You are on page 1of 10

DIYAT

FIQH JINAYAT
SHA 2053
Nurul Hannani Binti Abdul Bahar(D1920029)
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NADIAH BINTI MOHD ZIN
APA ITU DIYAT?

• Merujuk kepada sistem perundangan menerangkan bahawa Diyat merupakan bayaran yang dikenakan oleh persalah yang melakukan kesalahan seperti kes- kes
yang melibatkan kematian atau kecederaan.

• Merujuk kepada kitab - kitab fiqh klasik ia terdapat banyak definisi yang diberikan terhadap hukuman yang bersifat bayaran ini antaranya ada yang mengatakan
ianya suatu ganti rugi.

• Sesetengah para fuqaha’ berpendapat diyat ini adalah bukan ganti rugi tetapi ia adalah bayaran yang dikenakan.

• Diyat adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa arab iaitu ad – diyat (kata mufrad) atau diyat (kata jama’). Perkataan diyat ini adalah perkataan yang
berbentuk maidar iaitu bentuk jadian yang daripada wada iaitu bermaksud ma yu ta in al – mal yang bererti harta yang diberikan adalah sebagai ganti dari jiwa
yang terbunuh. Ad – diyat bentuk asalnya ialah al – wad ia berubah apabila huruf ta’ digunakan sebagai ganti bagi huru wau maka perkataan itu berubah
menjadi perkataan ‘iddat.

• Diyat ini mempunyai keistimewaannya tersendiri dimana menurut hukum pidana islam telah menyatakan diyat ini tidak termasuk kepada hukum hudud kerana
ia berdiri sendiri dalam cabang dari Jinayat.

• Keistimewaan diyat ini banyak disebutkan di Dalam Al – Quraan paling kurang lima Surah didalam Al – Quraan yang menyebut tentang hukum diyat antaranya
ialah Surah Al – Baqarah (178 -179), Surah An – Nisa’(92-93) dan surah Al – Maidah (43).
KEWUJUDAN DIYAT:-

• Kaum Yahudi merujuk kepada Kitab Taurat bagi jenayah membunuh hukumannya adalah kisas iaitu pembalasan yang dikenakan adalah sama dengan
kesalah yang dilakukan.

• Kaum Nasrani pula jenayah seperti membunuh pesalah itu akan dikenakan hukuman Diyat sahaja.

• Arab Jahiliyah pula mereka menghukum bagi jenayah seperti membunuh hukumannya ialah seperti kebiasaan yang sering mereka lakukan dimana jika Bani
Nazir yang membunuh salah seorang daripada Bani Quraish maka mereka tidak dikenakan hukuman kisas tetapi mereka dikenakan dengan hukuman Diyat
iaitu dimana mereka perlu memberi seratus wasaq kurma.

DALIL PENSYARIATAN DIYAT:-


Rujukan utama kepada dalil pensyariatan mengenai Diyat adalah Al – Quraan dimana Allah berfirman dalam Surah An – Nisa’ ayat (5:92)
ٌ ‫ ٍم بَ ْينَ ُك ْم َوبَ ْينَهُم ِّم ٰيث‬U‫ان ِمن قَ ْو‬
‫ق‬ َ ‫هُ َو ُمْؤ ِم ٌن فَتَحْ ِري ُر َرقَبَ ٍة ُّمْؤ ِمنَ ٍة َوِإن َك‬U‫ ٍم َع ُد ٍّو لَّ ُك ْم َو‬U‫ان ِمن قَ ْو‬ َ ‫ا فَِإن َك‬U‫ص َّدقُو‬ َّ َ‫ان لِ ُمْؤ ِم ٍن َأن يَ ْقتُ َل ُمْؤ ِمنًا ِإاَّل َخطًَأ َو َمن قَت ََل ُمْؤ ِمنًا َخطًَأ فَتَحْ ِري ُر َرقَبَ ٍة ُّمْؤ ِمنَ ٍة َو ِديَةٌ ُّم َسلَّ َمةٌ ِإلَ ٰى َأ ْهلِ ِه ِإاَّل َأن ي‬
َ ‫ َما َك‬U‫َو‬
‫ان هَللا ُ َعلِي ًما َح ِكي ًما‬ ِ َ‫فَ ِديَةٌ ُّم َسلَّ َمةٌ ِإلَ ٰى َأ ْهلِ ِه َوتَحْ ِري ُر َرقَبَ ٍة ُّمْؤ ِمنَ ٍة فَ َمن لَّ ْم يَ ِج ْد ف‬
َ ‫صيَا ُم َش ْه َر ْي ِن ُمتَتَابِ َعي ِْن ت َْوبَةً ِّم َن هَّللا ِ َو َك‬
Yang Bermaksud:
Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang
mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti
nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak
sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan
seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu
dengan mereka, maka wajiblah membayar “diah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu,
sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya
dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
PEMBUNUHAN
SECARA SENGAJA
(Al – Qatl Al - Amd):

