You are on page 1of 18

Pengenalan kepada

Morfologi: Morfem
HMA 101
22 November 2022
Morfem dan Kata
Morfologi
• Kajian Bahasa terhadap sistem atau rumus dalam pembinaan kata (Radiah,
2010).

• Pembinaan kata merujuk kepada:


• Penggolongan kata yang berbeza bagi kata dalam sesuatu bahasa.
• Binaan dalaman kata.
• Proses pembinaan kata- proses pengimbuhan, proses penggandaan, proses pemajmukan.
Rujukan Utama
1. Abdullah Hassan (1994)- Penerbitan kata dalam Bahasa Malaysia.

2. Nik Safiah et al. (2015)- Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

3. Asmah Hj Omar (2009)- Nahu Melayu Mutakhir.


Morfem

Morfem boleh didefinisikan sebagai unit terkecil yang


bermakna atau berfungsi dalam tatabahasa (Abdullah
Hassan, 1994).

Morfem adalah unit nahu yang paling kecil yang


mempunyai makna (Asmah, 2009).
Morfem
Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis
atau menjalankan fungsi nahu (Nik Safiah Karim et al., 2015).

Morfem unit terkecil bahasa yang mempunyai makna atau fungsi


tatabahasa (Katamba, 1993).
Contoh
‘angkat’ – meninggikan atau menaikkan (PRPM).

‘mengangkat’-
‘meng’ mempunyai fungsi tatabahasa membentuk kata kerja dan mempunyai
makna “membuat” (Asmah, 2009).
bebas
Morfem
terikat
Morfem bebas
Morfem bebas merupakan morfem yang boleh berlaku secara bersendirian
sebagai bentuk bebas.
(Abdullah Hassan, 1994)

Morfem yang boleh wujud secara sendiri.


(Nik Safiah et al. 2015)
Morfem terikat
Morfem yang tidak boleh berlaku dengan sendiri.
(Abdullah Hassan, 1994).
Uji Minda

1. Ahmad minum air itu.


2. Pekedai itu telah minum air di Perhentian Temasek.

Berpandukan ayat 1, yang manakah morfem bebas dan morfem terikat?


Morfem- menjalankan fungsi tatabahasa
1. Morfem derivasi
• Mengubah makna perkataan
• Mengubah golongan kata
• Tidak mengubah golongan kata, tetapi mengubah makna.
Morfem- menjalankan fungsi tatabahasa
1. Morfem infleksi
• Tidak mengubah makna perkataan.
• Tidak mengubah golongan kata
• Memberikan maklumat tatabahasa.

2. Maklumat tatabahasa: maklumat darjah persamaan dan darjah


penghabisan.
Kata
Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna dan dapat berdiri
sendiri.
(Nik Safiah et al. 2015)
Kata

Komplek
Mudah
s
Kata mudah dan Kata kompleks
• Kata yang hanya mengandungi morfem satu bebas. Misalnya, air, api,
besar, jatuh, makan.
• Kata mudah merupakan kata akar.
• Kata kompleks/kata terbitan: terdiri daripada dua atau lebih morfem.
Kewujudan morfem tersebut hasil daripada proses morfologi yang telah
berlaku pada kata tersebut. Proses yang berlaku ialah proses
pengimbuhan.
UNSUR DALAM PERKATAAN
• Kata akar
- Kata akar merupakan kata yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja.
(Asmah, 2009).
- Kata akar biasanya dianggap sebagai inti sesuatu kata (Asmah, 2009).
- Contoh:
- Kata nama seperti ‘sekolah’ dalam perkataan ‘bersekolah’.
- Kata kerja seperti ‘kilau’ dalam perkataan ‘berkilau’.
- Kata nama seperti ‘laut’ dalam perkataan ‘lautan’.
UNSUR DALAM PERKATAAN
• Kata dasar
- Kata yang boleh dikenakan penambahan (Asmah, 2009).
- Kata yang boleh menerima imbuhan terikat untuk menghasilkan suatu
perkataan yang baru (O’grady & De Guzman, 2009).
- Contoh: memperbesarkan, perbaiki
UNSUR DALAM PERKATAAN
• Imbuhan/ afiks
- Morfem terikat yang digabungkan dengan morfem bebas atau perkataan
lain (O’Grady & De Guzman, 113).
- Imbuhan BM terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

You might also like