You are on page 1of 37

ISI KANDUNGAN

Tajuk 1.0 2.0 Pengenalan Latar Belakang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 2.1 2.2 3.0 Jenis Skim Pinjaman Kelebihan AIM

Muka Surat 3 4 7 8 11 11 20 26 26 30 32 33 35 36

Peserta Program AIM 3.1 3.2 Pemilik Butik Pengantin Permata Nabila Huda Pemilik Gerai Buah Limau Bali

4.0

Pencapaian dan Keberkesanan Program AIM 4.1 4.2 Peserta Program 1 : Pemilik Butik Permata Nabila Huda Peserta Program 2 : Pemilik Gerai Buah Limau Bali

5.0 6.0 7.0

Cadangan Bagi Meningkatkan Pencapaian Program AIM Kesimpulan Rujukan Lampiran

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h |2

1.0

PENGENALAN

Pembangunan merupakan sesuatu peningkatan yang positif yang melibatkan sebahagian besar penduduk yang terlibat dalam sesebuah kawasan (Seers, 1970). Pembangunan ini termasuklah perubahan positif dalam sosioekonomi, pengurangan kadar kemiskinan, serta pengurangan ketidakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan dalam wilayah. Pembangunan juga meliputi usaha menaikkan taraf hidup rakyat, merapatkan jurang antara kaya dan miskin, meningkatkan kualiti hidup di mana alam sekitar dipelihara secara mampan. Bagi melaksanakan pembangunan dengan berkesan, kerajaan telah membahagikan kawasan kepada beberapa wilayah pembangunan. Pembahagian itu melalui perancangan wilayah dilaksanakan berdasarkan dua kriteria. Pertama keseragaman dari segi tahap dan kegiatan ekonomi dan sumber bagi wilayah yang terdiri dari beberapa negeri. Kedua, keluasan, kedudukan dan ciri sosioekonomi yang berbeza bagi wilayah yang terdiri daripada satu negeri. Antara wilayah pembangunan yang telah diwujudkan oleh kerajaan ialah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Wilayah merupakan sekumpulan kawasan berterusan yang berada pada tahap pembangunan yang hampir sama, mempunyai sumber-sumber dan kegiatan ekonomi yang hampir sama serta berpusatkan pada satu kawasan bandar utama. Wilayah dapat didefinisikan sebagai satu unit kawasan yang seakan-akan sama dan dapat dibezakan daripada kawasan yang berhampiran daripada beberapa aspek (Hasnah, 1991). Wilayah merupakan satu pembentukan kawasan sempadan geografi yang melampaui batas-batas sempadan politik negeri atau pemerintah dengan membentuk sempadannya sendiri berdasarkan kepentingan

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h |3

perancangan pembangunan yang diolah dan ia dapat dibentuk daripada kriteria ekonomi dan sosial (Bath, 1973). Perancangan wilayah adalah usaha kepada pembangunan sesebuah wilayah di mana pembangunan berbeza dengan perubahan masyarakat yang meliputi perubahan dalam masyarakat yang mungkin memberi kesan positif ataupun negatif. Pembangunan tersebut adalah faedah yang diterima oleh masyarakat seperti kemajuan, kenaikan taraf hidup, penggunaan teknologi baru, institusi bari dan lain-lain. Walau bagaimanapun taburan pembangunan ini mungkin tidak sama rata dalam sesuatu wilayah. Untuk menjamin wilayah yang seimbang, kerajaan telah menjalankan beberapa program di bawah agensi-agensi tertentu seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

2.0

LATAR BELAKANG AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Pendekatan kredit mikro telah diperkenalkan oleh Prof. Muhammad Yunus bagi bertujuan untuk membasmi kemiskinan terutama di Bangladesh sejak tahun 1976. Sejak daripada itu pendekatan ini terus berkembang ke seluruh dunia. Perkembangan di Malaysia bermula pada tahun 1986. Perkembangan ini telah diperkenalkan oleh dua orang tokoh iaitu Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim sewaktu mereka berkhidmat di USM. Bagi menguji kesesuaian pendekatan ini, ia telah diuji bermula dengan Bank Grameen yang dikenali pada mulanya sebagai Projek Ikhtiar yang dikendalikan oleh

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h |4

USM dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Pusat Pembangunan Asia Pasifik (APDC) dan juga Kerajaan Negeri Selangor. Projek Ikhtiar ini merupakan satu projek penyelidikan bertindak yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dasar (PPD). Dalam hal ini, bagi menjalan Pendekatan Bank Grameen (PBG), ia telah diusahakan oleh USM bagi bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan terutama di kawasan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan yang miskin. Penyaluran kredit mikro ini adalah bertujuan untuk membiayai apa sahaja usaha bagi meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan lagi golongan miskin ini dengan pengurusan bersama pihak AIM dalam kesinambungan dan kejayaan program ini. Jika melihat dari sejarah perkembangan AIM, ia sebenarnya berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Penubuhan Bank Grameen sebenarnya di asaskan oleh Dr. Muahammad Yunus yang merupakan pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh. Kajian ini dijalankan pada tahun 1976 kepada golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada kajian yang dibuat didapati, golongan miskin tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka disebabkan mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi. Oleh itu, menurut Prof. Yunus, jika golongan miskin diberikan suntikan modal pada masa dan situasi yang sesuai, semestinya akan berlaku satu pembangunan yang pesat terhadap golongan miskin ini. Dalam langkah ini, Prof. Yunus telah mengeluarkan wang peribadinya sendiri bagi memulakan langkah membuka perbankan kepada golongan yang miskin pada ketika itu. Oleh yang demikian, pelajarnya sendiri telah menyenaraikan hampir 42 nama mereka yang merupakan golongan miskin di Kampung Jobra yang terletak di pinggir kampus. Tujuan sebenar Prof. Yunus membuka bank ini adalah berobjektif bagi meminjamkan wang kepada golongan miskin daripada ditindas oleh lintah darat. Berdasarkan disiplin bayar

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h |5

balik yang memuaskan, ia memberi satu idea kepada Yunus bagi memperluaskan kepada satu sistem perbankan yang lebih teratur. Hasil dari kajian itu, dari sehari ke sehari perbankan Prof. Yunus dengan golongan miskin makin berkembang dan beliau mula mencari bank-bank yang berminat untuk membiayai program ini namun tiada bank yang berminat pada ketika itu dan ini memaksa Prof Yunus untuk meminta kerajaan Bangladesh mengisytiharkan lesen perbankan kepadanya. Hasil usaha gigih beliau akhirnya pada 2 Oktober 1983 wujudnya Projek Bank Grameen. Projek ini semakin berkembang sehingga wujudnya Bank Grameen dan bukan lagi Projek Bank Grameen. Pendekatan Bank Grameen di Malaysia bermula di Barat Laut Selangor selama dua setengah tahun yang melibatkan 373 orang isi rumah termiskin yang menerima pinjaman kebajikan pertama mereka. Di akhir projek AIM ini, hampir 90 peratus yang menerima bayaran balik termasuk modal pinjaman dan kos pengurusan. Ini membuktikan bahawa program itu telah berjaya. Di peringkat awal pengenalan projek, terdapat seramai 232 orang Sahabat lelaki dan 141 orang Sahabat wanita yang menyertai dan telah menerima pinjaman. Sahabat-sahabat ini kemudiannya telah mempelbagaikan projek ini seperti membuka kedai runcit, kedai makan, ada juga yang berniaga di pasar tani, menanam tanaman padi dan ternakan binatang mengikut kemahiran dan pengalaman yang ada pada mereka. Pada akhir Jun 1988, satu kajian telah dijalankan ke atas Sahabat-sahabat ini bagi mengenal pasti status projek yang dijalankan. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa Sahabat wanita ternyata lebih unggul dalam menjalankan projek mereka. Kadar peratusan bayar balik yang tinggi iaitu 95 peratus berbanding Sahabat lelaki yang hanya 75 peratus sahaja. Dari segi peningkatan pendapatan pula, ia lebih ketara kepada Sahabat wanita iaitu sebayak RM136 sebulan berbanding lelaki hanya RM65 sahaja sebulan. Kejayaan besar ini ditunjukkan oleh para Sahabat telah memberi keyakinan kepada jawatankuasa pengasas bagi meneruskan pengembangan projek AIM ke negeri-negeri yang mempunyai kadar

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h |6

kemiskinan yang tinggi. Malah bukan itu sahaja jumlah kehadiran ke Mesyuarat Pusat juga menunjukkan perbezaan yang ketara antara Sahabat lelaki dan wanita. Kehadiran bagi Sahabat lelaki hanya di tahap 60 peratus manakala Sahabat wanita melebihi daripada 85 peratus pada setiap minggu. Ini sewajarnya AIM telah menetapkan kaum wanita menjadi wakil untuk menyertai AIM.

