You are on page 1of 33

PUMS 99:1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: ~ft-jlltN 1Y\8'f\N'!r-\ P(;yY)r1-l<A-l'HtN r rlJf,~I\I}~\J-\N / ~\):::A-5' P(tN tm~l4N

V"f'\'Jcf0f1!jF\-N K fl=NS~ '0\ tqrlJ\-1\l6ftN ~~~lil1-rH;frtJ fuNV+1}1 l~!-r+/:::l pR-N tJ-lPcf\l[p4


Of ~OfY\rt,~~r r~I\J1'AO~ llZ-kN ~~I2S'k\J1\I\1-N N~e~) .H~J3.a..H
DAZAH: sA(l.:5ANf\- rfJ\JPA S1HNS \'Yll'tkl"t-f'lfrN PtN9f\N \(.\;'PIIJ\t\-N CS'f\tNS' tY\~KrtN'MV Df\NPfIl1!tr

SESI PENGAJIAN:_ _:2..


_0_ 0_b_--_~
_O__'_
tcJ_ __

Saya mA \'2- \ A '0El2 f'l f\-IZO SA-r<. \ tv) '-l 0 .It


(HURUF BESAR)

lDengaku membenarkan tesis (LPSI Smjana/ Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik. Universiti Malaysia Sabah.


2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salin an tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. .* Sila tandakan ( I )
(Mengandungi maklumat yang berclarjah keselamatan .
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
SULIT dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan


TERHAD oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
J AMIUN MICHEAL
-.../ I TIDAK TERHAD
LIBRARIAN
Disahkm.Gldl
UNTVERSl' LAYSIA SABAH

- _________
~~
-L~
~~~~~~~----
(TANDATANGAN PENULIS)

'lamat Tetap: ~ pr;rAl2.>A-1 r(Jr rlf r r1-Tft-N


-P Is ~:;). 31 (~o~ciL\ pU 1'~rT,Ai'J
Nama Penyelia

~kh: d.~ /0 ~/ /:M .10


~

l'ATAN: * Potong yang tidak berkenaan.


* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini periu dikelaskan sebagai SULIT
dan TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau
disertasi bagi pengajian secara keIja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).
- HU

A
A

K A A

o
PENGAKUAN

Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

20 Mei 2010

Maria Bernard Sarimuda

HN 2006-4588
PENGESAHAN
NAMA: MARIA BERNARD SARIMUDA
NO. !<AD PELAJAR : HN2006-4588

TAJUK: KAJIAN MENGENAI PEMAKANAN, PENGETAHUAN, SIKAP


DAN AMALU PENCEGAHAN KANSER DI KALANGAN
KAKITANGAN AWAM LELAKI DAN WANITA DI
KOMPLEKS PENTADBIRAN PERSEKUTUAN NEGERl
SABAH

DAZAH : DAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN


KEPUlIAN (SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN)

TAJUKH VIVA : 14 MEI 2010

DISAHKAN OLEN

1. PENYEUA TESIS
Datin Rugayah Issa

2. PEMERJKSA PERTAMA
Dr. Yasmin 001 Beng Haul

3. PEMERIKSA KEDUA
Ok Arlll::th Mrl. R::tmli

4. DI!IICAN SI!KOlAM SAINS MAKANAN DAN


PEMAKANAN (SSMP)
---f}d- .
Prof. Madya Dr.Mohd. Ismail Abdullah
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kerana akhirnya saya telah berjaya
menyiapkan kajian ini. Oi kesempatan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan yang
tidak terhingga kepada Oekan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan Prof. Madya
Dr. Mohd. Ismail Abdullah yang telah membantu saya dalam proses mendapatkan
persetujuan dari pihak yang berkenaan sebelum menjalankan kajian ini. Penghargaan
sepenuhnya juga ditujukan khas untuk penyelia tesis saya iaitu Oatin Rugayah Issa di
atas tunjuk ajar, sokongan dan galakan yang telah diberikan sepanjang saya
menyiapkan kajian ini. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada pemeriksa-
pemeriksa tesis saya yang banyak memberikan teguran dan tunjuk ajar. Selain itu,
saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada pembantu makmal di atas
kerjasama yang diberikan sehingga membolehkan saya menyiapkan proses kutipan
data untuk kajian ini. Khas untuk ibu bapa saya, saya amat berterima kasih kerana
mendapat sokongan dan galakan daripada mereka dalam menyiapkan kajian ini. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi ilmu pengetahuan dan kepada
semua individu dan organisasi yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam kajian ini.

Sekian.

Maria Bernard Sarimuda

20 Mei April 2010

iii
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, amalan dan sikap terhadap
pencegahan kanser di kalangan kakitangan awam lelaki dan wanita di negeri Sabah.
Responden bagi kajian ini merupakan golongan kakitangan awam di pelbagai jabatan
bertempat di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah . Seramai 206 orang
respond en telah mengambil bahagian dalam kajian ini yang menggunakan borang soal
selidik,borang Kekerapan Pengambilan Makanan dan Ingatan Diet 24 Jam. Hasil kajian
mendapati tahap pengetahuan keseluruhannya adalah sangat memuaskan. Ini
dibuktikan dengan skor markah tahap pengetahuan 83.01%. Dari segi amalan, hasil
kajian ini mendapati bahawa terdapat 146 (70.87%) orang tidak bersenam, 64
(31.1%) orang merokok dan 148 (71 .8%) orang mengambil alkohol. Sikap responden
terhadap pencegahan kanser adalah memuaskan (66.02%). Dari segi pemakanan,
seramai 91 (42.2%) orang mematuhi syor pengambilan tenaga oleh RNI (2005). Min
pengambilan tenaga ialah 2282.68 240.97kcaljhari. Didapati bahawa pengambilan
makanan yang boleh membantu mencegah kanser seperti sayur-sayuran,
buah-buahan dan kekacang dimakan oleh responden hampir setiap hari. Hasil kajian
ini menunjukkan perhubungan yang signifikan (i) tahap pengetahuan dengan sikap
(rs =0.403, p=O.OOO), (ii) sikap dan amalan (rs=0.273, p=O.OOO) dan (iii) pengetahuan
dan amalan (rs =0.143, p=0.04). Tahap pengetahuan dan amalan responden tidak
menunjukkan perbezaan antara jantina . Sikap pencegahan kanser adalah berbeza dari
segi jantina (p=0.019). Dicadangkan bahawa lebih banyak maklumat mengenai
kanser, faktor-faktor risikonya dan cara pencegahan kanser perlu disebarkan kepada
orang ramai untuk membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan dan seterusnya
dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mencegah kanser dan penyakit
berbahaya yang lain.

