You are on page 1of 5

Bilik pendidikan seni visual adalah tempat dimana barang-barang seni ditempatkan.

Bilik ini amat penting untuk memudahkan guru untuk mencari barangbarang seni yang ingin digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Jadi pengurusan yang sempurna untuk bilik pendidikan seni adalah amat penting untuk memastikan keadaan bilik seni yang teratur. Bilik seni yang teratur akan memudahkan pinjaman barang-barang dari bilik seni. Perkara ini juga dapat mengelakkan peralatan seni daripada hilang. Pengurusan yang baik juga diperlukan untuk mengelakkan kemalangan yang tidak di ingini berlaku di dalam bilik seni. Panitia pendidikan seni visual memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik pendidikan seni visual ini. Satu jawatankuasa khas haruslah ditubuhkan daripada kalangan guru pendidikan seni visual untuk menguruskan bilik seni ini. Hal ini untuk memastikan bilik seni sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna. Apabila bilik seni dalam keadaan sempurna, proses keluar masuk barang juga akan menjadi lancar. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan guru-guru pendidikan seni visual. Panitia pendidikan seni juga haruslah mempunyai jawatankuasa untuk menguruskan bilik seni ini. Pengurusan rutin harian bilik seni, urusan pinjaman dan pemulangan barang adalah antara tugas jawatankuasa ini. Selain itu jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam menyusun kedudukan barang-barang di dalam bilik seni ini. Buku stok kekal dan tidak kekal juga haruslah di buat untuk memudahkan guru seni menyemak barang-barang di dalam bilik seni tersebut. Kawalan keluar masuk barang adalah penting untuk memastikan tiada barang yang hilang dan untuk memastikan kekurangan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran dapat dielakkan. Guru pendidikan seni seharusnya mempunyai mempunyai pengetahuan tentang pengurusan bilik seni kerana ianya penting untuk mengendalikan serta menguruskan bilik seni. Terdapat beberapa aspek yang perlu di ambil kira dalam menguruskan bilik seni. Perkara pertama ialah aspek fizikal. Aspek fizikal merangkumi sistem pengudaraan, pencahayaan, penyusunan barang serta perabut dan kemudah asas yang lain. Perkara kedua pula ialah aspek sosial. Hal ini berkaitan dengan keselamatan bilik seni.

Jika dilihat daripada sistem pencahayaan, bilik seni haruslah menerima sistem pencahayaan yang baik. Pencahayaan yang baik adlah sangat penting untuk memastikan barang yang dicari mudah untuk dicari serta untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku di dalam sto seni. Sistem pencahayaan yang kurang baik akan menggangu guru untuk mencari bahan yang diperlukan. Perkara ini akan memberikan kesulitan kepada guru seni. Sumber pencahayaan datang daripada 2 sumber iaitu semula jadi dan bukan semula jadi. Sumber cahaya semula jadi adalah cahaya matahari yang masuk melalui tingkap. Oleh itu guru haruslah bijak dalam menyusun perabot agar tingkap tidak dilindungi oleh perabot agar cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik seni. Sumber cahaya semula jadi amat penting pada waktu siang kerana dapat mengelakkan bilik seni menjadi suram pada waktu siang selain daipada dapat mengelak berlaku pembaziran elektrik pada waktu siang. Sumber cahaya bukan semula jadi pula datang dari lampu. Sumber cahaya ini amat penting jika guru menggunakan bilik seni pada waktu malam. Oleh itu susunan lampu adalah amat penting agar cahaya lampu dapat menerangi keseluruhan bilik seni. Pemilihan lampu juga adalah amat penting di dalam bilik seni. Lampu yang digunakan haruslah mempunyai cahaya yang cukup terang. Guru juga haruslah bijak dalam memilih warna dinding di dalam bilik seni. Warna dinding memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah bilik khususnya bilik seni seni. Hal ini kerana warna yang dipilih akan menentukan suasana di dalam sto seni tersebut. Sama adamalap atau cerah. Selain itu pemilihan warna juga penting untuk menjadikan bilik seni kelihatan luas daripada saiz asalnya. Perkara ini boleh dicapai dengan pemilihan warna yang lembut. Warna yang lembut bukan sahaja akan menjadikan bilik kelihatan ceria malahan akan menjadikan bilik kelihatan lebih besar. Perkara ini berbeza dengan penggunaan warna gelap yang akan menjadikan bilik kelihatan lebih kecil seta malap. Sistem pengudaraan juga adalah penting untuk memastikan keselesaan guru yang bertugas di dalam bilik seni. Jika sistem pengudaraan kurang baik, bilik bukan sahaja tidak selasa malah akan membahayakan keselamatan guru, terutamanya guru yang mempunyai penyakit serta alahan. Sistem pengudaraan yang baik akan membuatkan bilik menjadi sejuk dan tidak panas. Selain itu pengudaraan yang baik

