You are on page 1of 26

PENGENALAN KEPADA

SINTAKSIS
HMA 101
M9
16 Disember 2022
BIDANG SINTAKSIS

• Bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat.


• Bagaimanakah kata disusun menjadi frasa, bagaimanakah frasa
disusun menjadi ayat?
• Bidang ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata,
dan frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat untuk membina ayat.
• Penutur asli sesuatu bahasa dapat menilai sama ada bahasa yang
digunakan itu sesuai dengan pendengaran/pembacaan dari segi bunyi
bahasa, struktur kata dan pemilihan kata yang digunakan serta
susunan kata yang menjadi ayat.
• Penutur asli yang cekap dapat menilai bahasa yang digunakan baik
dan betul.
• Penutur asli mempunyai PENGETAHUAN tentang struktur unsur
ayat bahasa yang dituturkannya-gramatis atau tidak gramatis.
Pertimbangkan ayat di bawah dari sudut
penutur bahasa Melayu

1. Dia sudah lama meninggal dunia.


2. Dia sudah lama meninggal.
3. Dia sudah lama meninggalkan dunia.
4. Kaki makan air, kelapa makan buah.
5. Saya tertarik dengan kaki perempuan.
Bidang sintaksis – Dua aspek

• Proses bagaimana unsur-unsur • Ayat dikaji dengan melihat


sintaksis bergabung menjadi bagaimana struktur-struktur
frasa dan ayat. ayat yang dibina serta fungsi-
fungsinya.
Frasa

• Unsur terkecil dalam bidang sintaksis.


• Binaan frasa boleh dibentuk daripada satu kata atau lebih.
• Frasa bukan rangkai kata kerana frasa boleh terdiri daripada satu kata.

Farhan menjadi ketua darjah.


Frasa 1= Farhan
Frasa 2= menjadi ketua darjah
Frasa 3:= ketua darjah
Klausa

• Binaan klausa terdiri daripada subjek dan predikat.


• Klausa adalah sebuah ayat dalam ayat, iaitu ayat yang menjadi
unsur kepada ayat lain.
• Za’ba menyebut klausa sebagai anak ayat, iaitu ayat yang menjadi
unsur kepada ayat lain.
Dia tidak datang kerana sakit.

Klausa 1= Dia tidak datang


Klausa 2= Dia sakit

Dia tidak datang


Dia sakit
boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini juga sebagai ayat
Frasa vs Klausa

Frasa Klausa
• Binaan frasa ditutup oleh kata • Klausa bebas- boleh berdiri
penunjuk itu dan ini. sendiri sebagai ayat.
• Klausa bebas merupakan ayat
• Boleh menerima sisipan yang. yang sempurna
• Klausa tak bebas- tidak boleh
berdiri sendiri.
• Mempunyai inti dan penerang.
Ujian Struktur Frasa

• Ujian penggantian. Ujian ini memperlihatkan bahawa suatu frasa


boleh digantikan dengan frasa lain yang sejenis dengannya.

Melissa datang ke Kuala Lumpur.


Amin
Pelakon terkenal itu
*Berbantalkan lengan
*Sangat cantik
Ujian Struktur Frasa

• Ujian Pergerakan

Kamal yang menjadi pengacara majlis itu datang ke rumah saya


kelmarin.
[Kelmarin] [Kamal yang menjadi pengacara majlis itu].
*[Kamal] kelmarin [yang menjadi pengacara majlis itu].
Ujian Koordinasi
• Suatu frasa yang boleh bergabung dengan frasa yang sejenis dengannya.

[1] Siti Nurhaliza memenangi pertandingan Juara Lagu 2010.


[2] Siti Nurhaliza dan Aminah memenangi pertandingan Juara Lagu 2010.

*Siti Nurhaliza dan [Sangat besar] memenangi pertandingan Juara Lagu


2010.
*Siti Nurhaliza dan [ke Korea Utara] memenangi pertandingan Juara Lagu
2010.
Konstituen

• Konstituen terdiri daripada satu atau lebih perkataan yang


menjadi ahli satu kumpulan dan yang berpelakuan sebagai satu
unit (Deterding & Poedjosoedarma, 2001).

• Melisa melakonkan watak Puteri Hang Li Po.

• [Melisa] merupakan satu konstituen


• [melakonkan watak Puteri Hang Li Po] merupakan satu konstituen
Ujian konstituen

Watak Puteri Hang Li Po dilakonkan oleh Melissa.

1. Ujian pecahan
Soalan: Siapa yang melakonkan watak Puteri Hang Li Po?
Jawapan: Melissa
Ujian Konstituen

2. Ujian Pergerakan

Asal: Watak Puteri Hang Li Po dilakonkan oleh Melisa


Gerak: Melisa melakonkan watak Puteri Hang Li Po.
Ujian Konstituen

3. Ujian penggantian

Asal: Watak Puteri Hang Li Po dilakonkan oleh Melissa.

Ganti: Watak Puteri Hang Li Po dilakonkan oleh wanita itu.


Ujian Konstituen

4. Ujian Pengguguran

Asal: Watak Puteri Hang Li Po dilakonkan oleh Melissa.

Gugur: *Watak Puteri Hang Li Po dilakonkan oleh


Ayat

Ayat ialah unsur paling tinggi dalam tatabahasa. Dalam ayat ini
terdapat unsur-unsurnya seperti kata, frasa dan klausa.

Penggabungan unsur-unsur inilah yang membentuk binaan yang


disebut sebagai ayat.
Fungsi Gramatis - Subjek

• Wujud sebelum predikat dan terdiri daripada frasa nama.

Melissa melakonkan watak Puteri Hang Li Po.

Subjek= Melissa.
Ujian subjek
Siapakah yang melakonkan watak Puteri Hang Li Po?
Siapa= Melissa
Maka, subjek ialah Melissa.
Subjek

Iphone tersebut menjadi kegilaan remaja.

Ujian subjek:
Apakah yang menjadi kegilaan remaja?
Apakah= Iphone
Maka, Iphone ialah subjek.
Predikat

• Predikat hadir selepas subjek yang terdiri daripada frasa kerja dan
frasa adjektif.

Melissan [melakonkan watak Puteri Hang Li Po].


Predikator

• Kata kerja dalam sesebuah ayat.

Melissa melakonkan watak Puteri Hang Li Po.

Predator= melakonkan.
Objek

• Objek ialah unsur yang mengikuti kata kerja transitif.


• Objek boleh ditentukan menggunakan [1] subjek ayat pasif [2] soal ‘apa’ dan ‘siapa’.

• Rusia menyerang kapal tentera Ukraine.

[Kapal tentera Ukraine] diserang oleh Rusia.

Kata tanya apa/ siapa [objek]


Rusia menyerang apa?
apa= kapal tentera Ukraine
Pelengkap

• Pelengkap merupakan unsur yang wajib hadir dan tidak boleh


digugurkan. Pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama, frasa
adjektif dan terdiri daripada pelengkap subjek, objek dan
preposisi.

Dia bermastautin di Pulau Pinang.


Keterangan / Adjung

• Boleh terdiri daripada frasa adverba, frasa preposisi yang


mempunyai makna tertentu seperti waktu, lokasi dan pelaku.

Adik berjalan pantas.


Kelmarin abang pergi ke Kuala Lumpur.

Abang membaca buku di perpustakaan pada pukul 5 petang


kelmarin.
Ketaksaan Struktur Ayat

• Struktur taksa ialah struktur yang boleh menghasilkan lebih


daripada satu tafsiran.

macang dan mempelam tua


[macang dan mempelam] tua
macang dan [mempelam] tua

Tudung makcik baru.

You might also like