You are on page 1of 27

AW101 – OCCUPATIONAL

SAFETY AND HEALTH


- CHAPTER 1-
ISI KANDUNGAN:
 Takrifan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
 Takrifan Keselamatan, Kemalangan, Kesihatan, hazard
dan risiko.
 Konsep Keselamatan
 Matlamat & Objektif Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan
 Sejarah Perkembangan Keselamatan dan Kesihatan di
Malaysia
 Kepentingan mengutamakan keselamatan di tempat
kerja.
 Jenis-jenis kemalangan industri.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
TAKRIFAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan?

“ Penyediaan persekitaran kerja yang kondunsif, berjaga-jaga


dan berpatutan bagi mencegah orang yang bekerja
daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat
aktiviti kerja yang dilakukan”
“Suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan
persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya
dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-
aktivitinya”
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
DEFINISI KESELAMATAN

 Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang


terpelihara atau terhindar dari bahaya, bencana atau
gangguan yang mungkin berpunca dari faktor fizikal atau
faktor persekitaran yang tidak menentu
(Pengurusan dan Keselamatan Bengkel, INDS 2015, Open
University)

 Industri atau tempat kerja yang selamat adalah;


- Bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan.
- Mempunyai kawalan kerugian akibat daripada
kemalangan.
- Melindungi kerugian manusia, harta benda dan
juga pendapatan/keuntungan.
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
DEFINISI KESIHATAN
 Kesihatan adalah ketiadaan risiko yang boleh menyebabkan
kemudaratan dan kecederaan kepada tubuh badan seperti
kemalangan, penyakit dan bencana alam.

 Kesihatan dimana jua, sama ada di rumah atau tempat kerja


harus bebas dari kesan jangka pendek atau jangka panjang
yang boleh membawa kemudaratan kepada fisiologi tubuh
manusia.
(Edward Wenk,
1989)

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
DEFINISI KEMALANGAN
 Kejadian yang berlaku tanpa sebab yang boleh diduga.
(Dewan Bahasa dan Pustaka)

 Peristiwa yang tidak dirancang dan tidak diduga yang boleh


menyebabkan kecederaan atau kematian kepada individu serta
kerosakan kepada harta benda.
(Strasser, Aron & Bohn, 1981)

 Peristiwa yang tidak dirancang atau dikawal yang disebabkan


oleh faktor manusia, faktor persekitaran atau kombinasi kedua-
dua faktor. Ia menganggu proses kerja dan mungkin
menyebabkan kecederaan, kematian, kerosakan harta benda
atau peristiwa yang tidak dikehendaki.
(Collin, 1990)

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
DEFINISI HAZARD
 Hazard ialah mana-mana sumber yang boleh
mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada
kesihatan manusia dan juga kerosakan harta- benda.

DEFINISI RISIKO
 Risiko ialah peluang atau kemungkinan berlakunya
kejadian berbahaya atau kemalangan apabila
didedahkan kepada hazard.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
KONSEP KESELAMATAN
Konsep Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja amat
menekankan perkara-perkara berikut:

 Mengutamakan keselamatan di tempat kerja (safety first)

 Tingkah laku semasa mengendalikan pekerjaan mestilah


selamat dan tidak mengundang bahaya.

 Keadaan persekitaran tempat kerja mestilah bersih, sihat


dan selamat

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
KONSEP KESELAMATAN
 TINGKAH LAKU MANUSIA
- Keselamatan di rumah atau tempat kerja berkait
dengan tingkah laku manusia yang boleh
menganggu keselamatan dan menjadi punca berlakunya
kemalangan.

- Maka, faktor tingkah laku manusia ini perlu diambil


kira apabila merekabentuk program, peralatan, bengkel
atau apa sahaja yang melibatkan keselamatan. Usaha
mesti dilakukan untuk mengurangkan kesilapan manusia
(human error) seterusnya menghindar kemalangan.
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
KONSEP KESELAMATAN
 MENCEGAH KEMALANGAN
- “Prevention is better then cure”
- Keselamatan perlu dikekalkan dengan mencegah
kemalangan daripada berlaku.
- Langkah-langkah perlu diambil bagi mencegah
kemalangan.
- Selepas kemalangan berlaku, langkah
pembetulan mesti dilakukan agar kemalangan serupa
tidak berulang.
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
MATLAMAT & OBJEKTIF KESELAMATAN DAN
KESIHATAN INDUSTRI

 Menyediakan persekitaran kerja di industri yang tidak


memberi ancaman keselamatan kepada manusia.
 Memberikan keselesaan kepada pekerja industri
menjalankan tugas yang diberi.
 Menjamin kerja yang dilakukan oleh pekerja industri
tidak memberi kesan negatif kepada pekerja
berkenaan.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN INDUSTRI DI MALAYSIA
 Terdapat pelbagai perundangan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan antaranya ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta
Bekalan Elektrik 1990 dan sebagainya.

