You are on page 1of 27

MAKROEKONOMI

BAB 1:PENGENALAN
MAKROEKONOMI
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN NEGARA
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN NEGARA

-Aliran pusingan pendapatan negara merupakan aliran pendapatan dan


perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah,firma,kerajaan dan sektor luar negara
dalam sebuah ekonomi
-Aliran fizikal merupakan aliran dalam bentuk benda seperti faktor pengeluaran
serta barang dan perkhidmatan
-Aliran wang merupakan aliran dalam bentuk wang seperti pendapatan faktor
pengeluaran,perbelanjaan penggunaan,tabungan dan sebagainya
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN
NEGARA
-Ekonomi dua sektor melibatkan isi rumah dan firma contohnya isi rumah
menawarkan faktor pengeluaran kepada firma.
-Ekonomi tiga sektor melibatkan isi rumah,firma dan kerajaan contohnya isi
rumah membayar cukai pendapatan individu dan firma membayar cukai
keuntungan syarikat kepada kerajaan
-Ekonomi empat sektor melibatkan isi rumah,firma,kerajaan dan sektor luar
negeri contohnya isi rumah mengimport barang dan perkhidmatan
INFLASI
-Inflasi merupakan kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak
terbatas
-Inflasi berlaku disebabkan peningkatan permintaan agregat,peningkatan kos
pengeluaran dan kenaikan harga barang import
SEBAB INFLASI PERLU DIATASI
1.Taraf hidup menurun
2.Kos sara hidup meningkat
3.Tabungan berkurang
4.Pembentukan modal dalam negara terjejas
5.Imbangan dagangan terjejas
6.Pelaburan langsung asing terjejas
SEBAB-SEBAB KESTABILAN TINGKAT
HARGA PERLU DICAPAI
1.Kos sara hidup menurun
2.Pelaburan meningkat
3.Tabungan meningkat
4.Imbangan dagangan positif
5.Taraf hidup meningkat
PENGANGGURAN
-Pengangguran merupakan jumlah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang
kegiatan ekonomi tetapi aktif mencari pekerjaan.
SEBAB-SEBAB PENGANGGURAN
PERLU DIATASI
1.Pembaziran tenaga buruh
2.Kadar kemiskinan meningkat
3.Meningkatkan kos sosial
4.Perbelanjaan kerajaan meningkat
SEBAB-SEBAB TINGKAT GUNA TENAGA
PENUH PERLU DICAPAI
1.Kegiatan ekonomi meningkat
2.Kadar kemiskinan meningkat
Pertumbuhan ekonomi
-Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan kegiatan ekonomi dari semasa
ke semasa yang menyebabkan keluaran negara benar semakin meningkat
berbanding tahun sebelumnya.
SEBAB-SEBAB PERTUMBUHAN
EKONOMI NEGATIF PERLU DIATASI
1.Kegiatan ekonomi semakin merosot
2.Keluaran negara dan pendapatan negara menurun
Sebab-sebab pertumbuhan ekonomi yang
positif perlu dicapai
1.Menggalakkan pelaburan
2.Mengurangkan masalah kemiskinan
3.Meningkatkan hasil kerajaan
4.Hutang kerajaan berkurang
5.Taraf hidup masyarakat meningkat
6.Kestabilan sosiopolitik
Imbangan pembayaran
-Imbangan pembayaran merupakan suatu rekod kewangan yang
menunjukkan aliran masuk dan keluar wang serta modal sesebuah negara
dengan negara-negara lain dalam tempoh tertentu
-3 keadaan imbangan pembayaran
i)Imbangan pembayaran lebihan
ii)Imbangan pembayaran kurangan
iii)Imbangan pembayaran terimbang
Sebab-sebab imbangan pembayaran kurangan
perlu diatasi
1.Rizab mata wang asing berkurang
2.Kemampuan negara membiayai import tertangguh berkurang
3.Susut nilai mata wang negara
4.Pelaburan langsung asing berkurang
5.Industri berorientasikan eksport berkurang
6.Guna tenaga berkurang
Sebab-sebab imbangan pembayaran lebihan perlu
dicapai
1.Rizab mata wang asing meningkat
2.Menggalakkan kemasukan pelaburan asing
3.Industri berorientasikan eksport meningkat
4.Guna tenaga meningkat
Langkah-langkah mengatasi isu
makroekonomi
1.Dasar sebelah permintaan 2.Dasar sebelah penawaran