JENAYAH – PEMBUNUH
MENCEDERAK SEPARA
JENAYAH YANG
AN ANGGOTA SENGAJA (Al –
DIKENAKAN Qatl Syibh Al –
BADAN
DIYAT Amd)

PEMBUNUHAN
TIDAK SENGAJA
(Al – Qatl Al Khoto’)
PEMBUNUHAN SECARA SENGAJA (Al – Qatl Al - Amd):
• Pembunuhan secara sengaja ialah pembunuhan yang disengajakan dimana pembunuhan ini memang dirancang dan wujudnya niat mangsa itu mati.
• Pembunuhan sengaja juga dapat dilihat dengan peralatan yang digunakan untuk membunuh mangsa.
• Kebiasaan peralatan yang digunakan ialah barang yang tajam seperti pisau, peralatan yang keras seperti batu dan ia juga boleh digunakan peralatan seperti
cecair iaitu racun.
• Pembunuhan secara sengaja hukumnya adalah berdosa besar iaitu dosa kedua selepas dosa mensyirikkan Allah
• Hukuman adalah Qisas
PEMBUNUH SEPARA SENGAJA (Al – Qatl Syibh Al – Amd)
• Pembunuh separa sengaja ia hampir sama dengan pembunuhan secara sengaja kerana dua – dua pembunuhan ini memang mempunyai niat dimana pembunuh
memang nak mangsa itu teranaya sehingga mati.
• Cuma perbezaan pembunuhan separa sengaja dan pembunuhan secara sengaja ini adalah cara iaitu alat yang digunakan untuk membunuh.
• Merujuk kepada pandangan Imam AsSyafie menyataka pembunuhan separa sengaja ini adalah berlaku dengan pukulan yang disengajakan tetapi tersalah
pada kesan pembunuhannya dimana pukulan itu bukan bertujuan untuk membunuh tetapi tersalah pada kesannya iaitu kematian.
• Manakala bagi Imam Abu Hanifah pula menyatakan pembunuhan separa sengaja ini adalah pembunuhan yang berlaku dengan menggunakan perlatan selain
dari besi yang tajam, buluh, api atau seumpama dengannya. Dimana pembunuhan ini menggunakan peralatan seperti tongkat, batu yang kecil atau besar dan
menenggelamkan kedalam air adalah dikira sebagai pembunuhan separa sengaja.
• Hukuman Diyat
PEMBUNUHAN TIDAK SENGAJA (Al – Qatl Al Khoto’)
• Pembunuhan tidak sengaja adalah satu perbuatan yang menyebabkan kematian tetapi perbuatan itu tidak dilakukan dengan niat ingin membunuh.
• Hukuman bagi pembunuhan tidak sengaja ini adalah dimaafkan iaitu Diyat.
KECEDERAAN
• Kesalahan bagi mencederakan ini adalah kecederaan yang melibatkan anggota badan. dimana kecederaan itu akan memberi kesan kepada tubuh badan seperti
cacat atau menyakitkan.
• Selain daripada pembunuhan kecederaan juga turut terbahagi kepada dua iaitu kecederaan yang berniat dan juga kecederaan yang tidak berniat.
• Kecederaan ini tidak memberi kesan sehingga mati.
• Hukuman bagi kecederaan ini adalah gantirugi atau denda yang akan dikenakan keatas anggota badan yang dipotong atau yang dilukakan oleh penjenayah.
Diyat akan dikenakan jika kecederaan itu berlaku dengan tidak sengaja.
MUGHALLAZA
H

JENIS DAN KADAR


DIYAT

MUKHAFFAFA
H
Diyat mukhaffafah

• adalah diyat yang dikenekan dengan pampasan yang ringan terhadap kesalahan seperti pembunuhan secara tidak sengaja dan kesalah bagi kecederaan.

• Diyat mukhaffafah penjenayah boleh membayarnya secara beransur dan ahli keluarganya juga turut boleh membantunya dengan menanggung bayaran diyat
bersama.

