You are on page 1of 106

PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN DI ANTARA PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN SEK. MEN.

TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN DENGAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 23TAHUN NEGERI SEMBILAN

EEZEAMREE BIN HUSSIN

PROGRAM PENDIDIKAN SAINS SUKAN FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK APRIL 2005

PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN DI ANTARA PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN SEK. MEN. TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN DENGAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 23 TAHUN NEGERI SEMBILAN

OLEH EEZEAMREE BIN HUSSIN

Satu penulisan ilmiah yang dikemukakan kepada Program Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak Sebagai memenuhi ketetapan kursus KSS 4103 Program Pendidikan Sains Sukan

APRIL 2005

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa segala penulisan ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang mana setiap satunya telah saya diperjelaskan sumbernya.

. ( EEZEAMREE HUSSIN ) 20012-09100 Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak

APRIL 2005

Ii

PENGESAHAN

Saya mengesahkan bahawa pelajar ini, Eezeamree Hussin telah berjaya menyiapkan kertas projek ilmiah yang bertajuk Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Di antara Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah, Seremban Dengan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan dan memperaku telah diterima sebagai memenuhi sebahagian keperluan kursus KSS 4103 untuk memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

.. ( Prof. Madya Dr. Jabar Bin Hj. Johari ) Pensyarah Penasihat KSS 4103 Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak

APRIL 2005

iii

PENGESAHAN Saya mengesahkan bahawa pelajar ini, Eezeamree Hussin telah berjaya menyiapkan kertas projek ilmiah yang bertajuk Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Di antara Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah, Seremban Dengan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan dan memperaku telah diterima sebagai memenuhi sebahagian keperluan kursus KSS 4103 untuk memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

.. ( Dr. Ong Kuan Boon ) Penyelaras Kursus KSS 4103 Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak

APRIL 2005

Iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat saya menyiapkan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat kursus Penyelidikan dalam Sains Sukan (KSS 4103). Sekalung penghargaan dan terima kasih khas buat pensyarah penyelia, Prof. Madya Dr. Jabar Bin Haji Johari yang telah banyak membimbing serta memberi nasihat dalam menghasilkan penulisan ilmiah ini. Segala masa dan tenaga yang diluang dan disumbangkan amat saya hargai.

Tidak dilupa kepada pihak-pihak lain yang terbabit dalam penghasilan penulisan ilmiah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima kasih diucapkan buat barisan pensyarah dan kakitangan Fakulti Sains Sukan atas bantuan dan kerjasama yang diberikan. Juga penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi kebenaran kepada saya untuk membuat penyelidikan ini. Di samping itu tidak lupa kepada pemain serta jurulatih pasukan bola sepak Sek. Men. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 tahun Negeri Sembilan kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa proses pengumpulan data di jalankan. Ucapan terima kasih juga buat rakan seperjuangan, serta ahli keluarga yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan untuk menyiapkan penulisan ilmiah ini

ABSTRAK

PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN DI ANTARA PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN SEK. MEN. TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN DENGAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 23 TAHUN NEGERI SEMBILAN

OLEH : EEZEAMREE BIN HUSSIN

APRIL 2005

PENYELIA : PROF. MADYA DR. JABAR BIN HJ. JOHARI

Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran di anatar pasukan bola sepak bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah dengan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan. Subjek yang terpilih terdiri daripada 40 orang subjek iaitu 20 orang pemain bagi setiap pasukan. Terdapat enam jenis ujian yang di jalankan iaitu Ujian Dirian Bangau (Keseimbangan), Ujian Ketangkasan SEMO (Ketangkasan), Ujian Zig Zag Bola Sepak (Koordinasi), Ujian 50 ela lari pecut (Kepantasan), Ujian Lompat Menegak (Kuasa) dan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson (Masa Reaksi)

xii

Hasil keputusan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keenam-enam ujian tersebut. Pengujian hipotesis juga menunjukkan bahawa

hipotesis nol adalah di terima bagi semua ujian tersebut. Bagi hipotesis nol ketujuh juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran di antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan ujian tersebut di antaranya ialah kekerapan latihan, corak latihan, umur serta keaadaan fizikal subjek.

xiii

DEDIKASI

Untuk ayahanda dan bonda yang disayangi Yang sentiasa mencurahkan kasih sayang setiap saat, Pengorbananmu akan ku balas dengan segulung ijazah Buat kekanda yang sentiasa di hatiku, Yang sentiasa menemaniku di kala sepi, Untuk menghiburkan hati yang lara. Buat sahabat handai yang sentiasa disisku, Ku harap ikatan persahabatan yang dibina sentiasa teguh, Kerana suka dan duka di lalui bersama, Moga kita sama-sama tempuh segala dugaan bersama, Kerana perjuangan kita belum selesai..

KANDUNGAN

Muka Surat

DEDIKASI PENGHARGAAN KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ABSTRAK

i ii iii iv v vi vii

BAB I PENGENALAN Penyataan Masalah Kepentingan Kajian Objektif Kajian Hipotesis Kajian Batasan Kajian Definisi Operasional 1 3 5 6 7 9 10

BAB II SOROTAN LITERATURE 13

vii

BAB III METADOLOGI KAJIAN Rekabentuk Kajian Kerangka Konseptual Sampel Kajian Pembolehubah Kajian Instrumen Kajian Prosedur Pengumpulan Data Penganalisian Data 29 29 30 31 32 33 40 42

BAB IV PENGUMPULAN DATA 43

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN Perbincangan Kesimpulan Cadangan 65 65 68 69

RUJUKAN LAMPIRAN

viii

SENARAI JADUAL

Jadual 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Jumlah Responden Jumlah Subjek Mengikut Umur Taburan Berat Pemain Bawah 23 dan 18 tahun Taburan Ketinggian Pemain Bawah 23 dan 18 tahun Jumlah Skor Min Berat Dan Tinggi Pemain Bawah 23 dan 18 tahun 4.6 Perbandingan Nilai Min Ujian Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Pasukan Bawah 23 dan 18 Tahun 4.7 4.8 4.9 4.10 Perbandingan Nilai Min Ujian Dirian Bangau Perbandingan Nilai Min Ujian Lompat Menegak Perbandingan Nilai Min Ujian Zig Zag Bola Sepak Perbandingan Nilai Min Ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson 4.11 4.12 4.13 Perbandingan Nilai Min Ujian Lari Pecut 50 ela Perbandingan Nilai Min Ujian Ketangkasan SEMO Perbandingan Jumlah Min Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran

Muka Surat 43 44 45 46

47

48 51 53 55

57 59 61

63

ix

SENARAI RAJAH

Rajah 3.1 Rangka Konseptual Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran 4.1

Muka Surat 30

Perbandingan Nilai Min Bagi Enam Ujian Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Pasukan Bawah 23 Dan 18 Tahun 49 52 54 56

4.2 4.3 4.4 4.5

Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Dirian Bangau Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Lompat Menegak Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Zig Zag Bola Sepak Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson

58 60 62

4.6 4.7 4.8

Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Lari Pecut 50 Ela Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Ketangkasan SEMO Kedudukan Nilai-t Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran

64

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) B Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) C Surat Kebenaran Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) D Borang Skor Ujian

Muka Surat 76

79

82

84

Norma Ujian Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran

86

Keputusan Analisis Ujian-t

90

Surat Perakuan Pelajar

97

xi

BAB I

PENGENALAN

Kecergasan fizikal samada berlandaskan kesihatan mahupun kemahiran merupakan aspek yang selalu dikaitkan dengan sesuatu sukan yang diceburi. Di dalam permainan bola sepak, penguasaan tahap kecergasan fizikal yang baik adalah sangat diperlukan kerana setiap pemain akan melakukan banyak pergerakan seperti berlari, melompat, menukar arah selain dari aspek kemahiran individu pemain. Menurut Beck, Biddle, Looy dan Thomas (1995), untuk membentuk satu pasukan bola sepak yang kuat, semua pemain hendaklah meningkatkan dan mengekalkan kemahiran permainan bola sepak mereka termasuklah kecergasan fizikal, pengetahuan tentang pemakanan, pencegahan kecederaan dan latihan mental. Winnick dan Short (1985), menyatakan bahawa pengukuran bagi tiga bahagian fungsi fisiologi yang berhubung terus dengan kesihatan adalah terdiri daripada bahagian fungsi kardiorespiratori, komposisi badan dan fungsi otot rangka dibahagian abdomen serta otot di bahagian hamstring.

Sementara

Fall

(1980),

menyatakan

bahawa

kecergasan

fizikal

boleh

dibahagikan kepada dua iaitu kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan sukan. Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fisiologi dan psikologi yang mana ia memberi perlindungan kepada individu dari ancaman penyakit hipokinetik. Kecergasan fizikal berlandaskan sukan pula meliputi aspek yang berkaitan dengan fungsi serta keupayaan individu untuk

bertanding dalam aktiviti sukan yang memerlukan tenaga, kuasa, kekuatan dan kecergasan fizikal lebih daripada tahap kompetitif biasa. Kenyataan tersebut disokong oleh The American of Health Physical Education Recreation and Dance (AAHPERD) yang telah mengklasifikasikan komponen kecergasan kepada dua iaitu berlandaskan kesihatan dan kemahiran. Komponen kesihatan termasuklah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot,kelembutan dan komposisi tubuh badan. Manakala komponen kemahiran pula merangkumi kuasa, keseimbangan, ketangkasan, masa reaksi, koordinasi dan kepantasan.

Di samping itu, Getchell (1992) mentakrifkan kecergasan fizikal sebagai kemampuan sistem jantung, salur darah, paru-paru dan otot untuk berfungsi dengan efisyen pada tahap yang optimum. Selain itu beliau menyatakan bahawa kecergasan fizikal juga merupakan kemampuan daya tahan yang penghabisan, tekanan yang tinggi dan untuk melakukan kesungguhan dibawah keadaan yang sukar apabila individu yang tidak cergas akan cepat mengalah. Menurut Clarke (1971), kecergasan fizikal boleh didefinisikan sebagai kemampuan atau keupayaan melaksanakan tugas harian tanpa merasa penat, sentiasa berwaspada dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menikmati aktiviti riadah serta mampu menghadapi sebarang bentuk kecemasan yang mungkin akan timbul.

Berdasarkan kepada definisi yang telah dinyatakan, kenyataan yang dibuat oleh Fall (1980) bahawa kecergasan fizikal berlandaskan sukan adalah berkaitan keupayaan individu untuk bertanding dalam sesuatu sukan. Kenyataan ini menunjukkan perkaitan yang jelas dengan tajuk kajian bahawa setiap pemain bawah 18 dan 23 tahun memerlukan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik untuk bertanding di

peringkat yang kompetitif.

Maka, adalah penting bagi setiap pemain memiliki tahap

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik. Ini kerana, dalam permainan bola sepak, keenam-enam komponen ini amat diperlukan oleh setiap pemain bagi menghasilkan persembahan yang baik.

PENYATAAN MASALAH

Tahap kecergasan fizikal berkait rapat dengan prestasi dan persembahan pemain dalam sukan bola sepak. Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini boleh di jadikan kriteria untuk pemilihan pemain dalam pasukan bola sepak. Ini kerana, pemilihan pemain bukan sahaja bergantung kepada tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan sahaja tetapi juga bergantung kepada tahap kecergasan berlandaskan kemahiran.

