You are on page 1of 3

Kelas Kumpulan Ahli

: : :

Video

Penulis skrip

1PPISMP PJK1 Ketam Nipoh i. Muhammad Ariffuddin Bin Sukiat ii. Muhammad Hidhir Bin Abd Ghani iii. Nurul Amirah Binti Hazizi iv. Aida Sakira Binti Mamat Video 3 : Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Pengenalan Piramid Makanan, Karbohidrat dan Vitamin) untuk Tahun 4, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Muhammad Ariffuddin Bin Sukiat

Langkah-Langkah Dalam Pembinaan Video Langkah 1 Tetapkan tujuan/ Objektif


Bahagian ini mengklasifikasikan objektif itu ke dalam tiga domain pembelajaran iaitu psikomotor, kognitif, dan efektif. Setiap domain tersebut mempunyai objektif-objektif yang terdapat pada setiap subtajuk atau gabungan objektif subtajuk-subtajuk yang telah diselaraskan. Dengan menghasilkan satu video pelajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai untuk mengajar murid semasa proses pengajaran, pada akhir pembelajaran ini, murid dapat : Aras Satu mengenal pasti kumpulan makanan iaitu karbohidrat dan vitamin daripada empat kumpulan makanan mengikut piramid makanan. Aras Dua membezakan kadar pengambilan makanan berasaskan karbohidrat dan vitamin mengikut kumpulan makanan. Aras Tiga membincangkan kepentingan pengambilan karbohidrat dan vitamin sebagai makanan seimbang.

Langkah 2

Menyediakan Langkah-Langkah pembinaan video Guru menunjukkan poster dan gambar makanan untuk memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Sebagai pendahuluan, guru menayangkan video tentang kehidupan semasa masyarakat pada hari
ini yang meliputi aspek pengambilan makanan dalam kehidupan seharian yang bertemakan Utamakan Kesihatan Sihat Sepanjang Hayat Guru bercerita berdasarkan tanyangan video yang telah ditayangkan dan pengetahuan sedia ada pada murid-murid tentang makanan yang pernah dimakan dan bakal dimakan oleh mereka. Guru menerangkan tentang nutrisi yang terpadat pada makanan berdasarkan pemantauan yang dilakukan di pasar basah dan bazar Ramadhan memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada bulan puasa. Guru memberi penjelasan yang lebih berkaitan pyramid makanan iaitu maksud pyramid makanan dan kelas-kelas makanan yang terdapat dalam pyramid makanan dengan menggunakan video animasi yang menyeronokkan. Guru dan murid memberikan respon dan menerangkan contoh makanan yang dimakan oleh mereka mengikut kelas makanan iaitu karbohidrat dan vitamin dan guru memberi pengetahuan baru kepada murid dengan mengaitkan makanan tersebut sama ada berada dikelas makanan yang betul atau tidak dan memberi penerangan tentang kadar pengambilan makanan yang berasaskan karbohidrat dan vitamin. Pada akhir sesi pembelajaran dan pembelajaran, murid dapat membezakan dan menyenaraikan jenis-jenis makanan yang dimakan semasa menghadiri sesuatu majlis. Guru menayangkan contohcontoh makanan yang berasaskan karbohidrat dan vitamin mengikut kumpulan makanan.

Langkah 3

Menyediakan Carta Gantt


Guru menggunakan Carta Gantt untuk mencatatkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada setiap tarikh sepanjang tempoh Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi menyiapkan semua langkahlangkah pembuatan video dan sekaligus menyiapkan video yang lengkap dan sempurna.

Langkah 4

Menyediakan skrip video


Guru menyediakan skrip video pada setiap tayangan untuk digunakan semasa memainkan video pada setiap topik dan sub-topik semasa proses pembelajaran yang telah dirakam dan diubahsuai bagi menjelaskan dengan lebih terperinci tentang pengambilan makanan yang lebih jelas dan tepat.

Langkah 5

Melaksanakan penyelidikan dan kajian


Guru melaksanakan penyelidikan dan kajian terhadap tajuk pemakanan yang merangkumi piramid makanan dan kelas-kelas makanan yang terdapat didalam piramid makanan. Guru juga mengisi dan menetapkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, gambar-gambar contoh makanan yang berasaskan karbohidrat dan vitamin, animasi-animasi yang berkaitan tentang gaya pemakanan dalam masyarakat disekeliling kita dan klip video yang berkaitan dengan karbohidrat dan vitamin yang difikirkan perlu dengan merujuk kepada skrip video yang telah dilakukan. Guru menyediakan klip video berkaitan karbohidrat dan vitamin yang bersesuaian dan tepat dengan skrip yang telah dicipta bagi memudahkan murid lebih memahami dan mengetahui contoh-contoh makanan daripada klip video tersebut.

