You are on page 1of 3

Konteks Pembentangan

Tajuk : Pengaruh positif perkembangan TMK dalam kalangan guru.

1. Pemikiran kreatif dan kritikal


- Melalui penggunaan video seorang guru dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Hal
ini telah dikatakan oleh Yusuf dan Alwiah (1999), iaitu penggunaan video boleh
menggalakkan perkembangan fikiran yang kreatif dan kritikal. Selain itu, guru juga
boleh memainkan video yang dirakam berkali- kali sehingga dapat dikuasai oleh
murid.
- Menurut Baharudin (2000), video senang dirakam dan dimainkan semula. Dengan
guru boleh memainkan semula video tersebut bagi murid- murid yang lemah supaya
dapat mengimbas kembali pembelajaran sekiranya perlu.

2. Sumber video
a. Facebook Video Origami untuk mata pelajaran Pendidikan Seni visual
Kebaikan- Guru boleh menggunakan video yang dimuat turun daripada
Facebook sebagai video demonstrasi. Dengan ini guru boleh mengendalikan
proses pengajaran dengan mudah.

b. YouTube Video letupan gunung berapi untuk mata pelajaran Sains


Kebaikan Guru boleh menyampaikan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih
realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Guru tidak boleh menunjukkan
letupan gunung berapi yang sebenar, justeru beliau boleh muat turun video
letupan gunung berapi daripada YouTube. Dengan menunjukkan rakaman video
yang realistik guru boleh menyampaikan pengajaran dengan walaupun muridnya
dalam tahap lemah.

c. Klip Filem Video perlumbaan kereta untuk mata pelajaran RBT


Kebaikan- Guru boleh menjimatkan masa dan tenaga untuk merancang set
induksi yang dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada murid tentang
tajuk pelajaran pada hari tersebut.
d. Ciptaan Sendiri
- Seorang guru yang kreatif boleh mencipta videonya dengan sendiri tanpa
sentiasa bergantung kepada video yang sedia ada. Guru boleh menghasilkan
video yang mempunyai penglibatannya sendiri, boleh membuat inovai terhadap
video yang sedia ada dan boleh menyanyi dan menjadikannya sebagai sebuah
video melalui movie maker.

- Kebaikan :
- Guru dapat meningkatkan bakat atau potensi kendiri dengan menghasilkan video
melalui perisian movie maker.
- Guru dapat menggunakan video yang sama secara berulang untuk kelas yang
berlainan.
- Guru dapat meningkatkan pemikiran inovatif dengan menginovasikan video yang
sedia ada untuk menjalankan proses pengajaran.

3. Kriteria pemilihan video


- Guru perlulah memilih video yang sesuai dengan tahap murid. Contohnya, bagi
murid- murid tahap guru boleh menggunakan video kartun.
- Video yang ditayangkan oleh guru mestilah jelas apabila dilihat oleh murid.
Justeru, guru perlulah memilih video jenis High Definition (HD).
- Bunyi daripada video mestilah boleh didengar oleh murid walaupun mereka
duduk di bahagian belakang kelas.
- Guru perlulah memastikan bahawa video yang dipilih tidak mengandungi unsur
lucah.

4. Cara untuk meningkatkan penggunaan TMK dalam kalangan guru.


- Guru boleh menghadiri kursus untuk meningkatkan pengetahuan tentang
Teknologi, Maklumat dan Komunikasi. Dengan menghadiri pelbagai kursus guru
dapat mengenali tentang pembaharuan yang dilakukan dalam TMK bagi
diaplikasikan dalam proses PdP.
- Guru perlulah mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari tentang TMK. Guru
boleh merujuk laman sesawang untuk mempelajari tentang proses penggunaan
bahan TMK dengan sendiri. Apabila guru mengambil inisiatif sendiri, mereka
dapat mempelajari banyak maklumat dalam jangka masa pendek.
- Pengamalan sistem Pendidikan abad ke-21 di semua sekolah dapat mendorong
guru- guru untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dalam
penggunaan TMK semasa proses PdP.
- Setiap minggu guru boleh mengajar cara penggunaan bahan TMK kepada guru-
guru yang lain. Dengan ini, guru tersebut dapat menguasai cara penggunaan
bahan TMK yang diajar.

You might also like