You are on page 1of 28

EDU 3109 KEPELBAGAIAN BUDAYA

DISEDIAKAN OLEH: AZIMAHTUL NADIAH UMORUDDIN PISMP PK3 JANUARI 2009 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

KONSEP BUDAYA

Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pergertian: Kecergasan Fikiran dan Akal. Budaya memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.

Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan.

Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi amalan bersama. Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka.
Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan dapat dibahagikan kepada 2 benda iaitu: i. Kebendaan ii. Bukan Kebendaan

Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain. Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang wujud dalam masyarakat dari segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan Sejagat.

DEFINISI KEPELBAGAIAN BUDAYA


Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda s ama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar

Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakanbudaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu budhi dan daya Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh (Shamsul Amri baharuddin,2007:13).

Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling Budaya merupakan keseluruhan kompleks yangmengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undangundang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan (E.B. Taylor) L.A. White memperlihatkan bahawa budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbolsimbol. (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5) pula menyatakan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbag ai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial.

CIRI-CIRI BUDAYA
boleh dipelajari mempunyai pandangan semesta

bersifat sejagat

mempunyai unsur simbolik

boleh diwarisi

boleh dikongsi

sentiasa berubah

Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Guru perlu menerapkan nilai murni dalam masyarakat supaya mereka kelak dapat menyesuaikan diri dengan Budaya masyarakat. Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik yang mempunyai Budaya berlainan di bawah satu bentuk Identiti Nasional yang khusus tetapi dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini. Pengalaman penjajahan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat kita. Ilmu Kolonial telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai Etnisiti iaitu Etnik. Masalah Perhubungan yang timbul di kalangan Etnik adalah berpunca daripada Interaksi Sosial yang tidak mesra serta kebudayaan yang berbeza-

Agama pakaian Kepercayaan

Makanan

Adat resam

Jantina

PERBEZAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Animisme

Nilai/ kepercayaan

Semangat padi

Bahasa

Mantera

PERBEZAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Agama

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Namun begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan. Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam & dewa dewi dalam agama Hindu. Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama. Pernyataan seperti jampi, mantera dan kalimat suci. Benda-benda material yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja,

azimat dan tangkal

Kepercayaan Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan. Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

Bahasa Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks; Cole 1998. Life is lived as a series of conversations Tannen 1990. Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

Animisme Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

Semangat Padi Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya. Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja. Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

Mantera Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya. Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

Adat Resam Andersen and Taylor 2004; Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation. Marsh and Keating 1996; Norms are the unwritten rules that influence peoples behaviour. Resam membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang

Nilai / Kepercayaan Nilai dan kepercayaan saling berkaitan Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan. Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. (tanggapan) seperti betul atau salah, cantik atau hodoh, baik atau buruk Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.
Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.

Jantina The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998). Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina. Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan perempuan yang begitu stereotaip.

Guru

Negara

Murid

IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

Kurikulum Tersirat

Sekolah

GURU
PERANAN GURU Pengajaran Pembimbingan murid bermasalah Pentadbiran/pengurusan Fasilitator Perancangan Pengelolaan Inavator Penilaian Pembentuk nilai Model Duta

IMPLIKASINYA Bangsa - mengajar tidak membezakan bangsa. Kelas sosial - tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial. Nilai - membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik. Kepercayaan - tidak menyentuh sensitif agama. Bahasa - jurang bahasa dialek Jantina - layanan berbeza & peka kepada keperluan gender. Ketepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid. Membantu murid membuat pemilihan kerjaya. Bertindak profesional dalam kerjaya. Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan. Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.

MURID
PERANAN MURID Menghormati dan taat pada guru. Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah. Berdisiplin, bermoral & beragama. Menyokong cita-cita sekolah. Rajin & berusaha dalam kelas. Berpakaian kemas & bersih. Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak. Perantaraan agen sosial sekolah. Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah. IMPLIKASINYA Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan. Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama. Bahasa- bahasa standard/dialek. Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina. Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman). Sikap/tingkah laku murid. Nilai yang dipegang/diamalkan. Latar belakang keluarga/SES

SEKOLAH
Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS. BUDAYA FORMAL SEKOLAH Aspek ilmu Aspek fizikal Aspek sosial Aspek pentadbiran IMPLIKASINYA Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India. Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar. Kepercayaaan- sekolah agama. Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah. Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan Sekolah agen perubahan. Sekolah tempat penyuburan budaya. Perpaduan Dasar-dasar kerajaan. Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