2.1

Jenis Skim Pinjaman

Ahli skim pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipanggil Sahabat. AIM menyediakan empat jenis skim pembiayaan kepada ahli-ahlinya. Pertama Skim Pembiayaan I - Wawasan ataupun juga dikenali sebagai Skim Pembiayaan Ikhtiar Perusahaan Kecil. Skim ini merupakan susulan daripada pengumuman Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi yang memperuntukkan dana tambahan khas sebanyak RM100 juta kepada AIM untuk melaksanakan skim graduasi kepada Sahabat yang berjaya mencapai tahap keusahawanan kecil dan sederhana. Skim ini dilancarkan secara rasminya pada 10 Januari 2008 dan diwujudkan dengan tujuan untuk membiayai Sahabat Ikhtiar yang menceburi aktiviti perusahaan kecil dan sederhana. Objektif utama skim ini adalah untuk menggalakkan Sahabat Ikhtiar supaya melibatkan diri dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana serta sebagai salah satu usaha meningkatkan pendapatan mereka dalam aktiviti ekonomi. Kedua, Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki yang berasaskan Skim Mesra yang merupakan satu pendekatan di mana Sahabat layak meminjam secara normal selepas selesai pembiayaan sebelumnya. Skim ini adalah asas pembiayaan yang perlu dilalui oleh semua Sahabat sebelum membuat pembiayaan dengan skim-skim lain. Semua aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan Sahabat AIM layak dibiayai oleh skim ini. Had pembiayaan ialah

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h |7

daripada RM20,000 hingga RM50,000 di mana kaedah pembayaran balik adalah secara mingguan. Skim pembiayaan I - Wibawa pula adalah merupakan satu skim yang diperkembangkan oleh Pengurusan Ikhtiar 3. Skim ini diperkenalkan untuk memberi pinjaman yang mudah kepada Sahabat yang memerlukan pembiayaan yang besar di samping cara bayaran balik yang mudah iaitu secara mingguan ataupun bulanan. Skim ini telah memberi ruang baru kepada Sahabat yang ingin mendapatkan modal yang besar dengan cepat di samping cara bayaran balik yang agak selesa kepada Sahabat-sahabat. Sahabat bebas memilih cara bayaran balik secara mingguan, bulanan ataupun sekali gus. Keutamaan pembiayaan ini diberikan kepada Sahabat yang ingin membuat projek jangka pendek seperti perniagaan di bulan Ramadhan dan menjelang hari raya, musim buah-buahan dan lain-lain. Seterusnya Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Srikandi yang berasaskan konsep fast track adalah satu skim yang diperkenalkan kepada Sahabat yang mempunyai potensi yang berjaya dan berdaya maju. Had maksimum pembiayaan ialah RM50,000 di mana tempoh bayaran balik ialah RM25, RM50, RM75, RM125, RM150 dan RM620 seminggu.

2.2

Kelebihan AIM

Sehingga kini dapat dilihat bahawa projek AIM telah membantu banyak golongan miskin bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Dari kajian yang dibuat, program ini sangat berjaya dan memberangsangkan. Punca kejayaan ini dapat dilihat daripada penelitian terhadap pendekatan yang telah digunakan oleh AIM dan juga kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh AIM. Antara kelebihan AIM yang pertama adalah berkaitan dengan konsep yang diamalkan iaitu menggunakan konsep memberikan pinjaman tanpa cagaran serta tanpa penjamin

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h |8

mahupun tindakan undang-undang dalam mendapatkan semula wang pinjaman. Sikap keterbukaan AIM dalam memberikan pinjaman ini menyebabkan AIM mudah menjangkau dan mendapatkan Sahabat dalam menyertai AIM. Sebagai contoh sehingga pertengahan tahun 2004, seramai 94,000 orang telah menyertai AIM. Sebagai Badan Amanah Persendirian yang berdaftar, AIM ditadbir urus oleh Lembaga Pemegang Amanah di mana keahliannya terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Penyelaras dan Pelaksanaan (UPP), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, wakil dari Kerajaan Negeri Selangor dan juga mereka yang dilantik dalam kapasita peribadi. Ahli Lembaga Pemegang Amanah adalah terdiri daripada pelbagai pihak yang turut memberikan jaminan terhadap segala urusan AIM bagi memastikan segala urusan dilaksanakan secara adil dan tiada penyelewengan memandangkan segala projek AIM diawasi oleh pelbagai pihak dan dengan ini memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk menyertai AIM. Dalam menjalankan projek-projek AIM, AIM telah menempatkan antara tujuh sehingga sembilan Pembantu Amanah di setiap cawangan dengan bidang tugas mereka adalah untuk mengesan dan mencari isi rumah yang miskin. Mereka melakukan tugas ini dengan mengendalikan ujian kelayakan, menyediakan pelan peningkatan kesejahteraan hidup isi rumah dan di samping memperkukuhkan ekonomi golongan miskin dengan modal yang diberikan serta pengurusan bersama yang dijalankan. AIM telah mengadakan mesyuarat Pusat yang diwajibkan kepada para Sahabat bagi menjadi asas kejayaan AIM. Menerusi mesyuarat ini, AIM dapat memantau dan membimbing para sahabat AIM bagi memastikan jaminan kejayaan kepada semua sahabat. Selain daripada itu, kelebihan lain yang terdapat pada AIM adalah turut menyediakan latihan dan memberikan latihan asas kepada para sahabat AIM. Ini secara tidak langsung

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h |9

memberi pengetahuan kepada para usahawan baru yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Latihan-latihan asas ini memberi kemahiran baru kepada para Sahabat untuk lebih berpengetahuan dalam menghadapi sebarang masalah pada masa yang akan datang. Kebaikan AIM juga adalah pihak AIM tidak lepas pandang dalam memberi bimbingan kepada para Sahabat yang bermasalah. Jika didapati seorang daripada Sahabat dalam sesuatu kumpulan menghadapi masalah, pihak AIM akan memastikan rakan lain dalam kumpulan tersebut akan memberi sokongan dengan saling bantu-membantu. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan sikap ambil berat dalam kalangan ahli kumpulan. Dari program yang dianjurkan oleh AIM ini, ia secara tidak langsung dapat membentuk sikap menabung dalam ahli-ahli AIM. Ini kerana syarat yang dikenakan dalam AIM kepada para Sahabat adalah setiap ahli diwajibkan menabung antara RM1 sehingga RM15 setiap minggu. Ini secara tidak langsung para Sahabat dapat menyimpan wang. Ini akan dapat membantu para Sahabat jika berlaku masalah dalam membayar wang penjamin dalam waktu yang berisiko dalam perniagaan. Seterusnya adalah jaminan kepada pinjaman yang dibuat. Dalam AIM, para Sahabat perlu memastikan setiap projek yang dilaksanakan tidak menghadapi masalah. Oleh disebabkan itu, para Sahabat diwajibkan hadir ke Mesyuarat Pusat setiap minggu. Ini bagi pihak AIM memastikan pinjaman yang dibuat oleh peminjam akan meningkat dari semasa ke semasa. Malah bukan itu sahaja, kebaikan yang dapat daripada AIM adalah pengurusan bencana. Sekiranya Sahabat mengalami masalah seperti sakit, masalah keluarga seperti perceraian atau projek tergendala, mereka boleh menanggung bayaran balik sehingga 18 bulan tanpa di caj pengurusan. Selain itu, mereka juga akan diberi pembiayaan pemulihan maksimum sebanyak RM5,000.