-dasar fiskal -menurunkan cukai korporat
-dasar kewangan -menurunkan cukai input
-kawalan langsung -galakan melakukan penyelidikan
-menurunkan cukai input import
Petunjuk makroekonomi
1.Keluaran negara kasar (KNK)
2.Kitaran perniagaan
3.Kadar infasi
4.Kadar perngangguran
5.Kadar pertumbuhan ekonomi
6.Kadar bunga
7.Akaun dagangan
8.Akaun semasa
Keluaran negara kasar(knk)
-KNK merupakan nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
semua faktor pengeluaran milik negara tersebut,tanpa mengira sama ada
keluaran itu dilakukan di dalam negara atau di luar negara
-KNK potensi (KNK guna tenaga penuh) merupakan KNK yang boleh
dicapai oleh sebuah negara jika semua faktor pengeluaran digunakan
sepenuhnya
-KNK sebenar merupakan KNK yang sebenarnya dikeluarkan oleh sesebuah
negara dengan menggunakan sebahagian atau semua faktor pengeluaran
yang ada
Kitaran perniagaan
-Kitaran perniagaan menunjukkan keadaan ekonomi yang melambungdan meleset
dalam jangka masa tertentu
-7 keadaan ekonomi
i)Puncak (pada titik a)v)Pemulihan ekonomi (pada titik h)
ii)Penguncupan ekonomi (pada titik b) vi)Pengembangan ekonomi (pada titik g)
iii)Kemelesetan ekonomi (pada titik d) vii)Kestabilan ekonomi (pada titik c dan f)
iv)Jurang (pada titik e)
KITARAN PERNIAGAAN
Kadar inflasi
-Kadar inflasi merupakan peratus kenaikan tingkat harga umum secara berterusan
yang berlaku pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya
-Indeks harga pengguna merupakan indeks harga yang dibina untuk mengukur
perubahan harga barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah seperti
makanan,pakaian dan pengangkutan pada suatu tahun tertentu berbanding tahun
asas
-Kadar inflasi=IHP tahun semasa-IHP tahun sebelum/IHP tahun sebelum X 100
Kadar pengangguran
-Kadar pengangguran merupakan peratus tenaga buruh yang tidak melakukan
sebarang kegiatan ekonomi berbanding jumlah tenaga buruh pada suatu tahun
tertentu
-Tenaga buruh merupakan penduduk yang berumur 15 hingga 65 tahun kecuali
suri rumah,pesara,pelajar sekolah dan mahasiswa universiti di dalam sebuah
negara
-Guna tenaga merupakan jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam pelbagai
kegiatan ekonomi di sesebuah negara
-Kadar pengangguran=JTB-JGT/JTB X 100
Kadar pertumbuhan ekonomi
-Kadar pertumbuhan ekonomi merupakan peratus kenaikan keluaran negara benar
pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya
-KDNK atau KNK benar dikira mengikut harga tetap iaitu harga pada tahun
asas.Ini bermakna KDNK atau KNK benar tidak dipengaruhi oleh inflasi
KPE=KDNK benar tahun semasa – KDNK benar tahun sebelum/KDNK benar
tahun sebelum X 100
KADAR BUNGA
-Kadar bunga merupakan peratus kos yang perlu dibayar oleh firma kepada
institusi kewangan kerana meminjam untuk melakukan pelaburan
-Semakin tinggi kadar bunga,semakin tinggi kos meminjam,kadar pulangan
semakin berkurang dan firma kurangkan pelaburan
-Semakin rendah kadar bunga,semakin rendah kos meminjam,kadar
pulangan meningkat dan firma tingkatkan pelaburan
Akaun dagangan
-Akaun dagangan merupakan akaun yang merekodkan urus niaga eksport
barang dan import barang
-Imbangan dagangan=eksport-import
-3 keadaan imbangan dagangan
i)Imbangan dagangan lebihan-X>M
ii)Imbangan dagangan kurangan-X<M
iii)Imbangan dagangan terimbang-X=M
AKAUN SEMASA
-Akaun semasa merupakan akaun yang merekodkan urus niaga eksport dan
import barang,eksport dan import perkhidmatan,pendapatan primer dan
pendapatan sekunder
-Akaun semasa=imbangan dagangan+imbangan perkhidmatan+pendapatan
primer+pendapatan sekunder

You might also like