 Sejarah aktiviti yang memastikan keselamatan dalam pekerjaan


bermula pada tahun1878 dengan perlantikan seorang pemeriksa
dandang untuk memastikan keselamatan di tempat kerja.

 Undang-undang keselamatan pekerjaan yang pertama dilaksana


adalah berkaitan dengan keselamatan penggunaan dandang stim
yang dipercayai digubal pada tahun1892 – Selangor Steam Boiler
Enactment dan Perak boiler Enactment 1903.
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN INDUSTRI DI MALAYSIA
 Bidang kuasa dan tugas Pemeriksa Dandang diperluaskan lagi
dengan penguatkuasaan “Machinery Enactment 1913”.
- Pemeriksaan semua tempat kerja, jentera dan dandang.
- Pemeriksa Dandang ditukarkan nama kepada Pemeriksa Jentera.

 Pemeriksa Jentera ditempatkan di bawah Cawangan Jentera,


Jabatan Galian sehingga tahun 1952 sebelum Cawangan Jentera
dipisahkan dari Jabatan Galian dengan nama Jabatan Kejenteraan.

 Pada tahun 1953 “Ordinan Kejenteraan” telah diperkenalkan dan


secara tidak langsung telah memansuhkan enakmen atau
perundangan-perundangan berasingan yang dikuatkuasakan di
negeri-negeri masing-masing kecuali negeri bersekutu yang masih
terpakai.
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN INDUSTRI DI MALAYSIA
 Penubuhan “Ordinan Kejenteraan 1953” sahaja masih tidak
mencukupi kerana terhad kepada keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang mempunyai jentera di kilang sahaja.

 Pada tahun1967, Akta Kilang Dan Jentera telah dikuatkuasakan


yang meliputi pekerjaan yang menggunakan jentera di kilang dan
disamping aspek kesihatan industri.

 Pada tahun 1970 Jabatan Kejenteraan ditukar kepada Jabatan


Kilang Dan Jentera (JKJ). Matlamat jabatan ini ialah untuk
mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN INDUSTRI DI MALAYSIA
 Pada tahun 1984, Bahagian Keselamatan Petroleum telah
ditubuhkan di JKJ dan sebuah akta telah dibina iaitu Akta Petroleum
(Safety Measures) 1984.

 Pada tahun 1991, bahagian major hazard ditubuhkan di JKJ untuk


bertanggungjawab mencegah berlakunya kemalangan besar
industri.

 Bagi kesihatan industri, Unit Kesihatan ditubuhkan pada tahun 1968


dan dibubarkan pada tahun 1971. Manakala Unit Mencegah
Pencemaran telah ditubuhkan dan kemudian dibubarkan apabila
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN INDUSTRI DI MALAYSIA
 Unit Industrial Hygiene telah ditubuhkan pada tahun 1975 yang
kemudian menjadi satu bahagian dengan JAS pada tahun1980
untuk kerja-kerja pengawasan biologikal, program perlindungan
pendengaran, dan pengawasan kontamina.

 Skop Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya terhad kepada pekerja
yang bekerja di tempat-tempat kerja yang ditakrifkan sebagai kilang
iaitu lombong-lombong, industri pembuatan dan tapak pembinaan
bangunan sahaja.

 Manakala, sektor perladangan, pembalakan, pengangkutan dan


perkhidmatan tidak diliputi akta kilang dan jentera.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN INDUSTRI DI MALAYSIA
 Oleh yang demikian satu lagi akta yang lebih komprehensif dikenali
sebagai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA
1994) diluluskan pada 24 Februari 1994.

Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA, 1994)


“Suatu akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang
bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan
atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang
bekerja, untuk menubuhkan majlis negara bagi keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya."

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN INDUSTRI DI MALAYSIA

Selangor Steam Boiler Perak Boiler


Enactment 1892 Enactment 1903

Ordinan Kejenteraan Machinery Enactment


1953 1913

Akta Kilang dan


Akta Petroleum 1984
Jentera 1967

Akta Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan
(OSHA) 1994
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
KENAPA PERLU UTAMAKAN KESELAMATAN
DI TEMPAT KERJA ?