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 10

3.0

PESERTA PROGRAM AIM

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah salah satu agensi swasta yang berdaftar diwujudkan bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada kaum wanita di Malaysia yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan ataupun memperkembangkan perniagaan mereka bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu, kami telah memilih dua orang responden atau peserta program AIM iaitu Rose Sita binti Kasim dan Saadiah atau Rohani binti Abu untuk di temu bual bagi melihat sendiri kesan pembangunan yang mereka alami sendiri selepas mereka menyertai program di bawah agensi AIM ini.

3.1

Pemilik Butik Pengantin Permata Nabila Huda 3.1.1 Demografi Peserta Program AIM Peserta program AIM pertama yang kami menemu bual ialah pemilik butik pengantin Permata Nabila Huda yang bernama Rose Sita binti Kasim, 48 tahun, bertempat di C1, Arked Mara, Belakang KFC Jitra, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Panggilan Kak Ieta, adalah nama yang sering disebut-sebut oleh peminat Permata Nabila Huda di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Sikap beliau sendiri yang cekal dan senang dirunding serta mempunyai banyak kepakaran dalam bidang yang disertainya membuatkan butiknya tidak putus-putus

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 11

dikunjungi oleh bakal pengantin baru. Kak Ieta daripada keturunan Melayu ini adalah seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami serta digantung tidak bertali selama enam tahun sejak tahun 2000 dan beliau juga pernah terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya hingga parah adalah antara dugaan yang dihadapi oleh peminjam atau sahabat AIM ini. Kak Ieta mengatakan, kejadian itu adalah dugaan yang paling besar buatnya sepanjang dia membabitkan diri dalam bidang perniagaan. Pada 2000, suami berkahwin lain dan meninggalkan saya dalam keadaan digantung tidak bertali bersama tiga orang anak kami serta lebih malang lagi apabila wang simpanan saya sebanyak RM21,000 dan sebuah kereta Toyota turut dibawa suami tanpa pengetahuan saya, katanya ketika ditemui di kedai butiknya. Pada tahun 2006 pula, beliau sekali lagi ditimpa musibah apabila terlibat kemalangan, motosikal yang ditunggangnya telah dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran rumahnya di Permatang Bongor sehingga menyebabkan kaki kirinya patah dan rahangnya terkoyak hingga terpaksa dimasukkan besi. Saya terlantar sebulan lebih dan tidak boleh melakukan sebarang kerja. Perniagaan saya terganggu namun, mujurlah ada ramai rakan yang membantu. Pada September tahun yang sama, musibah datang berturut-turut kepada saya apabila saya akhirnya diceraikan selepas digantung tidak bertali hampir enam tahun, katanya. Kak Ieta yang bergelar ibu kepada 3 orang anak dan seorang menantu ini sangat tabah dalam menghadapi segala dugaan dalam hidupnya. Anak sulung beliau yang berumur 27 tahun iaitu perempuan telah bekerja di Mahkamah Syariah Kangar yang

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 12

berkelulusan ijazah dalam bidang perniagaan manakala anak lelaki kedua berumur 23 tahun menamatkan pelajaran tertinggi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mendirikan rumah tangga bersama-sama isterinya menolong Kak Ieta menguruskan perniagaan kedai makan mereka di Ayer Hitam serta anak lelaki bongsunya masih bersekolah di tingkatan 4. Tahap pendidikan tertinggi Kak Ieta ialah SPM. Selain daripada menjaga butik pengantin Permata Nabila Huda di Jitra bermula tahun 1990, Kak Ieta juga memiliki sebuah kedai makan di Ayer Hitam yang juga didaftarkan atas nama Nabila Huda sebagai nama kedai makannya. Beliau bersama bekas suaminya telah mengusahakan kedai makan milik bersama ini selain berniaga makanan di pasar malam bermula tahun 1990 selepas beliau terpaksa berhenti kerja di kilang yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Padi Nasional (LPN) Balik Pulau, Pulau Pinang ataupun kini sudah diambil alih oleh BERNAS atas sebab kesukaran untuk menjaga anak sulungnya serta terpaksa berulang-alik dari Pinang ke Kampung Lana Bulu, Ayer Hitam. Dulu anak tak mau dengan orang, dulu tak dak feri, jalan ataupun titi menyebabkan saya susah dan terpaksa berulang alik dari Pinang pukul 5 pagi hingga 5 petang dan sampai ke rumah dalam pukul 9 malam. Hal ini diadukan oleh Kak Ieta ketika ditemui dan beliau menyatakan terpaksa menempuhi keadaan ini selama 5 tahun bermula tahun 1985 sehingga tahun 1990. Selain itu, pasangan ini juga mengambil tender makanan di kafeteria Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Mas dan Perwaja di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menambahkan pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan anak yang semakin membesar. Sebelum beliau berjaya dalam perniagaan butik pengantinnya itu sehingga boleh mencecah pendapatan bulanan bersih bermula dari RM4,000 hingga RM8,000 mengikut musim seperti musim perayaan, musim cuti persekolahan ataupun musim

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 13

perkahwinan adalah musim yang ditunggu-tunggu oleh Kak Ieta kerana pada musim inilah beliau akan memaksimumkan keuntungannya. Titik permulaan keterlibatan Kak Ieta dalam bidang ini adalah ketika beliau bekerja di Pulau Pinang sebagai pekerja kilang beliau juga aktif dalam mengikuti kursus-kursus kemahiran seperti Kursus Make-up di Relau dan Bayan Baru serta kursus menjahit manik dan menjahit baju di Kemas, Hutan Kampung. Kini, pendapatan isi rumah Kak Ieta sudah semakin bertambah lebih-lebih lagi kedua-dua orang anaknya sudah bekerja berbanding dahulu yang hanya bergantung pada pendapatannya yang hanya bekerja sebagai pekerja kilang iaitu RM280 sahaja. Sejak dari alam persekolahan lagi Kak Ieta sangat aktif dalam persatuan sehingga kini walaupun sibuk dengan pelbagai urusan

perniagaan serta hal rumah tangganya Kak Ieta juga sempat untuk menyertai pelbagai aktiviti lain seperti berpersatuan dalam persatuan Ibu Tunggal Daerah Kubang Pasu, menghadiri diri dalam majlis makan malam bersama pelajar-pelajar UUM serta majlis kenduri saudara terdekat dan tidak lupa sentiasa menghadirkan diri dalam perjumpaan bersama Sahabat setiap hari Jumaat selama sejam di Daerah Kubang Pasu.