iv
ABSTRACT

A STUDY ABOUT DIET AND LIFESTYLE FOR CANCER PREVENTION:


KNOWLEDGE, ATTITUDES AND PRACTICES AMONG MALE AND FEMALE
CIVIL SERVANTS IN SABAH FEDERAL ADMINISTRA TIVE CENTRE.

The objective of this study was to determine the levels of knowledge, practices and
attitudes with regards to cancer prevention among the male and female civil servants
in Sabah. Respondents involved in this study were those working in the public services
at Sabah Federal Administrative Centre. Total of 206 respondents were involved in this
study by using a pretested questionnaire, Food Frequency Questionnaire and 24 Hour
Recall. This study indicated that the respondents had good level of knowledge in
cancer prevention with the score of 83.01 %. Total of 146 (70.87%) do not involved in
physical activity, 64 (31.1%) are smokers dan 148 (71.8%) are revealed in the alcohol
intake. The mean energy intakes are 2282.68 240.97kcaljday. The intake of foods
related to cancer prevention such as vegetables, fruits and nuts consume everyday by
the respondents. Most of the respondents consume foods that can prevent cancer
such as vegetables, fruits and nuts at least once a day. This study indicated significant
relationships between (i) knowledge and attitude (rs=OA03, p=O.OOO), (ii) practice
and attitude (rs=0.273, p=O.OOO) and (iii) level of knowledge and practice (rs=0.143,
p=0.04). Study revealed that level of knowledge and practices not vary between
gender. Attitude among respondents vary in term of gender differences (p=0.019).It
is highly recommended that more information about cancer, risk factor of it and the
prevention be disseminated to the public. By doing this, the general public will be able
to increase their knowledge and lead them to modify their way of life towards healthy
lifestyle to prevent cancer and any other harmful diseases.

v
lSI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

PENGAKUAN
PENGESAHAN PELAJAR ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
lSI KANDUNGAN vi
SENARAIJADUAL ix
SENARAIRAJAH x
SENARAI SIMBOL,SINGKATAN DAN UNIT xi
SENARAI LAMPlRAN xii

BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1

1.1 Objektif Kajian 4

BAB 2 ULASAN PERPUSTAKAAN


2.0 Definisi Kanser 5

2.1 Pengetahuan Terhadap Kanser 5

2.2 Sikap Terhadap Pencegahan Kanser 6

2.3 Amalan Terhadap Pencegahan Kanser 7

2.4 Pemakanan 8

2.5 Definisi Karsinogen 8

2.6 Perbezaan Sel Normal dan Sel Kanser 9

2.7 Mekanisma Pembentukan Kanser 9

2.8 Pengkelasan Tumor 10

2.9 Pengkelasan Kanser 11


2.9.1 Karsinoma 11
2.9.2 Sarkoma 12
2.9.3 Limforma dan Leukemia 13

2.10 Situasi Kanser di Malaysia 13


2.10.1 Kanser Hati 14
2.10.2 Kanser Paru-paru 14
vi
2.10.3 Kanser Payudara 15
2.10.4 Kanser Perut 16
2.10.5 Kanser Nasofarinks 16
2.10.6 Kanser Mulut 17

2.11 Risiko Kanser


2.11.1 Pemakanan 18
2.11.2 Pengambilan Tembakau 18
2.11.3 Pengambilan Alkohol 19
2.11.4 Pendedahan Bahan Kimia Bahaya 19

BAB 3 BAHAN DAN KAEDAH


3.0 Lokasi 20
3.1 Bahan 20
3.2 Kaedah 21
3.2.1 Tinjauan ke Tempat Kajian 21
3.2.2 Persampelan 23
3.2.3 Ujian Pra/ Pilot Test 23

3.3 Penyediaan Borang Seal Selidik 23


3.3.1 Borang Soal Selidik 23
3.3.2 Borang Ingatan Diet 24 Jam 24
3.3.3 Borang Kekerapan Pengambilan Makanan (FFQ) 25

3.4 Pengukuran Antropometri 25


3.4.1 Pengambilan Berat Badan 25
3.4.2 Pengukuran Tinggi 26
3.4.3 Pengiraan Indeks Jisim Tubuh 26

3.5 Surat Kebenaran 27


3.6 Analisis Data 28
3.6.1 Taburan Frekuensi 28
3.6.2 Ujian Khi Kuasa Dua 28
3.6.3 Korelasi Spearman's Rho 29
3.6.4 Ujian Pemarkahan 30
3.6.5 Ujian t (2 sampel tidak bersandar) 32
3.6.6 Nutrical 32

3.7 Kebenaran Menjalankan Kajian 32

BAB 4 HASll DAN PERBINCANGAN


4.1 Data Demografi 33
4.2 Latar Belakang Kesihatan 35
4.2.1 Bilangan Keluarga Menghidap Kanser 35
4.2.2 Pengambilan PH atau Supplemen Diet 36

vii
4.3 Pengetahuan Responden Tentang Kanser dan Pencegahan 37
4.3.1 Pengetahuan Responden Mengenai Bahaya Kanser
dan Istilah 37
4.3.2 Pengetahuan Responden Mengenai Mekanisma Kanser 38
4.3.3 Pengetahuan Responden Mengenai Cara Pencegahan
Kanser 39
4.3.4 Pengetahuan Responden Mengenai Pemakanan dan
Kanser 40
4.4 Pengukuran Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Kanser 40

4.5 Perbandingan Tahap Pengetahuan Responden 40

4.6 Amalan Responden Terhadap Pencegahan Kanser 41

4.7 Penggunaan Komputer 45


4.8 Penontonan Televisyen/Video 46
4.9 Pengukuran Tahap Amalan Terhadap Pencegahan Kanser 47
4.10 Perbandingan Amalan 47
4.11 Sikap Responden Terhadap Pencegahan Kanser 48
4.12 Pengukuran Sikap Responden 50
4.13 Perbandingan Sikap 51
4.14 Pola Amalan Pemakanan 51

4.14.1 Pengambilan Hidangan Utama 51


4.14.2 Penyediaan Makanan 52
4.14.3 Amalan Pemakanan Khas 53

4.15 Pengambilan Kalori 54


4.16 Kekerapan Pengambilan Makanan 55
4.17 Perkaitan Antara Tahap Pengetahuan, Amalan dan Sikap 57
4.18 Pengukuran Antropometri 60

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN


CARTA GANTT
RUJUKAN
LAMPlRAN

viii
SENARAI JADUAl

MUKASURAT
