You are on page 1of 18

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 


JUDUL:

TAHAP ANAEROBIC THRESHOLD DI KALANGAN ATLET


OLAHRAGA LELAKI JARAK DEKAT, PERINGKAT NEGERI.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya:

RAMZALLINA BINTI RAHIM

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1.
2.
3.
4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
**Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat tetap:
LOT 7939 KG JELATOK,
JALAN PASIR MAS,
17500 TANAH MERAH,KEL
Tarikh: 28 APRIL 2008

CATATAN:

*
**


(TANDATANGAN PENYELIA)

PUAN ASHA HASNIMY BINTI MOHD HASHIM

Tarikh: 28 APRIL 2008

Potong yang tidak berkenaan.


Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja
kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Tandatangan

Nama Penyelia

PUAN ASHA HASNIMY BT MOHD HASHIM

Tarikh

APRIL 2008

i
TAHAP ANAEROBIC THRESHOLD DI KALANGAN ATLET OLAHRAGA
LELAKI JARAK DEKAT, PERINGKAT NEGERI.

RAMZALLINA BINTI RAHIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan


Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya

Tandatangan

Nama Pelajar

RAMZALLINA BINTI RAHIM

Tarikh

APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat insan tersayang

Ayah yang tersayang


Rahim bin Ismail

Emak yang dikasihi


Rafiah binti Hamat

Terima kasih kerana mendidik diri ini menjadi orang yang berguna dan tabah
menghadapi segala cabaran hidup ini. Segala pengorbanan ayah dan emak akan
dijasa sampai bila-bila.

Tunang yang dicintai


Shamsul bin Zakaria

Juga buat adik-adik yang tersayang


Muhammad Nabil Rahman, Muhammad Rafqi dan Siti Nurasyiqah

Serta buat pensyarah-pensyarah


Terima Kasih kerana memahami diri ini

Tidak lupa juga kepada teman-teman tersayang yang banyak membantu dan
memberi inspirasi tanpa berbelah bahagi. Terima kasih atas sokongan dan dorongan
daripada kalian.....

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setinggitinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya
dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ( PSM ) bagi membolehkan saya bergelar
graduan kelak.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia


saya iaitu Puan Asha Hasnimy binti Mohd Hashim di atas bimbingan, tunjuk ajar
dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini. Jutaan terima
kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang lain kerana
banyak membantu saya memberikan maklumat yang saya perlukan. Tidak lupa juga
kepada jurulatih olahraga yang banyak memberikan kerjasama yang baik untuk
membantu saya menyiapkan pengujian yang dilakukan.

Penghargaan ini juga ditujukan buat kedua orang tua saya yang memahami
situasi saya semasa menyiapkan kajian ini dan teman-teman seperjuangan yang
banyak memberi bantuan dan dorongan serta berkongsi pendapat membantu saya
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima
kasih untuk semua.

Akhir kata, semoga apa yang kita lakukan akan diberkati oleh-Nya

Wassalam.

ABSTRAK

Anaerobic threshold atau lactate threshold (LT) didefinisikan sebagai


metabolisma asidosis dan pertukaran oksigen dalam paru-paru semasa latihan.
Menurut Wasserman, Chuang dan Lin (2001), didapati anaerobic threshold berkait
rapat dengan penggunaan oksigen secara maksimum (VO2max). Kajian ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti dan membuat perbandingan tahap anaerobic
threshold di kalangan atlet olahraga lelaki jarak dekat iaitu bagi acara 200 meter dan
400 meter yang akan mewakili sebuah negeri ke SUKMA 2008. Seramai empat
orang atlet terlibat sebagai subjek dan julat umur mereka adalah di antara 18 tahun
hingga 21 tahun. Protokol Bruce digunakan dalam pengujian untuk mengetahui
tahap anaerobic threshold. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian-t
sampel tidak bersandar melalui perisian Statistical Package of Social Science(SPSS)
versi 11.5. Hasil ujian-t yang dijalankan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap tahap anaerobic threshold di kalangan atlet olahraga lelaki
bagi acara jarak dekat 200 meter dan 400 meter di mana t=-1.101, p=0.386>0.05.
Oleh yang demikian, hipotesis null diterima yang menyatakan tidak terdapat
perbezaan pada aras signifikan p>0.05.

