You are on page 1of 10

MAJLIS PENUTUPAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015 PPD

RANAU 2018

Agenda Teks

Kata Aluan Yang berusaha

Puan Siti Hamni Hashim,


Pegawai Pendidikan Daerah Ranau.

En. Mozaini Yukin,


Timbalan pegawai pendidikan daerah merangkap pengerus kualiti,
pejabat pendidikan daerah ranau.

Yang berusaha En. Rosmin Ijum,


PPD Kota Belud, merangkap Ketua JuruAudit dalam Ms ISO 9001:2015
En Henry Justin dari PPD Telupid
En. Lino Leoncio Bagay PPd Telupid
Cik Rafidah Abdul Rauf PPD Kota Marudu

Pn. Caserina Yuman,


Timbalan Pengurus Kualiti PPd Ranau,

En. Linus Madaies,


Ketua Juru Audit MS ISO PPD Ranau

Semua Ketua Unit, SIPPartners+, Penolong-peolong pegawai pendidikan


daerah, Pegawai sisc+, Pegawai Fasilinus serta tuan-tuan dan puan-puan
yang dihormati.

Selamat pagi, salam Sejahtera, Salam JPN Sabah no. 1 menerajui


perubahan, salam semangt ranau no.1, salam ceria di pagi yang indah ini
Selamat Datang ke Mesyuarat penutupan Audit Dalam MS ISO
9001:2015 pejabat pendidikan daerah Ranau.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati......


BACAAN DOA
Tetak buluh panjang sepuluh....
Buat menjolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon mendapat berkat.....

Dengan itu, majlis menjemput....


Ust Suhailin Lajimin, Ketua Unit pendidikan Islam PPDR,, untuk
menyempurnakan bacaan doa.

Dipersilakan.....
****************************************************
Terima kasih diucapkan kepada
Ust Suhailin Lajimin
atas bacaan doa sebentar tadi.

Ulasan Audit Pokok pauh berbelas batang,


Di pinggir hutan di Tanjung Jara;
Dari jauh tuan/puan datang,
Kami raikan dengan gembira.

Pokok di taman tinggal ranting,


Rantingnya lalu jatuh ke titi;
Audit Dalaman urusan penting,
Untuk memacu jaminan kualiti

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang mesyuarat yang dihormati. Kita


teruskan acara kita pada pagi ini dengan mendengar ulasan serta
dapatan audit dalam MS ISO 9001:2015 pejabat pendidikan daerah
ranau yang telah berlangsung selama 4 hari bermula 15 mei hingga hari
ini 18 mei 2018.
Dengan itu, majlis mempersilakan En. Rosmin Ijum selaku Ketua
Juruaudit untuk menyampaikan ulasan dan dapatan Audit MSISO
9001:2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ulasan dan dapatan audit yang
disampaikan oleh En. Rosmin Ijum, Ketua Juruaudit MSISO 9001:2015.

Ucapan seterusnya majlis mempersilakan,


PPD Puan Siti Hamni Hashim,
Pegawai Pendidikan Daerah Ranau untuk menyampaikan ucapan,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Siti Hamni, PPDR
Atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi

*********************************************

Penyampaian
Tuan-tuan dan puan-puan, bagi menghargai jasa dan sumbangan para
Cenderahati auditor kita sepanjang 4 hari bertungkus lumus melaksanakan audit
dalam MSISO 9001:2015

Majlis mempersilakan Pn. Siti hamni Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah


Ranau untuk menyampaikan cenderahati kepada para auditor.

Dijemput

1. En. Rosmin Ijum,


PPD Kota Belud, merangkap Ketua JuruAudit dalam Ms ISO 9001:2015
2. En Henry Justin dari PPD Telupid
3. En. Lino Leoncio Bagay PPd Telupid
4. Cik Rafidah Abdul Rauf PPD Kota Marudu
Terima kasih diucapkan kepada puan ppd kerana sudi menyampaiakn
cenderahati seikhlas hati daripada PPD Ranau.

Penutup Indah sekali pokok bonsai,


Rimbun sekata menambah seri;
Audit kualiti sudah selesai,
Tindakan kita memperbaiki diri

Ini bukan medan mencari khilaf


tetapi mencari formula memperbaiki diri
Memperteguh integriti untuk menjamin kualiti
Jadi….marilah kita sama-sama perbaiki diri memacu organisasi

Selesailah sudah majlis kita pada pagi ini.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua auditor, semua auditee dan warga PPD Ranau atas
kerjasama dan komitmen yang padu sehingga audit dalam pada kali ini
berjalan dengan lancar.

Semoga apa yang diperkatakan dapat kita turuti seperti kata pepatah
lama ada berbunyi,
”yang disebut tunjuk ajar,
Tunjuk menjadi telaga budi,
Ajar menjadi suluh hati”
”kalau hendak hidup selamat.
Tunjuk ajar jadikan azimat”
” kalau hendak hidup selamat,
Tunjuk ajar dipegang erat”
Salah dan silap harap dimaafkan.Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.
Sekian dan terima kasih. Selamat berpuasa. Selamat bersurai.
“Subbuhun quddusun rabunna warabbumala ikatur warruh”
TEKS PENGACARAAN MAJLIS MESYUARAT
PENUTUPAN PRA AUDIT DALAMAN BIL. 1/2008

AGENDA PERKARA
Kata Yang Berbahagia….,, PUAN HAJAH NOR

Aluan HAYATEE BT. MAD NOR,, PENGARAH IPPM

MERANGKAP TIMBALAN WAKIL

PENGURUSAN.

