You are on page 1of 20

Set dan Nombor

• Takrif: Suatu set S ialah suatu pungutan objek

• Tatatanda: Suatu set S ditulis S = { … } dgn ahli-ahlinya disenaraikan


dalam S (dipisahkan antara satu sama lain oleh tanda koma ` , `) atau
dalam bentuk bersyarat: S ={ ahli : syarat untuk jadi ahli}.

• Contoh: i) T = {{a}, kuda, kereta]  set?


ii) S = {2, 7, {4, 5}}  ahlinya?
iii) S = { x  : x boleh dibahagi dengan 4 (tanpa baki) }
= {4, 8, 12, 16, …}
• Jika S = {a,b,c} maka a  S bermaksud a adalah ahli S. Manakala
simbol d  S untuk melambangkan d bukan ahli S.

• Soalan Ujian:
• Set hampa ditandai sebagai Ø, ialah set yang tiada unsur di dalamnya

• Soalan Ujian:

• Set B dikatakan subset bagi set A apabila semua ahli set B adalah ahli
bagi set A.
• Contoh: Jika A={p,q} maka {p}, {q} adalah dua contoh subset bagi A.

• Tulis B A bila ada kemungkinan B = A. Tulis B  A apabila tiada


kemungkinan B = A dan dalam kes ini B adalah subset wajar bagi A

• Apabila B A , kita juga namakan A sebagai superset bagi B


• Takrif: Set kuasa (power set) bagi suatu set S, ditulis P(S), adalah set
kesemua subset bagi S.

• Contoh: S = {a, b, c}
P(S) ={ Ø, {a}, {b}, {c}, {a,b}, {a,c}, {b,c}, {a,b,c}}
Perhatikan: Ø dan set asal S juga ahli P(S)

• Fikirkan: S = {a, b} , P(S) = ??


• Bagaimana pula pada amnya?
• Tatatanda: Bagi suatu set S, bilangan unsurnya ditulis |S|.
• Usulan: Jika |S| = n maka |P(S)| =2n.
• Apabila |S| < ∞, kita katakan set S adalah terhingga (finite)manakala
apabila |S|= ∞, kita katakan S adalah set tak terhingga (infinite).

• Contoh: S1 = {a, b, c}  |S1| = 3 dan S1 adalah set terhingga


S2 = [0,1]  Selang S2 adalah set tak terhingga.
S3 = { x  : x boleh dibahagi dengan 4 (tanpa baki) }
 S3 adalah set tak terhingga

• Boleh bezakan dua jenis ‘tak terhingga’ seperti S2 dan S3 – bab akhir
kelak.
Set Nombor
• Nombor tabii = {1, 2, 3, …}

• Subset menarik: Nombor genap = {2n: n  }, Nombor ganjil = {2n + 1: n  },


Nombor perdana = {2, 3, 5, 7, 11, …}

• Nombor integer = { …, -3, -2, -1, 0, 1, 2, …}

• Subset menarik:  , 0 = {0,1, 2, 3, …} 

• Nombor nisbah = { : n, m dan m ≠ 0}

• Subset menarik: 
• Nombor nyata ℝ: 

• Secara amnya, ahli terdiri drp nombor perpulohan

• Juga nombor tidak nisbah seperti , e, … adalah ahli

• Gambaran geometri: Diwakili oleh garis tak terhingga


• Subset menarik bagi : , c = set nombor tidak nisbah

• Antara ahli c ialah nombor algebra (algebraic numbers) seperti dan ,


nombor transenden (transcendental numbers) seperti e dan dan lain-
lain

• Selang-selang: ℝ= (- ∞, + ∞), [a,b]={x  ℝ: a  x b} – selang tertutup,


(c,d) = {x  ℝ: a < x < b} – selang terbuka, (e, f], [g,h) – selang separuh
terbuka dan lain-lain
Operasi Kesatuan dan Persilangan
• Operasi ke atas set: Jika A dan B set, boleh hasilkan set baharu
A  B = {x : xA atau xB}  kesatuan dua set
A  B = {x : x  A dan x B}  persilangan dua set

• Jika , , … , adalah set, maka tulisan ringkas untuk


 …  ialah

• Juga tulisan ringkas untuk  …  ialah


• Malah jika kita tulis J = {1, 2, … , n} maka juga boleh tulis sebagai
… = =
dan  …  = =

• Dalam tulisan ini, J dikenali sbg set indeks dan pungutan set {Aj : jJ}
dikenali sebagai pungutan set yang diindeks oleh J.