Seperti yang diketahui bahawa pemain bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah merupakan salah sebuah sekolah projek bola sepak di Malaysia. Oleh itu, program latihan mereka juga adalah sistematik kerana terlibat dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Walaupun demikian, mereka hanya menjalani latihan pada waktu petang sahaja dan hanya menjadikan sukan bola sepak ini sebagai aktiviti sampingan atau kedua penting selain akdemik. Memandangkan mereka ini hanya menjalani latihan pada waktu yang terhad sahaja, maka penyelidik ingin mengetahui tentang tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran setiap pemain bola sepak sekolah tersebut samada mereka mampu mencapai tahap kecergasan yang baik walaupun mempunyai tempoh latihan yang terhad. Berbanding dengan pemain bawah 23 tahun Negeri Sembilan, kesemua pemain tersebut adalah berstatus profesional iaitu mereka bermain

bola sepak sepenuh masa dan menjadikannya sebagai suatu pekerjaan. Waktu latihan mereka pula adalah sistematik dan menjalani latihan pagi dan petang. Secara umunya, pemain bola sepak bawah 23 tahun ini mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik dan tidak terdapat perbezaan yang ketara pada setiap pemain. Oleh itu, penyelidik ingin mengetahui sejauh mana tahap kecergasan fizikal berlandas kemahiran setiap pemain profesional ini yang mempunyai latihan yang sistematik dan berterusan.

Berdasarkan kenyataan diatas menunjukkan bahawa pemain bawah 23 tahun mempunyai tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik berbanding pemain bawah 18 tahun. Ini berdasarkan kepada corak ataupun kekerapan latihan yang dijalankan oleh kedua-dua pasukan tersebut. Namun, untuk mengetahui sejauh mana perbezaan diantara kedua-dua pasukan maka penyelidik telah melakukan kajian tersebut. Di samping itu juga, keadaan fizkal setiap pemain kedua-dua pasukan sentiasa berbeza terutama tinggi dan juga berat badan selaras dengan peningkatan umur. Menurut kajian yang di lakukan oleh Espenschade (1963) yang mendapati bahawa faktor ketinggian dan berat badan akan mempengaruhi prestasi ujian kecergasan motor. Berdasarkan kenyataan tersebut, maka penyelidik melakukan kajian bagi mengetahui tentang kebenaran kenyataan yang di buat oleh Espenschade.

Clarke (1971)) telah menyatakan bahawa pengaruh umur memberi kesan ke atas prestasi kecergasan motor. Kanak-kanak dan remaja akan berubah menjadi semakin tinggi dan kuat selaras dengan peningkatan umur. Namun hasil pemerhatian rambang oleh penyelidik mendapati tiada perbezaan yang ketara terhadap prestasi kecergasan motor pemain bagi kedua-dua peringkat umur ini (bawah 18 dan 23 tahun). Oleh sebab itu, penyelidik ingin melihat sejauh mana kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Clarke.

KEPENTINGAN KAJIAN

Setelah melihat mutu persembahan yang kurang memberangsangkan bagi sukan prestasi tinggi khususnya sukan bola sepak pada hari ini, maka setiap individu khususnya pemain dan jurulatih haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kecergasan fizikal. Ini di akui oleh jurulatih pasukan bawah 20 tahun pasukan Korea Selatan bahawa pemain bawah 20 tahun negara kita kekurangan dari aspek kecergasan dan juga saiz fizikal.

Hasil daripada kajian ini, maka jurulatih kedua-dua pasukan akan dapat mengetahui tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran setiap pemain dalam pasukan mereka. Oleh itu, hasil kajian ini penting kerana mereka akan dapat membentuk program latihan yang sistematik dan efektif bagi meningkatkan lagi tahap kecergasan fizikal setiap pemain. Selain itu, kajian ini juga penting bagi setiap pemain kerana berdasarkan kajian tersebut, mereka akan mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan mereka dalam aspek kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini.

Selain daripada itu, dapatan ujian yang di jalankan ini akan memberi pengalaman, pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar tentang jenis ujian yang di jalankan untuk menilai tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran mereka. Oleh itu, mereka tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada guru atau jurulatih untuk meningkatkan tahap kecergasam fizikal samada berlandaskan kesihatan dan kemahiran.

Melalui kajian ini juga, para guru dan jurulatih mendapat pengetahuan tentang perlaksanaan ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran. Dengan ini, mereka dapat melakukan sendiri ujian ini pada masa yang akan datang. Bagi pasukan bawah 18 tahun, hasil dapatan kajian ini dapat membantu guru dan jurulatih merangka program latihan yang lebih baik seperti mencari alternatif untuk meningkatkan intensiti dan kekerapan latihan untuk meningkatkan lagi keupayaan prestasi kecergasan motor pada tahap yang maksima memandangkan mereka mempunyai latihan yang terhad.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain pasukan bawah 18 tahun Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (STAD).

2. Mengenal pasti tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan.

3. Melihat perbezaan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain Bawah 18 Tahun STAD dan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan berdasarkan komponen ujian yang dijalankan.

4. Mengetahui tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain bawah 18 tahun dan 23 tahun berdasarkan ketinggian dan berat badan pemain.

5. Mengetahui perbezaan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain bawah 18 tahun dan 23 tahun berdasarkan perbezan umur kedua-dua pasukan. HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan angkubah bersandar dan angkubah yang tidak bersandar yang dikemukakan dalam kajian ini dapat dihipotesiskan bahawa:

H0i

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap keseimbangan di antara pemain bola sepak bawah 23 tahun dengan bawah 18 tahun.

HAi

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap terhadap tahap keseimbangan di antara pemain bola sepak bawah 23 tahun dengan bawah 18 tahun.

HOii

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kuasa di antara pemain bola sepak bawah 23 tahun dengan bawah 18 tahun.

HAii

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kuasa di antara pemain bola sepak bawah 18 tahun dengan bawah 23 tahun.

HOiii

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap koordinasi di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain

bawah 18 tahun.

HAii

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap koordinasi di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

Hoiv

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap masa reaksi di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

HAiv

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap masa reaksi di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

HOv

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kepantasan di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

HAv

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kepantasan di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

HOvi

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap ketangkasan di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain

bawah 18 tahun.

HAvi

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap ketangkasan di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

HOvii

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap prestasi kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran di di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

HAvii

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap prestasi kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran di di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya terbatas kepada 40 orang pemain bola sepak. Responden yang di pilih terdiri daripada dua peringkat umur iaitu pasukan bola sepak bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah, Seremban dan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan. Seramai 20 pemain akan dipilih sebagai subjek kajian bagi setiap pasukan. Dalam kajian ini ia hanya menguji kecergasan fizikal pemain hanya berdasarkan komponen kemahiran sahaja. Terdapat enam komponen kecergasan yang akan diuji. Komponen tersebut meliputi kuasa, keseimbangan, ketangkasan, masa reaksi, koordinasi dan kepantasan.

Dalam

mentadbir

ujian

yang

akan

dijalankan,

aspek

kesahan

dan

kebolehpercayaan ujian akan diragui sekiranya para penguji kurang cekap dan tidak memahami prosedur serta kurang mahir dalam melaksanakan ujian kecergasan fizikal. Oleh itu, sebelum melakukan ujian tersebut, penguji perlulah membuat bacaan dan mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya tentang pengukuran sesuatu instrumen. Faktor persekitaran seperti cuaca yang tidak menentu amnya, sedikit sebanyak akan menjejaskan kelancaran ujian. Sekiranya hujan turun, ujian yang akan dilakukan dikawasan terbuka akan mengalami masalah dan menggangu responden untuk melakukan ujian,

Faktor psikologi responden seperti ketidakstabilan emosi, kesihatan, dan ketegangan yang dialami oleh responden pada masa ujian dilakukan juga akan mengganggu dan mempengaruhi keputusan ujian. Faktor seperti latarbelakang subjek, sikap, keikhlasan dan komitmen serta kesungguhan responden ketikan melakukan ujian juga sukar diramal dan ia juga boleh mempengaruhi kajian ini.

DEFINISI OPERASIONAL

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang mempunyai definisi operasional yang khusus iaitu:

Perbandingan Melihat perbezaan diantara dua kumpulan.

10

Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang maksima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan. Kecergasan adalah kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap.

Pemain Bola Sepak bawah 18 tahun Pemain bola sepak yang berumur diantara 16 hingga 17 tahun atau yang berada di tingakatan 4 dan 5.

Pemain Bola Sepak bawah 23 tahun Pemain bola sepak yang berumur diantara 18 hingga 22 tahun.

Kemahiran Keupayaan individu dalam menguasai sesuatu lakuan berdasarkan kepada tingkah laku yang dipelajari

Ketangkasan Kebolehan seseorang menukar kedudukan dan arah badan dengan cepat, mudah dan selamat.

Kuasa Otot Keupayaan sekumpulan otot menghasilkan daya penguncupan yang maksimum terhadap sesuatu rintangan.

11

Masa Reaksi Jangka masa suatu lakuan apabila seseorang individu terdedah kepada rangsangan.

Keseimbangan Kebolehan individu mengekalkan sistem saraf otot dalam keadaan untuk bertindak balas secara berkesan atau kecekapan semasa melakukan pergerakan.

Kepantasan Keupayaan melakukan pergerakan dalam jangka masa pendek.

Koordinasi Kemampuan dan kebolehan menggunakan pancaindera serta anggota badan dan berkaitanengan mental dalam pergerakan yang sempurna.

12

BAB II

SOROTAN LITERATUR

Pada dekad ini, kecergasan fizikal merupakan salah satu komponen yang penting perlu dimiliki oleh setiap ahli sukan bagi mempamerkan prestasi yang terbaik setiap kali pertandingan. Seperti yang telah di sebutkan oleh Corbin dan Lindsey (1988) bahawa kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran atau kecergasan motor. Secara keseluruhannya setiap ahli sukan perlu menguasai kedua-dua komponen berikut bagi mendapatkan kecergasan fizikal yang tinggi. Di dalam bahagian ini, kita akan melihat secara lebih terperinci mengenai kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik tentang komponen yang terdapat didalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran. Di dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran, terdapat enam komponen utama iaitu ketangkasan, keseimbangan, masa reaksi, koordinasi, kepantasan dan kuasa. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh individu tersebut akan dapat membantu para penyelidik yang lain untuk meneruskan penyelidikan yang baru di dalam bidang mereka. Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tentang kajian berkaitan komponen kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran, terlebih dahulu kita akan membicarakan tentang kecergasan fizikal.

Kecergasan fizikal boleh ditakrifkan sebagai suatu kebolehan untuk menghadapi cabaran fizikal yang berpotensi dalam kehidupan untuk meraih kejayaan seperti mana

yang dinyatakan oleh Lamb (1978). Menurut Malpeli (1997), pada hari ini, kebanyakan tugas harian dilaksanakan oleh mesin dan robot. Situasi ini secara tidak langsung mendatangkan implikasi yang negatif ke atas kecergasan fizikal seseorang. Bagi mengatasi masalah ini langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mempertingkatkan lagi tahap kecergasan dan kesihatan yang sempurna. Taraf kesihatan seseorang itu bukan sahaja diperhatikan bebasnya daripada sebarang penyakit, tetapi ia dilihat dan ditentukan oleh tahap kecergasan setiap individu yang merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. (WHO)

Hasil kajian oleh Baumgartner dan Jackson (1991) membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kecergasan fizikal antara atlet yang bermain dalam permainan yang sama. Mereka juga berpendapat bahawa individu yang melibatkan diri dalam aktiviti permainan yang berterusan adalah lebih cergas daripada individu yang terlibat dalam aktiviti permainan yang tempohnya selalu diganggu. Institute for Aerobics

Research of the Cooper Clinic (1992) dan ditaja oleh Prudential Insurance Company of America telah melakukan kajian dan menghasilkan Prudential Fitness Program.