• Bagi kadar pembayaran diyat mukhaffafah ialah sebanyak 100 ekor unta iaitu 20 ekor anak unta betina yang berusia 1 tahun yang nak masuk 2 tahun ( unta
bintu makhad ), 20 ekor anak unta yang berusia 2 tahun yang nak masuk 3 tahun( unta bintu labun), 20 ekor anak unta jantan yang berusia setahun lebih iaitu
3 tahun (ibnu labun), 20 ekor anak unta yang berusia 3 tahun yang nak masuk 4 tahun (hiqqah) dan 20 ekor anak unta yang berusia 4 tahun yang nak masuk 5
tahun (jadza’ah) tetapi jika tidak dapat menemukan 20 ekor unta jadza’ah maka boleh digantikan dengan biri – biri yang berusia 8 hingga 9 tahun dan anak
lembu yang berusia 2 nak masuk 3 tahun.

Diyat Mughallazah

• ialah pampasan yang dikenakan adalah berat dimana diyat ini akan dikenakan kepada penjenayah yang melakukan jenayah seperti pembunuhan secara sengaja
(Al – Qatl Al - Amd) dan pembunuhan separa sengaja (Al – Qatl Syibh Al – Amd).

• Bagi cara pembayaran diyat mughallazah penjenayah yang akan membayar sepenuhnya dengan menggunakan hartanya sendiri dan bayaran itu perlu
dilunaskan dengan segera tanpa bantuan ahli keluarganya sendiri.

• Manakala bagi kadar bayaran pula diyat mughallazah adalah sebanyak 100 ekor unta dimana 30 ekor unta yang berusia 3 tahun, 30 ekor unta berusia 4 tahun
dan 40 ekor unta berusia 5 tahun yang bunting.
ARSY

ISTILAH LAIN BAGI


DIYAT

GHURRA
HUKUMAH
H
Arsy

• bayaran dikenakan kepada kes seperti kecederaan yang melibatkan sebahagian anggota badan sebagai contoh seperti sebelah tangan, sebelah kaki dan lain –
lain lagi.

• Arsy terbahagi kepada dua iaitu yang pertama arsy muqaddar dan kedua arsy ghair muqaddar.

• Arsy muqaddar adalah kadar yang telah ditetapkan oleh syarak

• arsy ghair muqaddar pula kadar telah ditetapkan oleh budi bicara mahkamah.
HUKUMAH
• bayaran yang dikenakan kepada kes jenayah ringan.
• Hukuman tidak ditentukan dengan sebarang kadar pampasan yang perlu dibayar tetapi ia menjadi tanggungjawab hakim bagi menetapkan kadar yang
bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan.
• Kadar bayaran bagi hukuman ia perlu dikurangkan nilainya dari kadar diyat dan arsy kerana ia hanyalah cedera yang ringan bukan cedera yang parah.
GHURRAH
• bayaran yang dikenakan bagi kesalahan kes yang melibatkan anak dalam kandungan.
• Hukuman yang dikenakan ialah pesalah itu perlu membayar denda kepada wanita yang hamil dengan merujuk kepada hakim.
• Selain itu, bayaran denda juga ia merujuk kepada situasi yang dialami oleh wanita itu sebagai contoh ialah kos rawatan wanita hamil.
PERBEZAAN DIYAT LELAKI DAN PEREMPUAN:-

Bagi perbezaan Diyat lelaki dan perempuan adalah dimana perempuan hanya dikenakan separuh daripada diyat lelaki iaitu daripada 100 hanya 50 sahaja
yang perempuan perlu membayar. Rasulullah S.A.W. telah menulis kepada Amr Ibn Hazm tentang penduduk Yaman. Dalam surat tersebut dijelaskan perkara –
perkara wajib, sunat dan tentang diyat. Didalam surat itu Rasulullah telah menyatakan diyat bagi perempuan adalah separuh diyat bagi lelaki iaitu secara asalnya
diyat dikenakan adalah seratus iaitu untuk lelaki maka perempuan hanya dikenakan 50 diyat sahaja.

KESIMPULAN:-

Oleh itu, diyat adalah hukuman yang ringan berbanding dengan hukum yang lain. Hal ini kerana dengan adanya hukuman diyat penjenayah tidak
dikenakan hukuman qisas iaitu mati. Apabila tidak dikenakan hukuman mati maka ini menunjukkan bahawa penjenayah itu diberi peluang untuk berubah
menjadi yang lebih baik dan kesalahan dimasa lampau akan dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup seseorang penjenayah itu dan masyarakat diluar sana.
Manakala bagi keluarga mangsa pula wujudnya sifat pemaaf dan redha atas aturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Wujudnya hukum diyat, qisas dan hudud ini
dapat memberi pengajaran kepada masyarakat diluar sana.

You might also like