Kesimpulannya ialah tahap anaerobic

threshold akan menyebabkan berlakunya perubahan ke atas fisiologi badan.


Sehubungan dengan itu, anaerobic threshold secara tidak langsung dipengaruhi oleh
jumlah kerja yang dilakukan seperti kelajuan larian dan jarak larian semasa atlet
menjalani latihan.

vi

ABSTRACT

The anaerobic threshold or lactate threshold (LT) is defined as metabolic


acidosis and the exchange of capacity of oxygen intake during exercises. According
to Wasserman, Chuang and Lin (2001), anaerobic threshold is related to the intake
of maximum oxygen (VO2max). The purposes of this research was to identify and
compare the anaerobic threshold level among the male runners for 200m and 400m
who will represent state for SUKMA 2008. The subjects involved in this study were
four athletes aged 18 to 21 years old. The Bruce Protocol were used in order to
evaluate and measure subject anaerobic threshold level. The data obtained was
analyzed using Statistical Package of Social Science (SPSS) version 11.5. An
analysis of independent samples t-test shows that there is no significant difference in
anaerobic threshold level among the subject with t=-1.101, p=0.386>0.05.

It

showed that null hypotheses been accepted where there is no difference at the
significant level of p>0.05. As a conclusion, the level of anaerobic threshold may
cause changes in body physiology in terms of heart rate and oxygen consumption.
Therefore, anaerobic threshold have been influenced by the amount of work such as
running speed as well as the distance while athlete training.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

HALAMAN KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI LAMPIRAN

xii

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1.2

Penyataan Masalah

1.3

Objektif Kajian

1.4

Persoalan Kajian

1.5

Hipotesis Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Batasan Kajian

1.8

Definisi Operasional

viii
2

SOROTAN KAJIAN
2.1

Pengenalan

2.2

Kajian Yang Berkaitan Dengan Anaerobic

Threshold
2.3

Kajian Yang Berkaitan Dengan Penggunaa


Oksigen Secara Maksimum dan Anaerobic
Threshold dalam Sukan

2.4

11

Kajian Yang Berkaitan Dengan Penggunaa


Oksigen Secara Maksimum dan anaerobic
Threshold dalam Sukan Olahraga Bagi Acara

2.5

Jarak Dekat

13

Penutup

14

METODOLOGI KAJIAN
3.1

Pengenalan

15

3.2

Rekabentuk Kajian

15

3.3

Pemilihan Sampel

16

3.4

Tempat Kajian

16

3.5

Instrumen Kajian

16

3.6

Prosedur Kajian

17

3.7

Protokol Penggunaan Polar Heart Rate Monitor

18

3.8

Prosedur Aktiviti Kajian

18

3.9

Pengumpulan Data

19

3.10

Analisis Data

20

3.11

Penutup

20

ANALISIS DATA
4.1

Pengenalan

21

4.2

Analisis Data Bagi Setiap Item

21

4.3

Penganalisisan Data secara Statistik Diskriptif

22

4.4

Penganalisisan Data Secara Statistik Inferential

28

4.5

Penutup

28

ix

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1

Pengenalan

29

5.2

Perbincangan

29

5.3

Rumusan

31

5.4

Cadangan

32

5.5

Penutup

35

RUJUKAN

Lampiran A - G

36

39 - 45

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

4.1

TAJUK

Taburan Umur, Berat Badan dan Tinggi


Mengikut Subjek

4.2

MUKA SURAT

24

Taburan Tahap Penggunaan Oksigen


Secara Maksimum ( VO2max ) Mengikut
Subjek

4.3

Taburan Kadar Denyutan Jantung


(denyutan/min) Mengikut Subjek

4.4

25

26

Analisis Ujian-T Bagi Tahap Anaerobic


Threshold di antara Subjek 200 meter dan
400 meter

31

xi

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH

TAJUK

4.1

Graf Perbandingan Penggunaan Oksigen

MUKA SURAT

Secara Maksimum (VO2max) Mengikut


Tahap Pengujian
4.2

Graf Perbandingan Purata Kadar Denyutan


Jantung Mengikut Tahap Pengujian

4.3

5.1

27

Graf Perbandingan Tahap Anaerobic


Threshold di antara Subjek 1 dan 2 (200 meter)