3.1.2

Maklumat Program AIM

Selepas Kak Ieta berhenti kerja sebagai pekerja kilang, beliau bersama bekas suaminya berniaga di pasar malam. Waktu itu agak sukar, selain terpaksa membawa anak ketika berniaga kerana masih tidak mampu untuk membayar upah pengasuh,

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 14

saya terpaksa meminjam Ah Long RM1,000. Saya juga perlu membayar RM13 sehari kepada Ah Long, memang tiada masalah daripada segi pembayaran tetapi saya tertekan untuk membayarnya. Saya pula tiada harta, tiada tanah, rumah malah kereta pun tidak ada, katanya. Mula-mula tak tau pun fasal AIM ni sebab ia baru mula wujud. Suatu hari datang seorang mak cik ni kata ada orang Melayu kita bagi pinjam duit tapi bukan Ah Long, selepas itu beliau bersama 5 orang rakannya pergi ke pejabat AIM cawangan Hutan Kampung namun kini beliau telah bertukar ke cawangan Alor setar, Kangar bagi memudahkan ulang-alik ke tempat perjumpaan dengan butiknya. Setelah menjadi Sahabat AIM, Kak Ieta telah membuat pinjaman sebanyak RM500 menerusi Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) pada tahun 1994 untuk perniagaan makanan serta perniagaan jahitannya. Sehingga kini sudah 18 tahun beliau setia menyertai program AIM sehingga boleh membuat pinjaman mencecah RM 50,000 menerusi pembiayaan I - Wawasan AIM bagi membesarkan butik pengantin Permata Nabila Huda termasuk mengadakan perkhidmatan mencetak kad jemputan perkahwinan. Walaupun begitu, sebenarnya setiap peminjam hanya boleh meminjam secara peringkat mengikut kemampuan dan kesetiaan Sahabat dalam menghadirkan diri dalam setiap perjumpaan. Kak Ieta menyatakan bahawa keputusan beliau menyertai AIM selepas diperkenalkan seorang rakannya pada tahun 1994 adalah tepat kerana badan amanah itu jelas banyak membantunya meluaskan perniagaan. Tambahannya lagi, antara sebab beliau memilih agensi AIM ini sebagai satu skim pinjamannya adalah kerana

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 15

AIM ini banyak memberi bimbingan kepada Sahabat yang bermasalah. Sekiranya salah seorang daripada Sahabat dalam kumpulan kita (seramai 5 orang) itu ada masalah, rakan kita yang lain dalam kumpulan akan tolong dengan membeli barang jualan dia jadi, kita akan sentiasa ada duit masuk untuk perniagaan kita. Pinjaman dengan AIM juga selamat kerana sekiranya kita meninggal segala pinjaman kita akan Halal iaitu tidak perlu dibayar oleh waris. Masuk AIM ini mudah dapat pinjaman. Nak jual pisang goreng pun boleh pinjam AIM. Pembantu Amanah dari AIM di tempat saya banyak membantu sehingga saya mampu mengurusnya perniagaan dengan baik, katanya. Selain itu, AIM juga sangat prihatin terhadap Sahabat kerana ketika Sahabat mengalami masalah seperti beliau yang mengalami kemalangan motosikal dan terpaksa terlantar selama sebulan di hospital namun segala pembiayaan kos hospital ditanggung oleh pihak AIM malah beliau turut diberi pembiayaan pemulihan maksimum sebanyak RM5,000. Menurut Kak Ieta, beliau kini yang sudah meminjam sebanyak RM50,000 diperuntukkan tempoh jangka masa pinjaman adalah selama setahun lebih namun, hal ini bergantung pada jumlah pinjaman yang dibuat oleh seseorang, bagi Kak Ieta jumlah bayaran yang perlu dibayarnya ialah sebanyak RM620 setiap minggu. Selepas beliau dapat membuat pinjaman sebanyak RM50,000 dengan AIM, beliau telah dapat membeli pelbagai peralatan perniagaannya seperti pelamin, kain-kain untuk dijadikan baju pengantin serta baju pengantin siap, van mengangkut barang dan lain-lain. Walaupun beliau banyak menerima bantuan pinjaman daripada AIM, beliau juga turut menerima bantuan daripada agensi lain seperti KEMAS iaitu menerima latihan dalam menjahit baju.

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 16

Syarat untuk menyertai program di bawah agensi AIM ini adalah dalam setiap ahli kumpulan seramai 5 orang itu tidak boleh mempunyai sebarang ikatan tali persaudaraan. Walaupun begitu, kakak keduanya juga adalah antara Sahabat AIM tetapi dalam kumpulan serta cawangan yang lain. Kini, Kak Ieta sudah memiliki pekerja sendiri seramai 12 orang di butik pengantin termasuk pekerja sambilan serta anak keduanya menguruskan kedai makan di Ayer Hitam bersama 4 orang pekerja tambahan.

3.1.3

Perubahan Ekonomi, Sosial dan Rutin Harian yang dinikmati

Sebelum Kak Ieta menyertai program AIM bersama rakannya, keadaan beliau hanyalah biasa-biasa sahaja iaitu beliau tidak mempunyai banyak harta antaranya dahulu beliau tidak mempunyai astro namun kini beliau sudah mampu melanggan astro tiap-tiap bulan, mempunyai kelengkapan rumah yang lengkap seperti mesin basuh, 5 buah televisyen termasuk di kedai makan, butik dan di rumah, peti ais dan sebagainya. Selain itu juga, beliau juga memiliki sebuah kereta Proton Alza digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja dari Jitra ke Ayer Hitam untuk membuka kedai makan dan menghantar anak bongsunya ke sekolah dan kembali ke Jitra untuk menjaga butik pengantinnya, begitulah rutin harian Kak Ieta setiap hari di samping memiliki sebuah motosikal dan van untuk mengangkut peralatan perkahwinan serta sebuah kereta Toyota tetapi malangnya diambil oleh bekas suaminya. Sebelum beliau menjadi Sahabat AIM, beliau hanyalah mempunyai sebuah van untuk mengangkut barang makanan ketika beliau mengambil tender makanan di kafeteria di UUM. Sebelum Kak Ieta menyertai AIM, beliau hanyalah mempunyai tanah dan rumah di Hutan Kampung tempat kelahirannya tetapi setelah menyertai program ini,

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 17

kehidupan Kak Ieta bertambah senang apabila beliau sudah mampu mempunyai 3 buah rumah iaitu di Taman Setia Jaya Changlun tetapi kini disewakan, menetap di Jitra serta rumah di Ayer Hitam. Dalam sibuk menguruskan perniagaannya, Kak Ieta tidak lupa untuk menabung demi masa depan beliau sendiri dan keluarganya apabila beliau juga memiliki saham dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dari dahulu hingga sekarang selain daripada simpanan dengan AIM setiap bulan tetapi jumlahnya sudah semakin bertambah. Tambahan lagi, antara peralatan komunikasi yang digunakan oleh Kak Ieta dari dahulu hingga sekarang ialah sebuah telefon model Nokia namun kini semakin bertambah kepada 4 buah komputer riba bersama dengan Internet Streamix serta Kak Ieta juga memiliki akaun Facebook dan Blog butik pengantinnya sendiri. Setelah Kak Ieta menyertai Sahabat AIM ini, kehidupannya bertambah baik dan selesa berbanding dengan dahulu yang sentiasa dihimpit dengan masalah hutang pinjaman dengan along yang selalu mendesaknya untuk membayar. Antara perubahan rutin harian yang dialami oleh Kak Ieta ialah beliau kurang mempunyai masa rehat dan baginya tidur masa letih sahaja. Selain itu, masa beliau bersama keluarga juga adalah kurang berbanding dengan dahulu yang mempunyai setiap masa bersama keluarga kini, waktu beliau pulang dari bekerja antara lingkungan jam 6.30 petang hingga mencecah jam 1 atau 2 sekiranya musim kenduri. ada kalanya sampai saya terpaksa tidur di dalam kereta sekejap. Katanya, walaupun begitu, hubungan beliau dengan anak-anaknya masih akrab seperti dahulu cuma hubungannya bersama rakanrakan sahaja agak kurang disebabkan agak sibuk dengan perniagaan tetapi beliau masih meluangkan sedikit masanya bersama rakan-rakan di tempat perjumpaan pada setiap hari Jumaat dan di majlis kenduri jiran tetangga.