penting untuk memastikan keselamatan pengguna bilik seni. Perkara ini kerana mungkin terdapat bahan yang mempunyai toksik berada di dalam bilik. Apabila pengudaraan tidak baik bahan ini akan terperangkap di dalam bilik dan mungkin akan menjejaskan kesihatan pengguna. Aspek kebersihan juga perlu di ambil kira di dalam sesebuah bilik seni. Kebersihan adalah perkara yang berkait rapat dengan keselamatan. Sebagai contoh, jika terdapat minyak yang tertumpah di dalam bilik seni, penggunanya mungkin akan jatuh akibat tergelincir apabila memijak minyak berkenaan. Selain itu kebersihan bilik seni akan membeikan keselesaan kepada guru yang menggunakan dan menjaga bilik tersebut. Kebersihan bilik seni juga dapat memastikan bahan yang dicari mudah dijumpai. Untuk memastikan bilik seni sentiasa dalam keadaan bersih, murid tidak seharusnya dibenarkan masuk ke dalam bilik seni kecuali mendapat kebenaran guru dan jika terdapat guru yang berada di dalam bilik tersebut. Pemilihan perabot untuk menyimpan barang adalah amat penting penting di dalam pengurusan bilik seni. Perkara ini kerana perabot haruslah bersesuaian dengan barang yang disimpan. Jika perabot yang dipilih tidak sesuai dengan bahan kemungkinan besar bahan serta alat tersebut akan mengalami kerosakan. Sebagai contoh, kertas haruslah disimpan di rak kertas bukan di dalam perabot biasa. Hal ini kerana jika disimpan di perabot biasa, kertas tersebut mungkin akan terkoyak dan rosak. Hal ini akan menyebabkan pembaziran bahan. Selain itu label pada perabot juga penting untuk memudahkan urusan penyimpanan serta pencarian bang yang diperlukan. Susunan bahan dan alatan di perabot juga haruslah betul agar kemalangan dapat dielakkan serta memudahkan guru mengambil bahan yang selalu digunakan. Bahan yang besar haruslah disusun di bahagian bawah manakala bahan yang berut hendaklah disusan di atas. Hal ini kerana jika bahan yang berat diletakkan di atas, bahan ini mungkin akan jatuh menimpa pengguna. Selain itu jika bahan berat diletakkan di atas, perabot tersebut akan menjadi tidak stabil dan mungkin akan jatuh. Susunan bahan yang betul juga akan memudahkan guru untuk mengambil barang yang selalu digunakan seperti kertas lukisan, warna air, warna poster dan sebagainya. Bahan yang selalu digunakan hauslah disusun di bahagian hadapan dan di tempat yang mudah dilihat supaya ianya mudah di ambil ketika diperlukan.

Bagi bahan yang berbahaya pula, ianya perlu disimpan ditempat yang berkunci atau di tempat yang bercermin. Hal ini kerana apabila di simpan di tempat yang terdedah, perkara ini mungkin akan mendatangkan bahaya kepada pengguna bilik seni. Contoh bahan bebahaya adalah turpentine dan bahan lain yang mudah terbakar. Bahan-bahan seperti ini haruslah di simpan dengan rapi serta jauh daripada bahan yang terbakar yang lain. Selain itu bahan ini perlu disimpan jauh daipada sumber haba. Selain daipada bahan mudah tebakar, bahan beracun juga tergolong dalam bahan yang berbahaya. Bahan ini pelu disimpan dengan rapi agar kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan. Bahan dan alatan berharga pula hendaklah disimpan ditempat yang berkunci dan selamat. Perkara ini untuk mengelakkan kehilangan bahan tersebut. Selain itu bhan-bahan tersebut haruslah di jaga dengan elok agar kerosakkan tidak berlaku. Jika terdapat keosakan, hal ini haruslah dilaporkan kepada ketua panitia untuk tindakan selanjutnya. Pemantauan terhadap barang tersebut juga haruslah kerap dilakukan untuk memastikan barang tesebut berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Bahan-bahan pewarna seperti warna air, warna poster, dan akrilik perlu disimpan didalam rak yang mudah dilihat agar ianya mudah diambil. Hal ini kerana bahan-bahan seperti ini sering digunakan. Dengan menyimpan di tempat yang mudah dilihat, perkara ini memudahkan urusan mencari. Bahan-bahan seperti pensel, pensel warna dan oil pastel pula haruslah disimpan di dalam rak belaci. Hal ini untuk memastikan barang-barang tersebut tidak hilang selain memudahkan barang tesebut di cari. Cara penyusunan perabot juga adalah penting untuk memastikan barang mudah dicari. Selain itu cara penyusunan perabot berkaitan dengan pencahayaan dan pengudaraan. Perabot yang disusun hendaklah tidak menghalang pengudaraan serta pencahayaan bilik tersebut. Penyusunan perabot juga menentukan keluasan bilik seni. Perabot yang disusun haruslah bergantung pada saiz bilik. Selain itu jumlah perabot juga bergantung pada saiz bilik. Bilik yang kecil tidak seharusnya mempunyai perabot yang terlampau banyak kerana perkara ini akan menyebabkan bilik menjadi sempit dan menyukarkan guru mencari alatan.

Kesimpulannya di dalam pengurusan bilik pendidikan seni visual terdapat 2 aspek yang penting iaitu fizikal dan sosial. Aspek fizikal meangkumi pencahayaan, pengudaraan, susunan perabot dan susunan alatan. Aspek sosial pula berkaitan dengan keselamatan bilik seni. Selain itu pengurusan keluar masuk bahan dan alatan juga penting di dalam bilik seni. Buku rekod stok juga penting untuk memastikan jumlah barang serta untuk memantau bahan dan alatan dalam bilik seni. Sebagai bakal guru pendidikan seni visual, ilmu pengurusan bilik pendidikan seni visual haruslah dikuasai agar apabila di sekolah kelak kita dapat menjalankan tugas dengan baik.

You might also like