Program ini tidak hanya menyeluruh kepada program kecergasan kepada remaja malahan mengandungi ujian kecergasan fizikal terhadap golongan remaja. Kebaikan program ini merubahkan kecergasan fizikal tetapi juga boleh digunakan untuk membentuk komponen kognitif, efektif dan tingkah laku remaja dalam melakukan aktiviti fizikal. Sementara itu, Bompa (1983) berpendapat bahawa individu yang memiliki kecergasan fizikal yang baik adalah asas dalam sesuatu program latihan. Program latihan yang bakal di jalankan oleh individu atau pasukan perlulah menegaskan kepada perkembangan fizikal yang spesifik mengikut keperluan sesuatu jenis sukan tersebut. Beim (1977) telah menyatakan dalam kajiannya bahawa seseorang pemain bola sepak

14

dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan motor dengan lebih berkesan menerusi latihan yang khusus dan spesifik. Menerusi latihan yang khusus dan sistematik ini seseorang pemain dapat meningkatkan tahap kecergasan dan permainannya. Kajian yang di lakukan oleh Hockey (1981) yang telah menyenaraikan beberapa prinsip latihan dalam sesebuah program latihan iaitu intensiti, tempoh latihan, kekerapan dan penambahan bebanan. Ini kerana jika prinsip-prinsip tersebut di amalkan ia akan memberi kesan ke atas kecergasan fizikal individu. Prentice (1971) dalam kajiannya mengatakan bahawa peningkatan tahap kecergasan ini adalah hasil daripada penglibatan diri dalam latihan aktiviti fizikal yang bersistematik dan berterusan.

Seterusnya William (1995) menyatakan bahawa untuk memenuhi tahap kecergasan, seseorang itu perlu memiliki komponen kecergasan aerobik, kekuatan otot, daya tahan otot, kelajuan, kuasa, imbangan, ketangkasan dan koordinasi. Kepentingan komponen kecergasan kepada individu bergantung kepada sukan yang diceburi oleh mereka. Di samping itu, Clarke (1971) di dalam kajiannya mendapati bahawa pengaruh umur akan memberi kesan ke atas prestasi kecergasan motor. Menurut beliau, apabila umur semakin meningkat maka kecergasan motor individu akan menjadi semakin tinggi selaras dengan peningkatan umur. Kajian yang di lakukan oleh Thomas dan French (1985) yang berkaitan dengan umur mendapati kanak-kanak perempuan mempunyai tahap prestasi kecergasan motor yang berbeza dengan lelaki mengikut peringkat umur kerana kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi yang lebih baik daripada lelaki dalam aspek keseimbangan. Contoh yang ketara adalah dalam sukan gimnastik. Kajian yang di lakukan oleh Pangrazi dan Corbin (1990) menjelaskan bahawa pelajar sekolah yang lebih tua umurnya mempunyai prestasi kecergasan fizikal dan motor yang lebih baik. Ini kerana mereka mempunyai kekuatan otot dan dan tulang selaras dengan

15

peningkatan umur. Apabila umur semakin meningkat maka terdapat perubahan pada keadaan fizikal individu seperti ketinggian dan berat badan. Faktor ketinggian dan berat badan juga mempengaruhi kecergasan fizikal seseorang. Menurut kajian yang di lakukan oleh Espenschade (1963) yang mendapati bahawa ketinggian dan berat badan akan mempengaruhi kecergasan motor seseorang. Ini kerana remaja akan berubah menjadi semakin tinggi, melebar dan kuat selaras dengan peningkatan umur.

Henry (1958) pula telah mencadangkan satu teori pembelajaran dan perlakuan motor yang dipanggil teori gelondang ingatan memory-drum. Teori ini menjelaskan bahawa kecergasan motor adalah spesifik kepada sesuatu perlakuan berbanding dengan perlakuan umum dalam kebanyakan aktiviti kecergasan motor. Dengan lain perkataan, prestasi seseorang individu dalam sesuatu kemahiran motor tidak boleh digunakan bagi menjangkakan prestasi ke atas lakuan motor yang berlainan. Mengikut teori tersebut, setiap lakuan atau kemahiran motor yang dipersembahkan adalah bergantung kepada sejumlah besar bilangan keupayaan yang dimiliki. Apabila lakuan bertukar, maka keupayaan yang dimiliki bagi menyokong lakuan tersebut sudah semestinya bertukar menurut permintaan lakuan motor yang baru.

Thomas dan Nelson (1996) telah menyatakan terdapat dua kajian klasik yang telah dilaksanakan sebagai panduan untuk menentukan tahap intensiti minimum untuk meningkatkan keupayaan aerobik. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap minimum seseorang untuk mendapatkan kesan latihan ialah pada tahap kadar nadi bersamaan 60% dari kadar nadi maksimum. Subjek untuk kajian ini terdiri daripada sepuluh orang pelajar kolej yang menjalani latihan 30 minit, lima hari seminggu selama lima minggu pada kadar nadi 120, 135 atau 150 denyutan seminit. Apabila kumpulan tersebut

16

dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan tahap kecergasan rendah dan kumpulan tahap kecergasan tinggi, kumpulan tahap kecergasan tinggi menunjukkan kemajuan hasil latihan pada kadar nadi 120 denyutan seminit sementara kumpulan yang satu lagi telah menunjukkan kesan yang negartif.

Secara keseluruhannya, bahawa kecergasan fizikal ini dapat dipertingkatkan dengan melakukan latihan dan mengikut program latihan dengan betul malahan kecergasan fizikal juga tidak terbatas kepada golongan atlit sahaja tetapi individu biasa juga perlu menguasai setiap komponen tersebut. Seterusnya, kita akan melihat tentang kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik tentang komponen kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran iaitu ketangkasan, keseimbangan, masa reaksi, kepantasan, koordinasi dan kuasa.

KETANGKASAN

Dalam permainan bola sepak, ketangkasan merupakan salah satu komponen yang perlu ada bagi setiap pemain bagi memudahkan mereka melakukan pergerakan dengan sempurana. Untuk mendapatkan tahap ketangkasan yang tinggi maka setiap pemain perlulah melakukan pelbagai latihan yang dapat meningkatkan tahap ketangkasan semasa permainan. William (1995) telah mentakrifkan ketangkasan sebagai keupayaan individu untuk menukar posisi keseluruhan badan dengan pantas dan tangkas. Beliau menyatakan bahawa dalam permainan bola sepak dan hoki, setiap pemain memerlukan tahap ketangkasan yang tinggi kerana setiap pemain harus menukar posisi badan dan arah pergerakan untuk melakukan pelbagai aksi.

17

Cozen (1929) telah melakukan kajian bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dalam ujian ketangkasan. Beliau telah memilih subjek yang terdiri daripada penuntut kolej lelaki dan salah satu ujian yang dijalankan ialah Dodging Run. Ketangkasan juga merupakan salah satu ujian kecergasan yang perlu di lakukan bagi menilai kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran. Ini telah di nyatakan oleh Barrow & McGee (1979) bahawa ketangkasan adalah salah satu pengukuran bagi kecergasan motor dan ia telah di gunakan di Manitoba, Kanada.

Selain itu, perbezaan fizikal individu juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi ketangkasan. Ini berdasarkan kenyataan Bookwalter (1952) yang menjalankan kajian tentang perhubungan saiz dan bentuk badan individu. Beliau membuat kesimpulan bahawa purata saiz lelaki yang kurus melakukan ketangkasan yang lebih baik daripada purata saiz lelaki yang mempunyai badan sederhana besar. Curreton (1941) menjalankan kajian tentang hubungan bentuk badan dengan tahap ketangkasan. Hasil kajian menunjukkan, mereka yang mempunyai bentuk badan mesomorf adalah lebih tinggi tahap ketangkasan berbanding dengan bentuk badan endomorf. Salah satu kajian yang telah dilakukan oleh Klinzing (1980) terhadap anggota polis dan pelajar kolej telah menunjukkan bahawa anggota polis mempunyai tahap ketangkasan yang rendah berbanding pelajar kolej disebabkan peratusan lemak yang tinggi dalam badan. Secara keseluruhannya, individu yang endomorf mempunyai tahap ketangkasan yang rendah dan ini akan menyukarkan mereka melakukan pergerakan dengan pantas terutama bagi individu yang terlibat dalam permainan sukan.

Sementara itu, kekerapan latihan, ulangan dan pengalaman individu dalam menjalani aktiviti sukan juga mampu meningkatkan tahap ketangkasan. Baumgartner

18

dan Jackson (1991) di dalam kajiannya telah mendapati bahawa tahap ketangkasan larian individu akan meningkat dari setiap percubaan setelah diberi sebanyak tiga kali percubaan berturut-turut. Susulan kajian yang dilakukan oleh Baumgartner dan Jackson (1991), Clarke (1997) telah membuat kajian tentang keberkesanan latihan Slide Board selama enam minggu sebagai satu program latihan pelaziman pra-pertandingan terhadap kekuatan dan ketangkasan otot hamstring. Hasil kajiannya telah membuktikan bahawa latihan selama enam minggu itu telah berjaya meningkatkan kekuatan penguncupan kosentrik otot hamstring dan ketangkasan lateral. Ini menunjukkan bahawa faktor latihan yang berterusan juga telah meningkatkan tahap ketangkasan individu.

Di samping itu, keberkesanan program latihan yang berkesan dan sistematik juga mampu meningkatkan tahap ketangkasan individu dalam permainan. Ini berdasarkan kajian yang di lakukan oleh Weatherly & Schick (1996) menyatakan adalah perlu bagi pasukan bola lisut membentuk dan menggubal program latihan yang berkesan kerana ia memerlukan setiap pemain untuk menukar arah dengan pantas. Kenyataan yang dinyatakan oleh mereka ini tidak terbatas kepada sukan bola lisut sahaja kerana sukan bola sepak juga memerlukan pemain menukar arah dengan pantas.

KUASA

Kuasa juga merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran. Dalam permainan bola sepak, kuasa otot kaki juga amat perlu dalam melakukan pergerakan seperti menanduk, melompat dan juga semasa melakukan sepakan. Memandangkan kuasa adalah penting dalam setiap jenis sukan 19

terutama seperti bola sepak, olahraga, bola tampar dan sebagainya maka ramai penyelidik talah melakukan banyak kajian berkaitan dengan kuasa. Barrow (1977) telah menyatakan bahawa jika lebih banyak kerja yang dilakukan dalam sesuatu masa akan menghasilkan lebih kuasa yang digunakan didalam sesuatu aktiviti. Menurut Barrow dan McGee (1979) mereka telah menyatakan bahawa kuasa adalah keupayaan individu untuk menghasilkan penguncupan otot maksimum pada kadar yang paling pantas. Berdasarkan kepada kenyataan mereka, ini jelas menunjukkan bahawa kuasa adalah keupayaan seseorang untuk menghasilkan penguncupan otot yang maksimum pada kadar yang paling singkat atau cepat. Contohnya di dalam permainan bola sepak, komponen kuasa ini amat diperlukan apabila seorang pemain melakukan lonjakan untuk membuat tandukan.