JADUAL 2.1 PENGKELASAN SEL KANSER 11
JADUAL 2.2 JUMLAH KES KANSER DI MALAYSIA 13

JADUAL 3.1 PIAWAIAN INDEKS JISIM TUBUH (DT) 30

JADUAL 4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN 30

JADUAL 4.2 . BILANGAN KELUARGA MENGHIDAP KANSER 36

JADUAL 4.3 SKOR MARKAH PENGETAHUAN 40

JADUAL 4.4 AM ALAN RESPONDEN TERHADAP PENCEGAHAN 42


KANSER

JADUAL 4.5 SKOR AMALAN TERHADAP PENCEGAHAN 47


KANSER

JADUAL 4.6 KEKERAPAN SIKAP RESPONDEN TERHADAP


PENCEGAHAN KANSER 48

JADUAL 4.7 PENGAMBILAN TENAGA RESPONDEDN 54

JADUAL 4.8 PERKAITAN PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN 57


RESPONDEN TERHADAP PENCEGAHAN KANSER

JADUAL 4.9 INDEKS JISIM TUBUH RESPONDEN 59

ix
SENARAI RAJAH
MUKA SURAl
RAJAH 4.1 KEKERAPAN PENGAMBlLAN SUPPLEMEN 36

RAJAH 4.2 KEKERAPAN PEMERIKSMN TAHAP KESIHATAN 37

RAJAH 4.3 BlLANGAN RESPONDEN MEMAHAMI ISTILAH 38

RAJAH 4.4 PENGETAHUAN TERHADAP CARA PENCEGAHAN 39


KANSER

RAJAH 4.5 KEKERAPAN PENGGUNMN KOMPUTER


DALAM SEHARI 45

RAJAH 4.6 KEKERAPAN MENONTON lV/VIDEO


DALAM SEHARI 46

RAJAH 4.7 KEKERAPAN MELANGKAU HIDANGAN UTAMA 52

RAJAH 4.8 AMALAN PEMAKANAN KHAS 53

x
SENARAI SIMBOL, SINGKATAN DAN UNIT

DNA Deoxyribonucleic acid

FFQ Food Frequency Questionnaire

DT Indeks Jisim Tubuh

KEMAS Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

MAMPU Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia

NCCFN National Coordinating Committee on Food and Nutrition

RELA Ikatan Relawan Rakyat

RNI Recommended Nutrient Intake

SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

SSMP Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan

TV Televisyen

WCRF World Cancer Reseacrh Fund

WHO World Health Organisation

N Populasi

n Bilangan

p Kebarangkalian

r korelasi Pearson

xi
SENARAI LAMPIRAN

MUKASURAT

LAMPIRAN A: SURAT KEBENARAN 76

LAMPIRAN B: DOKUMEN KAJIAN 77

LAMPIRAN C: SURAT PERSETUJUAN RESPONDEN 78

LAMPIRAN D: BORANG SOAL SELIDIK 79

LAMPIRAN E: PANDUAN MENGISI BORANG 80

LAMPIRAN F: SAIZ UKURAN RUMAH TANGGA 80

LAMPIRAN G: BORANG INGATAN DIET 24 JAM 81

LAMPIRAN H: BORANG KEKERAPAN 82


PENGAMBILAN MAKANAN (FFQ)

LAMPIRAN I: DATA MENTAH KEKERAPAN MAKANAN 88

LAMPIRAN J: KEPUTUSAN SPSS 89

xii
BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Tubuh badan adalah terdiri daripada sel yang akan sentiasa membiak untuk
menghasilkan sel yang baru . Proses pembahagian sel ini adalah penting untuk
tumbesaran dan menggantikan sel yang telah tua ataupun rosak akibat
daripada kecederaan pada badan. Proses ini dikawal oleh bahan genetik
tertentu (Wan Faisham, 2008). Sel yang tidak dapat membahagi dengan
sempurna akan menyebabkan penyakit kanser. Kanser merupakan salah satu
daripada penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia. Kanser merupakan
penyakit yang menyeksakan, bukan sahaja disebabkan oleh kematian yang
disebabkan oleh kanser tetapi juga kerana kesakitan dan penderitaan terhadap
penghidap kanser (Shyrock, 2001).

Malaysia kini sedang berada dalam fasa pembangunan di mana


urbanisasi dan perindustrian dimajukan. Keadaan ini memberikan perubahan
kepada gaya hidup rakyat Malaysia. Perubahan dari segi pemakanan dan gaya
hidup yang sedentari mempengaruhi keadaan kesihatan awam dan
menyebabkan berlakunya pertambahan berlakunya penyakit kronik dalam
populasi (Mohd Ismail, 2002). Kanser merupakan suatu masalah penyakit
kronik yang semakin meningkat di Malaysia (Lim, 2006). World Health
Organisation (WHO), 2002 turut menerangkan bahawa pencegahan dan
pengawasan terhadap penyakit kanser pada abad ini merupakan salah satu
daripada cabaran yang dihadapi sama ada dari aspek kajian secara saintifik

1
mahupun kesihatan awam. Ini disebabkan oleh keadaan di mana kejadian
kanser semakin meningkat dari hari ke hari sama ada di negara membangun
ataupun yang sedang membangun. Keadaan ini berlaku sejajar dengan
penambahan bilangan populasi dan perubahan gaya hidup dan amalan yang
tidak sihat serta perubahan corak pemakanan. Menurut National Cancer
Registry (2003), lelaki mempunyai kadar menghidap kanser sebanyak 97.4
dalam 100,000 populasi manakala wanita pula mempunyai kadar menghidap
kanser sebanyak 127.6 dalam 100,000 populasi.

Kanser boleh dikesan pada peringkat awal dengan menggunakan dua


kaedah iaitu kaedah fizikal dan kaedah biokimia. Kaedah fizikal adalah
melibatkan penggunaan mesin seperti sinar elektron, simulator dan sistem
perancangan rawatan berkomputer. Kecanggihan kaedah ini mempunyai tahap
pengesanan yang tinggi terhadap sel kanser. Kaedah biokimia pula adalah
melibatkan analisis makmal contohnya pengesanan kanser melalui sel darah.
Oi Sabah, pusat yang menawarkan perkhidmatan terse but adalah hospital
utama seperti Hospital Queen Elizabeth, Sabah Medical Centre, Pusat
Perubatan Raflesia, Damai Specialist Centre dan Pusat Radiologi Or.Kissey.

Cara yang terbaik untuk mencegah kanser adalah dengan


mengamalkan pencegahan terhadapnya, menjauhi amalan yang boleh
menyebabkan kanser dan mengamal pola kehidupan sihat (Shyrock, 2001).