KURIKULUM TERSIRAT
DEFINISI James (1986) apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar kurikulum nyata. Chafel (1997) norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung. CIRI-CIRI KURIKULUM TERSIRAT Merangkumi pengalaman belajar. Bersifat relatif & sukar diukur. Merangkumi nilai. Kewujudannya berbeza-beza. Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian, Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat. IMPLIKASINYA Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat. Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial. Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan. Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Keberkesanan Dasar Pendidikan dalam Pemupukan Integrasi dan Perpaduan Kaum

Kurikulum Bersepadu

Peperiksaan Secara Seragam

Keberkesanan Dasar Pendidikan dalam Pemupukan Integrasi dan Perpaduan Kaum


PENGENALAN

Seperti kebanyakan dasar yang lain, Pendidikan Malaysia juga mempunyai matlamat yang tersendiri. Antara 3 matlamat utama Pendidikan Malaysia ialah melahirkan individu dan masyarakat yang berilmu, beramal, dan berakhlak murni berasaskan kepercayaan kepada tuhan. Yang kedua ialah memupuk ciri-ciri patriotisme dan mengeratkan perpaduan ke arah membina bangsa Malaysia yang kukuh dalam segala bidang. Yang ketiga ialah untuk melahirkan sumber manusia yang bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan negara ke arah mencapai taraf negara maju. Di antara kandungan yang terdapat di dalam Penyata Razak (1956), perenggan 12 ialah, 'Tujuan dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransuransur. Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa Penyata Razak 1956 ini mengutamakan integrasi kaum di negara ini dan unsur serta nilai perpaduan menjadi teras bagi menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia. Penyata Razak jelas telah menggariskan aspirasi ini di dalam penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan Kebangsaan adalah saluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang kukuh bersatu padu.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar

Pengukuhan perpaduan melalui pendidikan dapat dilihat dengan menyeragamkam penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di semua sekolah. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Perlaksanaan perkara telah membolehkan seluruh warga Malaysia berkomunikasi sesama sendiri melalui Bahasa Melayu. Justeru itu, segala salah-paham dapat dikurangkan. Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di negara kita. Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan diajar sebagai salah satu matapelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah di Malaysia.

Kurikulum Bersepadu
Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan di Malaysia mengamalkan penggunaan kurikulum yang seragam iaitu bersandarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukkan perpaduan negara. Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negara ini telah digubal sedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah rendah, kurikulumnya digubal untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmu pengetahuan dan sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah menengah pula merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakin mampu mewujudkan jenis rakyat yang diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan telah menjadikan kurikulum sebagai salah satu asas untuk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang mendapat pendedahan bermula dari alam persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal ini kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan pembentukkan negara sejak awal lagi. Ia turut memuatkan semangat perjuangan pejuang tanah air untuk menuntut kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar yang belajar mengenainya. Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang kepada perpaduan negara.

Peperiksaan Secara Seragam


Semua institusi pendidikan harus menyediakan peperiksaan awam yang sama agar tidak wujud masalah tentang tahap kelayakan seseorang untuk memasuki tahap yang lebih tinggi. Peperiksaanperiksaan awam yang dimaksudkan ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keputusan peperiksaan ini digunakan untuk tujuan pensijilan dan penentuan kerjaya di samping melanjutkan pelajaran. Selain itu, keputusan peperiksaan juga dijadikan asas mendapatkan biasiswa dan dermasiswa. PMR adalah untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat, SPM untuk melanjutkan pelajaran tinggi, maktab perguruan, kursus matrikulasi, kursus bertaraf diploma dan tingkatan 6, STPM pula untuk pemilihan kemasukan ke universiti tempatan atau luar.

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

Kesimpulan Bukan mudah untuk mencapai apa yang negara ini kecapi sekarang ini. Justeru itu, setiap satu warga Malaysia perlu berasa syukur di atas kejayaan yang diperoleh ini. Salah satu medium atau alat penyatuan rakyat Malaysia adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Kaedah ini di anggap paling efektif kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sukatan kurikulum yang bersepadu dan sistem peperiksaan awam yang seragam. Semangat patriotik hendaklah disemai dalam diri setiap kumpulan ras supaya negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui pemikiran mahupun secara langsung. Negara yang maju dari segi ekonomi dan sosial mestilah bertulangbelangkang rakyat yang bersatu. Di harap kestabilan politik di Malaysia dapat dikekalkan selamanya.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like