• Contoh: Ambil J = {1,2,3} dan Aj = {2j, j+4}, j J. Maka A1 = {2, 5}, A2 = {4, 6}
dan A3 = {6, 7}, adalah set yang diindeks oleh J.

• Juga = A1  A2  A3 = {2,4,6,7}.
• Contoh: Ambil I = dan takrifkan Bi = {1,2,…,i}, bagi setiap i . Maka
B1 = {1}, B2 = {1,2}, B3 = {1,2,3} dan seterusnya.
• Tentukan

• Jawapan: dan {1}

• Soalan Ujian:
Operasi Beza dan Pelengkap
• Jika A dan B set, beza A\B ( dibaca A buang B) ialah set
A\B = {xA : xB}  ahli bagi A tetapi bukan B

• Contoh: \ = set nombor tidak nisbah

• Misalkan U suatu set semesta dan B U. Set U\B dikenali sebagai set
pelengkap bagi B (terhadap U) .

• U\B juga boleh ditulis sebagai simbol Bc , B’ atau .


• Contoh: Ambil set semesta U = . Maka {2, 4, 6, 8, …}’= {…,-2,-1,0,1,3,5,
…}.

• Contoh: Ambil U = , maka {2, 4, 6, 8, …}’={1,3,5, …}

• Lain set semestanya maka lain pula set pelengkapnya!


Hasil darab Cartes
• Operasi ke atas set: Jika A dan B set, boleh hasilkan set baharu
A x B = {(a,b) : aA dan bB}  hasil darab Cartes bagi set A & B

• Perhatikan bahawa ahli dalam set A x B adalah pungutan pasangan


bertertib (a, b) dengan a ahli bagi A dan b ahli bagi B.

• Simbol ‘x’ bukan maksud darab dalam erti kata biasa

• Pasangan bertertib  kedudukan penting!! Ia itu (a,b) ≠ (b,a).

• Juga (a,b) ≠ {a,b} !!


• Contoh: A = { 1, 2, 3} , B = {p, q}, maka
A x B ={(1,p), (2,p), (3,p), (1,q), (2,q), (3,q)}

• Perhatikan bahawa bilangan unsur dalam A x B ialah


bilangan unsur dalam A darab bilangan unsur dalam B: Iaitu |A x B| = |A||B|

• Soalan Ujian: Untuk set A, B dan C, apakah bentuk ahli-ahli dalam A x B x C?


• Contoh: Hasil darab selang [-4,3] x [-2,3] boleh ditafsirkan secara
geometri sebagai segiempat tepat
berikut
Selang [-2,3]

Selang [-4,3]

• [-4,3] x [-2,3] = {(x,y) : x  [-4,3], y  [-2,3]}

Sbhg paksi-x Sbhg paksi-y


• Secara amnya, apabila diberi set , , … , boleh bina hasil darab Cartes x
x … x = {(, , … , ) :  , i = 1, … , n}

• Contoh:
i) = {a,b,c} , = , = Set nombor genap
Maka (c, -7, 56)  x x
ii) [-1, 1] x ℝ= { (x,y) : x  [-1,1] , y  ℝ}
Tafsiran geometri?

• Tatatanda: Tulisan pendek bagi x x … x ialah


Fikir-fikir: Masalah Tukang Gunting Rambut
• Dalam sebuah kampong, adalah menyalahi undang-undang jika
sesaorang itu tidak mencukur janggutnya.

• Juga dalam kampong ini hanya ada seorang tukang gunting dan beliau
adalah seorang lelaki.

• Peraturan kampong ini hanya membenarkan tukang gunting itu


mencukur individu yang tidak mencukur dirinya sendiri.

• Persoalannya sekarang ialah siapa yang mencukur tukang


gunting tersebut?!
Paradoks Russell
• Takrifan set sebagai suatu pungutan unsur-unsur menyebabkan terhasilnya
paradoks berikut.

• Misalkan , iaitu S ialah set yang terdiri daripada set-set yang bukan ahli kepada
dirinya sendiri.

• Soalan: Adakah atau ?

• Versi teori set bagi `Masalah Tukang Gunting’

• https://www.youtube.com/watch?v=xauCQpnbNAM

• https://plus.maths.org/content/mathematical-mysteries-barbers-paradox

You might also like