Yang dihormati......,, PUAN HAJAH

SAADIAH BT. BANI,, TIMBALAN

PENGARAH IPPM,,

MERANGKAP PENGERUSI PELAKSANA

MS ISO.

Yang dihormati……, PN. GAN LEE ENG

TIMBALAN PENGERUSI PASUKAN

PELAKSANA, merangkap Ketua Pegawai Audit

Dalaman,
KETUA-KETUA JABATAN....., SELAKU

PEMEGANG-PEMEGANG DOKUMEN,,Para

AUDITOR dan AUDITI,, STAF-STAF

SOKONGAN, ….DAN WARGA DEWAN yang

Budiman

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara


Pemanis kata selamat datang.......
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalammualaikum, salam sejahtera, dan salam


perpaduan...

Selamat Datang ke Majlis Penutupan Pra Audit


Bilangan 1 Tahun 2008.

Bacaan Warga Dewan yang dihormati......


Doa
Tetak buluh panjang sepuluh....
Buat menjolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon mendapat berkat.....

Dengan itu, majlis menjemput....


USTAZ ____________________________,, untuk
menyempurnakan bacaan doa.

Dipersilakan.....

************************************************
****

Terima kasih diucapkan kepada


USTAZ _______________________________
atas bacaan doa sebentar tadi.

Laporan Agenda kita pada petang ini… diteruskan...


Ketua dengan menjemput..... Pn. Gan Lee Eng......
Pegawai selaku Ketua Pegawai Audit Dalaman.....
Audit untuk melaporkan penemuan hasil pengauditan
Dalaman MS ISO. Dipersilakan dengan
hormatnya.......

**************************************
Majlis..... merakamkan.... ucapan terima
kasih.... kepada Pn.Gan Lee Eng...... di atas
laporan yang dibentangkan sebentar tadi.

Bersama-samalah kita akur.... dan


patuh...... atas segala teguran seperti kata
pepatah Melayu ada berbunyi.....;

”siapa yang melupakan..... tunjuk ajar,


Alamat menjadi...... fasik dan mungkar”
”siapa yang melupakan........ tunjuk ajar,
Alamat hidup....... akan bertengkar”

Ucapan Untuk meneruskan.... acara kita pada petang


Pengarah
ini.., majlis..... dengan segala hormatnya
mempersilakan......,
PUAN HAJAH NORHAYATEE BINTI MAD NOR

untuk menyampaikan ucapan...........

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada,


Yang Berbahagia Puan Hajah Norhatee Bt. Mohd Nor.

Harapan… dan hasrat…. Puan Pengarah haruslah kita

ingat.

Kata pepatah Melayu ada berbunyi;

” kalau hendak…. disayangi orang…,


Tunjuk ajar…. ditimang-timang…..”
” kalau hendak….. hidup terpuji......,
Tunjuk ajar...... pakaian diri...”

Penutup Selesailah sudah majlis kita pada petang ini.


Majlis merakamkan setinggi- tinggi penghargaan, dan
ucapan terima kasih, kepada semua yang hadir.

Akhir kata, sebelum jamuan dinikmati


sebentar lagi.... Hayatilah.... pepatah
Melayu ini sebagai renungan,

” Pantang bercakap..... membuang adap.....,


Pantang berbual..... membuang akal......,
Pantang berkata....... nista menista.......,
Pantang berbisik...... kurang selidik.....”
”anak beruk...... di tepi pantai,
Pandai melompat.... pandai menari,
Biar buruk.... kain dipakai,
Asal hidup.... pandai berbudi”

Sekian, terima kasih.....


Pantun2

Sembah bukan sebarang sembah


Sembah adat warisan pusaka
Tangan di tadah moga barakah
Kepada Ilahi yang maha kuasa

Isik2 sudah berbunyi


Iyang2 sudah mengiyang
Khabar sudah sebar kelangit
Khabar sudah rebak kebumi
Yangg dari darat dari laut
Yg dari hulu dari hilir
Yg jauh kami jemput dgn tepak
Yg dekat kami jemput dengan destar
Yg sudah berhimpun pepat disini.

Yg dari darat dari laut


Yg dari hulu dari hilir
Yg jauh kami balikkan dengan doa
Yg dekat kami balikan dengan senyuman
Adat betul ada tersilap
Adat tersalah datang menegur
Sekian...wabilahhitaufiq walhidayah asalammualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh.

Telah dipukul taboh larangan


Telah dititir canang pemanggil
Telah dipalu gong pelaung
Maka terangkat hamba jari 10
Kuncup bagai salur bakong
Kembang spt susun sireh
Berleher lembut berlidah faseh
Menundukkan otak batu kepala

Yang capek datang bertongkat


Yang buta datang berbpimpin
Yg pekak leka bertanya
Yang kecil terampil lintang
Yg jarak tolak tolakan
Yg pendek tinjau meninjau
Yg kurap mengekor angin

You might also like