Kebanyakan orang pada masa kini kurang berpengetahuan mengenai
pemakanan yang mereka amalkan. Kebanyakan orang gemar mengambil
makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi dalam kehidupan
seharian mereka dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan makanan yang
tinggi kandungan garam dan amalan pemakanan kumpulan sayur-sayuran dan

2
buah-buahan yang kurang merupakan amalan pemakanan yang tidak baik dan
seterusnya meningkatkan lagi jumlah pesakit kanser (Harnack et al.,1998) .

Kawalan berat badan merupakan antara cara pencegahan kanser


tertentu. Dalam era yang semakin maju ini, rakyat Malaysia secara umumnya
hanya menggunakan tenaga untuk aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan
pekerjaan. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia pada tahun 2000 mengenai amalan rakyat Malaysia ketika masa
lapang mendapati bahawa kebanyakan masa lapang kebiasaannya lebih
banyak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang bersifat sedentari seperti
menonton televisyen. Berlebihan berat badan akibat daripada pengumpulan
lemak dalam badan menyebabkan berlakunya kanser kolon (McKinnell et aI,
2006) .

Kekurangan pengetahuan mengenai simptom-simptom penyakit kanser


dan cara pencegahan yang seharusnya diambil merupakan salah satu daripada
faktor pertambahan jumlah statistik kanser (Kumar et aI, 2009). Sebilangan
individu bukan sahaja tidak mengambil berat terhadap kesihatan mereka,
malahan individu terbabit juga tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Hal ini
berlaku kerana individu terbabit tidak memahami simptom kanser yang
dihadapi. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurangnya pendedahan individu
terbabit terhadap pendidikan kesihatan (Nooijer et al., 2002).

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2005), perkataan kakitangan


bermaksud sekumpulan individu yang berkhidmat di bawah satu organisasi.
Tafsiran lain bagi kakitangan ialah pekerja yang bekerja atau menjalankan
tugas dengan diberikan bayaran. Takrifan bagi kakitangan awam merupakan

3
golongan individu yang bekerja di bawah satu organisasi iaitu badan kerajaan .
Kakitangan awam bernaung di bawah spesifikasi sesuatu jabatan kerajaan
yang tertakluk di bawah objektif pentadbiran negeri. Dalam kajian ini,
kakitangan awam dipilih sebagai responden memandangkan peranan golongan
ini adalah sangat besar dalam memastikan penjanaan dan pelaksanaan dasar
kerajaan dalam memastikan keutuhan negara. Maka dengan itu, kesihatan
golongan ini haruslah diberikan perhatian yang sewajarnya.

1.1 Objektif Kajian

1. Menentukan hubungan antara tahap pengetahuan, amalan dan sikap


kakitangan awam tentang pencegahan kanser dari segi gaya hid up dan
pemakanan.

2. Melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan dari segi tahap
pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pencegahan kanser di kalangan
kakitangan awam berdasarkan jantina.

4
BAB 2

ULASAN PERPUSTAKAAN

2.0 Definisi Kanser

Kanser merangkumi satu kumpulan penyakit di mana sel dalam tubuh


mengalami perubahan genetik yang menyebabkannya membahagi dan
membiak secara tidak terkawal (Rahman, 2008). WHO (2002) pula
menyifatkan kanser sebagai merujuk kepada sekumpulan atau lebih daripada
100 jenis penyakit yang berlaku apabila sekumpulan sel membiak secara tidak
terkawal dalam keadaan yang tidak normal dan ini kemudiannya akan
mempengaruhi hampir kesemua organ dan tisu tubuh badan. Kanser akan
terjadi apabila berlakunya mutasi pada gen yang menyebabkan pembahagian
menjadi tidak terkawal. Kanser akan menghasilkan bahan protein yang akan
menyebabkan pertumbuhan sel menjadi tidak terkawal. Proses ini
menyebabkan kanser membesar dengan cepat dan merebak secara tidak
normal (Wan Faisham, 2008).

2.1 Pengetahuan Terhadap Kanser

Pengetahuan adalah sinonim dengan ilmu, iaitu segala yang diketahui atau
yang dipelajari tentang sesuatu ilmu. Pengetahuan juga adalah merupakan
maklumat yang diketahui berkenaan bidang tertentu bagi sesuatu
penggunaan. Ini bermakna, tahap pengetahuan merupakan penilaian terhadap
sejauh mana individu tersebut mengetahui tentang kanser dan
pencegahannya. Menurut Sitorus (1993), pengetahuan merupakan hasil
pengumpulan kenyataan-kenyataan dengan cara mempelajari, penyelidikan,

5
observasi atau pengalaman. McCaffery et al (2003) mengatakan bahawa
pengetahuan akan mempengaruhi pemahaman individu dan seterusnya akan
mempengaruhi amalan dan sikap. Pengetahuan mengenai kanser dan cara-
cara pencegahannya juga adalah bergantung dengan pelbagai faktor lain iaitu
dari segi psikososial dan kesan akibat daripada pengaruh persekitaran
(Harnack et al., 1997). Pengetahuan terhadap pencegahan kanser adalah
sangat dipengaruhi oleh kekerapan pendedahan mengenai kanser terhadap
individu terbabit. Penyebaran maklumat mengenai kanser kepada komuniti
akan meningkatkan pengetahuan dan seterusnya memberikan kesedaran
terhadap golongan terbabit (Ilic et al., 2005).

2.2 Sikap Terhadap Pencegahan Kanser

Sikap secara spesifiknya adalah merujuk kepada campuran kepercayaan dan


emosi yang membolehkan seseorang individu memberikan tindakbalas kepada
orang lain, objek ataupun kumpulan secara positif ataupun negatif (Coon &
Mitterer, 2007). Secara keseluruhannya, sikap akan menggambarkan penilaian
ataupun persepsi individu terhadap sesuatu objek dan persekitarannya
(Oskamp & Schultz, 2005). Menurut Forgas (2009), sikap individu adalah
bersifat berubah-ubah bergantung kepada kekuatan tindakan kognitif individu
terbabit terhadap sesuatu objek dan ini seterusnya akan memberikan
perubahan dari segi 'tindakbalas individu terhadap objek tersebut.

Dalam prinsip pencegahan kanser, sikap tergolong dalam kategori


prinsip primer di mana pencegahan kanser bergantung kepada sikap individu
terhadap pendidikan kesihatan, gaya hidup dan modifikasi persekitaran
berdasarkan faktor-faktor risiko yang berpotensi menyebabkan kejadian kanser
(Kearney & Richardson, 2006). Sikap yang bertindak secara psikologi akan

6
membantu individu terbabit terhadap pencegahan kanser. Walaupun kejadian
kanser berlaku akibat daripada faktor genetik dan pendedahan terhadap
pencemaran persekitaran, kebanyakan kanser boleh dicegah melalui modifikasi
gaya hidup seharian dan sikap akan mempengaruhi kesedaran kognitif individu
untuk berubah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat (Harari & Legge,
2001). Perubahan sikap dari sikap negatif ke sikap positif secara efektifnya
boleh dilakukan terhadap individu terbabit melalui kaunseling dan galakan
yang bertujuan mengubah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan
gaya hid up bersifat sedentari yang merupakan antara risiko penyebab kanser
(Stiefel, 2006).

