas


B. Pegawai bercuti sakit melebihi 45 hari setahun selama tiga tahun berturut-turut
C. Pegawai disahkan menghidap penyakit barah
D. Kesihatan badan pegawai diragui

32. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika
memberikan taat setia yang tidak terbelah bagi kepada YDPA, Negara dan kerajaan.
Oleh itu seseorang tidak boleh...

I. membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya


II. berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau nama
perkhidmatan awam
III. kurang cekap atau kurang berusaha
IV. ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
munasabah sebagai ingkar perintah

A. I, II, dan III


B. I. III, dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

33. Cuti tanpa gaji diberikan kepada pegawai dan kakitangan atas hal-hal seperti
berikut kecuali

A. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai


B. Cuti menjaga anak
C. Sebab-sebab persendirian yang mustahak
D. Bersalin anak yang ke 6 dan ke atas

34. Rumah yang disediakan di kawasan terpencil dimana tidak terdapat rumah
persendirian yang sesuai untuk disewa dikenali sebagai

A. Rumah Khas Jawatan


B. Rumah Khas Jabatan
C. Rumah Biasa Kerajaan
D. Rumah Sewa Kerajaan

35. Kenyataan di bawah ini adalah paling tepat mengenai Elaun Pakaian Panas

A. Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke Luar Negeri


B. Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar Negara atau selewat-
lewatnya tiga bulan selepas pulang
C. Dituntut oleh pegawai yang diarahkan oleh kerajaan untuk berkhidmat di Luar Negeri
D. Elaun ini layak dituntut oleh setiap pegawai sekali dalam tempoh 3 tahun.

36. Encik Amri seorang pegawai Tadbir dan Diplomatik telah ditawarkan menjadi
Pensyarah sambilan di Universiti Malaya. Beliau telah memohon kebenaran dari ketua
jabatannya. Ketua Jabatan En. Amri boleh member kebenaran dengan syarat-syarat
berikut

I. Pekerjaan itu tidak dilakukan di dalam waktu pejabat


II. Pekerjaan itu tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan
III. pekerjaan itu tidak menjejaskan tugas En. Amri sebagai Penjawat awam
IV. Pekerjaan itu bersangkut paut dengan tugas rasminya

A. I, II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

37. Syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih masa adalah
kerja-kerja yang

A. Dilakukan di luar ibu pejabat yang melebihi waktu bekerja


B. Perlu dibuat pada waktu malam mengikut syif tugasnya
C. Dilakukan sebelum 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang
D. Dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasanya

38. Pengisytiharan harta hendaklah dibuat sekurang-kurangnya

A. Sekali setahun
B. Sekali dalam perkhidmatan
C. Sekali dalam tempoh lima tahun
D. Pada tarikh melapor diri dan sebelum tarikh akhir persaraan

39. Encil Mazlan PTD Gred M41 telah diarah bertugas di Kuantan selama dua hari.
Jarak diantara Kuala Lumpur dan Kuantan ialah 259km. Apakah jenis tuntutan yang
dibuat oleh Encik Mazlan jika dia menggunakan kenderaannya sendiri walaupun
jabatan tidak membenarkan membuat tuntutan perbatuan?

A. Tuntutan perbatuan bagi 240km sahaja mengikut kelayakan kerana menggunakan


kenderaan sendiri.
B. Tuntutan tambang Bas Ekspress Kuala Lumpur ke Kuantan secara pergi balik
C. Tambang sebuah kereta sewa
D. Tambang gantian kapal terbang

40. Melissa dibenarkan menduduki rumah kerajaan kelas C walaupun beliau hanya
layak menduduki rumah kerajaan kelas D. Oleh itu, sewa yang perlu dibayar adalah
mengikut

A. Kelas rumah yang didiaminya


B. Kelas rumah yang ia berhak mendapat
C. Kadar yang akan ditentukan oleh KSN
D. Sewa purata bagi kelas C dan D

You might also like