Kenyataan yang dibuat oleh Corbin dan Lindsey (1988), kuasa ialah komponen kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor kerana kuasa yang dihasilkan bergantung kepada kepantasan. Kajian yang dilakukan oleh Coutts (1975) tentang hubungkait diantara kuasa kaki dan prestasi pemain bola tampar Kanada. Tujuan kajian ini ialah untuk menguji kuasa otot kaki pemain tersebut dan dua jenis ujian yang telah dijalankan untuk menguji kuasa otot kaki ialah Ujian Margaria-Kalamen dan Ujian Lompat Sargent. Berdasarkan kepada keputusan ujian tersebut menunjukkan bahawa tiada korelasi diantara keputusan nilai velositi kedua-dua ujian tersebut. Walaubagaimanapun terdapat hubungkait yang nyata pada nilai kuasa bagi kedua-dua ujian ini.

Seterusnya Oshea dan rakan-rakan (1992), telah membuat kajian perbandingan untuk menguji keberkesanan tiga program latihan iaitu latihan squat, pliometrik dan squat-pliometrik untuk meningkatkan kuasa pada bahagian pinggul dan paha. Subjek

20

yang telah dipilih untuk kajian ini terdiri daripada 48 orang yang mengikuti kelas untuk latihan kekuatan. dan mereka telah dibahagiakan secara saksama dalam empat kumpulan besar dengan 12 orang setiap kumpulan. Secara keseluruhannya terdapat tiga kumpulan yang akan melakukan latihan yang berlainan sementara satu kumpulan lagi bertindak sebagai kumpulan kawalan. Kesemua subjek akan menjalani latihan selama dua hari seminggu untuk tempoh tujuh minggu. Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan kuasa pinggul dan paha bagi ketiga-tiga kumpulan.

KEPANTASAN

Satu lagi komponen yang terlibat dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran adalah kepantasan. Dalam permainan bola sepak, kepantasan merupakan salah satu aspek penting kerana setiap pemain yang mempunyai tahap kepantasan yang baik merupakan satu kelebihan bagi sesebuah pasukan. Kepantasan selalu digunakan untuk membuat pecutan, larian dengan bola dan mengelecek pihak lawan. Dari segi definisi, Hastad dan Lacey (1998) telah menyatakan bahawa kepantasan ialah keupayaan melakukan pergerakan dalam jangka masa yang pendek.

Sementara Brook (1988) pula menyatakan kepantasan merupakan salah satu komponen yang paling penting di dalam acara-acara yang melibatkan daya tahan seperti bola sepak, hoki dan sebagainya. Oleh itu, adalah penting untuk individu meningkatkan tahap kepantasan yang secara tidak langsung akan meningkatkan daya tahan. Beliau juga menyatakan peningkatkan di dalam jarak langkahan kaki juga akan dapat meningkatkan kepantasan. Ini disusuli pula kenyataan yang telah dibuat oleh Hemery (1988) menyatakan bahawa tahap kepantasan adalah bergantung kepada kadar nisbah

21

anggota tubuh kepada kuasa. Ini bermakna, anggota tubuh individu mestilah berada dalam keadaan cergas untuk melakukan penambahan kuasa dalam pergerakannya yang seterusnya akan meningkatkan kepantasan. Selain dari aspek latihan yang boleh meningkatkan kepantasan, motivasi juga dapat memberi kesan kepada kepantasan seseorang Ini berdasarkan kajian oleh Harari (1969) yang mengkaji kesan motivasi ke atas pemain bola sepak dalam ujian 200 meter. Sebahagian daripada pemain tersebut telah diberitahu tentang masa terbaik yang dilakukan oleh rakan mereka manakala sebahagian lagi telah diberikan masa terbaik yang dilakukan oleh diri mereka sendiri. Dapatan kajian menunjukkan pemain yang menerima maklumat tentang masa yang terbaik yang dilakukan oleh rakan mereka akan melakukan masa yang terbaik dalam bentuk maklumat. Hasil kajian mendapati motivasi berkenaan mampu meningkatkan kepantasan pergerakan.

MASA REAKSI

Komponen yang keempat di dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ialah masa reaksi. Masa reaksi yang baik akan membolehkan setiap atlit bertindak dengan cepat dalam situasi permainan. Sebelum melihat kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik tentang masa reaksi, terlebih dahulu kita melihat definisi yang telah diberikan oleh individu tertentu.

Definisi yang dinyatakan oleh Oxendine (1968) ialah masa reaksi boleh diukur secara objektif dan pengukurannya pula agak tepat bagi menyatakan tahap prestasi masa reaksi individu tersebut. Oleh itu, masa reaksi merujuk kepada kepantasan membuat keputusan dan memulakan aksi, keupayaan antisipasi yang tinggi boleh

22

mempercepatkan masa reaksi. Berdasarkan kepada definisi tersebut, ia menyatakan bahawa masa reaksi juga ada hubungkait dengan kepantasan kerana dua elemen tersebut merupakan perkara penting untuk kejayaan prestasi kecergasan motor dalam kebanyakan sukan. Kajian tentang masa reaksi ini di mulakan pada sekitar tahun 1950an lagi dimana Sigerseth dan York (1954) dalam telah membuat perbandingan kepantasan masa reaksi diantara atlit dan bukan atlit. Hasil daripada kajian tersebut, mereka telah merumuskan bahawa atlit mempunyai kepantasan masa reaksi yang lebih baik jika dibandingkan dengan bukan atlit. Salah satu faktor yang mempengaruhi dapatan kajian ini ialah, menurut mereka latihan-latihan untuk meningkatkan prestasi sukan juga dapat meningkatkan kepantasan masa reaksi. Ini bermakna bahawa individu yang terlibat secara langsung dengan sukan yang melakukan latihan yang sistematik mampu meningkatkan masa reaksi mereka.

Kenyataan tersebut telah di sokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Dintiman (1964) yang mendapati bahawa kombinasi latihan-latihan membina

kecergasan dan bebanan yang sistematik dapat meningkatkan kepantasan pergerakan dan kepantasan masa reaksi seseorang atlit. Sementara William (1995)

memperkukuhkan lagi kajian tersebut dengan menyatakan bahawa latihan berintensiti tinggi dapat meningkatkan masa reaksi.

Satu kajian yang telah dibuat oleh Sheldon (1979) menunjukkan bahawa masa reaksi mudah adalah lebih pantas daripada masa reaksi pilihan dengan memilih seramai 12 orang pemain hoki Universiti. Di dalam kajian yang dilakukannya, subjek akan bertindak sebagai penjaga gol akan di uji berdasarkan kepada dua jenis masa reaksi iaitu mudah dan pilihan. Pergerakan mereka akan dikesan pada tangan dan kaki melalui

23

litar pemutus cahaya dimana pakaian peserta akan dipasang dengan suis pemutus litar yang mampu mengesan gerak balas hingga ke milisaat. Sebuah kotak mengandungi empat lampu rangsangan dan satu lampu amaran diletakkan 5 meter kaki dihadapan pintu gol.

Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Hascelik, Basgoze, Turker, Norman dan Ozker (1989) berkenaan kesan latihan fizikal terhadap kecergasan fizikal dan masa reaksi. Hasil kajian mereka telah menunjukkan bahawa individu yang melakukan latihan fizikal dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan masa reaksi. Walaubagaimana pun, tidak semua latihan fizikal yang diikuti dapat meningkatkan masa reaksi kerana ia juga bergantung kepada intensiti, corak latihan dan jangka masa latihan dijalankan. Sementara itu, tahap penglibatan atlit juga mampu mempengaruhi kepantasan masa reaksi. Berdasarkan kajian yang dibuat menunjukkan kepantasan masa reaksi atlit yang mewakili universiti adalah tinggi berbanding pelajar yang terlibat dalam peringkat dalaman (Magil, 1985). Ini bermakna, individu yang terlibat dalam pertandingan peringkat tinggi seperti peringkat kebangsaan mempunyai masa reaksi yang baik berbanding atlit yang mewakili peringkat sekolah.

KESEIMBANGAN

Seperti dalam sukan gimnastik yang memerlukan atlit mempunyai tahap keseimbangan yang tinggi sukan lain seperti bola sepak juga memerlukan setiap pemain mempunyai tahap keseimbangan yang baik. Contohnya semasa menanduk bola dan berlari memerlukan keseimbangan kerana tanpa keseimbangan yang baik mungkin tandukan yang dilakukan tidak menepati ssasaran. Dari segi definisi, Hastad dan Lacey

24

(1988) keseimbangan ialah kebolehan individu mengekalkan sistem saraf otot dalam keadaan untuk bertindak balas secara berkesan atau kecekapan semasa melakukan pergerakan. Berdasarkan petikan daripada Johnson dan Nelson (1986) pula, beberapa kajian praktikal yang awal berkaitan keseimbangan statik dan dinamik telah dijalankan pada tahun (1939) oleh Ruth Bass. Hasil daripada kajian yang dilakukan, didapati bahawa tahap keseimbangan statik adalah berdasarkan kepada tempoh masa seseuatu kedudukan pegun dapat dikekalkan dan diukur dengan melaui Ujian Kayu Bass Melintang dan Ujian Kayu Bass Memanjang.

Johnson (1979) telah memperkenalkan sejenis alat iaitu Levelometer didalam ujian Challenger yang membolehkan ukuran kemahiran keseimbangan diambil daripada posisi bagi displin beberapa jenis sukan tertentu sahaja. Johnson dan Nelson (1986) menyatakan apabila umur meningkat, latihan fizikal akan membantu memperkukuhkan tahap keseimbangan seseorang individu. Sementara Layne dan Abraham (1987) telah mengkaji corak aktiviti pergerakan otot kaki hasil ujian dirian sebelah kaki. Alat electromyographic (EMG) digunakan untuk mengesan pergerakan otot tibialis anterior, peroneus longus, gluteus medius dan adductor magnus. Responden yang dipilih terdiri draipada sepuluh orang kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun. Setiap subjek dikehendaki melakukan imbangan sebelah kaki di atas sebuah pelantar yang boleh mengesan penyesuaian posisi tubuh selama 30 saat setiap percubaan. Hasil daripada ujian yang dijalankan menunjukkan peralihan keseimbangan ke sisi dipengaruhi oleh otot pergelangan kaki, manakala otot bahagian pinggang menstabilkan pelvis . Walaupun begitu, didapati otot pinggang tidak konsisten dengan aktiviti pergelangan kaki.

25

Selain dari postur badan memainkan peranan semasa imbangan, penglihatan juga merupakan aspek yang penting dalam keseimbangan kerana setiap lakuan yang dilakukan tanpa penglihatan akan memberi kesan ke atas keseimbangan inidvidu.. Ini telah di buktikan oleh Robertson dan Elliot (1996) yang melakukan kajian bahawa tanpa penglihatan ahli gimnastik yang telah mahir dalam imbangan dinamik di atas palang akan menghadapi masalah saam dengan ahli gimnastik yang kurang mahir. Ini kerana visual information memainkan peranan yang penting dalam mengawal motor keseimbangan pada peringkat permulaan, maka proprioceptive information menjadi lebih penting dalam menjalankan latihan pada peringkat seterusnya. Sensory information menjadi semakin kurang penting apabila terdapat vestibular information sahaja. .Secara keseluruhannya, keseimbangan ini merupakan satu proses yang komplek kerana ia banyak melibatkan sensori motor dan juga fungsi fisiologi.