2.3 Amalan Terhadap Pencegahan Kanser

Amalan jika menurut Kamus Dewan merupakan sesuatu perbuatan yang


merujuk kepada sesuatu yang dilakukan, dilaksanakan, dikerjakan dan
sebagainya. Amalan merupakan suatu kebiasaan sama ada dalam praktiknya
ataupun pada kebiasaannya. Sitorus (1993) pula menafsirkan amalan sebagai
kelakuan seseorang individu berbuat sesuatu secara teratur dan berulang-
ulang supaya menjadi arif dalam hal tersebut. Amalan pencegahan kanser pula
merujuk sejauh mana individu terse but melaksanakan langkah pencegahan
kanser dalam kehidupan.

Dari segi pencegahan kanser amalan terhadap faktor risiko kanser


adalah iaitu dari aspek aktiviti fizikal, amalan merokok dan pengambilan
alkohol. Faktor-faktor dari segi amalan berpotensi untuk mencegah
pembentukan kanser dalam tubuh yang berpunca daripada aspek biologikal
seperti kerentanan insulin, sistem imun dan kerosakan sel (Alberts & Hess,
2008). Risiko menghidap kanser boleh dicegah melalui amalan gaya hidup

7
sihat. Kebanyakan kematian akibat kanser adalah berkaitan dengan amalan
individu terbabit seperti merokok (Senn & Morant, 2005).

2.4 Pemakanan

Pemakanan adalah bidang sains yang juga mempunyai kaitan dengan keadaan
untuk menyediakan makanan yang cukup terhadap organisma dengan tujuan
agar organisma tersebut dapat membesar, membiak dan berfungsi dengan
baik. Dari segi amalan pemakanan, dari segi aspek ini ternya adalah
bergantung dengan kombinasi dan penggunaan beberapa prinsip sains serta
korelasi beberapa bidang disiplin. Bidang disiplin yang dimaksudkan adalah
termasuk antaranya bidang pertanian(agro), teknologi makanan, antropologi,
psikologi, sosiologi, agama, ekonomi, komunikasi dan pendidikan
(Suriah,2004). Kajian lepas menunjukkan bahawa walaupun terdapat individu
yang mengambil berat terhadap perhubungan antara pemakanan dan kanser,
namun individu terbabit adalah kurang pengetahuan mengenai makanan yang
boleh mempertingkatkan risiko kanser (Harnack et al., 1997).

2.5 Definisi Karsinogen

Karsinogen merupakan bahan yang menyebabkan berlakunya perubahan


terhadap sel dan mengakibatkan kanser. Karsinogen akan mengubah struktur
DNA sel menyebabkan sel membahagi secara abnormal (Varricchio, 2004).
Bahan karsinogen akan menganggu aktiviti pembahagian gen dalam badan
dan mengakibatkan berlakunya kanser (Stern & Sekerel, 2004). Istilah
karsinogenesis digunakan iaitu merujuk kepada proses penularan karsinogen
dalam tubuh. Proses penularan karsinogen akan bermula daripada sel tunggal
yang kemudiannya akan membahagi dan merebak ke sel lain yang berdekatan
dengan sel yang telah mengalami perubahan akibat daripada karsinogen. Sel-

8
sel yang berubah akibat daripada karsinogen akan terus membahagi dalam
jumlah yang banyak yang akhirnya akan membentuk sel kanser (King, 1996).
WHO (2002) menyatakan bahawa sebanyak 35% daripada karsinogen boleh
didapati dalam makanan dan minuman.

2.6 Perbezaan Sel Normal dan Sel Kanser

Sel kanser adalah berbeza dengan sel normal. Ini dibuktikan melalui morfologi
atau ciri sel yang mengalami perubahan. Sel kanser adalah terencat dalam
proses kematangan. Berbanding dengan sel biasa, sel kanser mempunyai
nukleus yang besar dari biasa dan kromatin yang lebih padat. Sel normal akan
berhenti membahagi apabila bersentuhan dengan sel berdekatan manakala sel
kanser tiada mekanisme tersebut, maka menyebabkan sel terus membiak
(Rahman, 2008).

2.7 Mekanisma Pembentukan Kanser

Sel-sel tubuh yang normal akan sentiasa membahagi untuk membentuk sel-sel
yang baru setelah sel-sel tubuh mati akibat daripada peningkatan usia ataupun
kecederaan. Sel-sel tubuh yang normal ini kebiasaannya akan menghasilkan
jumlah sel yang menepati sama ada dari segi bilangan ataupun jenisnya dan
hanya akan berhenti membiak apabila jumlah sel yang diperlukan telah
mencukupi. Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana sel-sel tubuh
membahagi dan terus membiak tanpa henti dan tanpa sebab. Sel-sel tubuh
yang tidak normal ini secara perlahan-Iahan akan membentuk satu benjolan
tisu iaitu tumor. Tumor ini mungkin adalah kanser dan akan bertindak untuk
menekan sel-sel tubuh yang berada di sekitarnya (Stern & Sekerel, 2004).

9
2.8 Pengkelasan Tumor

Tumor (neoplasma) terdiri daripada sel-sel yang bilangannya telah berlipat


ganda, iaitu melebihi keseimbangan dan kawalan tubuh yang normal. Tumor
adalah satu pembesaran tidak normal pada bahagian tertentu pada tubuh .
Sel-sel tumor adalah tidak terkawal (Shyrock, 2001). Tumor ini mungkin
benigna iaitu ketumbuhan yang bukan merupakan sel kanser. Tumor ini juga
mungkin adalah malignan. Pada peringkat permulaan sel ini, ketumbuhan
malignan tidak merebak. Namun, sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal,
akan merebak ke tisu sekitarnya. Ini seterusnya akan menyebabkan organ
tubuh yang lain dijangkiti (Wan Farsham, 2008).

Dalam tumor benigna, sel terasing daripada tisu-tisu disekelilingya dan


tumbuh dalam kapsulnya sendiri. Tumor jenis ini bersifat mengisi ruang dan
mungkin akan menimbulkan masalah dengan cara menekan tisu sekitarnya
(McKinnel et al., 2006). Berbanding dengan tumor maligna, tumor benigna
mempunyai kadar pertumbuhan sel yang agak perlahan dan tumor jenis ini
juga tidak merebak ke tempat lain kerana sifatnya yang merebak setempat
sahaja (King, 1996).

