You are on page 1of 26

TOPIK 7: PENSKORAN DAN

PENGGREDAN
PENSKORAN
PENGENALAN…
 Skor ujian merupakan kebolehan/pencapaian murid dalam suatu bidang
semasa ujian dijalankan.

 Penskoran ialah proses memberi skor kepada jawapan murid dan biasanya
dalam bentuk numerik.
Contoh: Markah 30 daripada 60 soalan, 50%.

 Penskoran kertas jawapan murid perlu adil untuk menunjukkan tahap


keupayaan sebenar murid.

 Perlu ada contoh jawapan atau peraturan penskoran yang perlu dipatuhi
bagi mengelakkan pemeriksaan yang terlalu tegas atau terlalu lembut.
…PENGENALAN

 Skor yang diperoleh murid dalam satu ujian dipanggil skor mentah.
 Contoh: May mendapat 30 jawapan betul daripada 60 soalan dalam
satu ujian.

 Skor yang ditukar daripada skor mentah dipanggil skor terbitan dan
terdiri daripada dua jenis iaitu skor terbitan mutlak dan skor terbitan
relatif.
 Skor terbitan mutlak. Contoh: Peratus skor May ialah 30/60 x 100% =
50%.
 Skor terbitan relatif. Contoh: Membandingkan skor May dengan
pencapaian keseluruhan pengambil ujian yang sama.
JENIS PENSKORAN

Jenis Penskoran

Holistik Analitik
PENSKORAN HOLISTIK…
 Penskoran holistik melihat keseluruhan bahagian ujian yang terlibat dan
hanya satu skor diberi untuk menggambarkan pencapaian keseluruhan
bahagian terlibat.

 Penskoran holistik boleh mempercepatkan proses penskoran yang dibuat


namun tidak dapat memberikan maklumat yang jelas dan terperinci bagi
setiap penskoran (Cth: kelemahan atau kekuatan murid).

 Pendekatan holistik menggunakan skala yang telah ditetapkan kemudian


diterjemahkan kepada cemerlang, baik, sederhana, lulus, A, B, TP dan
sebagainya.
…PENSKORAN HOLISTIK

 Kaedah pemeriksaan kertas jawapan murid:

a. Baca setiap skrip jawapan murid untuk mendapat kesan daripadanya.


b. Buat penilaian/anggarkan mutu jawapan berdasarkan kriteria
ditetapkan.
c. Kelaskan kepada gred A, B, C, D dsb mengikut skor ditetapkan.
CONTOH

Untuk mendapat gred A dalam penulisan satu karangan Bahasa Melayu,


kriteria berikut perlu dipenuhi:

 Tajuk : Tepat
 Isi : Mencukupi
 Bahasa : Sangat memuaskan dan lancar
 Tatabahasa : Tidak terdapat kesalahan yang ketara
 Pemerengganan : Wacana betul dan tepat
PENSKORAN ANALITIK…

 Menyemak jawapan murid secara terperinci berdasarkan peraturan


pemarkahan yang telah ditetapkan.

 Peraturan pemarkahan perlu disediakan oleh pembina soalan menerusi


perbincangan dengan pakar bidang. Perbincangan teliti mengenai setiap
soalan, jawapan dan pengagihan skor untuk mengelakkan murid teraniaya.

 Peraturan pemarkahan juga perlu disediakan selepas soalan dibina untuk


memastikan kebolehpercayaan pemeriksaan dan antara pemeriksa sentiasa
tinggi.
…PENSKORAN ANALITIK

 Katakan satu soalan diperuntukkan dengan 3 markah. Jawatankuasa akan


menyemak jawapan bagaimana harus diberikan 3 markah, 2 markah, 1
markah.

 Contoh mata pelajaran Matematik:

Selesaikan 2x + 5 = 9 [2 markah]

Pemarkahan bagi soalan di atas


2x = 9-5 (1m) atau
2x = 4 (1m) dan
x=2 (1 m)
…PENSKORAN ANALITIK
 Contoh mata pelajaran Pendidikan Islam:

Ijmak diakui sebagai sumber hukum dalam syariat Islam. Terangkan apakah
yang dimaksudkan dengan Ijmak Ahli Bait.

[2 markah]
Pemarkahan bagi soalan di atas
Persepakatan terhadap sesuatu / (1 m) dan
dalam kalangan ahli keluarga Rasulullah SAW/ (1 m) atau
yang terdiri daripada Fatimah, Ali, Hassan dan Hussin (1/2m)
AKTIVITI

 Kongsikan satu isu yang dihadapi semasa anda melaksanakan aktiviti penskoran.
PENGGREDAN
PENGENALAN…

 Proses memberikan gred terhadap suatu tahap pencapaian murid


berdasarkan satu peraturan yang telah ditetapkan.
Contoh: Gred A, B+, Lulus, Gagal, Memenuhi, Tahap Penguasaan 4, dsb.