KOORDINASI

Komponen yang terakhir dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran adalah koordinasi. Koordinasi adalah merupakan kemampuan dan kebolehan

menggunakan pancaindera serta anggota badan dan berkaitan dengan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana lakuan yang dikehendaki. Kebolehan ini merupakan panduan di antara pelbagai kebolehan yang disatukan bagi meghasilkan suatu pergerakan yang licin. Koordinasi juga bolehlah ditakrifkan sebagai keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan individu. Dalam permainan bola sepak, koordinasi juga adalah penting dalam melakukan pelbagai pergerakan seperti mengecek bola dan juga larian bersama bola.

26

Barrow dan Mc Gee, (1979), telah mengatakan bahawa koordinasi mempunyai kaitan dengan imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Umur didapati mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan dan mata dengan kaki. Koordinasi juga melibatkan keupayaan motor individu dalam melakukan pergerakan tersebut. Barrow (1977) telah menjadikan pelajar lelaki kolej sebagai subjek dalam ujian lakuan motor. Hasil kajian tersebut, Barrow memperkenalkan dua set bateri ujian. Bateri ujian pertama terdiri daripada enam item iaitu lompat jauh berdiri, lontar softball, lari zigzag, lantun bola ke dinding, lontar bola segar dan lari pecut enam puluh ela. Bateri ujian kedua terdiri daripada tiga item iaitu lompat jauh berdiri, lontar bola segar dan lari zigzag.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dinyatakan, jelas bahawa kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini adalah penting bagi individu yang terlibat secara aktif dengan sukan. Secara keseluruhannya, kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini amat diperlukan terutama bagi individu yang terlibat dengan pelbagai aktiviti sukan. Ini termasuklah sukan bola sepak dimana setiap pemain perlu menguasai setiap komponen di dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini bagi meningkatkan prestasi mereka semasa perlawanan dan latihan. Jika dilihat dari setiap komponen kecergasan fizikal berlandakan kemahiran di atas, menunjukkan bahawa penyelidik telah membuat kajian dengan mengaitkan setiap komponen dengan faktor yang mampu meningkat kecergasan motor inidividu. Di antara faktor tersebut adalah seperti kekerapan latihan, intensiti latihan dan program latihan mampu untuk meningkatkan kecergasan motor individu.

27

Selain itu faktor umur juga turut mempengaruhi kecergasan motor di mana individu yang semakin berusia akan mengalami penurunan dari segi kecergasan motor mereka. Selain itu, penyelidik lampau juga telah melakukan kajian tentang keberkesanan ujian dan jenis latihan yang mampu meningkatkan kecergasan motor individu. Kesemua faktor tersebut telah dibuktikan oleh mereka di dalam kajian mereka yang terdahulu. Secara keseluruhannya, aspek kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini dapat membantu dalam aktiviti dan gerak kerja fizikal yang spesifik. Peningkatan tahap

kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan yang mungkin timbul ketika melakukan aktiviti yang lebih dari lakuan biasa harian terutama apabila melibatkan aktiviti sukan pada tahap prestasi tinggi.

28

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini adalah berkaitan dengan metadologi kajian. Perkara yang akan dibincangkan di dalam bab ini termasuklah reka bentuk kajian, tempat kajian, pemboleh ubah kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, pengumpulan data dan penganalisian data.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kaedah eksperimenta.. Menurut Majid (2000), reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang akan dilakukan. Kajian ini berbentuk deskriptif iaitu penyelidikan yang dilakukan dengan matlamat mengkaji dan menerangkan peristiwa yang sedang berlaku. Hasil dapatan kajian yang diperolehi untuk dianalisis dalam kajian ini diambil dari pemain bola sepak bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah, Seremban. Item dalam kajian berhubung dengan aspek kecergasan fizikal yang berlandaskan kemahiran iaitu ketangkasan, masa reaksi, keseimbangan, kepantasan, koordinasi dan kuasa.

SAMPEL KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah memilih reka bentuk persampelan rawak mudah. Persampelan rawak mudah membolehkan setiap individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dalam sampel. Kaedah ini membolehkan penyelidik mengesan anggaran ralat persampelan. Subjek yang di pilih dalam kajian ini terdiri daripada dua kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan pemain bola sepak bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Duran dan kumpulan pemain bawah 23 tahun Negeri Sembilan. Sampel atau subjek kajian terdiri daripada 40 orang iaitu 20 pemain bagi pasukan 23 tahun sementara 20 pemain lagi daripada pasukan bawah 18 tahun. Subjek tersebut dipilih kerana seiring dengan objektif kajian yang ingin melihat dan mengukur tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran setiap pemain yang mewakili pasukan tersebut selain daripada pasukan tersebut mempunyai latihan yang konsisten sepanjang tahun.

31

PEMBOLEHUBAH KAJIAN Di dalam kajian ini terdapat 2 pembolehubah yang digunakan iaitu:

i) Pembolehubah Tidak Bersandar

Pembolehubah tidak bersandar bagi ujian tahap kecergasan fizikal dalam penyelidikan ini ialah 40 pemain pemain bola sepak yang di bahagikan mengikut kumpulan umur setiap pasukan.

ii) Pembolehubah Bersandar

Pembolehubah bersandar bagi ujian tahap kecergasan fizikal dalam kajian ini ialah, tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pelajar yang diukur dengan menggunakan ujian lompat menegak, ujian dirian bangau, ujian SEMO, ujian larian pecut 50 ela, ujian zig zag bola sepak dan ujian tindak balas pergerakan Nelson yang mana setiap ujian tersebut mewakili komponen kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran.

32

INSTRUMEN KAJIAN

Menurut Majid (2000) instrumen kajian merupakan alat yang digunakan untuk mengukur dan mengumpul bukti empirik. Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan 6 ujian untuk menguji tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran iaitu:

1) UJIAN KESEIMBANGAN DIRIAN BANGAU PERKARA KETERANGAN

Objektif

Ujian ini bertujuan untuk mengukur imbangan statik subjek di atas bebola kaki dominan. r = 0.87 Kesahan lahir diterima Jam randik i. Subjek berdiri di atas bebola kaki dominan. Sebelah kaki lagi diletakkan menapak pada bahagian sisi lutut yang dominan tadi. ii. iii. Kedua- dua tangan menyekak di pinggang. Bila isyarat mula, subjek mengangkat tumit kaki dominan dan berdiri dengan bahagian bebola kaki. Bacaan masa dimulakan. Subjek

Kebolehpercayaan Kesahan Alatan

Prosedur ii.

dikehendaki mengekalkan kedudukan ini

Skor

i. ii.

Subjek diberikan tiga percubaan. Masa terbaik akan diambil untuk pengukuran

33

2) UJIAN KETANGKASAN SEMO PERKARA Objektif MAKLUMAT / BUTIRAN Iaitu menguji ketangkasan umum anggota badan semasa melakukan melakukan pergerakan ke hadapan dan ke belakang dan ke sisi.

Kesahan

R=0.63 (Johnson & Nelson 1986)

Kebolehpercayaan

R=0.88 (Johnson & Nelson 1986)

Kemudahan / Alatan

i. ii. iii.

Kawasan seluas 12 X 9 Skital 4 Jam randik 1 Peserta berdiri di belakang garisan permulaan

Arahan / Penerangan

1.

2.

Peserta berlari apabila dilepaskan secara sisi tanpa menyilang kaki ke skital B.

3. 4. 5. 6.

Lari mengundur dari skital B ke skital D Lari pecut dari skital D ke A. Larian secara mengundur dari A ke C Larian pecut dari C ke B dan ke A sehingga ke garisan penamat.

7.

Peserta diberi 2 percubaan dan masa terbaik akan diambil .

34

3) UJIAN PERGERAKAN TINDAK BALAS NELSON

Perkara Objektif

Penjelasan Ujian Di akhir ujian, subjek dapat membuat pengukuran tindak balas dan bergerak pantas apabila rangsangan pilihan diberi

Kesahan Kebolehpercayaan Alatan

Kesahan muka diterima Dilaporkan r = 0.87 (Johnson & Nelson, 1986) i. Pita pengukur ii.Pita pelekat iii.Jam randik iv.Skitel

i.Subjek berada di titik tengah antara dua garisan penamat Kaedah dan dalam bersedia menghadap penguji

ii.Jarak antara dua garis penamat adalah 14 ela.

iii. Penguji memegang jam randik dengan tangan di angkat ke atas.

iv. Penguji menyebut SEDIA dan memberi isyarat MULA dengan mengarah tangan samada ke kiri atau kanan. Bacaan masa di buat serentak dengan isyarat mula yang diberikan.

v. Subjek bergerak pantas ke arah yang di tunjukkan hingga garisan penamat.

35

vi. Jam randik dihentikan apabila subjek tiba di garisan penamat. Skor i. Subjek diberi percubaan sebanyak 10 kali iaitu 5 ke kanan dan 5 ke kiri yang diberikan secara rawak.

ii.Jeda rehat selama 20 saat setiap percubaan.

iii.Masa diambil apabila penguji mengarahkan tangan dan hingga subjek melintasi garisan.

iv. Skor diambil daripada purata 5 bacaan masa yang terdekat.

UJIAN LARIAN PECUT 50 ELA

Objektif Kesahan

Untuk mengukur kelajuan seseorang Kesahan binaan. ( AAPHER 1976 dalam buku Hastad dan Lacy 1998 ).

Kebolehpercayaan :

r = .94 ( Jackson dan Baumgartner 1969 dalam buku Hastad dan Lacy 1998 ).

Alatan ujian

i.Dua jam randik ii.Tapak larian yang sesuai iii. Bendera kecil

Prosedur ujian:

1. Dua sampel berlari dalam masa yang sama. 2. Berdiri dalam keadaan bersedia. 3. Pelepas memberi arahanready dan go sambil menjatuhkan bendera .

36

4. Semasa

memberi

arahan

mula,

penguji

menjatuhkan tangan agar penjaga masa dihujung trek dapat melihat permulaan ujian . 5. Sampel berlari sepantas yang boleh melepasi jarak 50 ela. Skor i. Masa diambil bila penguji menjatuhkan tangan ii. Masa juga di catat berdasarkan 10 saat yang hampir iii. Masa akan di catat dalam borang skor.

UJIAN LOMPATAN MENEGAK (VERTICAL JUMP) Perkara Objektif Penerangan Pada akhir ujian pelajar-pelajar dapat: a. Mengukur kuasa kedua belah kaki dalam aktiviti lompatan menegak dengan betul dan tepat.

b. Menggunakan

data

yang

diperolehi

bagi

menentukan kuasa kaki berpandukan jadual skor lompatan menegak. Kebolehpercayaan Dilaporkan r = 0.93, (Johnson dan Nelson, 1986) Keobjektifan 0.93 [Jack Clayton, (1969) dalam Johnson dan Nelson, 1986] Kesahan Alatan 0.78 (Johnson dan Nelson, 1986) 1. Serbuk kapur/tepung

2. Pita pengukur

37

3. Pemadam papan hitam

4. Kerusi

5. Permukaan dinding yang rata sekurang-kurangnya 12 kaki tinggi dari lantai Prosedur a. Subjek berdiri sisi di tepi dinding dan kaki di buka seluas bahu tanpa memakai kasut.

b. Subjek mencelupkan jarinya ke dalam serbuk kapur/tepung pada tangan yang paling hampir dengan dinding.

c. Sebelah tangan subjek yang ada serbuk kapur diluruskan ke atas dan ditandakan ukuran sebelum membuat lompatan.

d. Subjek membengkokkan lutut, hayunkan tangan, melompat ke atas lalu membuat tanda. dengan jari pada dinding.

e. Subjek diberi tiga percubaan.

f.

