You are on page 1of 5

KATA PEMERI

kata yang digunakan untuk menghubungkan subjek


dengan frasa utama dalam ayat
ialah
• Hadir di hadapan frasa nama.
• Boleh iikuti frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama
atau frasa nama.

Contoh ayat:
1. Cikgu Tan ialah seorang guru yang cemerlang.
2. Makanan kegemaran saya ialah ayam goreng.
3. Perempuan yang berambut panjang iu ialah kakak saya.
4. Rumah banglo di atas bukit itu ialah rumah Encik Ahmad.
5.Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik anak-anak.
KATA PEMERI
kata yang digunakan untuk menghubungkan subjek
dengan frasa utama dalam ayat
adalah
• Hadir di hadapan frasa sendi nama
atau frasa adjektif.

Contoh ayat:
1. Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
2. Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
3. Wang peruntukan itu adalah untuk semua murid.
4. Keputusan yang dibuat oleh Abang Kamal itu itu adalah tidak adil.
5. Jadual kursus kepimpinan itu adalah sangat padat.

You might also like