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 18

Dahulu, beliau juga mempunyai masa untuk bersama-sama masyarakat dalam menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong di tamannya serta kampung tetapi kini jadual hariannya sangat padat sehingga masa untuknya berehat juga agak kurang. Selain daripada itu, beliau dan keluarga juga sudah mengalami transformasi ke arah taraf hidup yang lebih selesa atas faktor kerajinan dan kesungguhan beliau dalam ingin keluar daripada kepompong kemiskinan. Keadaan ini dapat dilihat apabila anak-anak beliau tidak terabai dalam pendidikan iaitu anak sulungnya dapat menghabiskan pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang perniagaan, anak keduanya dapat menghabiskan SPM dengan jayanya sehingga mendapat tawaran

menyambungkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi di UUM serta anak bongsunya sedang menjalani alam persekolahan di tingkatan 4 di sekolah Ayer Hitam. Tambahan lagi, wang saku persekolahan anak-anak beliau juga semakin bertambah dari RM2 hingga kini antara RM5 hingga RM10 sehari. Taraf kesihatan Kak Ieta dan keluarga juga dikategorikan sebagai keluarga sihat dan tidak bermasalah dari segi kesihatan. Kak Ieta yang semakin sibuk ditambah dengan masalah kesihatannya kesan daripada nahas jalan raya 6 tahun lalu menyebabkan beliau tidak mungkin meluangkan masa untuk melancong jauh ke luar negeri dan sebelum ini juga Kak Ieta memang agak kurang melancong kerana faktor kewangan yang dihadapinya. Kak Ieta agak mesra dengan jiran tetangga serta jiran di tempat kawasan perniagaannya serta seorang yang pemurah dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya menyebabkan beliau disenangi ramai walaupun segala perubahan yang dialami olehnya serta keluarga, beliau masih sentiasa ringan tulang untuk membantu orang sekelilingnya yang susah.

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 19

3.2

Pemilik Gerai Buah Bali 3.2.1 Demografi Peserta Program AIM

Responden kedua adalah Puan Saadiah atau Rohani binti Abu dan beliau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Kak Ani. Beliau lahir pada tahun 1965 dan kini berumur 47 tahun, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kini Kak Ani menetap di Kampung Padang 1 KM5, Jalan Bukit Kayu Hitam, Mugak Tanah dan telah berkahwin serta dikurniakan 9 orang anak yang terdiri daripada 3 perempuan dan 6 lelaki. 4 daripada anaknya masih bersekolah iaitu 2 orang bersekolah tahap menengah dan 2 orang lagi bersekolah rendah. Anak sulung beliau sudah berumur 27 tahun dan anak ketiga beliau sudah berkahwin. Beliau kini mempunyai dua orang cucu. Tahap pendidikan beliau hanya di tingkatan 3. Beliau berhenti dari belajar kerana keluarga beliau yang miskin dan tidak mampu untuk menampung yuran sekolah beliau. Pekerjaan utama beliau kini adalah menjadi usahawan sepenuh masa dengan menjual buah limau bali di Changlun, Jalan Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam. Sebelum Kak Ani menjadi usahawan, dia tidak bekerja dan menjadi suri rumah sahaja. Oleh sebab itu, sebelum beliau menyertai program AIM, beliau tidak mempunyai pendapatan sendiri dan hanya bergantung sepenuhnya terhadap pendapatan suami beliau. Namun selepas beliau menyertai program AIM, beliau mula mempunyai pendapatan sendiri kerana bekerja sendiri. Menurut beliau gaji sehari beliau bersih RM20. Beliau berkata, dalam sebulan beliau boleh mendapat dalam RM500 hingga RM600 sebulan. Namun tambahnya lagi, suami beliau juga turut

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 20

bekerja sebagai penoreh getah dan mendapat pendapatan bersih kira-kira RM30 sehari, oleh itu, pendapatan keluarganya dalam sebulan lebih kurang RM1500. Kata beliau dengan pendapatan tersebut, sudah cukup untuk menampung yuran anak-anak beliau yang masih bersekolah. Kak Ani berkata, sepanjang beliau menyertai program, beliau tidak pernah melibatkan diri dalam mana-mana politik.

3.2.2

Maklumat Program AIM Puan Saadiah telah memilih Amanah untuk Ikhtiar

menyertai

program

Malaysia (AIM). Menurut beliau, beliau mula melibatkan diri dalam program ini pada tahun 1990-an. Selama 18 tahun beliau menyertai program ini. menurut beliau dalam percakapannya makcik tau dari kawan-kawan ajak masuk. Depa tau makcik tak dak modal. Kita nak pinjam kat kawan, depa tak percaya . Daripada aduan tersebut, beliau menyertai program ini dan mula menjalankan perniagaan menjual buah limau bali secara kecil-kecilan. Apabila ditanya beliau, mengapa memilih program ini berbanding program-program yang lain, beliau berkata bahawa program AIM mudah untuk membuat pinjaman. Tidak memerlukan borang yang banyak untuk diisi serta tidak memerlukan cagaran dan syarat-syarat yang ketat seperti pinjaman kepada bank-bank yang lain. Kata beliau, untuk meminjam kepada program ini, hanya perlu memberitahu kepada pegawai AIM untuk menjalankan perniagaan apa yang hendak dijalankan, dan hanya sekeping salinan kad pengenalan dan akaun Bank Islam. Oleh itu, beliau sudah boleh membuat

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 21

pinjaman dari AIM berbanding dengan bank yang lain. Menurut beliau, permulaan pinjaman permulaan beliau adalah sebanyak RM500 sahaja dan bayarannya adalah sebanyak RM6 setiap minggu. Namun kini setelah 18 tahun menyertai AIM, beliau boleh meminjam sehingga RM20,000. Dalam pinjaman sebanyak RM20,000 tersebut, beliau perlu membayarnya dalam tempoh 2 tahun dengan bayaran RM120 setiap minggu. Selain itu, beliau juga telah membuat banyak jenis pinjaman dengan AIM antaranya ialah jenis pinjaman SEJAHTERA, MESRA dan SRIKANDI. Dalam sepanjang peminjaman beliau, banyak peralatan yang dibeli oleh beliau untuk menjalankan perniagaannya. Melalui pinjaman SEJAHTERA, beliau menggunakan untuk membaiki rumah dan selebihnya adalah sebagai penambah modal untuk membeli buah limau bali daripada pembekal untuk dijual. Selain itu, melalui pinjaman MESRA pula, beliau telah membeli motosikal jenis EX5 bagi memudahkan beliau untuk ulang-alik ke tempat berniaga. Ini kerana menurut beliau, jarak rumah beliau dengan tempat berniaga agak jauh, Oleh itu, beliau memerlukan kenderaan bagi memudahkan beliau bergerak. Beliau berkata sepanjang beliau meminjam daripada AIM, beliau tidak pernah pinjam dari manamana agensi kerana sudah berpuas hati terhadap layanan daripada AIM. Dalam menjalankan perniagaan buah limau bali itu, beliau tidak mempunyai pekerja, beliau menjalankan perniagaan secara sendirian cuma kadang-kala jika anak-anak beliau mempunyai masa lapang pada hari cuti sekolah, anak-anak beliau akan membantu dan menemani beliau berniaga. Menurut beliau dalam percakapannya buat masa la, buah mahal. Kalau upah orang, duit upah makan modal pula.