Penguji memberi motivasi pada percubaan terakhir dengan memberitahu bahawa ini adalah percubaan terakhir serta meminta subjek untuk melompat setinggi yang boleh.

Pengukuran

Perbezaan jarak antara tanda sebelum melompat dengan tanda yang paling tinggi dicapai semasa lompatan dikira skor.

Catatan

Lompatan yang hilang imbangan tidak diambil kira.

38

UJIAN KEMAHIRAN ZIG ZAG BOLASEPAK (AAPHERD) PERKARA Objektif KETERANGAN 1. Mengukur kebolehan menggelecek dan mengawal bola dengan kedua dua belah kaki. Kesahan Kebolehpercayaan Alatan Dilaporkan r = 0.92 Dilaporkan r = 0.99 1. Bola sepak 2. Skitel 3. Jam randik 4. Kad skor 5. Kad arahan 6. Pita penanda Prosedur 1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan. 2. Bola hendaklah di belakang garisan 3. Apabila isyarat mula diberikan, subjek mula menggelecek ke sebelah kiri halangan pertama dan ke sebelah kanan halangan kedua. 4. Gunakan kedua belah kaki kiri dan kaki kanan apabila menggelecek ke kanan dan ke kiri apabila menggelecek ke kiri. 5. Subjek perlu mengawal bola dengan kedua dua belah kaki dan ini dapat mengelakkan yang

kemungkinan diletakkan.

melanggar

penghalang

39

Pengukuran

1. Masa dicatat sebaik sahaja isyarat mula dan apabila bola melintasi garisan permulaan. 2. Skor dalam ujian ini adalah masa terbaik daripada tiga percubaan yang dilakukan.

PENGUMPULAN DATA

Menurut Ahmad Hashim (2003), prosedur untuk menjalankan ujian kecergasan melibatkan lapan tugas iaitu memahami ujian, membina prosedur ujian, membina arahan, persediaan individu untuk diuji, aktiviti memanaskan badan dan ujian percubaan, peralatan yang selamat dan persediaan kemudahan ujian, borang skor ujian dan anggaran masa melakukan ujian. Di antara langkah yang di jalankan oleh penyelidik dalam melakukan kajian ini ialah:

1) Penyelidik akan memberi taklimat kepada subjek yang dipilih mengenai tujuan dan objektif pengukuran ini dijalankan dan menerangkan kepada subjek tentang peralatan yang akan digunakan serta prosedur pengukuran yang hendak dilakukan.

2) Sebelum melakukan ujian penyelidik akan memastikan semua kemudahan dan peralatan ujian berada dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.

40

3) Setelah kesemua selesai, penyelidik akan mengedarkan borang skor kepada subjek dan mereka dikehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki terutama tentang butir diri subjek.

4) Penguji akan menjelaskan kepada subjek tentang ujian yang dijalankan serta skor yang diambil. Sebelum melakukan ujian penguji akan melakukan demonstrasi supaya subjek faham dan jelas tentang ujian yang perlu dilakukan.

5) Setelah kesemua ujian selesai, penyelidik akan mengumpulkan kesemua data untuk di analisi.

6) Tambahan: Memandangkan terdapat enam ujian, maka penyelidik akan melakukan 2 fasa ujian iaitu: i) ii) Fasa I: Pengukuran bagi Pemain Bawah 18 tahun Fasa II: Pengukuran bagi Pemain Bawah 23 tahun.

Selain itu, di sebabkan tempoh masa yang terhad terutama melibatkan subjek, maka penyelidik telah melakukan ujian selama 2 hari bagi setiap fasa dengan 3=1 hari.

41

PENGANALISIAN DATA

Kesemua data yang diperolehi daripada enam ujian yang di jalankan merupakan skor mentah dan akan di tukarkan kepada skor-t.. Analisa secara statistik akan di gunakan bagi mengetahui perbezaan skor min di antara kedua-dua subjek. Perbandingan skor min dari enam ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran akan dianalisis menggunakan perisian SPSS-Version 11.5. Ujian-t akan digunakan untuk menentukan samada hipotesis nol di terima atau ditolak dan pengujian hipotesis di buat berdasarkan tahap keertian p=0.05

42

BAB IV

ANALISIS DATA

Dalam bab

ini, penyelidik akan menganalisis data yang diperolehi

berdasarkan ujian yang telah di jalankan. Penyelidik akan menganalisis data demografi subjek berdasarkan pasukan bola sepak yang di wakili pemain, umur, berat dan ketinggian pemain. Bahagian seterusnya, penyelidik akan menganalisis data yang diperolehi daripada 6 ujian yang di jalankan.

Jadual 4.1 Bilangan Subjek Berdasarkan Pasukan Bola Sepak Yang Di Wakili

PASUKAN SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

BILANGAN 20 20 40

PERATUS 50% 50%

NEGERI SEMBILAN JUMLAH N= 40 Pemain

100%

Jadual 4.1 menunjukkan analisis statistik bilangan pemain mengikut pasukan yang di wakili. Daripada jumlah keseluruhan terdapat seramai 40 orang pemain bagi kedua-dua pasukan. Bagi pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah terdapat seramai 20 orang pemain atau (50%) manakala 20 orang pemain (50%) terdiri daripada pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan.

Jadual 4.2 Bilangan Subjek Berdasarkan Umur Mengikut Pasukan Yang Di Wakili

PASUKAN SMK. TUNKU AMPUAN DURAH (BAWAH 18 TAHUN)

UMUR

BILANGAN

PERATUS

16 17

8 12

40% 60%

JUMLAH 19 NEGERI SEMBILAN 20 21

20 5 11 4

100% 25% 55% 20%

JUMLAH

20

100%

N= 40 Pemain

Jadual 4.2 menunjukkan analisis statistik pemain kedua-dua pasukan mengikut umur. Hasil analisis menunjukkan pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah terdiri daripada 8 orang pemain (40%) yang berumur 16 tahun dan 12 orang pemain (60%) yang berumur 17 tahun. Bagi pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan pula, terdapat 5 orang pemain (25%) yang berumur 19 tahun, 11 orang pemain (55%) berumur 20 tahun dan 4 orang pemain (20%) berumur 21 tahun.

44

Jadual 4.3 Taburan Berat Pemain Pasukan Bawah 18 Tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

BERAT 45-55 Kg 56-65 Kg 66-75 Kg

BILANGAN 10 8 2 20

PERATUS 50% 40% 10% 100%

JUMLAH

NEGERI SEMBILAN

50-60 Kg 61-70 Kg 71-80 Kg

7 11 2 20

35% 55% 10% 100%

JUMLAH

Jadual 4.3 menunjukkan taburan berat pemain pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah. Seramai 10 orang (50%) pemain mempunyai berat 45-55 kg dan 8 orang (40%) pemain mempunyai berat antara 56-65 kg. Sementara hanya 2 pemain (10%) mempunyai berat 66-75 kg. Manakala bagi pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan, terdapat seramai 7 orang (35%) pemain mempunyai berat 50-60 kg dan 11 orang (55%) pemain mempunyai berat 61-70 kg. Bagi berat 71-80 kg pula, hanya terdapat 2 pemain (2%). Daripada data tersebut menunjukkan pemain pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan mempunyai berat yang lebih dari pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah.

45

Jadual 4.4 Taburan Ketinggian Pemain Pasukan Bawah 18 Tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

TINGGI 160-165 cm 166-170 cm 171-175 cm

BILANGAN 4 11 5 20

PERATUS 20 55 25 100% 15 55 30 100%

JUMLAH

NEGERI SEMBILAN

165-170 cm 171-175 cm 176-180 cm

3 11 6 20

JUMLAH

Data di atas menunjukkan taburan ketinggian pemain bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan 23 tahun Negeri Sembilan. Bagi pasukan bawah 18 tahun, seremai 4 pemain (20%) mempunyai ketinggian 160-165 cm manakala 11 pemain (55%) mempunyai ketinggian 166-170 cm. Bagi ketinggian 171-175 cm pula, hanya terdapat 5 pemain (25%). Pasukan bawah 23 tahun pula terdapat 3 pemain (15%) mempunyai ketinggian 165-170 cm manakala 11 pemain (55%) mempunyai ketinggian 171-175 cm. Seramai 6 pemain (30%) mempunyai ketinggi 176-180 cm. Analisis tersebut menunjukkan bahawa pemain pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan mempunyai tahap ketinggian yang lebih berbanding pasukan bawah 18 tahun.

46

Jadual 4.5 Perbandingan Min Berat dan Tinggi Pasukan Bawah 18 Tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan.

PASUKAN

MIN (BERAT)

MIN (TINGGI)

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH NEGERI SEMBILAN

56.9 KG 63.35 KG

168.15 173.75

Jadual 4.5 menunjukkan perbandingan skor min bagi tinggi dan berat antara pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan. Min bagi berat pemain pasukan bawah 18 tahun ialah 56.9 kg manakala pasukan bawah 23 tahun ialah 63.35. Sementara min bagi ketinggian pasukan bawah 18 tahun ialah 168.15 dan pasukan bawah 23 tahun ialah 173.75. Daripada jadual tersebut jelas menunjukkan bahawa pemain bawah 23 tahun Negeri Sembilan mempunyai berat dan tinggi yang lebih berbanding dengan pemain bawah 18 tahun. Perbezaan skor min bagi tinggi ialah 5.6 cm manakala untuk berat badan pula ialah 6.45 kg.

47

Jadual 4.6 Perbandingan Nilai Min dan Sisihan Piawai Skor t Ujian Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawh 23 Tahun Negeri Sembilan

UJIAN

SUBJEK

MIN

SISIHAN PIAWAI

Ujian Dirian Bangau

STAD NEGERI SEMBILAN

49.51 50.49 47.81 52.21 50.43 48.57 49.79 49.50 51.50 48.25 50.64 48.57

8.90 11.21 12.54 6.15 10.78 10.31 1.16 0.84 7.32 9.81 12.94 6.01

Ujian Lompat Menegak

STAD NEGERI SEMBILAN

Ujian Zig Zag Bola Sepak

STAD NEGERI SEMBILAN

Ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson Ujian Pecut 50 ela

STAD NEGERI SEMBILAN STAD NEGERI SEMBILAN

Ujian Ketangkasan SEMO

STAD NEGERI SEMBILAN

48

Rajah 4.1 : Perbezan Min Skor T Bagi Pasukan Bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah.

255

205

155

BWH 13 THN BAWAH 14 THN

105

55

5
BMI DJ BTLB LJB BLEEP JUMLAH SKOR T

Jadual 4.6 menunjukkan data deskriptif yang di perolehi hasil daripada enam ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang telah di lakukan ke atas pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan. Hasil daripada skor mentah yang diperolehi, skor tersebut akan di tukar kepada skor Z terlebih dahulu sebelum mendapat jumlah min skor T.Dalam ujian dirian bangau, min pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah 49.51 49

berbanding pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan iaitu 50.49. Perbezaan min antara kedua-dua pasukan ialah 0.98. Sementara bagi i ujian lompat menegak pula, min bagi pasukan SMK. Tunku Ampuan Durah adalah 47.81 dan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan ialah 52.21.Skor tersebut menunjukkan perbezaan min skor t ialah 4.4. Untuk ujian zig zag bola sepak pula, menunjukkan min pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah lebih tinggi 50.43 dan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan ialah 48.57. Di sini terdapat perbezaan sebanyak 1.86.Manakala bagi ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson pula, perbezaan min kedua-dua pasukan ialah 0.29. Min bagi pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah ialah 49.79 sementara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan ialah 49.50. Dalam ujian lari pecut 50 ela, min pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah ialah 51.50 dan nilai min pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan adalah 48.25. Perbezaan min pula ialah 3.25. Dalam ujian ketangkasan SEMO pula, nilai min pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah ialah 50.64 berbanding pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan pula nilai min ialah 48.57. Secara keseluruhanya, keputusan min skor t ini tidak menunjukkan t perbezaan yang ketara di antara skor min bagi kedua-dua pasukan.