Langkah 6

Menyediakan klip-klip video pendek yang diperlukan dalam langkah 5. Anda mungkin perlu membuat beberapa rakaman video pendek (biasanya tidak lebih daripada 10 saat) Guru menyediakan klip-klip video berkaitan maksud pyramid makanan dan maksud kelas
makanan yang berunsurkan karbohidrat dan vitamin serta contoh-contohnya. Semua video klip yang telah dilakukan memakan masa 5 saat hingga 10 saat dan dilakukan di pasar basah yang menjual sayur-sayuran dan bazar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka seperti lauk-pauk dan kuih-muih.

Langkah 7

Menyediakan bahan-bahan audio yang diperlukan dalam langkah 5. Anda mungkin perlu membuat rakaman suara. Bagi audio lagu dan lain-lain pastikan bahan yang disediakan adalah asli dan elak daripada menggunakan bahan yang ada copyright. Untuk mengelakkan daripada menggunakan bahan yang ada copyright kami telah merekod audio yang asli untuk dimainkan semasa video ditayangkan.
Guru menyediakan bahan-bahan audio yang diperlukan dalam melaksanakan penyelidikan dan kajian. Bahan-bahan audio yang dipilih adalah audio yang menyeronokkan dan berjaya menarik perhatian para pelajar serta bersesuaian dengan gambar makanan yang ditunjukkan. Guru juga meletakkan suara latar yang dirakam bagi memberitahu jenis setiap makanan daripada kelas karbohidrat dan vitamin. Audio lagu dan rakaman suara yang dihasilkan adalah yang asli daripada hasil sumbangan suara rakan-rakan.

Langkah 8

Menyediakan bahan-bahan grafik yang diperlukan dalam langkah 5. Anda mungkin perlu membuat mengambil gambar foto dengan menggunakan kamera digital, scan gambar dan sebagainya. Pastikan bahan yang disediakan adalah asli dan elak daripada menggunakan bahan yang ada copyright. Menggunakan gambar-gambar foto dan menghasilkan slide show semasa pengenalan peralatan dalam permainan hoki.
Guru menggunakan gambar-gambar dan foto yang berkaitan seperti contoh-contoh makanan yang berasaskan karbohidrat dan vitamin dan dilakukan bagi menghasilkan slide show untuk maksud kelas makanan tersebut serta contoh-contohnya supaya dapat memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang maklumat kelas makanan tersebut. Guru juga menyediakan bahan-bahan grafik seperti kesan-kesan edit yang boleh diaplikasikan pada setiap slide show dan teknik transisi yang bole digunakan pada perubahan setiap slide show. Kesan ini memberikan visual dan grafik yang lebih cantik dan kemas dalam sesuatu persembahan yang dihasilkan. Beberapa gambar diambil oleh guru dengan menggunakan sekurang-kurangnya kamera digital, ambilan daripada laman-laman web, scam gambar dan sebagainya. Cara ini dapat mendinamikkan berbagai-bagai contoh makanan yang berunsurkan karbohidrat dan vitamin.

Langkah 9

Menyediakan bahan-bahan animasi yang diperlukan dalam langkah 5. Anda mungkin perlu membuat animasi sendiri. Jika klip animasi dimuat turun, pastikan bahan yang disediakan adalah asli dan elak daripada menggunakan bahan yang ada copyright.
Guru menyediakan bahan-bahan animasi semasa melaksanakan penyelidikan dan kajian. Animasi

yang diambil adalah berkaitan gaya hidup dan situasi masyarakat pada masa kini terhadap pemakanan. Animasi ini menunjukkan kenaikkan kelas-kelas makanan dariapda kelas karbohidrat hingga ke kelas vitamin yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Guru merakam dan menghasilkan sendiri video animasi dengan menggunakan kamera digital dan diterbitkan dengan menggunakan Window Live Movie Maker untuk digunakan dalam proses P&P. Guru juga mengambil animasi yang dimuat turun tanpa ada copyright. Guru melakukan suntingan dan ubah suai pada setiap video pendek yang dirakam dan menggabungkan klip-klip video pendek, audio-audio, animasi-animasi, grafik-grafik dan teks-teks yang berkaitan tentang pemakanan dan berunsurkan kanak-kanak yang telah dicari daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan satu video pendek yang baik dan sempurna.

Langkah 10

Proses Suntingan. Masukkan klip-klip video pendek, audio, animasi, grafik dan teks.

Langkah 10

Prebiu
Guru menayangkan semula video daripada awal hingga akhir yang telah disunting sebelum dihasilkan dan mengemaskini semula dari segala aspek termasuk video, audio, animasi, grafik, dan teks jika ada sebarang kesilapan yang berlaku sepanjang tayangan video tersebut.

Langkah 11

Gunakan Dalam P&P


Akhirnya, guru dapat menggunakan video tentang gaya hidup yang sihat iaitu berkaitan pemakanan yang sihat dalam proses P&P kelak dan dapat memudahkan lagi gaya dan cara penyampaian supaya dapat menarik perhatian murid dengan lebih terhadap tajuk pemakanan yang sihat.

Langkah 12

Penilaian dan Penambahbaikan


Guru melakukan pengubahsuaian terhadap video untuk menghasilkan video yang supaya lebih fleksibel dan lebih menarik dan berkesan untuk murid supaya mudah untuk difahami.

You might also like