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 22

3.2.3

Perubahan Ekonomi, Sosial dan Rutin Harian yang dinikmati

Puan Saadiah berkata terdapat banyak perubahan dalam rutin harian beliau setelah menyertai program AIM. Dari segi pemilikan, beliau berkata, kini beliau mempunyai televisyen, peti ais, sofa, almari, dan barang-barang lain untuk keperluan rumah dan dapur. Beliau juga mempunyai 2 buah motosikal. Satu untuk beliau sendiri dan sebuah lagi motor untuk suaminya. Dari perniagaan tersebut juga, sebelum ini beliau tidak mempunyai rumah, namun dari hasil daripada membuat pinjaman dengan AIM dalam perniagaannya kini beliau sudah mempunyai rumah, tanah yang bergeran dan dapat menggunakan duit pinjaman tersebut untuk memperbesarkan dan memperbaiki rumah beliau. Beliau juga mendapat kesedaran daripada pengalaman hidupnya yang susah dengan mengambil inisiatif untuk menabung dalam Amanah Simpanan Bumiputera (ASB) dan kini sudah sebanyak RM3,000 lebih dalam simpanannya. Dari aspek kemudahan telekomunikasi pula, di rumah beliau mempunyai telefon rumah, Puan Saadiah sendiri mempunyai satu biji telefon dan juga Internet di rumah. Ini memudahkan beliau untuk berhubung dengan anak beliau ketika beliau pergi bekerja. Dari hal yang berkaitan dengan hutang, Puan Saadiah mengatakan bahawa dia tidak pernah dihimpit dengan bebanan hutang semenjak beliau meminjam pinjaman dari AIM. Ini kerana menurut beliau, untuk membayar kembali hutang pinjaman, beliau dapat menampung sendiri dengan keuntungan bersih yang diperoleh setiap hari. Malah ia cukup untuk menampung perbelanjaan harian kerana duit perbelanjaan dari suami beliau dan juga anak sulung beliau yang tinggal bersama dengannya. Berkaitan dengan perubahan rutin harian pula, Puan Saadiah berkata bahawa dia mempunyai waktu rehat yang mencukupi. Ini kerana beliau hanya menjalankan perniagaan buah limau bali pada waktu siang sahaja dan akan tutup gerai pada pukul

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 23

6.30 petang. Oleh itu, pada waktu malam, beliau akan sepenuhnya meluangkan masa di rumah. Menurut beliau, sememangnya ada perubahan dari segi meluangkan masa bersama keluarga sebelum dan selepas menyertai program ini. Sebelum ini, beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Oleh itu, masa seharian akan dihabiskan dengan anak-anak beliau dan mengemas rumah. Namun setelah bekerja, beliau hanya dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan suami pada waktu malam. Namun begitu, menurut beliau segala makan anak-anak tidak diabaikan. Kadang-kadang beliau akan memberi duit kepada anak lelakinya untuk membeli makanan dan kadang-kadang beliau akan masak sebelum pergi kerja. Manakala masa bersama rakan-rakan juga tidak berbeza dengan sebelum dan selepas beliau menyertai program AIM ini. Menurut beliau, beliau bekerja sendiri di kedai menjual buah limau bali itu. Oleh yang demikian, beliau tidak terikat untuk membuka atau tidak gerai tersebut. Jika ada hari majlis kenduri dari kawan-kawan beliau dan hari gotong-royong, beliau akan pergi dan membuka gerai lewat sedikit dari hari biasa. Sementara waktu harian pula, pada waktu malam jika beliau ada kelapangan, beliau akan melawat jiran-jiran beliau dan juga akan berkumpul pada hari mesyuarat AIM untuk mengangkat sumpah dan membayar wang pinjaman setiap minggu. Oleh itu, menurut beliau tiada perubahan antara hubungan beliau dengan teman-teman sebelum dan selepas menyertai program tersebut. Ini kerana dengan kesibukan beliau, beliau masih sempat untuk menghadiri majlis-majlis kenduri dan aktiviti yang melibatkan dengan orang kampung beliau seperti hari bergotong-royong yang dilakukan.

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 24

Dari segi perubahan taraf hidup pula, menurut beliau terdapat banyak perubahannya yang dialaminya. Menurut Puan Saadiah, selepas beliau menyertai program AIM, beliau dapat memberi wang saku yang lebih kepada anak-anak beliau berbanding sebelum ini beliau tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami beliau. Ini menyebabkan perbelanjaan menjadi terhad namun selepas beliau bekerja, perbelanjaan wang saku anak-anak beliau yang masih bersekolah dapat beliau tampung. Anak beliau yang masih bersekolah adalah 4 orang yang terdiri daripada pasangan kembar yang kini berumur 9 tahun. Bagi dua orang yang bersekolah menengah, wang saku setiap hari ke sekolah, beliau berikan sebanyak RM5 dan bagi dua orang lagi yang masih bersekolah rendah, wang saku setiap hari ke sekolah, beliau berikan sebanyak RM2. Malah bukan itu sahaja, anak-anak beliau juga mendapat bantuan dari pihak sekolah seperti makanan percuma pada waktu pagi iaitu RMT dan juga wang bantuan dari pihak sekolah dan juga pinjaman buku teks. Ini membuatkan anak beliau tidak kurang dari mendapat wang perbelanjaan setiap hari untuk ke sekolah. Malah barubaru ini, beliau turut mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) daripada kerajaan sebanyak RM500. Dari segi kesihatan keluarganya pula adalah dalam keadaan terjaga daripada sebarang penyakit. Sepanjang beliau bekerja, beliau juga sudah kekurangan masa untuk bersama keluarga untuk pergi melancong tambahan lagi atas faktor kewangan yang tidak berapa mencukupi. Ini kerana beliau perlu menampung perbelanjaan harian dan juga perlu menjaga anak-anak beliau yang masih bersekolah. Namun begitu, beliau juga berkata sepanjang ini, tempat yang paling jauh beliau pernah pergi adalah ke Johor bersama-sama anak sulungnya yang ketika itu mempunyai urusan pekerjaan ditambah

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 25

dengan waktu cuti persekolahan, jadi beliau dapatlah membawa keluarganya melancong. Dari segi pandangan masyarakat sekeliling pula terhadap beliau selepas menyertai program AIM ini, menurut beliau tiada apa yang berubah. Malah beliau mendapat sokongan dari pihak keluarga dan juga kawan-kawan untuk meneruskan perniagaan beliau. Menurut beliau, dari sokongan suami, anak-anak, keluarga dan teman-teman beliau adalah penyebab beliau masih bertahan menjalankan perniagaan tersebut setelah hampir lebih kurang 18 tahun beliau berniaga. Bermula berniaga secara kecil-kecilan di depan rumah, kemudian membuka gerai yang kecil di tepi-tepi jalan sehinggalah kini beliau mempunyai gerai tetap yang dibina oleh Majlis Perbandaran untuk beliau menjalankan perniagaan setiap hari. Meskipun jarak rumah beliau dengan tempat berniaga agak jauh, namun menurut beliau itu tidak pernah membebankan beliau. Malah beliau rasa bertuah kerana mendapat sokongan dari keluarga dan teman-teman beliau. Menurut beliau, meskipun menjalankan perniagaan ini, namun beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan masih hidup bermasyarakat.

