You are on page 1of 9

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 1GIGIH
TARIKH : 03 OGOS 2021 (SELASA)
MASA : 9.40 PAGI
MENULIS ULASAN
• Mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
• Bahagian isi terdiri daripada isi tersurat dan isi
tersirat (2 isi tersurat dan 2 isi tersirat)
• Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam
arahan
• Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa
Langkah menulis ulasan
Isi Tersurat Isi Tersirat
Menziarahi jiran tetangga Amalan menziarahi dapat dilakukan tanpa mengira
masa, agama dan kaum
Kita dapat mengeratkan silaturahim
Bertegur sapa dengan jiran Masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat yang
ramah
Menolong jiran yang ingin Kita dapat mewujudkan masyarakat yang
berpindah bekerjasama pada setiap masa
Melawat jiran yang sakit Sering bertanyakan perkhabaran orang yang
berada di sekeliling kita
Jawapan yang lengkap
Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan
kejiranan perlu disuburkan demi menjamin kesejahteraan dan
keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah
sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan
menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amat mudah
dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama
dan kaum. Selain itu, masyarakat di negara ini juga sudah terkenal
dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah
menjadi lumrah bagi kebanyakan kita. Konklusinya, amalan
kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat
Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi
dengan kuku.
( 90 patah perkataan )
Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk
kesihatan. Antara amalan pemakanan yang dicadangkan ialah
mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi
kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain
itu, kita digalakkan mengambil bahagian buah-buahan dan sayur-
sayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu,
kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan
kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Kita juga
seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk
tenusu untu mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula
dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan
penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid
makanan agar kesihatan kita lebih terjamin
(97 patah perkataan).

You might also like