50

Jadual 4.7 Perbandingan Nilai Min Ujian Dirian Bangau bagi Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH NEGERI SEMBILAN

49.51

8.90 38 -.305 .762

50.49

11.21

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di perolehi ialah -.305.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap keseimbangan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap keseimbangan pasukan bawah 23 tahun (min=50.49) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah (min=49.51).

51

Rajah 4.2 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Dirian Bangau

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

-4.439

- 2.024

-0.305

+2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu -0.305 bagi ujian Dirian Bangau menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol pertama yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap keseimbangan antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

52

Jadual 4.8 Perbandingan Nilai Min Bagi Ujian Lompat Menegak bagi Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH NEGERI SEMBILAN

47.81

12.54 38 -1.411 .169

52.21

6.15

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di perolehi ialah 1.411.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kuasa kaki pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap kuasa kaki pasukan bawah 23 tahun (min=52.21) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah (min=47.81).

53

Rajah 4.3 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Lompat Menegak

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

-4.439

- 2.024

-1.411

+2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 1.411 bagi ujian Lompat Menegak menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol kedua yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kuasa kaki antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

54

Jadual 4.9 Perbandingan Nilai Min Ujian Zig Zag Bola Sepak bagi Pasukan Bawah 18 Tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH NEGERI SEMBILAN

50.43

10.78 38 .557 .581

48.57

10.31

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di perolehi ialah 0.557.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap koordinasi pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap koordinasi pasukan bawah 23 tahun (min=48.57) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah (min=50.43).

55

Rajah 4.4 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Zig Zag Bola Sepak

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

-4.439

- 2.024

0.557

+2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 0.557 bagi ujian Zig Zag Bola Sepak menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol ketiga yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap koordinasi antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

56

Jadual 4.10 Perbandingan Nilai Min Bagi Ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson bagi Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

49.79

1.16 38 .892 .378

NEGERI SEMBILAN

49.50

0.84

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di perolehi ialah 0.892.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap masa reaksi pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap masa reaksi pasukan bawah 23 tahun (min=49.50) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah (min=49.79).

57

Rajah 4.5 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

-4.439

- 2.024

0.892

+2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 0.892 bagi ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol keempat yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap masa reaksi antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

58

Jadual 4.11 Perbandingan Nilai Min Ujian Lari Pecut 50 ela Bagi Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

51.50

7.32 38 1.188 .242

NEGERI SEMBILAN

48.25

9.81

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di perolehi ialah 1.188.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kepantasan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap kepantasan pasukan bawah 23 tahun (min=48.25) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah (min=51.50).

59

Rajah 4.6 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Lari Pecut 50 ela

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

- 2.024

1.188

+2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 1.188 bagi ujian Lari Pecut 50 ela menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol kelima yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap masa reaksi antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

60

Jadual 4.12 Perbandingan Nilai Min Bagi Ujian Ketangkasan SEMO bagi Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

50.64

12.94 38 .649 .520

NEGERI SEMBILAN

48.57

6.01

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di perolehi ialah 0.649.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kepantasan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap kepantasan pasukan bawah 23 tahun (min=48.57) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah (min=50.64).

61

Rajah 4.7 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Ketangkasan SEMO

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

- 2.024

0.649

+2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 0.649 bagi ujian Krtangkasan SEMO menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol keenam yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap masa reaksi antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

62

Jadual 4.13 Perbandingan Nilai Min Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran bagi Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

299.68

28.04 38 .251 .803

NEGERI SEMBILAN

297.60

24.33

Analisis ujian-t menunjukkan pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di perolehi ialah 0.251.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan bawah 23 tahun (min=297.60) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah (min=299.68).

63

Rajah 4.8 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

Penolakan Hipotesis

- 2.024

0.251

+2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 0.251 menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol ketujuh yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

64

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Di dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi melalui enam ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang di jalankan. Selain itu, penyelidik juga akan membincangkan dapatan kajian yang diperolehi dengan menghubung kaitkan dengan penulisan berkaitan. Di samping itu juga, penyelidik akan mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai agar dapat di jadikan panduan kepada pihak yang terlibat atau penyelidik pada masa hadapan ke arah meningkatkan lagi tahap kecergasan fizikal atlet.

PERBINCANGAN Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam objektif kajian iaitu untuk melihat perbandingan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dengan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan. Maka tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan tersebut telah di nilai berdasarkan kepada enam ujian bagi menguji tahap keseimbangan, kuasa, koordinasi, ketangkasan, kepantasan dan masa reaksi.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min skor pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan adalah lebih baik daripada pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah. Hasil analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor bagi ujian Dirian Bangau, Lompat Menegak, Zig Zag Bola Sepak, Ketangkasan SEMO, Tindak Balas Pilihan Nelson dan Lari Pecut 50 ela. Hipotesis kajian pula menunjukkan hipotesis nol pertama hingga keenam yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah di terima manakala. hipotesis alternatif di tolak. Begitu juga dengan hipotesis nol ketujuh yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan fizikal

berlandaskan kemahiran antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah di terima serta menolak hipotesis alternatif.

Walaupun secara keseluruhannya tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan adalah lebih baik dari pasukan bawah 18 tahun tetapi jika di lihat pada jumlah kseluruhan skor min setiap ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara bagi kedua-dua pasukan. Ini di sokong oleh kajian yang di buat oleh Baumgartner dan Jackson (1991) yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kecergasan antara atlet yang bermain dalam permainan yang sama. Di samping itu, salah satu faktor yang mempengaruhi keputusan ujian tersebut adalah kekerapan latihan oleh setiap pemain. Berdasarkan kepada kekerapan latihan, jelas meununjukkan bahawa pasukan bawah 23 tahun mempunyai kekerapan latihan yang tinggi iaitu lapan kali seminggu termasuk pada sebelah pagi. Berbanding dengan pasukan bawah 18 tahun yang terikat dengan jadual persekolahan pada waktu pagi, mereka hanya menjalani latihan sebanyak 5 kali seminggu. Ini di sokong melalui kajian oleh Fox dan Mathew (1981) yang menyatakan

66

satu prinsip mengenai kekerapan menjalani latihan dan kesan ke atas tahap kecergasan fizikal pemain. Mereka berpendapat, untuk memperolehi tahap kecergasan fizikal yang tinggi dan memuaskan, kekerapan latihan sebanyak 3 kali seminggu adalah di perlukan. Oleh sebab itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pasukan bawah 23 tahun yang menjalani latihan yang kerap mempunyai kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik berbanding bawah 18 tahun.

Selain itu, faktor umur juga menunjukkan perbandingan dapatan kajian. Ini berdasarkan kepada kenyataan Clarke (1971) yang menyatakan bahawa pengaruh umur memberi kesan ke atas prestasi kecergasan motor. Menurut beliau, apabila umur semakin meningkat maka kecergasan motor individu akan menjadi semakin tinggi selaras dengan peningkatan umur. Jadi, berdasarkan kepada kajian Clarke (1971) ia dapat menyokong hasil kajian yang menunjukkan pasukan bawah 23 tahun mempunyai kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik berbanding bawah 18 tahun walaupun perbezaannya tidak ketara.

Selain itu, program latihan yang di jalankan juga telah mempengaruhi keputusan ujian kecergasan fizikal tersebut. Oleh sebab kedua-dua pasukan akan menyertai pertandingan yang kompetitif di peringkat kebangsaan maka program latihan yang di ikuti adalah sistematik dan mengikut prinsip-prinsip latihan bagi meningkatkan kecergasan pemain. Jika dilihat pada dapatan kajian menunjukkan tahap kecergasan motor kedua-dua pasukan adalah tidak berbeza. Ini selaras dengan kenyataan yang di buat oleh Hockey (1981) yang telah menyenaraikan beberapa prinsip latihan dalam sesebuah program latihan iaitu intensiti, tempoh latihan, kekerapan dan penambahan bebanan. Ini kerana jika prinsip-prinsip tersebut di amalkan dalam latihan ia akan memberi kesan ke atas kecergasan fizikal individu. Dapatan kajian juga menyokong

67

kajian yang di lakukan oleh Beim (1977) yang menjelaskan bahawa seseorang pemain bola sepak akan dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan motor dengan lebih berkesan menerusi latihan yang khusus dan spesifik. Menerusi latihan yang khusus dan spesifik, seseorang pemain dapat meningkatkan tahap kecergasan dan permainannya.

Di samping itu, faktor fizikal pemain juga seperti ketinggian dan berat badan juga boleh mempengaruhi kecergasan motor. Ini berdasrkan kepada hasil kajian yang di lakukan oleh Espenschade (1963) yang mendapati bahawa ketinggian dan berat badan akan mempengaruhi prestasi kecergasan motor individu. Hasil dapatan kajian ini menyokong kajian yang di lakukan oleh Espenschade (1963) kerana jika di lihat min tinggi dan berat kedua-dua pasukan adalah berbeza. Min tinggi pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan ialah 173.45 cm dan min berat adalah 63.35 kg. Manakala min tinggi pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah 167.15 cm dan min berat ialah 56.9 kg. Mengikut dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pasukan bawah 23 tahun mempunyai tahap kecergasan motor yang lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun kerana faktor ketinggian dan berat badan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, keputusan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran antara pemain bola sepak bawah 23 tahun Negeri Sembilan dengan pemain bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah. Walaupun pasukan bawah 18 tahun merupakan pasukan sekolah berbanding pasukan negeri bagi pasukan bawah 23 tahun tetapi tidak semestinya terdapat perbezaan yang ketara antara pasukan negeri dan pasukan sekolah dari segi kecergasan fizikal. Ini kerana pasukan SMK. Tunku Ampuan Durah merupakan salah 68

sebuah sekolah projek bola sepak di Malasia dan kebanyakan pemainnya mempunyai pengalaman beraksi pada peringkat yang kompetif. Dapatan kajian menunjukkan jurang perbezaan skor min di antara kedua-dua pasukan tidak begitu ketara. Semasa ujian ini di lakukan, pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah sedang dalam fasa latihan peringkat akhir bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tunas Cemerlang Malaysia manakala pasukan bawah 23 tahun baru memulakan fasa latihan peringkat awal. Ini juga merupakan salah satu faktor yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua pasukan.

Oleh itu faktor latihan yang berterusan dan mengikut prinsip-prinsip latihan seperti intensiti, kekerapan dan tempoh masa latihan akan mampu mengekalklan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan motor. Kenyataan Prentice (1971) bahawa peningkatan tahap kecergasan ini adalah hasil daripada penglibatan diri dalam latihan aktiviti fizikal yang bersistematik dan berterusan. Adalah lebih baik jika seseorang atlet dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal dengan memberi penekanan kepada semua komponen kecergasan berlandaskan kesihatan dan motor secara bersepadu. Pemilihan ujian yang telah di jalankan adalah bersesuaian dengan pemain bola sepak kerana kesemua komponen kecergasan motor terlibat dalam permainan bola sepak.