4.4

25

28

Graf Perbandingan Tahap Anaerobic


Threshold di antara Subjek 3 dan 4 (400 meter)

29

Contoh Alat Gas Analyzed

37

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

Surat Kebenaran Untuk Menggunakan Atlet

38

Sebagai Sampel Kajian


B

Surat Perlantikan Sebagai Sampel Kajian

39

Surat Perjanjian

40

Borang Skor Ujian Treadmill

41

Jadual Keputusan Ujian-t sampel tak bersandar


bagi Tahap Anaerobic Threshold

42

Gambar Peralatan Yang Digunakan

43

Gambar Subjek Semasa Pengujian

44

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sukan olahraga merupakan acara wajib dalam mana-mana perjumpaan sukan


utama dunia. Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA adalah
antara perjumpaan sukan yang mewajibkan acara olahraga.

Sukan olahraga

merupakan salah satu sukan yang terpenting di negara kita walaupun ianya kurang
mendapat sambutan daripada segelintir masyarakat. Sukan olahraga membariskan
pelbagai acara yang dikategorikan sebagai acara padang dan acara balapan. Balapan
merangkumi semua acara larian, manakala padang merujuk kepada semua acara
lompat dan baling.

Bagi acara larian ia terdiri daripada lari pecut, lari jarak sederhana, lari jarak
jauh, lari berganti-ganti dan lari berpagar. Dalam acara lari pecut, ia didefinisikan
sebagai larian yang terpantas dibandingkan dengan larian-larian lain (Vasudevan,
1993).

Lari pecut merangkumi acara-acara yang jaraknya sehingga 400 meter.

Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama iaitu panjang langkah dan
kekerapan langkah. Namun begitu, penggunaan oksigen yang digunakan oleh atlet
semasa membuat larian juga adalah penting. Bagi acara jarak dekat atau lari pecut
ini, penggunaan kuasa anaerobik adalah penting iaitu aktiviti yang dijalankan tanpa
menggunakan oksigen di dalam badan.

2
Proses aerobik membekalkan hampir keseluruhan tenaga yang diperlukan
dalam senaman untuk jangka masa panjang, tetapi tidak membekalkan tenaga yang
secukupnya semasa melakukan latihan yang berintensiti tinggi di mana keperluan
tenaga yang penting lebih dibekalkan oleh haluan anaerobik. Menurut Power dan
Howley (2001), kebanyakan aktiviti sukan yang melibatkan latihan berintensiti
tinggi begini bergantung kepada metabolisme anaerobik.

Latihan anaerobik yang bersesuaian adalah amat diperlukan iaitu kebolehan


untuk melakukan sesuatu gerak kerja yang berat atau berintensiti tinggi pada satu
masa yang singkat. Tidak ramai jurulatih dan atlet yang sedar tentang pentingnya
sistem tenaga di dalam sesuatu permainan dan lebih mustahak bagaimana caranya
untuk melatih sistem tenaga ini dan memperbaiki prestasi mereka. Menurut Power
dan Howley (2001) menyatakan, interaksi metabolisme anaerobik dan aerobik
adalah penting dalam menghasilkan adenosine triphosphate (ATP) semasa latihan.
Tenaga untuk menjalankan latihan adalah hasil daripada kombinasi sumber tenaga
aerobik dan anaerobik. Kira-kira 90% daripada tenaga untuk larian pada jarak 100
meter terhasil daripada sumber tenaga anaerobik. Contohnya, atlet berlari pada jarak
400 meter dengan pengeluaran tenaga anaerobik sebanyak 70%-75%. Daripada
contoh ini, nyatalah dua sistem ini dapat membekalkan kadar tenaga yang berbezabeza.