Tumor maligna terdiri daripada sel-sel yang tidak terkawal sehingga


dapat bertumbuh dengan pesat dan seterusnya memusnahkan tisu
sekelilingnya. Tumor berbahaya adalah kanser. Apabila tumor maligna mula
tumbuh, pengeluaran jejari dalam semua arah akan menyebabkan
kemusnahan tisu lain. Tumor ini merosakkan tisu lain dengan cara menganggu
bekalan darah kepada tisu itu (Shyrock, 2001).

10
RUJUKAN

Alberg, A.A., Herbst, R.M., Genkinger, J.M and Duszynski, K.R. 2002. Knowledge,
Attitudes and Behaviours Toward Skin Cancer in Maryland Youth. Journal of
Adolescent Health. 31: 372-377.

Albert, D.5 and Hass, L.M 2008. Fundamentals of Cancer Prevention. Springer.

American cancer Society. 2006. American cancer Society Guidelines on Nutrition and
Physical Activity for Cancer Prevention: Reducing the Risk of cancer With
Health Food Choices and Physical Activity. C4 Cancer Journal for Clinicians. 56:
254-281.

Anderson, R.M. 2001. Nutrition Assessment and Nutritional Knowledge of Lifesavers,


Ironman & Lifeguards. School of Health Science. Brisbane: Griffith University.

Awad, A.B., & Bradford, P.G. 2005. Nutrition and Cancer Prevention. CRC Press.

Aziz, K. & Wu, G.Y. 2002. Cancer Screening: A Practical Guide for Physicians.
Humana Press.

Balch, G.c., Mee, A and Guillem, J.G. 2006. Modern Management of Rectal Cancer.
World Journal ofGastroentology. 12: 3186-3195.

Berkey, C.S., Rockett, H.R.H., Field, A.E., Gillman, M.W., Frazier, A.L., Lamargo, CA.,
& Colditz, G.A. 2000. Activity, Dietary Intake & Weight Changes in a
Longitudinal Study of Preadolescent, Adolescent Boys & Girls. Pediatrics. 105:
e56.

Bertino RJ. 1997. Encylopedia of Cancer. (2nd Edition) Academic Press. USA.

calle, E and Thun, M.J. 2004. Obesity and cancer. Oncogene. 24: 6365-6378.

Chao,A., Thun, MJ., Jacobs, E., Henley, SJ, Rodriguez, C and calle, E. 2000.
Cigarette Smoking and Colorectal cancer Mortality in the cancer Prevention
Study II. Journal of the National Cancer Institute. 92(23): 1888-1896.

Cheng, H.Y., Nur Aishah M., and Ibraham, M. 2006. Asian Pacific Journal of Cancer
Prevention. Epidemiology of Breast cancer in Malaysia. 7: 369-374.

Chua, Y.P. 2006. Kaedah Penyelidikan (Buku 2). Malaysia: McGrawHil1.

62
Colditz, G.A., & Hunter, OJ. 2000. Cancer Prevention: The Causes and Prevention of
Cancer. Kluwer Academic Publishers.

Colditz, G.A and Stein, CJ. 2004. Handbook of Cancer Risk Assessment & Prevention.
Jones & Bartlett Publishers Inc.

Coon, 0 and Miterrer, J. 2005. Introduction to Psychology: Gateway to Mind and


Behaviour. Wardsworth Learning.

Curley, S.A. 1998. Liver Cancer: Tumor Oncology Series. Springer-Verlag. New York.
D. Farhani, Memerangi Kanser Payudara. Cetakan Pertama. Dewan Bahasa &
Pustaka (DBP). 2001.

Dettenborn, L., James, G.D., Landry, H.B., Valdimarsdottir, H.B and Montgomery, G.H.
2005. Heightened Cortisol Responses to Daily Stress in Working Women at
Familial Risk for Breast Cancer. Biological Psychology. 69: 167-179.

Dollinger, M., Rosenbaum, E.H., Tempero, M., and Mulvihill, SJ. 2002. Everyone's
Guide To Cancer Therapy: How Cancer is Diagnosed, Treated and Managed
th
Day to Day. (4 Edition).

Farhani. D. 2001. Memerangi Kanser Payudara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Farmer, P.B & Walker, J.M. (ed). 1985. The Molecular Basis of Cancer. Great Britain:
Biddies Ltd, Guildford & King's Lynn.

Forgas, J. 2009. Handbook of Affect and Social Cognition. Taylor & Francis Publication.

Friedenreich, CM. 2001. Physical Activity and Cancer Prevention. Cancer Epidemiology
Biomarkers & Prevention. 10: 287-301.

Gale, T & James, D.CS. 2004. Nutrition & WeI/-being From A to Z. USA.

Harnack, L.,Block, G.,Subar, and A.,Lane, 5.,1998. Cancer Prevention-related Nutrition


Knowledge, Beliefs and Attitide of US Adults: 1992 NHIS Cancer Epidemiology.
Journal of Nutrition Education. 30: 131-138.

Harrari, P and Legge, K. 2001. Publication and Health. Heinemann Publication.

63
Hayes,S., Spence, R.R., Galvao, D.A and Newton, R.U. 2009. Australian Association
for Exercise and Sport Science Position Stand Optimising Cancer Outcomes
Through Exercise. Journal of Science and Medicine in Sport. 12: 428-434.

Hu, F.B., Li, T.Y., Coldtiz, G.A., Willet., C and Manson, J.E. 2003. Television Watching
& Other Sedentary Behaviour in Relation to Risk of Obesity and Type 2
Diabetes Mellitus in Women. Journal of the American Medical Association. 14:
1785-1791.

Hughes, K., Yeo, P., Lun, K.C., Thai, A., Wang, K.W and Cheah, J.S. 1990. Alcohol
Consumption in Chinese, Malays and Indians in Singapore. Annual Academic
Medicine Singapore. 19(3):330-2.

Hunt, K.K., Robb, G.L., and Strom, E.A., 2001. Breast Cancer. Springer-Verlag New
York Inc.

Ilic, D., Risbridger, G.P and Green, S. 2005. The Informed Man: Attitudes and
Information Needs on Prostate Cancer. Elsevier Ireland Ltd. Journal of Men's
Health and Gender. 2(4): 414-420.

Ishiguro, 5., Sasazuki, 5., Inoue, M., Kurahashi., Iwasaki, M and Tsugane, S. 2009.
Effect of Alcohol Consumption, Cigarette Smoking and Flushing Response on
Esophageal Cancer Risk: A Population-Based Cohort Study. Cancer Letters.
275:240-246.