4.0 4.1

PENCAPAIAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM AIM Peserta Program 1 : Pemilik Butik Permata Nabila Huda

Secara keseluruhan, program yang disertai oleh Kak Ieta telah berjaya menaikkan taraf kehidupan beliau. Hal ini kerana, jika dilihat sewaktu kali pertama beliau membuat pinjaman AIM, hanya sebanyak RM500 setahun, dan harus membayar sebanyak RM10 setiap minggu, tetapi kini selepas beberapa tahun, Kak Ieta telah mampu melakukan pinjaman kedua

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 26

sebanyak RM3,000 dan beliau menyatakan bahawa pinjaman tersebut sebagai pinjaman lompat, ditambah lagi dengan pinjaman sejahtera. Selepas itu, Kak Ieta membuat pinjaman ketiga sebanyak RM6,000 diikuti dengan pinjaman yang keempat sebanyak RM16,000 dan sentiasa berterusan meminjam sebanyak RM16,000 kerana beliau tidak pernah berniat untuk meminjam lebih daripada itu. Kini, Kak Ieta telah berjaya meminjam sehingga RM50,000 yang dikenali sebagai I - Wawasan dan beliau membayar RM620 setiap minggu. 4.1.1 Isu dan Masalah Serta Kaitan Isu Dengan Konsep

Menurut Kak Ieta, setelah beliau meminjam AIM sehingga kini, tiada sebarang masalah yang beliau hadapi malahan AIM telah banyak mengubah nasib kehidupan beliau sekeluarga. Menurut Kak Ieta, beliau pernah menghadapi kemalangan jalan raya pada tahun 2006 yang mana menyebabkan beliau mengalami kecederaan yang sangat teruk iaitu patah tulang belakang dan hampir separuh bahagian mukanya mengalami kecederaan teruk. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa menjalani pembedahan yang melibatkan isi di paha beliau diambil untuk digantikan di bahagian mukanya. Pada masa yang sama, ramai yang menyangka bahawa Kak Ieta sudah tiada harapan untuk hidup seperti biasa. Namun berkat doa beliau dan keluarga, beliau kembali pulih saban hari hanya dengan bantuan ubat lidah buaya di samping mendapat rawatan daripada pihak hospital. Ternyata Allah masih lagi menyayanginya bagi meneruskan kehidupan yang mendatang. Kini, Kak Ieta sudah tidak lagi seperti dahulu kerana beliau tidak dapat lagi bergerak aktif disebabkan pernah mengalami kecederaan yang teruk akibat kemalangan jalan raya. Menurut Kak Ieta, kesan daripada kemalangan demikian beliau terpaksa makan dengan menggunakan sudu dan minum menggunakan straw kerana di dalam mulut beliau telah dimasukkan besi oleh doktor. Menurut Kak Ieta lagi, segala kos

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 27

tanggungan perubatan beliau semasa di hospital ditanggung oleh AIM kerana di dalam perjanjian bersama AIM terdapat skim perlindungan insurans Takaful Malaysia Berhad yang bertujuan melindungi ahli AIM yang mengalami kemalangan jalan raya mahupun musibah yang lain. Oleh hal yang demikian, Kak Ieta langsung tidak risau tentang kos perubatan beliau kerana beliau percaya AIM akan membantunya menyelesaikan masalah yang timbul dan layanan AIM ternyata yang terbaik baginya serta tiada agensi lain yang setanding dengan AIM. Di samping itu, menurut Kak Ieta lagi syarat untuk meminjam dengan AIM adalah yang paling mudah berbanding melakukan peminjaman terhadap bank mahupun agensi lain seperti MARA, TEKUN dan lain-lain kerana agensi berkenaan memerlukan pemohon memiliki kedai sendiri barulah bantuan akan diberikan. Hal ini kerana syarat untuk memohon AIM mestilah terdiri daripada lima orang satu kumpulan yang berpendapatan bawah RM1,500. Sehubungan dengan itu, setiap kumpulan yang terdiri daripada lima orang mestilah terdiri daripada pengerusi,

setiausaha, bendahari dan dua orang ahli. Tujuan lima orang dalam satu kumpulan adalah untuk saling membantu antara setiap ahli sekiranya mempunyai sebarang masalah dalam perniagaan masing-masing. Selain itu, syarat lain apabila meminjam AIM adalah setiap ahli dalam satu kumpulan mestilah mampu membayar pinjaman setiap minggu, melakukan perniagaan yang berlainan antara satu sama lain dan sanggup menghadiri mesyuarat setiap minggu iaitu pada hari Jumaat. Sebagai contoh, dalam kumpulan Kak Ieta sendiri ada yang melakukan perniagaan menjual tembikai, membuka perniagaan pam minyak, membuka bengkel kedai motor dan berniaga limau bali. Tambahan itu, menurut Kak Ieta lagi proses jangka masa permohonan yang diambil oleh agensi AIM untuk meluluskan sesuatu permohonan adalah sangat cepat kerana bantuan AIM kini

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 28

di peringkat permulaan adalah sebanyak RM3,000 bagi pemohon yang berpendapatan bawah RM1,500 dan pemohon yang layak dengan syarat yang ditetapkan akan segera memperoleh bantuan. Jika dahulu, jangka masa permohonan agak lama iaitu selama sebulan berbanding kini, jika permohonan bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan, maka AIM akan terus memproses borang permohonan tersebut. Sehubungan dengan itu, dengan modal yang ada, ahli berkenaan terus dapat memulakan perniagaan mereka. AIM yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil bertujuan membantu golongan wanita khususnya ibu tunggal yang kematian suami mahupun bercerai. Oleh itu, pelbagai kelebihan akan diperoleh oleh ahli apabila menyertainya. Sebagai contoh, kini Kak Ieta mampu meminjam sebanyak RM50,000 daripada AIM dan mampu menguruskan butik pengantin dan kedai makan dengan mengupah seramai 12 orang pekerja. Menurut Kak Ieta lagi, kelebihan agensi ini adalah dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk mengubah taraf hidup mereka menjadi lebih selesa. Pada suatu ketika dahulu juga, Kak Ieta pernah meminjam wang daripada Ah Long ekoran daripada bantuan AIM ketika itu hanya RM500 sahaja dan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya. Kini segalanya telah berubah dan beliau tidak lagi meminjam duit kepada Ah Long. Berkat kegigihan usaha Kak Ieta dan keluarga, beliau adalah antara contoh ibu tunggal yang berjaya di dalam daerah Kubang Pasu dengan mengusahakan butik pengantin Permata Nabila Huda dan Restoran Nabila Huda setelah memperoleh pinjaman bantuan kewangan daripada AIM. Hal ini kerana, Kak Ieta berjaya membayar semua wang pinjamannya pada tempoh yang ditetapkan kerana beliau ada prinsip tersendiri dalam hidupnya iaitu setelah melakukan peminjaman beliau berjanji pada diri sendiri untuk memastikan bahawa beliau dapat membayar pinjamannya

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 29

dengan berusaha bersungguh-sungguh. Kini, perniagaan beliau semakin maju dan dikenali oleh orang ramai.

4.2

Peserta Program 2 : Pemilik Gerai Buah Limau Bali

Sepanjang pinjaman yang dibuat dengan AIM, Puan Saadiah mengakui bahawa kehidupan beliau dan keluarga telah banyak berlaku transformasi antaranya ialah kehidupan beliau sudah tidak lagi dihimpit oleh masalah kewangan serta bagi pembayaran pinjaman setiap minggu pula juga tiada masalah kerana syarat untuk meminjam dengan AIM mestilah mencukupi lima orang setiap kumpulan. Hal ini bertujuan, jika beliau tidak dapat membayar setiap minggu, Sahabat dalam kumpulannya akan sama-sama membantu beliau dalam proses pembayaran buat sementara waktu ataupun akan membeli produk yang dijualnya. Selain itu, perubahan lain adalah kini beliau sudah mempunyai gerai sendiri untuk menjual buah limau bali yang diberikan oleh pihak Majlis Daerah Bukit Kayu Hitam. Malah jika keuntungan lebih, beliau dapat membeli stok buah limau bali lebih banyak sedikit dari selalu yang beliau beli dari pembekal di Thailand. Malah kini beliau juga mempunyai dua buah motosikal serta mempunyai duit lebih untuk dibelanjakan membeli barangan dapur, membaiki rumah, menyimpan duit, menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak dan dapat meluangkan masa bersama keluarga jika ada waktu kelapangan. Meskipun sibuk, hal itu tidak langsung membuatkan beliau rasa letih kerana segala keperluan hidup yang lebih selesa dapat beliau rasai. Beliau berkata lagi, peningkatan taraf hidup beliau sangat berbeza pada masa dulu dan pada masa kini. Melalui dari wang simpanan beliau, beliau juga dapat mengusahakan beberapa jenis pokok buah seperti rambutan, langsat dan cempedak yang ditanam di belakang rumahnya sebagai makanan tambahan untuk keluarganya serta sekiranya tiba musim buah