 Faktor Kesihatan
Keselamatan di tempat kerja perlu diutamakan bagi
mengelakkan berlaku kemalangan yang boleh memberi
kecederaan jangka panjang atau mendapat penyakit
kerana terdedah kepada bahan kimia yang merbahaya.
 Faktor Moral
Kemalangan dan penyakit boleh menyebabkan
penderitaan kepada individu dan keluarga mereka.
Majikan tidak sepatutnya sengaja mendedahkan
pekerjanya kepada hazard merbahaya yang boleh
menyebabkan kemalangan dan penyakit.
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
KENAPA PERLU UTAMAKAN KESELAMATAN
DI TEMPAT KERJA ?
 Faktor Perniagaan
Kemalangan dan penyakit boleh menyebabkan produktiviti
serta keuntungan syarikat terjejas. Ini disebabkan
kemalangan boleh menyebabkan kerosakan pada harta
benda dan juga menganggu atau pemberhentian operasi
produktiviti.
 Faktor Perundangan
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 jelas
menyatakan bahawa majikan perlu mencegah
kemalangan dan penyakit di tempat kerja. Ini bermaksud
majikan wajib menyediakan persekitaran kerja yang
selamat untuk orang yang bekerja dan orang awam.
AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
JENIS-JENIS KEMALANGAN INDUSTRI

Kemalangan Industri ialah bencana yang berlaku disebabkan


oleh kemalangan atau penyakit khidmat yang terbit
daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaan.
(Seksyen 2(6) AKSP 1969)

Jenis-jenis kemalangan industri dikelaskan berdasarkan jenis


keadaan atau situasi yang menyebabkan kecederaaan
dan penyakit itu berlaku.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
JENIS-JENIS KEMALANGAN INDUSTRI

 Slip, Trip, Fall of Person


- Kemalangan yang disebabkan tergelincir,
tersandung atau terpijak sesuatu objek yang bergerak
atau rapuh.
- Berlaku samada jatuh dari tempat tinggi atau pada
aras yang sama.
- Contoh : tergelincir daripada lantai yang licin,
terpijak objek yang bergerak, tersandung objek
yang pegun, terpijak sesuatu yang rapuh, terjatuh dari
tangga

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
JENIS-JENIS KEMALANGAN INDUSTRI

 Struck by an object
- Kemalangan yang disebabkan dihempap, dipukul
atau diketuk oleh objek yang keras.
- Contoh : dihempap konkrit bangunan runtuh, diketuk
oleh objek yg bergerak, dipukul oleh objek yang jatuh
 Striking Against
- Kemalangan disebabkan ditarik oleh objek yang
bergerak atau pegun.
- Contoh : Pakaian tertarik oleh mesin yang bergerak,
pakaian tersangkut dan ditarik oleh objek pegun.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
JENIS-JENIS KEMALANGAN INDUSTRI
 Caught in or between objects
- Kemalangan yang disebabkan terperangkap di dalam
objek atau di antara objek yang pegun dan bergerak.
- Contoh : terperangkap di dalam lif yang rosak, tersepit
di antara celahan batu, tersepit antara celahan konkrit.
 Burnt
- Kemalangan disebabkan kebakaran. Berlaku apabila
punca haba dan bahan api bertindak balas di dalam
oksigen menghasilkan api.
- Contoh : kebakaran disebabkan litar pintas, tumpahan
minyak dan lain-lain.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
JENIS-JENIS KEMALANGAN INDUSTRI
 Overexertion / Strenuous Movements
- Kemalangan disebabkan terlalu bersungguh-sungguh
mengerahkan tenaga melakukan kerja yang berat
sehingga menyebabkan kecederaan pada otot, sendi dan
tulang.
- Contoh : Terlalu bersungguh-sungguh mengangkat,
mengangkut, menarik, menolak, membaling atau menegendali
objek yang sangat berat.
- Kemalangan ini juga berlaku disebabkan tidak
mengetahui teknik yang betul dalam melakukan kerja- kerja
yang berat.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
JENIS-JENIS KEMALANGAN INDUSTRI
 Exposure to or contact with extreme temperature
- Kemalangan yang disebabkan terdedah dengan suhu
yang sangat melampau tanpa sebarang pelindung.
- Contoh : Melecur terkena objek panas, bekerja di
bawah panas matahari yang terik tanpa pelindung,
bekerja di dalam bilik sejuk beku tanpa pelindung.
 Exposure to or contact with electric current
- Kemalangan disebabkan terdedah dengan sumber
elektrik tanpa sebarang pelindung.
- Contoh : Terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11
JENIS-JENIS KEMALANGAN INDUSTRI
 Exposure to or contact with harmful substances or radiations
- Kemalangan disebabkan terdedah dengan bahan-
bahan atau radiasi yang merbahaya tanpa pelindung.
- Contoh : terhidu gas beracun, melecur terkena asid
yang mengakis, terkena bahan kimia yang bertoksid,
batuk kerana terdedah dengan persekitaran kerja yang
terlalu berhabuk, terkena sinaran x-ray yang
merbahaya.

AW101/HANISAH/JKE/POLISAS/’11

You might also like