Jamsiah, M., Md.Idris, M., Shariza, E dan Norfazilah, A. 2007. Amalan Senaman dan
Faktor-faktor Yang Mempengaruhinya di Kalangan Penduduk Kg.Bangi, Daerah
Hulu Langat, Selangor Malaysia. Jabatan Kesihatan Masyarakat. 13(1):38-43.

Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan. 1999. Panduan Diet


Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jordan, SJ., Whiteman, D.C., Purdie, D.M, Green, A.c., & Webb, P.M. 2006.
Does Smoking Increase Risk of Ovarin Cancer? Gynecologic Oncology. 103:
1122-1129.

Kamus Dewan (Edisi 4). 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Kearney, N & Richardson, A. 2006. Nursing Patients With Cancer- Principles and
Practice. Elsevier Churchill Livingstone: European Oncology Nursing Society.

King RJ .B. 1996. Cancer Biology. England: Addison Wesley Longman.


Kozier, B.,and Erb, G. 2002. Techniques in Clinical Nursing: Basis to Immediate

64
Skills. (5th Edition).

Kumar,S., Imam, A.M., Manzoor, N.F and Masood, N. 2009. Knowledge, Attitude and
Preventive Practices for Breast Cancer Among Health Care Professionals at Aga
Khan Hospital Karachi. Journal of Pakistan Medical Association. 59(7): 474-
478.

Ko, A.H., Dollinger, M and Rosebaum, E.H. 2002. Everyone's Guide To Cancer
Therapy. (5th Edition). McMeel Publication.

Kruk,J., Hassan Y and Aboul-Enein. 2004. Psychological Stress and the Risk of Breast
Cancer: A Case Control Study. Cancer Detection and Prevention. 28: 399-408.

Kruk, J. 2007. Physical Activity and The Risk of Breast Cancer: A Case-Control Study.
Cancer Detection and Prevention. 31:18-28.

Lam, Y.L and Khor, G.L. 1997. Faktor Risiko di Kalangan Pesakit Jantung Koronari di
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Malaysia Journal Nutrition. 3:103-116.

La Vecchia, c., Lucchini., Negri, E., and Levi, F. 2004. Trends in Oral Cancer Mortality
in Europe. Oral Oncology. 40: 433-439.

Lavizzo, M and McGinnis, M. 2003. Making the Case for Active Living Communities.
American Journal of Public Health. 93(9):1386-1388.

Lay, Y.F and Khoo, C.H. 2008. Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam
Penyelidikan Sains Sosial. Everest Print.

Layton, D.W., Bogen, K.T., Knize, M.G., Hatch, F.T., Johnson, V.M and Felton, S.
1995. Cancer Risk of HeterocycliC Amines in Cooked Foods: An AnalYSis and
Implications for Research. Carcinogenesis. 16:39-52.

Licitra, L., Bernier, J., Cvitkovic, E., Grandi, c., Spinazze, 5., Bruzzi, Paolo., and Gatta,
G.,Molinari, 2001. Cancer of the Nasopharynx. Critical Reviews in
Oncology/Hematology. 45:199-214.

Lim, G.c. 2006. Biomedical Imaging and Intervention Journal. Clinical Oncology in
Malaysia: 1914 to present.

Lim, G.C and Halimah, Y. 2003. Second Report of the National Cancer Registry. Cancer
Incidence in Malaysia 2003. National Cancer Registry. Kuala Lumpur.

McCaffery, K., Wardle., and Waller, J. 2003. Knowledge, Attitude and Behavioral
Intentions in Relation to Early Detection of Colorectal Cancer in United

65
Kingdom. Preventive Medicine. 36: 525-535.
McKinnel, R.G., Parchment, R.E., Perantoni, A.a., Damjanov, I.,and Pierce,
nd
G.B.,2006. The Biological Basis of Cancer. (2 Edition). Cambridge University
Press. USA.

Metayer, c.,Wang, Z., Kleinerman, R.A., Wang, L., Brenner, A.V., Cui, H., and Lubin,
J. 2002. Cooking Oil Fumes and Risk of Lung Cancer in Women in Rural Gansu,
China. Lung Cancer. 35(2): 111-117.

Majlis Kanser Nasional Annual Report 2006. Majlis Kanser Nasional (MAKNA). 2006.

Mohd Ismail Noor. 2002. The Nutrition and Health Transition in Malaysia. Public Heath
Nutrition. 5: 191-195.

Mohd Rushdan Md.Noor. 2008. Kanser Wanita:Pencegahan dan Rawatan. Utusan


Publications Distributors Sdn.Bhd .

Molen, B.V. 2001. Cancer at Your Rnger Tips. Landmark Production Consultants Ltd.

Mukhtar, H. 2000. Skin cancer: Mechanism and Human Relevance. CRC Press.

Murukesu, M.M. 2003. Kajian Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Terhadap
Senaman di Kalangan Guru-Guru Pelatih Wanita Maktab Perguruan Sandakan,
Sabah. Jurnaal Pendidikan.

NCCFN (2005) . Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. A Report of the Technical
Working Group on Nutritional Guidelines. National CoordinatingCommitteeon
Food and Nutrition. Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

Nicotera, G., Gnisci, F., Bianco, A and Angelillo, 1. 2004. Dental Hygienist and Oral
Cancer Prevention: Knowledge, Attitudes and Behaviours in Italy. Oral
Oncology. 40: 638-644.

Nooijer, J., Lechner, L and Vries, H. 2002. Early Detection of Cancer: Knowledge and
Behaviour among Dutch Adults. Cancer Detection and Prevention. 26: 362-
369.

Norimah, A.K., Safiah, M., Jamal, K., Siti Haslinda, Zuhaida, H., Rohida, 5., Fatimah,
5., Siti Norazlin, Poh, B.K., Kandiah, M., Zalilah, M.S., Wan Manan, W.M.,
Fatimah, 5 and Azmi, M.Y. 2008. Food Consumption Patterns: Findings From
the Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS). Malaysia Journal Nutrition.
14(1): 25-39.

66
Parmenter, K and Wardle, J. 1999. Developmental of General Nutrition Knowledge
Questionnaire for Adults. - European Journal of Clinical Nutrition. 53: 298-308.

Perez,!., Allen, B., Ruiz, 5., Schiavon, R., Cruz, A., Hernandez, C and Lazcano, E.
2004. Levels and Correlates of Knowledge About Cancer Risk Factors Among
13,293 Public School Students in Morelos, Mexico. Preventive Medicine. 39:
286-299.

Poh, B.K., Safiah, M.Y., Tahir, A. Siti Haslinda, M.D., Siti Norazlin, N., Norimah, A.K.
Wan Manan, W.M., Mirnalini, K., Zalilah, M.S, Azmi, M.Y dan Fatimah, S. 2010.
Physical Activity Pattern and Energy Expenditure of Malaysian Adults: Findings
from the Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS). Malaysia Journal of
Nutrition. 16(1): 13-37.