 Kegunaan penggredan:

a. Memotivasikan murid
b. Melaporkan pencapaian murid kepada pemegang taruh
(stakeholder).
…PENGENALAN

 Prinsip sistem penggredan

a. Sistem mestilah jelas dan mudah difahami oleh pengguna.


b. Sistem perlulah adil kepada semua murid tanpa mengira jantina,
kelas, status ekonomi.
c. Menyokong, menguatkan, memperjelas proses pengajaran
d. Tepat dalam menggambarkan apa yang telah dicapai murid.
e. Tekal dari segi penggunaan dan pentadbirannya.
f. Boleh dipertahankan.
PANDUAN PEMBERIAN GRED

1. Tentukan tujuan sistem penggredan sebelum membuat penggredan.


2. Terangkan sistem penggredan kepada murid pada awal tahun atau pada
masa tugasan diberikan.
3. Elakkan penukaran kriteria penggredan semasa tugasan dijalankan.
4. Masukkan kriteria yang relevan kepada tugasan dalam pengiraan gred.
5. Pastikan sistem penggredan yang diamalkan adalah bersamaan dengan
sistem penggredan kebangsaan.
KAEDAH PENGGREDAN

Kaedah Penggredan

Penggredan Secara Penggredan Secara


Norma Kriteria
PENGGREDAN SECARA NORMA

 Satu kaedah penentuan piawaian pencapaian seseorang murid melalui


perbandingan dengan sesuatu kumpulan murid.

 Norma mungkin murid kelasnya, tingkatannya, daerahnya dsb yang


setara dengan murid tersebut.

 Contoh:

James mungkin murid terbaik di kelasnya tetapi mungkin murid dalam


kategori lemah dalam tingkatannya.
STATISTIK PENGGREDAN NORMA

1. Persentil:
a. Satu titik pada satu agihan di mana terdapat peratusan skor tertentu
di bawahnya.
b. Teknik perbandingan skor ujian secara individu.
c. Persenti ke 25 dipanggil kuartil pertama, persentil ke 50 dipanggil
kuartil kedua/median dan persentil ke 75 dipanggil kuartil ketiga.
d. Contoh: Skor Ali bersamaan dengan persentil ke 89. Ini bermakna
Ali berada di atas 89% daripada murid-murid yang lain.
PENGGREDAN RUJUKAN KRITERIA…

 Menentukan setakat mana murid dapat menguasai objektif kursus


ditetapkan.

 Skor diperoleh menggambarkan kecekapan beliau dalam satu-satu


tugasan diberi.

 Skor yang diterima murid akan dibandingkan dengan satu piawaian yang
telah ditetapkan.
…PENGGREDAN RUJUKAN KRITERIA

 Kaedah menentukan gred keseluruhan:

a. Mencampurkan semua skor mentah tanpa wajaran.


b. Mencampurkan semua skor mentah dengan wajaran mengikut mata
pelajaran.
c. Menukarkan skor mentah kepada skor piawai.
d. Menukar gred huruf kepada poin.
e. Menukar skor kepada peratusan.
SKOR PIAWAI

 Skor terbitan yang dipiawaikan untuk menentukan kedudukan relatif


murid.

 Membanding pencapaian antara murid.

 Skor piawai menentukan dalam unit sisihan piawai kedudukan skor


piawai seseorang murid daripada skor min sesuatu taburan.

 Empat taburan skor piawai: Skor Z, Skor T, Sisihan IQ dan Penyetaraan


keluk normal.
SKOR Z…

 Ada masanya kita ingin membandingkan pencapaian murid A dan B


menggunakan dua ujian berlainan atau untuk menentukan sama ada
pencapaian murid A dalam subjek Matematik adalah lebih baik berbanding
Biologi.

Skor Z = (Skor mentah – skor min sampel)


Sisihan piawai sampel
…SKOR Z

 Contoh

Ali mendapat skor 80 dalam BM dan skor 50 dalam BI. Skor min bagi BM
ialah 70 dan sisihan piawai 15. Skor min bagi BI ialah 40 dan sisihan
piawai 8. Tentukan pencapaian manakah yang lebih baik.

Penyelesaian
Skor Z BM = (80 – 70)/ 15 = 0.7
Skor Z BI = (50 – 40) / 8 = 1.25

Kesimpulan: Prestasi Ali adalah lebih baik dalam BI kerana nilai skor Z
nya lebih besar (1.25) berbanding BM (0.7).
SKOR T…

 Skor Z melibatkan nombor negatif dan positif. Untuk menggelakkan


kesilapan, guru boleh menggunakan skor T.
Skor T = 10Z + 50

 Contoh: Satu ujian Matematik mempunyai min 60, dan sisihan piawai =
10. Ali mendapat skor 70. Hitungkan skor T bagi Ali.

Penyelesaian
Skor T = 10Z + 50 = 10[ (70 – 60)/10] + 50 = 60
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like