Kadar komponen aerobik akan meningkat apabila jarak meningkat dan

intensitinya menurun.

Prestasi seseorang atlet tidak akan mencapai kepada tahap yang


mengagumkan tanpa

penggunaan prinsip-prinsip

sains

dalam

sukan dan

pengetahuan yang diperolehi oleh penyelidik sains sukan. Dalam permainan bola
sepak, hoki, ragbi, bola keranjang, olahraga iaitu aktiviti yang popular memerlukan
kombinasi kapasiti anaerobik dan aerobik. Kebanyakan sukan bersifat pertandingan,
kapasiti anaerobik atlet yang terlibat adalah merupakan faktor kritikal untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang. Anaerobic threshold merupakan keadaan di
dalam otot ketika kadar denyutan jantung maksimum adalah pada 85% hingga 90%.
Ia merujuk kepada beberapa perubahan fisiologi seperti perubahan mendadak kadar
denyutan jantung, penggunaan oksigen dan peningkatan asid laktik. (Cooper, 2006)

3
1.2

Pernyataan masalah

Dari hari ke hari, sukan negara kita mengalami pelbagai perubahan tidak kira
dari segi pengurusan, latihan dan lain-lain lagi bagi mempertingkatkan mutu sukan.
Perubahan yang dilakukan adalah usaha negara kita untuk menyaingi negara-negara
lain yang lebih maju dalam bidang sukan.

Sejajar dengan peningkatan dan

perubahan tersebut kaedah latihan juga mengalami perubahan dan ia selari dengan
perkembangan alat-alat yang dicipta khusus untuk menilai, mengukur dan melatih
atlet bagi mempertingkatkan pencapaian atlet dalam bidang sukan yang diceburi.

Sukan olahraga bagi acara jarak dekat memerlukan penggunaan oksigen


yang minimum dalam jangka masa yang singkat. Kebiasaanya sukan olahraga bagi
acara jarak dekat memerlukan larian yang eksplosif. Penggunaan oksigen yang
digunakan oleh atlet-atlet dianggap tidak penting oleh sesetengah jurulatih. Ini
mungkin kerana mereka menganggap jumlah oksigen yang diambil oleh atlet semasa
latihan tidak mempengaruhi kadar keupayaan seseorang atlet tersebut. Selain itu
juga, hal ini tidak mendapat perhatian mungkin disebabkan mereka tidak tahu
bagaimana cara untuk mendapatkan jumlah penggunaan oksigen di dalam badan
atlet-atlet. Setiap atlet mempunyai kadar penggunaan oksigen yang berbeza
mengikut jenis sukan yang diceburi.

Atlet-atlet olahraga yang terlibat dengan acara jarak dekat memerlukan


tenaga anaerobik kerana oksigen yang paling minimum diperlukan dalam masa yang
singkat. Oleh itu, masalah yang akan dikaji oleh penyelidik adalah untuk
menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap anaerobic
threshold di kalangan atlet olahraga lelaki bagi acara jarak dekat iaitu 200 meter dan
400 meter yang akan mewakili sebuah negeri ke SUKMA 2008.

4
1.3

Objektif kajian

Objektif kajian ini ialah :

1.3.1 Mengenalpasti tahap anaerobic threshold di kalangan atlet olahraga lelaki


bagi acara jarak dekat 200 meter dan 400 meter yang akan mewakili sebuah
negeri ke SUKMA 2008.

1.3.2 Membuat perbandingan tahap anaerobic threshold di kalangan atlet olahraga


lelaki bagi acara jarak dekat 200 meter dan 400 meter yang akan mewakili
sebuah negeri ke SUKMA 2008.

1.4

Persoalan kajian

1.4.1 Apakah tahap anaerobic threshold di kalangan atlet olahraga bagi acara jarak
dekat 200 meter dan 400 meter yang akan mewakili sebuah negeri ke
SUKMA 2008?

1.4.2 Adakah terdapat perbezaan tahap anaerobic threshold di kalangan atlet


olahraga lelaki bagi acara pecut 200 meter dan 400 meter yang akan
mewakili sebuah negeri ke SUKMA 2008?

You might also like