CADANGAN

Bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik, penyelidik menyarankan supaya penyelidik yang akan menjalankan penyelidikan pada masa hadapan agar memberi perhatian terhadap aspek-aspek berikut;

69

1. Penyelidik perlu mematuhi segala prosedur yang berkaitan dengan ujian seperti yang dinyatakan semasa melakukan ujian ke atas sampel. Hal ini penting kerana semua aspek yang dinyatakan dalam syarat menjalankan ujian boleh mempengaruhi keputusan ujian. Oleh itu dicadangkan setiap penyelidik dan penolong penguji perlu cekap dalam mentadbir ujian. Ini disebabkan ujian yang dijalankan tanpa mematuhi prosedur akan mempengaruhi skor ujian tersebut dan skor yang tepat sukar diperolehi. Di sampaing, penyelidik juga perlu membuat rujukan terlebih dahulu sebelum melakukan ujian tersebut.

2. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih menyeluruh, bilangan sampel perlulah lebih besar. Oleh itu disarankan penyelidik dapat menggunakan populasi yang lebih besar supaya memperolehi keputusan yang lebih menyeluruh dan tepat dari aspek perbandingan.

3. Selain itu, pembolehubah luaran perlu diberi perhatian oleh penyelidik. Aspekaspek seperti pemakanan, latihan, motivasi, kosentrasi, kelesuan, masa, tempat dan alatan ujian yang dijalankan perlu diberi perhatian supaya sampel dapat mencatat skor yang lebih baik semasa melakukan ujian.

4. Dicadangkan juga, sampel yang terlibat dalam ujian perlu diberikan latihan spesifik terlebih dahulu dalam jangka masa tertentu sebelum melakukan ujian. Bagi mengurangkan kesilapan semasa melakukan ujian, adalah dicadangkan supaya penyelidik melakukan demonstrasi terlebih dahulu kepada subjek.Ini kerana kebanyakan sampel tidak mempunyai pengetahuan untuk melakukan ujian tersebut.

70

5. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh jurulatih serta guru Pendidikan Jasmani untuk memilih pemain pada masa akan datang. Ini kerana dalam permainan bola sepak kecergasan fizikal adalah amat penting samada berlandaskan kesihatan atau motor

6. Pembolehubah Terdapat beberapa pembolehubah luaran yang boleh mempengaruhi keputusan kajian. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya penyelidik pada masa akan datang melakukan kawalan yang lebih ketat ke atas pembolehubah seperti waktu ujian, kesungguhan subjek, teknik pentadbiran ujian dan sesi memanaskan badan.

71

RUJUKAN

Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim : Quantum Books. Baumgartner, T. & Jackson, A. S. (1991). Measurement for Evaluation In Physical Education and Exercise Science (4th ed.). Dubuque : Wm. C. Brown. Barrow, H.M. & McGee, R. (1979). A Practical Approach to Measurement in Physical Education (3rd ed.). Philadelphia: Lea and Fobiger. Beck, M., Biddle, S., Looy, A.D. & Thomas, P. (1995). Soccer Trainning. Bristol: Crowood Press Ltd. Beim, George. (1977). Principles of Modern Soccer. Boston: Houghton Mifflin Co. World Cup Sport, Inc. Bompa, T.O. (1983). Theory and Methadology of Training: The Key to Athletics Performance. Dubuque, Iowa: Kendall/Hunt Publishing Co. Bookwalter, K.W. (1952). The Relationship of Body Size and Shape to Physical Performance. Research Quarterly. 23:279-285. Brook, N. (1988). Endurance Running. Marlborough: The Crowood Press. Clarke, H.H. (1971). Physical and motor tests in the Medford Boys Growth Study. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall. Clarke, H.H. (1976). Application of Measurement to Health and Physical Education (5th ed.). Endglewood, New Jersey: Prentice-Hall. Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1988). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (6th ed). Dubuque:. Brown and BrenchmarkPublishers. Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1997). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (8th ed.). Dubuque: Brown and BrenchmarkPublishers. Corbin, C. B., Welk, G. J., Lindsey, R., Corbin, W. R., ( 2004 ). Concepts of Fitness and Wellness : A Comprehensive Lifestyle Approach. (5th ed.). McGraw-Hill Co. Coutts, D. (1976). Leg Power and Canadian Female Volleyball Players. Research Quarterly. 47, 3, 325-335 Cozen, F.W. (1929). The Measurement of General Athletics Ability in College Men. Oregon: University of Oregon Press. Dintiman, G.B (1979). A comprehensive Manual of Foundation and Physical Education Activities for Men and Women. Menneapolis: Burges Publishing Company.

72

Espenschade,A. (1963). Restsudy of Relationship Between Physical Performance of School Children and Age, Height and Weight. Research Quaterly. 34, 144-153. Falls, H. B., Baylor, A. M., & Dishman, R.K. (1980). Essentials of fitness. Philadelphia : Saunders. Getchell, B., ( 1992 ). Physical Fitness A Way To Life (4th ed.). New York: Macmillan Pub.Co. Hascelik, Z., Basgose, O., Turker, K., Norman, S., Ozker, R. (1989). The Effects of Physical Training on Physical Fitness Test and Auditory and Visual Reaction Time of Volleyball Player. The Journal of Sports Medicine and Physical Fitness, 29, 234-236. Harari, D.K. (1969). The Physiological Basic of Physical Education and Athletics (2nd ed.). Philadelphia: College Publishing. Co. Hastad, N.D. & Lacey, C.A. (1998). Measurement and Evaluation in Physical Education & Exercise Science (3rd ed.). United States: Allyn & Bacon. Hemery, D. (1988). Athletics in Action. London: Stanley Paul Company. Henry, F.M. (1958). Increased Response Latency for Complicated Movements and a Memory Drum Theory of Neuromotor Reaction. Research Quaterly. 31:448-458. Hockey, R.V. (1980). Physical Fitness: The Pathway to Healthful Living (4th Ed. ). St. Louis: C.V. Mosby Co. Jaski, A. & bale, P. (1987). Te Physique and Body Composition of Top Class Squash Player. Journal of Sports Medicine. 27:114-118. Johnson, B. L. , & Nelson, J. K. (1979). Practical Measurements for Evaluation in Physical Education (3th ed.). New York : Macmillan Publishing. Johnson, B.L., & Nelson, J.K. (1986). Practical measurements for evaluation in physical education ( 4th ed. ). New York, Macmillan Publishing. Klinzing, T.E. (1980). The Physical Fitness Status of Police. Journal of Sports Medicine. 20:291-295. Lamb, David, R. (1978). Physiology of Exercise. New York : Macmillan Publishing Co. Magil, R.A. (1985). Motor Learning: Concept & Application. Iowa: WBC. Malpeli, R., Herton, M., & Davey, G. (1997). Physical Education (2nd ed.). South Melbourne International : Thomson Publishing Company. Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

73

Mathews, D. (1973). Measurement In Physical Education. (4th ed.). Philadelphia: W.B Sanders Co. Oshea, J.P. (1992). Scientific Principles and Methods of Strength Fitness. California: Addiso-Wesley Co. Oxendine, J. B. (1968). Phsychology of Motor Learning. New Jersey: Prentice Hall. Pangrazi, R.P. & Corbin, C.B. (1990). Age as a Factor to Physical Fitness Test Performance. Research Quarterly for Exercise and Sports. 61(4):410-414. Prentice, W.E. (1971). Fitness for College and Life (4th ed.). Champain.J.L: Human Kinetics. Sheldon, L.S. (1979). Reaction Time of Indian Hockey Players With Reference to Three Level of Participation. Journal of Sports Medicine. 19, 199-202. Thomas, J.R. & French, K.E. (1985). Gender Difference a Cross Age in Motor Performance: A Meta-Analysis. Research Quaterly. 98(2), 260-282. Thomas, J.R. & Nelson, J.K. (1996). Research Method in Physical Activity. USA: Human Kinetics. Warden, P. (1986). Sprinting and Hurdling. Marlborough: The Crowood Press. Williams, P. (1995). An Introduction to Health and Physical Education for Secondary School (2nd ed.). South Melbourne: Moreton Bay Pub. Winnick, J.P., Short, F.X. (1985). Physical Fitness Testing of the Disabled (Project Unique). Champaign, Illinois: Human Kinetics. Weatherly, J. & Schinck, C. (1996). Concept for Baseball Conditioning. Journal of Strength and Research. 10(2)32-38.

74

LAMPIRAN A SURAT KEBENARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

LAMPIRAN B SURAT KEBENARAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNS)

LAMPIRAN C SURAT KEBENARAN PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS)

LAMPIRAN D BORANG SKOR UJIAN

BORANG SKOR

NAMA: ___________________________ UMUR: __________________________ TINGGI: ______________________ BERAT: ________________________ KEKERAPAN LATIHAN: ___________ KALI SEMINGGU PASUKAN: _____________________

SKOR

(Percubaan)
UJIAN

1. Ujian Dirian Bangau 2. Ujian Lompat Menegak 3. Ujian Zig Zag Bola Sepak 4. Ujian Lari Pecut 50 ela 5. Ujian Ketangkasan SEMO 6. Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson

TARIKH: __________________

T.TANGAN PENGUJI: ____________________

LAMPIRAN E NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN


NORMA UJIAN LARI PECUT 50 ELA PERCENTILE 95 75 50 25 5 KADAR CATATAN MASA LELAKI 6.0 saat 6.3 saat 6.6 saat 7.0 saat 7.7 saat

NORMA BAGI UJIAN DIRIAN BANGAU


TAHAP PENCAPAIAN Cemerlang Baik Memuaskan Lemah Sangat Lemah MASA 51 saat ke atas 37-50 saat 15-36 saat 5-14 saat 0-4 saat

NORMA UJIAN LOMPAT MENEGAK Vertical (cm) Males > 70 61 70 51 60 41 50 31 40 21 30 < 21 Excellent Very good Above average Average Below average Poor Very poor Score

NORMA UJIAN KEMAHIRAN MENGGELECEK ZIG ZAG BOLA SEPAK (AAHPERD) (PERCENTILE) 95

9.9

7.7

7.8

8.0

8.7

7.7

7.7

8.4

75

10.7

9.3

8.8

9.0

9.5

8.6

8.7

9.0

50

11.5

10.3

9.6

9.7

10.0

9.1

9.3

9.6

25

12.5

11.3

10.5

10.3

10.7

9.9

10.1

10.3

15.8

14.2

12.3

12.1

12.0

11.5

12.2

12.1

NORMA UJIAN KETANGKASAN SEMO Pencapaian Lelaki

Cemerlang

10.72 dan ke bawah

Baik

11.49 10.73

Sederhana

13.02 11.50

Lemah

13.79 13. 03

Sangat Lemah

13.80 dan ke atas

NORMA UJIAN PERGERAKAN TINDAK BALAS PILIHAN NELSON PERFORMANCE LEVEL Advanced Advanced Intermediate Intermediate Advanced Intermediate Beginner SCORE (second) 1.30 and below 1.60-1.35 2.40-1.65 2.70-2.45 2.75 and above

Meadows, P. E. ( 1959 ). The Effect of Isotonic and Isometric Muscle Contraction Training on Speed, Force, and Strength. Microcarded doctoral dissertation, University of Illinois : Urbana-Champaign.

LAMPIRAN F KEPUTUSAN ANALISIS UJIAN-t

LAMPIRAN G SURAT PERAKUAN PELAJAR

You might also like