You are on page 1of 5

TEKS PERASMIAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara Yang Berusaha, Tuan Pauzi Bin Abd Latif, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Yang dihormati, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, pensyarah-pensyarah pengiring, Pengerusi Program Bina Insan Guru, seterusnya rakan-rakan unit H1 dan unit H3 yang dikasihi sekalian.

Bacaan Doa. Hadirin yang dimuliakan, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, saya dengan sukacitanya menjemput saudara . Untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan. *Terima kasih kepada saudara . Atas bacaan doa itu tadi. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam Program Lawatan Penanda Aras, Bina Insan Guru Fasa 6 bagi sesi 2012. Letih berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di gerai Salmi, Terima kasih kami ucapkan, Sudi menerima kunjungan kami. Kami dari IPG Kampus Ipoh mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Bayu atas kesudian menerima kunjungan kami dengan mesranya. Untuk makluman warga SK Seri Bayu, kunjungan kami terdiri daripada 41 orang guru pelatih IPG Kampus Ipoh iaitu seramai 23 orang guru pelatih daripada unit H1 dan 18 orang guru pelatih daripada unit H3. Kunjungan kami juga diiringi oleh 2 orang pensyarah pengiring iaitu Puan Hajah Puteh Bt Ahmad, Tutor unit H1, dan En. Hamzah B Samsudin, Penyelaras Program Bina Insan Guru bagi unit H. Untuk makluman semua hadirin, tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memenuhi program wajib dalam semester 6 bagi tahun 2012 iaitu Lawatan Penanda Aras Elemen Guru Cemerlang.

Ucapan Pengerusi BIG Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa 6, saudara . untuk memberikan ucapan. Dipersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada saudara . Atas ucapan itu tadi.

Ucapan Tutor/Penyelaras Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan tuan/puan .. selaku . Untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan

Ucapan Perasmian Guru Besar Warga dewan yang dimuliakan, Tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Pauzi Bin Abd Latif, Guru Besar SK Seri Bayu untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. *Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pauzi Bin Abd Latif atas ucapan dan persamian itu tadi.

Penyerahan Majlis Kepada Guru Cemerlang Biodata Guru Cemerlang: (baca biodata guru cemerlang)

Seterusnya, penyerahan majlis kepada tuan/puan .., Guru Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan. ^^,

TEKS PENUTUPAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha, Tuan Pauzi Bin Abd Latif, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Yang dihormati, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, pensyarah-pensyarah pengiring, Pengerusi Program Bina Insan Guru, seterusnya rakan-rakan unit H1 dan unit H3 yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam majlis penutupan Program Lawatan Penanda Aras, Bina Insan Guru Fasa 6 bagi sesi 2012.

Bacaan Doa. Hadirin yang dimuliakan, bagi memberkati majlis penutupan kita pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput saudara . untuk membacakan doa. Dipersilakan. *Terima kasih kepada saudara . Atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Pengerusi BIG Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa 6, saudara . untuk memberikan sedikit ucapan. Dipersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada saudara . atas ucapan itu tadi.

Ucapan Tutor/Penyelaras Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan tuan/puan .. selaku . Untuk memberikan sedikit ulasan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan

Ucapan Perasmian Penutup Guru Besar Hadirin hadirat yang dimuliakan, Kini tibalah kita ke penghujung program. Bagi menyempurnakan majlis penutupan kita pada hari ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Pauzi Bin Abd Latif, Guru Besar SK Seri Bayu untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Program Lawatan Penanda Aras, BIna Insan Guru Fasa 6 bagi sesi 2012. Dipersilakan *Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pauzi Bin Abd Latif atas ucapan dan persamian itu tadi.

Majlis Penyampaian Hadiah. Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah tanda penghargaan. Dengan itu, dijemput Puan Hajah Puteh Bt Ahmad, Tutor Unit H1 bagi menyampaikan cenderamata kepada tuan/puan ., Guru Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pauzi B Abd Latiff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bayu bagi menerima cenderamata kenang-kenagan daripada IPG Kampus Ipoh. *Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah Puteh.

Seterusnya, majlis menjemput saudara ., Pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa 6 Sesi 2012, bagi menyampaikan cenderamata kepada pensyarah pengiring. Dijemput Pn.Hajah Puteh bt Ahmad selaku tutor unit H1 bagi menerima cenderamata. Seterusnya dijemput, En.hamzah b Samsudin, pensyarah penyelaras program Bina Insan Guru Unit H bagi menerima cenderamata.

Penutup Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, izinkan kami menyampaikan 2 rangkap pantun: Madah diungkap santun bitara Pantun dilantun mengusik hati Salah dan silap tutur bicara Pohon diampun seikhlas hati

Tari beradat langkah bertingkah Kalung suasa menghias dada Tiba saat kita berpisah Cemerlang ditingkat jemu tiada

Sekian sahaja daripada kami, yang baik datangnya daripada Allah swt, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kami sendiri..Sekian asslamualaikum Warahmatuallh..

You might also like