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 30

yang banyak, beliau juga dapat menambahkan hasil daripada menjual buah yang ditanamnya itu. 4.2.1 Isu dan Masalah Serta Kaitan Isu Dengan Konsep

Menurut Puan Saadiah, sepanjang beliau menyertai program AIM, beliau tidak menghadapi sebarang masalah. Malah dengan bantuan AIM, beliau mengatakan ia banyak membantu kehidupannya ke arah hidup yang lebih selesa seperti sekarang. Berkaitan dengan sasaran beliau pada masa hadapan, beliau berkata ingin meluaskan lagi kedai beliau dan membanyakkan lagi bilangan buah yang dijual supaya kedai kelihatan menarik pada pembeli. Sebenarnya, pihak AIM bayak membantu beliau. Ini kerana beliau bercakap bahawa untuk membuat pinjaman wang, tidak memerlukan syarat yang ketat, cagaran dan juga penjamin. Malah tempoh untuk mendapatkan pinjaman penuh adalah dalam masa yang singkat lebih kurang seminggu. Cuma dalam syarat AIM, setiap kumpulan perlu mempunyai lima orang ahli dan setiap ahli diwajibkan untuk turun pada hari mesyuarat untuk membayar wang pinjaman. Kebiasaannya, Kak Ani juga akan turun mesyuarat pada hari Jumaat pada pukul 9 hingga 11 pagi di Ladang Rakyat pusat Bukit Kayu Hitam. Malah bukan itu sahaja, beliau juga memegang jawatan sebagai bendahari AIM bagi kawasan Bukit Kayu Hitam. Berkaitan soal kelebihan AIM, Kak Ani menjawab bahawa AIM banyak membantu rakyat tanpa mengira peringkat, tahap dan juga status. Ini sedikit sebanyak membantu golongan desa untuk memajukan diri kerana syarat yang diletakkan oleh AIM tidak seketat dengan syarat yang dibuat oleh bank-bank yang lain. AIM banyak membantu beliau dalam meningkatkan taraf hidup yang

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 31

lebih baik. Malah sepanjang beliau menyertai AIM selama 18 tahun, beliau tidak pernah menghadapi sebarang masalah himpitan wang. Malah pinjaman yang dibuat tidak pernah dikenakan kadar bunga. Ini membuatkan peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjamkan sahaja. Ini yang membuatkan Puan Saadiah memilih untuk memilih agensi AIM untuk dijadikan modal untuk beliau mengembangkan perniagaan beliau. Beliau berkata lagi bahawa beliau tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi yang lain kecuali AIM kerana beliau berkata tiada agensi yang terbaik dan mudah berurusan kecuali agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

5.0

CADANGAN BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PROGRAM AIM

Dalam sesi temu bual kami bersama peserta program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, kami mendapati pelbagai transformasi ke arah kehidupan yang lebih baik dialami sendiri oleh kedua-dua Sahabat AIM iaitu Puan Rose Sita binti Kasim dan Puan Saadiah binti Abu. Walau bagaimanapun, mereka juga dapat merasai sedikit kesulitan sepanjang bersama dengan AIM atas faktor kesibukan yang dialaminya dalam menguruskan perniagaan. Oleh itu, Kedua-dua peserta program seolah-olah bersepakat dalam mengemukakan cadangannya kepada pihak AIM untuk diperbaiki antaranya ialah mereka mencadangkan agar penambahan pinjaman dibuat oleh pihak AIM kepada RM50,000 ke atas kerana bagi Kak Ieta beliau bercita-cita ingin meluaskan pasaran butik pengantinnya ke luar kawasan Jitra. Hal ini kerana, beliau melihat bahawa perniagaan butik pengantinnya mempunyai daya maju pada masa hadapan. Bagi Kak Ani pula, dia berharap dapat menambahkan pinjamannya kerana ingin menambahkan modal bagi jualan buah limau balinya. Cadangan terakhir, mereka adalah

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 32

berharap agar pembayaran mengikut bulan pula dilaksanakan bagi menggantikan dengan pembayaran setiap minggu. Baginya lagi, sekiranya AIM melaksanakan cadangan seperti yang dinyatakan mereka akan dapat mengurangkan kos keluar bagi tujuan pembayaran dan mesyuarat.

6.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kejayaan yang diperoleh oleh AIM sebenarnya adalah disebabkan para sahabat AIM terutamanya kaum wanita. Ini kerana daripada kajian yang dijalankan didapati kaum wanita miskin adalah lebih bertanggungjawab dalam meningkatkan kesejahteraan keluarga terutamanya terhadap anak-anak mereka. Kaum wanita pandai mengambil peluang yang ada bagi memperbaiki taraf hidup diri sendiri dan juga keluarga. Dari motivasi yang tinggi inilah yang telah memberi dorongan kepada para sahabat AIM untuk berusaha dengan gigih di samping mendapat bimbingan daripada AIM dan akhirnya menjamin kejayaan AIM. Amanah Ikhtiar Malaysia telah memberi banyak penghargaan dan pertolongan kepada penduduk miskin. Dari kajian yang dibuat oleh kajian ini, jelas menunjukkan bahawa AIM sebenarnya member banyak kelebihan kepada kedua-dua belah pihak. AIM bukan sahaja membantu masyarakat miskin dalam mengembangkan perniagaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat tetapi turut menyediakan beberapa lagi jenis pinjaman yang memberi peluang kepada masyarakat miskin untuk digunakan bagi kegunaan yang lain untuk hal-hal yang berkaitan dengan peribadi. Malah bukan itu sahaja, syarat yang dikenakan kepada peminjam

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 33

juga tidak membimbangkan dan terlalu ketat. Ini sesuai keadaan para penduduk luar bandar yang kebanyakan terdiri daripada tidak berpendidikan dan miskin. Oleh itu, secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa AIM dan berkembangnya projek-projek AIM adalah disebabkan oleh objektif AIM itu sendiri dan hal ini dibantu pula dengan sikap keterbukaan AIM kepada para sahabat dalam melaksanakan programnya. Jumlah jangkauan yang luas serta sikap para sahabat yang bermotivasi telah mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih cerah dan juga penyumbang kepada perkembangan AIM.

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 34

7.0

RUJUKAN Ikhtiar Malaysia. (2010). Diakses pada 30 Mac 2012, daripada

Amanah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Amanah_Ikhtiar_Malaysia Jenis Skim Pembiayaan. (2011). Diakses pada 30 Mac 2010, daripada

http://www.jpw.gov.my/ Mohd Nasir Mustafa. (2009). Sejarah Amanah Ikhtiar Malaysia. Diakses pada 1 April 2012 daripadahttp://ybmohdnasir.blogspot.com/2009/10/sejarah-amanah-ikhtiar malaysia.html Riadz Radzi. (2012, Mac 26). Harga Rajin RM10,000. Harian Metro. Muka Surat 12. Sejarah Penubuhan. (2011). Diakses pada 30 Mac 2012, daripada

http://www.usahawan.com/pinjaman/amanah-ikhtiar-malaysia.html Sr Mohd Nazaruddin Yusoff, Zainal Md Zan, dan Azlizan Talib. (2009). Pembangunan Fizikal : Pendekatan dan Aplikasi. Sintok : Universiti Utara Malaysia.

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 35

Lampiran

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 36

G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 37

You might also like