Pollak, M. 2009. Energy Metabolism, Cancer Risk and Cancer Prevention . Cancer
Prevention II. Recent Results in Cancer Research. 181: 51-54.

Rampersaud, G.c., Pereira, M.A., Girard, B.L., Adams, J and Metzl, J. 2005. Breakfast
Habits, Nutritional Status, Body Weight, and Academic Performance in Children
and Adolescents. Journal of American Diet Association. 105: 743-760.

Rohan, T.E. and Shab, K.E. 2004. Cervical Cancer: From Etiology to Prevention.
Harvard Centre for Centre Prevention. Kluwer Academic Publisher.

Salmon, J., Bauman, A., Crawford, D., Timperio, A., & Owen, N. 2000. The Association
Between Television Viewing & Overweight Among Australian Adults
Participating in Varying Level of Leisure Time Physical Activities. International
Journal Obesity Related Metabolism Disorder. 24: 600-606.

Saunders, R.P dan Rahily, S.A. 1990. Influences on Intention to Reduce Dietary Intake
of Fat and Sugar. Journal of Nutritional Education. 22:169-176.

Schwab, M. 2001. Encylopedia Reference of Cancer. Springer Publication. Italy.

Senn, H.J and Morant, R. 2005. Tumor Prevention and Genetics. Springer.

Seth, T., Kotwal, A., Thakur, R., Singh, P and Kochupillai, V. 2005. Common Cancers
in India: Knowledge, Attitudes and Behaviours of Urban Slum Dwellers in New
Delhi. Public Health .. 119: 87-96.

Shewry, M.C., Smith, W.C and Tunstall, P.H. 1990. Health Knowledge and Behaviour

67
Change A Comparison of Edinburgh and North Glasgow. Health Education
Journal. 49:185-190.

Sheikh, I and .Ogden, J. 1998. The Role of Knowledge and Beliefs in Help Seeking
Behaviour for Cancer: A Quantitative and Qualitative Approach. Patient
Education and Counseling. 35: 35-42.

Shyrock, H. 2001. Anda Sihat Anda Bahagia. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sitorus, R.H. 1993. Kamus Sinonim. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Steel, R.T. 2003. Handbook of Cancer Chemotheraphy. (6 th Edition). Lippincott


Williams &Wilkins.

Steele, C.B., Miller, D.S., Maylahn, c., Uhler, RJ and Baker, C.T. 2000. Knowledge,
Attitudes and Screening Practices Among Older Men Regarding Prostate
Cancer. American Journal of Public Health. 90(10): 1595-1600.

Stiefel, F. 2006. Communication in Cancer. Springer.

Stern, T.A and Sekeres, M.A. 2004. Facing Cancer. McGraw-Hili Companies. USA

Sullivan, H.W and Klassen, AC. 2007. Nutrition-related Cancer Prevention Attitudes in
Low Income Women. Preventive Medicine. 45:139-145.

Suzana, S., Rafidah, G., Noor Aini M., Nik Shanita, 5., Zahara, A dan Sharul Azman.
2009. Atlas Makanan Saiz Pertukaran Porsi. (Edisi 2).MDC Publishers.
Kuala Lumpur.

Tanko L.B.,& Christiansen C. 2004. An update on the antiestrogenic effect of


smoking: a literature review with implications for researchers and
practitioners. Menopause. 11(1):104-9.

Tee, S. 1999. Nutrition of Malaysian: Where are we Heading? Malaysian Journal of


Nutrition. 5:87-109.

Turgay, AS., San, D and Turkistanh, E.c. 2005. Knowledge, Attitudes, Risk Factors,
and Early Detection of Cancer Relevant to the Schoolteachers in Izmir, Turkey.
Preventive Medicine. 40: 636-641.

nd
Vogelstein, B., and Kinzler, K. W. 2002. The Genetics BasiS of Human Cancer. (2

68
Edition). McGraw-Hili Medical Publishing Division.

Wan Faisham Wan Ismail, Kanser Tulang & Sarkoma Anggota. Dewan Bahasa &
Pustaka (DBP). Kuala Lumpur. 2008.

Wang, Y., Liang, H., Tussing, L., Braunschweig, c.,


Cabalerro, B and Flay, B. 2007.
Obesity and Related Risk Factors Among Low Socio-economy Status Minority
Students in Chicago. Public Health Nutrition. 10: 927-938.

Warrell, D.A., Cox, T.M., & Firth, J.D. 2005. (3rd Edition) . Oxford Textbook of
Medicine. Oxford University Press. New York.

WCRF. 2007. Guidelines For Cancer Prevention. United Kingdom.

Wight, AJ., and Ogden, G.R. 1998. Possible Mechanisms by Which Alcohol May
Influence the Development of Oral Cancer-A Review. Oral Oncology. 34: 441-
447.

WHO. 1998. Obesity: Preventing and Managing the Global Epidermic. Report of a
WHO Consultation on Obesity. Geneva: World Health Organisation.

WHO. 2002. National Cancer Control Programme: Policies & Managerial Guidelines.
(2nd Edition) . Geneva: World Health Organisation.

WHOjIOTFjIASO. 2002. The Asia-Pacific Perspective: Redefining Obesity & Its


Treatment. Hong Kong: World Health Organisation, International Obesity Task
Force, International Association for the Study of Obesity.

Wynder, E.L., and Bross, 1.]. 1957. Aetiological Factors in Mouth Cancer; An Approach
to Its Prevention. British Medical Journal. 18: 1137-1143.

Xinying, P.X., Noakes, M and Keogh, J. 2004. Can a Food Frequency Questionnaire Be
Used to Capture Dietary Intake Data in a 4 Week Clinical Intervention Trial?
Asia Pacific Journal Clinical Nutrition. 13(4): 318-323.

Yarbro, C.H., Frogge, M.H and Goodman, M. 2005. Cancer Nursing: PrinCiples &
Practices. (6 th Edition). Jones & Bartlett Publishers, Inc.

Yu, M.e and Yuan, J.M . 2002. Epidemiology of Nasopharyngeal Carcinoma. Seminars
in Cancer Biology. 12(6):421-429.

69
Zalina, A., Suzana, 5., Rahman, A and Noor Aini, M. 2009. Assessing the Nutritional
Status of Children with Leukemia from Hospitals in Kuala Lumpur. Malaysian
Journal Nutrition 15(1): 45-51.

Zenzes M.T, Puy L.A., & Bielecki, R. 1998. Immunodetection of benzo[a]pyrene


adducts in ovarian cells of women exposed to cigarette smoke. Mol
HumReprod. 4(2): 159-65.

70

You might also like