You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA HADIAH / CENDERAHATI

Syukur ke hadrat Illahi kerana telah diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk menjalani Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat. Lawatan tersebut telah diadakan pada 14 April 2011 yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Lawatan ini melibatkan pelajar PISMP 3.04 dan seorang pensyarah pembimbing iaitu Puan Nurpiriamalar binti Ramiah. Sebelum menjalankan Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, ahli jawatankuasa telah dilantik dalam kalangan pelajar PISMP 3.04 supaya perjalanan program dapat dijalankan dengan lancar. Ajk Cenderahati membuat perbincangan dengan ahli yang lain bagi membincangkan jenis hadiah atau cenderahati yang akan diberikan kepada pihak bomba. Ajk Cenderahati sentiasa berurusan dengan ahli jawatankuasa yang lain bagi melicinkan perjalanan projek lawatan ini. Kemudian, ajk cenderahati menetapkan atau merancang bajet hadiah untuk diberikan kepada penceramah sekaligus mendapatkan sumbangan daripada pihak maktab. Setelah mendapat kata sepakat daripada semua ahli jawatankuasa, ajk cenderahati telah mendapat sumbangan daripada pihak maktab untuk cenderahati yang akan diberikan kepada penceramah. Bagi mendapatkan sumbangan tersebut, beberapa prosedur telah dilakukan iaitu dengan mendapatkan tandatangan daripada pensyarah pembimbing, ketua jabatan Pendidikan Jasmani serta pihak Hal Ehwal Pelajar dengan menyertakan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan. Seterusnya, ajk cenderahati menguruskan penempahan hadiah kepada para penceramah seminggu sebelum lawatan tersebut dijalankan. Cenderahati tersebut diambil dua hari sebelum lawatan. Semasa lawatan tersebut, ajk cenderahati akan memastikan semua hadiah telah tersedia dan dibawa bersama ke lokasi lawatan tersebut. Kemudian, apabila tiba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, ajk cenderahati menyusun cenderamata tersebut di tempat yang sesuai bagi memudahkan acara penyampaian cenderahati. Setelah itu, apabila tiba acara penyampaian cenderahati, ajk cenderahati menguruskan cenderahati untuk diberikan kepada para penceramah. Setelah selesai majlis

penyampaian cenderahati, ajk cenderahati memastikan semua barang yang digunakan untuk majlis penyampaian cenderahati dikemas dengan teratur dan memastikan tiada yang ketinggalan. Selepas program berakhir, semua pelajar membuat refleksi bersama dengan pensyarah pembimbing untuk membuat penambahbaikan bagi program akan datang. Ajk cenderahati membuat laporan lengkap mengenai Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya sekaligus membuat refleksi bagi setiap individu sebagai dokumentasi bagi projek ini. Tempoh yang diberikan untuk melengkapkan laporan ini adalah dalam masa dua minggu selepas tarikh lawatan. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pensyarah bimbingan atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada pelajar PISMP 3.04 seterusnya ucapan tahniah kepada pelajar PISMP 3.04 kerana telah berjaya melaksanakan Program Lawatan ke Jabatan Bomba dan Peneyelamat bagi tahun 2011. Diharapkan agar program sebegini dapat dijalankan pada generasi akan datang bagi menimba pengalaman dan pengetahuan pelajar untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang dari segi fizikal dan mental. Sekian.

Disediakan oleh, NUR SYAMIMI BINTI TUMIRAN Ajk Hadiah dan Cenderahati, Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat.

You might also like